Anda di halaman 1dari 1

Karangan Pengalaman Menyertai Pertandingan 1

Soalan: Ceritakan pengalaman kamu menyertai pertandingan


Pada minggu lepas, saya telah menyertai satu pertandingan iaitu pertandingan
tulisan khat. Aku telah terpilih mewakili sekolahku untuk menyertai pertandingan itu.
Saya telah dihantar ke sebuah sekolah iaitu SK Taman Universiti 1. Saya membawa
peralatan yang diperlukan.
Setelah sampai di SK Taman Universiti 1, namaku dipanggil. Aku diarahkan
pergi ke sebuah bilik bersama peserta lain. Aku terus memilih tempat duduk. Aku melihat
peserta yang lain ada yang mengeluarkan alatan untuk tulisan khat, berbual, mencuba
tulisan mereka dan ada juga yang termenung. Aku juga mengeluarkan peralatan tulisan
khat.
Pada pukul 10.00 pagi, pertandingan tulisan khat bermula. Kami diberi dua
helai kertas iaitu sehelai kertas lukisan dan sehelai teks untuk disalin dalam tulisan jawi
menggunakan tulisan khat. Aku terus membuat kerjaku. Aku menulis dengan
bersungguh-sungguh.
Setelah masa tamat, kertas kami dikutip. Aku berasa gementar sedikit kerana
mungkin terdapat kesalahan ejaan. Aku duduk diam sambil berzikir perlahan-lahan.
Peserta yang lain berasa lega kerana cabaran mereka telah tamat.
Beberapa minit kemudian, semua peserta disuruh berkumpul di dewan. Aku
terus ke dewan lalu duduk di kerusi yang telah tersedia. Kami menonton persembahan
kumpulan kalam jamaie. Aku terhibur dengan persembahan mereka.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu penyampaian hadiah kepada
pemenang. Aku berasa gementar. Jantungku berdegup dengan laju. Tempat ketiga telah
dimenangi oleh Nur Liyana Binti Rahim. Tempat kedua dimenangi oleh Nur Syahriza
Binti Ayub. Aku telah diumum sebagai pemenang tempat pertama. Air mata mengalir
dipipiku. Akhirnya aku menang dalam pertandingan itu.