Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KFP 6014
KEADAH TINJAUAN
TUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH :
ZAKARIA BIN CHE PA

M20122001606

DISEDIAKAN UNTUK :

DR.GOH SWEE CHOO


1

TAJUK :TEKNIK PERMAINAN BAHASA DALAM MENINGKATKAN


PENGUASAAN KOSA KATA BAGI MEMBINA AYAT MAJMUK DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN 3
Pemerhatian
Pengajaran perbendaharaan kata atau kosa kata adalah amat penting kepada para
pelajar. Kegagalan pelajar menguasai kosa kata akan mempengaruhi kemahiran bahasa yang
lain termasuklah kemahiran menulis ayat atau membina ayat yang gramatis.
Tinjauan awal yang bertujuan untuk mengenal pasti masalah penguasaan kosa kata pelajar
telah diadakan melalui latihan bertulis dan jawapan lisan pelajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah serta pencapaian dalam ujian. Selain itu, temu bual dibuat untuk
mengenal pasti punca kekurangan kosa kata pelajar berkaitan dan hasilnya menunjukkan
masalah kekurangan penguasaan kosa kata oleh pelajar-pelajar ini adalah disebabkan
pembacaan yang amat terhad. Kesan paling ketara akibat kurang membaca ialah kurangnya
kosa kata pelajar dalam membina ayat.
Satu kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk Kajian Tindakan yang
bertujuan mengubah amalan pengajaran guru dalam aspek penguasaan kosa kata. Teknik
permainan bahasa digunakan bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan kosa kata
Bahasa Melayu dan seterusnya pelajar dapat membina ayat yang gramatis menggunakan kosa
kata yang baru.
Kepentingan penyelidikan ini
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar Tahun
3 Cemerlang. Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka. dengan menggunakan Teknik
permainan bahasa. Metodologi untuk kajian ini merangkumi perkara-perkara seperti reka
bentuk kajian, sample kajian, instrument, prosuder pengumpulan data dan analisis data.
Ayat-ayat yang dibina juga selalunya mempunyai struktur ayat yang sama dan tidak gramatis.
Pelajar selalu mengulang-ulang kosa kata yang telah digunakan oleh rakan-rakan mereka
semasa membina ayat dan tidak yakin akan kebolehan diri untuk membina ayat yang lebih
baik.
Tinjauan Literatur
Menurut Yahya Othman (2005) penguasaan perbendaharaan kata amat penting kepada setiap
individu. Penguasaan kosa kata yang baik membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa
lain seperti kemahiran lisan, membaca dan menulis. Kelemahan penguasaan aspek

perbendaharaan kata juga mempengaruhi tugasan menulis karangan yang memerlukan


mereka menguasai perbendaharaan kata yang baik.Masalah penguasaan kosa kata ini juga
pernah dijadikan bahan kajian oleh beberapa orang pengkaji. Antaranya ialah Salmiah bt.
Sidek. (2004) yang telah menjalankan kajian bertajuk Memperkaya Kosa Kata Pelajar
Tingkatan 4 Menggunakan Program Sehari Selembar Benang dan Program 200-4.
Kosa kata bahasa Melayu semakin popular dan semakin berkepentingan. Hal ini dikukuhkan
dengan dapatan daripada Kertas Kerja MABBIM yang ditulis oleh Mohamed Pitchay Gani
Bin Mohamed Abdul Aziz (2007) yang menyatakan bahawa pada hari ini, kosa kata bahasa
Melayu telah berkembang dengan begitu banyak sekali dan terus relevan dengan istilahistilah pelbagai bidang dan industri. Kemampuan bahasa Melayu mengembangkan kosa
katanya telah membantu meletakkan kedudukannya antara 10 bahasa utama dunia dengan
umlah penutur yang besar.
Menurut Siti Hajar dalam artikelnya yang bertajuk Permainan Bahasa dan Pengajaran
dan Pembelajaran, menyatakan bahawa permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa
melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa,
iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini
juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian
pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan yang menyeronokkan
semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat
memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah..
Selain itu, Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) menyatakan bahawa
kanak-kanak belajar melalui bermain. Bermain adalah perkara yang terbaik dan paling
disukai oleh kanak-kanak. Bermain memupuk perkembangan menyeluruh dan perlu
digabungkan dengan setiap perkara yang kanak-kanak lakukan.
Pelapor Teori mentalis ialah Chomsky. Pandangan Chomsky pada teori mentalis menyatakan
seseorang itu mempunyai kecekapan dan prestasi dalam berbahasa. Kecekapan adalah rumusrumus bahasa yang ada dalam pemikiran. Sementara prestasi pula adalah penggunaan
ataupun penghasilan bahasa itu berdasarkan pengetahuan dan kecekapannya. Oleh itu,
kecekapan dan prestasi mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan pengucapan yang
dihasilkan oleh penutur. (Yahya Othman, 2005)
Golongan mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang
melibatkan aktiviti mental. Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif menjelaskan bahawa

bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Golongan mentalis
berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan yang sedia ada pada
mereka untuk merumuskan dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka
peroleh. (Adenan Ayob, Nathesan Sellapan, 2009)
Chellamal Bagavahy, A., telah menjalankan kajian yang bertajuk Mengatasi
Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa dalam Bahasa Melayu Melalui Cara
Permainan Bahasa. Dapatan kajian beliau Kajian ini akan menggunakan kelas-kelas yang
sedia ada sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Jumlah responden ialah 40
orang iaitu 20 orang diletakkan dalam kumpulan eksperimen manakala 40 orang dalam
kumpulan kawalan. Kelas yang menjadi kumpulan eksperimen akan diajar dengan
menggunakan teknik yang dirancangkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran mereka,
manakala kelas yang menjadi kumpulan kawalan pula akan menggunakan kaedah biasa atau
kaedah tradisional. Kajian ini mendapati tindakan yang telah dijalankan telah membantu
murid untuk menguasai aspek tatabahasa. Selain itu, murid-murid juga gembira menyertai
aktiviti-aktiviti permainana bahasa yang dijalankan.

Tentukan soalan / hipotesis kajian


Satu kajian selidik turut diberikan kepada kumpulan sampel. Data-data yang diperoleh
dari ujian pos dan kaji selidik akan dianalisa untuk mendapatkan keputusan. Pelajar-pelajar
ini akan diajar tajuk yang sama berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan bahasa Melayu
Tahun 3. Ujian pra akan diberi kepada kedua-dua kumpulan ini bagi mengetahui persepsi
mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran sedia ada serta kepentingan membaca dalam
kehidupan seharian. Langkah seterusnya ialah guru akan mengajar dengan menggunakan
teknik permaian bahasa kepada murid-murid dalam kumpulan eksperimen manakala murid
dalam kumpulan kawalan akan diajar menggunakan cara biasa. Selepas menjawab ujian pos,
responden dari kumpulan eksperimen akan menjawab soal selidik sekali lagi. Ini bertujuan
bagi melihat perubahan yang mereka alami selepas diberi rawatan.

Reka bentuk penyelidikan


Kajian ini akan menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Jumlah responden ialah 40 orang iaitu 20 orang diletakkan dalam
kumpulan eksperimen manakala 40 orang dalam kumpulan kawalan. Kelas yang menjadi
kumpulan eksperimen akan diajar dengan menggunakan teknik yang dirancangkan dalam

strategi pengajaran dan pembelajaran mereka, manakala kelas yang menjadi kumpulan
kawalan pula akan menggunakan kaedah biasa atau kaedah tradisional.
Rekabentuk kajian akan menggunakan rekabentuk Kajian Tindakan. Rekabentuk kajian akan
dijalankan berdasarkan plan tindakan 5 peringkat. Pada peringkat pertama, tinjauan isu dan
masalah akan dikaji iaitu meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu bagi
membantu membina ayat dalam kalangan pelajar. Seterusnya pada langkah kedua,
perancangan kajian dijalankan. Pada peringkat ini, pengkaji akan merancang langkah-langkah
yang akan diambil bagi menjayakan kajian ini. Pendekatan kajian adalah berbentuk
kuantitatif.
Peringkat langkah ketiga, pelaksanaan tindakan akan diambil mengikut perancangan yang
dibuat. Cadangan kajian tindakan ini dibuat berdasarkan kajian berbentuk kuasi eksperimen.
Kajian ini akan menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Kelas yang menjadi kumpulan eksperimen akan diajar dengan
menggunakan teknik permainan bahasa yang melibatkan aktiviti mental manakala kelas yang
menjadi kumpulan kawalan pula akan menggunakan kaedah biasa atau kaedah tradisional.
Pada langkah keempat kajian, pemerhatian keberkesanan teknik permainan bahasa dalam
meningkatkan penguasaan kosa kata pelajar dilakukan. Pemerhatian dan analisis
dilaksanakan untuk melihat keberkesanan teknik permainan bahasa yang melibatkan aktiviti
mental ke atas kebolehan dan prestasi pelajar dalam membina ayat yang gramatis.
Peringkat langkah kelima, refleksi dan penilaian kendiri akan dijalankan untuk mendapatkan
kesimpulan samada kajian tindakan ini telah berjaya atau tidak membantu meningkatkan
penguasaan kosa kata pelajar terlibat.

Sampel
Sampel kajian yang digunakan ialah terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 3
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka.Populasi yang terlibat ialah seramai 40
orang murid dalam kumpulan eksperimen. Semua pelajar berumur dalam lingkungan 9 tahun
dan melibatkan jantina lelaki dan perempuan. Kumpulan ini adalah setara dari segi
pencapaian akademik. Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar yang terdiri daripada 24 pelajar
lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan instrumen kajian yang berbentuk soal selidik
dan soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Instrumen kajian berbentuk ini difikirkan sesuai

kerana data yang akan dikumpul adalah berbentuk kuantitatif. Ini akan memudahkan pengkaji
untuk membuat analisis bagi menentukan dapatan kajian.
Ujian Pra
Ujian ini dibuat untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam membina ayat majmuk
pancangan dalam Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan). Khasnya Bahagian A (bina 5
ayat berdasarkan gambar) dan Bahagian B (bina karangan pendek 50 perkataan).
Ujian Pos
Ujian pos pula akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan tersebut. Setiap ujian
mengandungi 15 soalan berbentuk subjektif, iaitu 10 soalan membina ayat
berdasarkan gambar dan 5 soalan membina ayat menggunakan frasa dan gambar yang
diberi. Soalan-soalan ujian ini dipilih daripada soalan-soalan ujian yang telah
dikenalpasti kesahannya iaitu soalan-soalan daripada soalan-soalan peperiksaan
penggal atau yang difikirkan sesuai oleh pengkaji.
Borang Soal Selidik
Borang soal selidik ini mengandungi 20 item. Soal selidik dijalankan untuk
mengenalpasti dan mendapat maklumbalas terhadap persepsi pelajar terhadap
penggunaan teknik permainan bahasa dapat meningkatkan kosa kata pelajar. Selepas
rawatan dijalankan, satu lagi soal selidik diberikan kepada kumpulan eksperimen.
Soal selidik ini mengandungi 10 item. Item-item ini adalah bagi meninjau
keberkesanan teknik permainan bahasa yang telah dilaksanakan dalam proses P & P.
Penilaian bagi setiap item di dalam borang soal selidik adalah berdasarkan kepada
jawapan ya atau tidak. Borang ini juga diberikan selepas setiap ujian yang
dijalankan.

Prosedur pengumpulan data


Pada peringkat awal kajian, pengkaji akan meminta kebenaran daripada guru besar
untuk mengadakan perbincangan dengan guru kelas bagi membincangkan jadual waktu dan
menentukan tarikh-tarikh bagi menjalankan kajian. Maklumat dan latar belakang kelas juga
akan dikenalpasti sebelum memulakan kajian. Selepas pemilihan sampel dikenalpasti pelajar
akan mengisi borang profil responden. Maklumat mengenai latar belakang responden akan
digunakan dalam penganalisian data. Kemudian borang soal selidik akan diedarkan dan
pelajar diminta mengisinya.

