Anda di halaman 1dari 5

Teks Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Long Kesseh 2014

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuai Kampung Long Keesseh, Encik Luhat Jok
diiringi Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Long Kesseh, Encik Goyang Anak Bengkar.
BACAAN DOA
Anugerah di kecapi si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput Encik Lihan Ajeng
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Lihan Ajeng di atas bacaan doa sebentar tadi.
LAGU NEGARAKU DAN IBU PERTIWIKU
Memulakan atur langkah majlis, marilah kita sama-sama berganding suara menyanyikan lagu
Negaraku dan Ibu Pertiwiku bersama dengan iringan muzik.
Para Hadirin dipersilakan berdiri dan bersedia.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
KATA-KATA ALUAN
Yang berusaha, Encik Goyang Anak Bengkar, Guru Besar SK Long Kesseh,
Yang Berhormat Tuai Kampung Long Kesseh, Encik Luhat Jok,
Yang dihormati barisan kepimpinan Penolong Kanan
Encik Deavy Anak Watson Dian Penolong Kanan 1
Cik Ramy Lah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Richard Layang Anak Satos Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dikasihi Guru-guru Kanan matapelajaran, rakan-rakan guru, para ibu bapa, penduduk
kampung Long Kesseh serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Salam sejahtera, salam keilmuan dan Salam 1Malaysia.
Warga cemerlang tersenyum manis,
Hadir bersama ibu bapa wibawa,
Sambutan anugerah penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.
Selamat datang ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Long Kesseh 2014. Marilah kita
sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya dapat kita samasama berkumpul dengan penuh kedamaian dan kemanan bagi memberi pengiktirafan kepada
pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan di sekolah sepanjang tahun 2014.

Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kesungguhan dan


pengorbanan yang terjalin di antara seluruh warga pendidik dan ibu bapa dalam
membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini.
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR
Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Guru Besar SK
Long Kesseh, Encik Goyang Anak Bengkar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan itu tadi.
UCAPAN DAN PERASMIAN TUAI KAMPUNG
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Luhat Jok, Tuai Kampung
Long Kesseh untuk menyampakan ucapan, seterusnya merasmikan majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang SK Long Kesseh 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan dan perasmian dari Encik Luhat Jok
itu tadi.
Pahlawan Kita Gagah Perkasa,
Sungguh terkenal serata negeri,
Tuan sudah memberi kuasa,
Syukur diucap, majlis sudah dirasmi.
PERSEMBAHAN
Sebagai halwa telinga dan hiburan kita pada pagi ini, pihak majlis akan menampilkan sebuah
persembahan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 5 Sk Long
Kesseh. Dijemput murid-murid Tahun 5 untuk mengambil tempat di pentas.
Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, persembahan ini diberi tajuk Gemuruh dan telah
dikendalikan oleh Cik Vivien Lodin.
Terimalah, murid-murid Tahun 5!
Terima kasih kepada murid-murid Tahun 5 yang dikasihi sekalian.
PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN
Kini tibalah saat-saat yang ditunggu-tunggu.
Tapi sebelum itu izinkan saya berpantun lagi.
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Hadirin hadirat sekalian, sebanyak 21 kategori hadiah yang akan disampaikan di majlis kita
yang penuh ceria ini yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian AKADEMIK dan
KOKURIKULUM.
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang akan dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi
kategori pertama iaitu MURID MENGUASAI LINUS. Sehubungan itu, majlis
mempersilakan Tuai Kampung Long Kesseh, Encik Luhat Jok diiringi Encik Richard Layang
bagi menyampaikan hadiah kepada murid-murid kita yang cemerlang ini.
Majlis mempersilakan.
Refer booklet
17. ANUGERAH NILAM
Anugerah ini dibahagikan kepada empat jenis pingat iaitu pingat NILAM, emas, perak dan
gangsa. Penilaian dibuat berdasarkan rekod bacaan murid yang telah dibaca sejak tahun 2012
hingga sekarang.
17. 1 TAYANGAN VIDEO
Selesai sudah 17 kategori hadiah yang telah disampaikan kepada murid-murid kita sekalian.
Marilah kita berehat sebentar dengan menyaksikan tayangan video bertajuk Di Sini Lahirnya
Sebuah Cinta yang telah dihasilkan bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun
ini. Untuk pengetahuan hadirin, video ini telah dihasilkan oleh Puan Nurul Izyani dengan
kerjasama guru-guru dan murid-murid SK Long Kesseh.
Terimalah.
18. MSSR ZBT
Untuk pengetahuan hadirin, seramai 8 orang murid telah mewakili sekolah ke SK Long
Laput. Mereka adalah, ........refer booklet diiringi oleh Guru Besar, Encik Goyang, Encik
Richard, Encik Hafiy, Cik Ramy dan Cik Vivien.
22. KEHADIRAN 100% SEPANJANG TAHUN
Apalah sekolah tanpa gurunya, dan apalah guru tanpa muridnya. Bagi menghargai
kedatangan murid yang berterusan sepanjang tahun, kami pihak sekolah ingin mengumumkan
bahawa sekolah ini mempunyai seorang murid yang sentiasa hadir ke sekolah sejak hari
pertama persekolahan ini dibuka pada Januari 2014. Dengan rekod kedatangan yang penuh
iaitu 100% tanpa sebarang cuti, kami pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput mantan
YDP Encik Ding Ajeng bagi menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah ini.
Dipersilakan;
Adik Martinus Emang dari Kelas Tahun 5 untuk menerima Anugerah Kehadiran 100%
sepanjang tahun 2014. Tahniah Martinus! Semoga murid-murid yang lain mencontohi
semangat Abang Martinus yang rajin datang ke sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada mantan YDP PIBG kita encik Ding Ajeng.

ANUGERAH TOKOH MURID TAHUN 2014


Pihak sekolah dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pada tahun ini kita mempunyai
satu anugerah khas bagi menghargai murid yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi dalam kokurikulum dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah.
Anugerah ini ialah Anugerah Tokoh Murid 2014 di mana murid-murid akan dinilai dari
pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan peribadi yang mulia tidak kira di sekolah
mahupun di rumah.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini dipersilakan Tuan Guru Besar Encik
Goyang Bengkar diiringi Encik Richard Layang bagi menyampaikan anugerah ini.
Dipersilakan Tokoh Murid SKLong Kesseh 2014 - Adik Melvin Ding dari tahun 4.
Terima kasih.
24. ANUGERAH IBU/PENJAGA MITHALI
24. ANUGERAH BAPA/PENJAGA MITHALI
Hadirin hadirat sekalian. Hari ini kita bukan sahaja menghargai pencapaian murid-murid
kerana kita ada Anugerah Khas buat ibu dan bapa serta penjaga Mithali yang telah
melahirkan dan membesarkan anak-anak yang bagus dalam akademik dan baik budi
pekertinya.
Penerima anugerah ini telah dipilih berdasarkan pencapaian anak-anak dan undian yang telah
dijalankan. Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini dipersilakan Tuai Kampung
Long Kesseh Encik Luhat Jok diiringi Encik Goyang Bengkar bagi menyampaikan anugerah
ini.
Anugerah Ibu/Penjaga Mithali 2014 dipersilakan Puan ................................................!
Seterusnya Anugerah Bapa/Penjaga Mithali 2014 dipersilakan Encik...................................!
CENDERAMATA
Majlis menjemput Tuan Guru Besar bagi menyampaikan sederamata kepada tetamu jemputan
khas kita.
Seterusnya majlis ingin menjemput Adik Daniel Leo Ding, selaku wakil murid merangkap
Ketua Pengawas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
PENUTUP
Dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka majlis kita kini sudah tiba ke penghujungnya. Kami
bagi pihak AJK Pelaksana mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima
anugerah. Bagi pihak sekolah, majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu
jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masauntuk hadir ke majlis ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kami juga ingin memohon
maaf di atas segala kekurangan kami di sepanjang majlis ini berlangsung.
Akar keladi melilit kasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Sebelum itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu sekolah dengan penuh bersemangat.
Hadirin diminta berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.
Sebelum bersurai, majlis ingin menjemput Encik Lihan Ajeng untuk membacakan doa
makan. Dipersilakan.
Terima kasih Encik Lihan Ajeng.
Dijemput para tetamu untuk ke dewan RMT untuk jamuan ringan. Sekian terima kasih!

NurulIzyani2014