Anda di halaman 1dari 5

BAHASA BERBUNGA

GAMBARAN PERSEKITARAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa


Sang Bayu berpuput lembut
Purnama mengambang
Dedaun kering berguguran ditiup angin
Sang Mentari memancarkan sinarannya yang indah
Deruan ombak yang asyik kedengaran
Sang Rembulan bersinar indah menghiasi malam yang gelap-gelita
Pepohon kelapa melambai-lambai seolah-olah menggamit pengunjung

pantai
9. Pemandangan pantai yang indah nian ciptaan Tuhan
10. Pantai yang bersih mendamaikan hati setiap pengunjung yang datang
11. Pengalaman yang indah tidak akan pudar dalam memori
12. Malam yang indah dihiasi sinaran rembulan

GAMBARAN FIZIKAL MANUSIA


1. Tubuhnya tinggi lampai
2. Rambutnya hitam panjang mengurai
3. Rambut hitam ikal mayang

4. Raut wajahnya bujur sirih


5. Alis matanya menawan kalbu
6. Hidung mancung bak seludang
7. Pipi bagai pauh dilayang
8. Bibir bak delima merekah
9. Senyumannya manis bak limau seulas
10. Giginya tersusun putih bersih
11. Butir bicaranya menawan setiap orang yang mendengar
12. Suara merdu bak buluh perindu
KARANGAN CONTOH 1
TAJUK : INSAN YANG DISAYANGI
Setiap orang mempunyai insan yang amat disayangi, begitu juga dengan saya. Insan
yang paling saya sayang ialah ibu saya. Nama ibu saya Puan Maria binti Adam. Ibu saya
berumur 30 tahun. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu sebagai puteri sulung
kepada Encik Adam dan Puan Suria. Beliau bekerja sebagai kerani di pejabat guaman di
Kota Bharu.
Ibu saya sangat istimewa. Tubuh badan beliau tinggi lampai. Beliau mempunyai
rambut yang hitam ikal mayang. Raut wajahnya bujur sirih. Alis matanya menawan kalbu.
Pipi ibu saya bagai pauh dilayang. Bibirnya pula bak delima merekah dan senyumannya
bagai limau seulas. Tiada yang dapat menandingi kecantikan ibu saya. Beliau ibarat
bidadari yang baru turun dari kayangan.
Di pejabat, ibu saya sering dipuji oleh tuannya kerana keikhlasan beliau terhadap
kerjanya. Beliau seorang yang amat menepati masa dengan sering datang awal ke
pejabatnya. Beliau juga seorang yang peramah. Setiap butir bicara ibu menawan hati
setiap orang yang mendengar.
Walaupun penat setelah seharian bekerja, ibu masih bertanggungjawab terhadap
keluarga. Ibu sering menghidangkan kami juadah yang istimewa. Masakan ibu sangat sedap
dan menyelerakan kami sekeluarga. Saya sangat bertuah kerana dikurnai seorang insan
yang sangat istimewa.
Ibu saya mempunyai satu keistimewaan yang luar biasa iaitu kelancaran membaca
dan menghafal cerpen dalam masa yang singkat. Beliau pernah memecahkan rekod
Malaysia pada tahun 1999. Setakat ini, banyak pihak sering menemuramah ibu untuk
mengetahui teknik yang digunakan oleh beliau untuk membaca dan menghafal cerpen
dalam masa 204 saat.
Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini ialah sikap
keprihatinan ibu. Pada suatu hari, ketika saya berumur

tujuh tahun, saya telah

ditinggalkan oleh pemandu bas sekolah kerana kecuaian saya. Ibu saya berasa amat risau

dan segera menelefon pihak sekolah untuk bertanyakan keadaan saya. Setelah
memastikan saya selamat, beliau segera bergegas ke sekolah untuk mengambil saya. Ibu
tiba di sekolah sepantas kilat. Sebaik sahaja tiba di sekolah, ibu terus memeluk saya.
Peristiwa ini tidak dapat saya lupakan.
Saya

bersyukur

kerana

mempunyai

seorang

ibu

yang

sangat

penyayang,

bertanggungjawab dan prihatin seperti beliau. Saya selalu memanjatkan doa kepada Ilahi
agar hubungan kami berkekalan hingga ke syurga.

KARANGAN CONTOH 2
TAJUK : PENGALAMAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU
PINANG
Pada 28 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015 yang lalu, saya telah menyertai lawatan
sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke Pulau Pinang. Lawatan yang disertai
oleh 50 orang murid dan 5 orang guru pengiring bertujuan untuk memberi pendedahan
tentang tempat-tempat menarik di Malaysia. Lawatan ini juga bertujuan untuk
mengeratkan hubungan antara murid dengan guru-guru.
Seawal jam 7:00 pagi, saya dan murid-murid yang lain berkumpul di tapak
perhimpunan. Apabila bas tiba, kami beratur dengan tertib untuk menaiki bas. Sepanjang
perjalanan, saya berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Tuhan melalui cermin tingkap
bas. Kawan-kawan saya asyik berbual sesama sendiri dan ada juga yang tertidur.
Setelah lima jam melalui perjalanan yang amat indah dan mengasyikkan, akhirnya
kami tiba di destinasi pertama kami iaitu Butterworth. Di Butterworth, kami perlu
menaiki feri untuk ke Seberang Prai. Saya dan kawan-kawan berasa amat teruja kerana
ini merupakan kali pertama kami menaiki feri. Apabila tiba di Seberang Prai, rombongan
kami melawat ke Kota Cornwallis. Di situ, kami berpeluang melihat selaras meriam Belanda
Seri Rambai yang sangat besar dan unik.
Hari keesokannya, rombongan kami dibawa melawat ke Tokong Kuan Yin. Di situ,
kami berpeluang melihat bumbung tokong yang memanjang dengan tembok di atasnya.
Saya sempat merakam gambar bumbung tokong tersebut.
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, rombongan kami berehat di Pantai Batu Ferringgi.
Di pantai tersebut, saya dan kawan-kawan dapat melihat keindahan pantai sambil
mendengar deruan ombak yang mengasyikkan. Ketika itu Sang Bayu berpuput lembut dan
pepohon kelapa melambai-lambai seolah-olah menggamit kami ke pantai itu. Pantai yang
bersih itu mendamaikan hati kami semua.

Tepat jam 7:00 malam, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kami tiba di sekolah
lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Walaupun penat, namun saya berasa sangat
gembira kerana lawatan ini memberikan banyak manfaat kepada saya. Saya berharap agar
lawatan sebegini akan diadakan pada masa-masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai