Anda di halaman 1dari 5

PENYATAAN MASALAH

GRU6014
(Q)

SEMESTER I (2014/2015)
TUGASAN INDIVIDU

PERSOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
SOALAN SOAL SELIDIK

NAMA

: MOHD KHAFIZ BIN KARIM

NO. MATRIK

: M20141000632

PENSYARAH

: DR. ABDUL KADIR ARIFFIN

FAKULTI

: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


(FPPM)

PENYATAAN MASALAH

GRU6014
(Q)

KAJIAN TENTANG TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN


SIKAP MURID-MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI SEKOLAH
KEBANGSAAN LIMBONGAN, MELAKA

Oleh MOHD KHAFIZ BIN KARIM

1. PERNYATAAN MASALAH
Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan berpengetahuan,
berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkara tersebut, Kementerian Pelajaran telah
melancarkan Pelan Induk Pendidikan (PIPP) yang bertujuan memperkasakan pendidikan di
semua peringkat termasuk pendidikan sekolah rendah dalam usaha menghasilkan modal insan
yang kompetetif dalam pasaran tenaga kerja bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan sekolah rendah,
terdapat banyak modul membaca, menulis, mengira terdapat dalam pasaran. Perkembangan
ini adalah menggalakkan untuk perkembangan ilmu tetapi perlu ada pemantauan dan kajian
tentang keberkesanannya.
.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti teknik-teknik yang berkesan bagi
menigkatkan minat dan sikap murid-murid terhadap mata pelajaran sains di Sekolah
Kebangsaan Limbongan, Melaka. Kajian ini juga akan mengenalpasti sejauh mana
penguasaan murid terhadap matapelajaran sains yang telah dicapai oleh murid-murid tahun 4
Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Limbongan, Melaka. Murid-murid dari kelas 4 cemerlang
telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini yang mana responden merupakan murid-murid
yang kurang berminat dalam matapelajaran Sains
Disamping itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap kebolehbacaan dalam
dikalangan mereka. Hal ini demikian, keadaan tempat tinggal mereka serta kemudahan
prasarana sekolah yang kurang menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang
perkembangan teknologi terkini sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan.
Oleh yang demikian, kajian ini akan melibatkan kajian di SK Limbongan, Melaka.

PENYATAAN MASALAH

GRU6014
(Q)

Pengkaji merupakan guru mata pelajaran Sains kelas 4 Cemerlang bagi tahun 2014.
Oleh kerana selama ini pengkaji hanya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik, jadi beliau tidak pernah mengetahui minat dan sikap mereka terhadap mata
pelajaran Sains. Pada awal pra mengajar, pengkaji melihat murid-murid sangat pasif dan
tidak menunjukkan ciri-ciri meminati mata pelajaran Sains. Setelah hampir seminggu beliau
menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran, dapati masalah utama yang dihadapi oleh
murid-murid ialah kurang minat dalam mata pelajaran Sains.
Masalah kurang berminat dalam mata pelajaran Sains ini telah menimbulkkan banyak
masalah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PDP). Kebanyakkan murid pengkaji
adalah pendiam dan hanya 4 hingga 5 orang murid yang memberi jawapan serta ada murid
yang tidak menumpukan perhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
Keadaan sedemikian telah menyebabkan prestasi murid tahun 4 Cemerlang tidak begitu
memuaskan. Menurut guru yang pernah mengajar mereka semasa tahun 3 Cemerlang (2013),
hanya 10 orang murid yang dalam menguasai kemahiran Sains dengan baik.
Oleh itu, kajian ini akan mencari punca-punca yang menghalang minat murid 4
Cemerlang untuk meminati mata pelajaran Sains. Kajian ini juga akan menggunakan teknik
pembelajaran koperatif bagi kelas ini dengan harapan dapat memberi motivasi untuk
meningkatkan minat murid kelas 4 Cemerlang dalam mata pelajaran Sains. Disamping itu,
kajian ini juga akan mencatatkan catatatan harian selepas proses pembelajaran dan
pengajaran Sains. Kajian juga turut melibatkan proses menemubual murid secara tidak
langsung untuk mengetahui tentang minat mereka terhadap mata pelajaran Sains.
Epstein (1986), dari 1,259 ibu bapa di Maryland 18% menyatakan mereka tidak
menerima sebarang surat pemberitahuan dari sekolah, 35% menyatakan bahawa tiada
perjumpaan antara ibu bapa dan guru, 60% tidak pernah berbincang dengan guru melalui
telefon kerana semua laporan maklumat dihantar melalui pos ke rumah ibu bapa kanakkanak. Kebanyakan aktiviti adalah sehala iaitu dari sekolah ke rumah. Tiada kerjasama yang
nyata yang dapat terjalin di antara pihak sekolah dan ibu bapa sama ada dari segi
perancangan aktiviti serta komunikasi dua hala. Elizabeth Fraser (1959) dalam buku beliau
yang bertajuk Home Environment and School telah menerangkan hubungan yang amat
signifikan antara taraf pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak mereka. Ini
menjurus kepada situasi persekitaran yang berlaku dalam keluarga itu sendiri yang
1

PENYATAAN MASALAH

GRU6014
(Q)

mendorong kepada kehendak kanak-kanak belajar dan cemerlang dalam akademik. Menurut
Fraser, andainya dibandingkan antara dua orang kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan
yang hampir sama tetapi berbeza dari segi taraf pendidikan, pendidikan yang lebih tinggi
akan memperolehi pencapaian yang lebih baik. Contohnya ibu bapa yang membentuk sikap
positif terhadap anak-anak mereka menunjukkan kejayaan yang lebih baik berbanding dengan
ibu bapa yang tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama dalam bidang
pelajaran. Begitu juga dengan sikap, dorongan, minat serta hubungan yang diberikan akan
meningkatkan lagi prestasi akademik anak-anak mereka (dalam Hazil, 1990).

PENYATAAN MASALAH

GRU6014
(Q)

BIBLIOGRAFI
Cholden, L.S. (1978). A Psychiatrist Works Blindness. New York: McGraw.
Chall, J. S. (1967). Learning To Read: The Great Debate. New York: McGraw Hill.
Harris, A. J. & Sipay, E. R. (1980). How to Increase Reading Ability. New York: Longman, Inc.
Kemahiran belajar (2006). Diperoleh pada Februari 21, 2008 daripada
http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm
Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca(2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008
daripada,
www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2005&dt=013&pub=utusan_malaysia&sec=muka
%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive
Lee Lai Guan, Rahmah Hanafi dan Salihah Yusof. (2007). Satu tinjauan pelbagai aspek
membaca murid-murid tadika. Diperoleh pada Februari 23, 2008 daripada
http://members.tripod.com/ipdares/baca.htm

Anda mungkin juga menyukai