Kemudian, kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang dipilih ini akan diberikan
ujian pra. Ujian pra diberikan bagi mengesan tahap kebolehan pelajar menggunakan kosa
kata yang telah dimiliki bagi membina ayat berdasarkan soalan yang diberi. Sebelum teknik
permainan bahasa digunakan dalam proses pembelajaran. Markah akan dikumpulkan
mengikut kumpulan masing-masing.
Seterusnya kumpulan eksperimen akan diberi rawatan dengan menggunakan teknik
permainan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran selama tempoh kajian
dijalankan, manakala kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran biasa. Selepas rawatan
dijalankan, satu lagi soal selidik diberikan kepada kumpulan eksperimen. Selepas murid
mengikuti proses pembelajaran itu, ujian pos akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan
iaitu kumpulan eksperimen dan kawalan. Markah akan direkodkan dan dianalisis bagi
membuat perbandingan pencapaian bagi kedua-dua kumpulan itu.

Prosedur Analisis Data.


Data akan dianalisis menggunakan kaedah langkah dalam penganalisisan data iaitu tahap praanalisis, tahap kemasan data,tahap pameran data, tahap verifikasi data dan tahap dapatan.
Pada tahap pra-analisis, semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkatkan dan
dilengkapkan. Semua nota dilabel mengikut jenis dan disusun mengikut urutan tertentu
seperti yang dikehendaki. Sediakan dua salinan semua nota termasuk yang asal. Mengkod
dan mengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan. Data computer
dimasukkan ke dalam folder.
Pada tahap kemasan data, data ditranskrip-sikan dalam word processing atau dalam format
analisis tekstual menggunakan komputer. Data yang dikumpul dari instrument kajian akan
dianalisa dengan mencari peratus.
Pada tahap pameran data, data dipamerkan dalam bentuk jadual, graf dan rumusan. Selepas
proses mendapatkan peratus selesai, pencapaian pelajar diukur dengan menganalisa markah
yang diperolehi oleh setiap pelajar dan membandingkan dengan keputusan markah yang
diperolehi dari oleh pelajar dari kumpulan kawalan. Data yang dipamerkan menjelaskan
analisis atau tindakan tambahan yang perlu dibuat.
Pada tahap verifikasi data, data yang dikumpul dari ujian pra dan ujian pos akan
dianalisakan . Pelbagai tindakan analtik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua
prosuder yang membawa kpada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses dokumentasi
semua proses kajian dinyatakan dengan tepat.

Akhirnya, pada tahap dapatan, penyemakan dan interpretasi dapatan akan dilaksanakan untuk
melihat keberkesanan teknik permainan bahasa dalam meningkatkan penguasaan kosa kata
pelajar. Untuk itu pengkaji perlu memastikan semua murid terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, menjawab soalan dalam borang soal selidik serta menjawab soalan-soalan
ujian yang diberi.

Batasan reka bentuk kajian


Kajian ini melibatkan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 3 Cemerlang.
Pengkaji akan menggunakan teknik permainan bahasa dalam 5 sesi pengajaran dan
pembelajaran. Masa yang diambil untuk melaksanakan teknik ini adalah selama 15 minit bagi
setiap sesi pengajaran. Seramai 40 orang murid tahun 3 Cemerlang terlibat sebagai sampel
kajian. Oleh sebab masa yang agak terhad, sumber-sumber bahan bantuan mengajar yang
akan digunakan terdiri daripada bahan-bahan yang dibeli. Bidang kajian melibatkan usaha
meningkatkan penguasaan kosa kata melalui teknik permainan bahasa bagi membolehkan
pelajar membina ayat. Selain itu pengkaji juga akan berpegang kepada teori mentalis yang
melibatkan aktiviti mental pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai