Anda di halaman 1dari 9

Anjakan Minda Pemimpin Pendidikan

Selaras dengan hala tuju pendidikan masa kini, Pengetua dan Guru Besar
di zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift)
untuk kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin.
Sekurang-kurangnya 8 aspek yang berkaitan dengan cara berfikir perlu
diubah selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan pengurusan global di
luar bidang pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap seolah-olah dia sahaja
yang tahu dan betul, orang lain tidak tahu, sentiasa salah dan mesti mengikut
kehendaknya telah berlalu dan tidak relevan lagi.
Antara 8 perkara atau cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh
pemimpin pendidikan abad ke-21.
1. Daripada Berfokus Masalah Kepada Berfokus Penyelesaian
Seiring dengan perubahan pendidikan ara globalisasi, sebagai pemimpin
sememangnya akan sering menghadapi banyak masalah dan cabaran. Sikap
yang diserlahkan seorang pemimpin melalui cara berfikir dan bertindak apabila
menghadapi masalah berbeza-beza mengikut dan sekaligus menggambarkan
kekuatan daya kepimpinannya. Pemimpin yang lemah apabila menghadapi
masalah dan cabaran, fikiran dan tindakannya berlegar sekitar mencari apa dan
siapa yang menjadi punca masalah, mengapa masalah timbul dan menyesali
keadaan atau tindakan orang lain yang menyebabkan masalah timbul tanpa
cuba memahami isu sebenar dan cara mengatasi atau menyelesaikan masalah.
Pemimpin yang berjaya dan berkesan seringkali tidak menganggap isu
atau masalah yang dihadapi sebagai masalah, sebaliknya sebagai peluang
baginya belajar menyelesaikan masalah itu dengan cara yang berbeza dari
kebiasaan. Pemimpin seperti ini tumpuan pemikiran dan tindakannya adalah
mencari jalan penyelesaian sama ada secara individu atau jemaah bersama

rakan dalam organisasi pimpinannya. Dia akan mencari peluang mempengaruhi


sesiapa sahaja yang dipimpinnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Pelbagai cara digunakan yang matlamatnya ialah menyelesaikan masalah tanpa
bising menyalahkan orang lain yang didakwa menyebabkan masalah tersebut.
2. Daripada Menetapan Matlamat Kepada Orang Lain Kepada Menjajarkan
Matlamat Bersama
Sememangnya setiap pemimpin perlu ada maltamat (goal) untuk diri dan
organisasinya. Dia perlu tahu ke mana hala tuju kehidupan dan pekerjaannya
dan organisasi yang dipimpinnya. Namun untuk mencapai matlamat diri dan
organisasi, dia tidak sepatutnya menyuruh (dictate) orang lain berbuat sesuatu
mengikut kehendaknya semata-mata tanpa memikirkan kesukaran atau masalah
yang dihadapi orang yang disuruh.
Ada kalanya matlamat organisasi telah ditetapkan dengan perancangan
yang baik oleh pemimpin sebelumnya atau pihak atasan yang lebih tinggi
daripadanya. Tidak perlu sebenarnya untuk dia menetapkan matlamat organisasi
yang baru melainkan dia hanya perlu membuat penjajaran (alignment) kepada
pelaksanaan perancangan untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama
anggota dalam organisasi.
Dalam merancang matlamat organisasi, pemimpin abad ke-21 tidak
membuatnya secara bersendirian atau sentiasa mengikut kehendaknya sematamata. Pandangan dan buah fikiran orang ramai termasuk pakar dalam bidang
berkenaan perlu diambil kira. Apabila percanggahan atau perbezaan pendapat
berlaku, penjajaran dalam bentuk kata sepakat perlu diperoleh.
3. Daripada Memberi Nasihat Kepada Menimbulkan Kesedaran
Pemimpin alaf baru tidak menganggap dirinya serba tahu sehingga dia
mendakwa hanya layak memberi nasihat dan tidak layak untuk menerima
nasihat apatah lagi tunjuk ajar. Oleh itu, pemimpin perlu menimbulkan kesedaran

mereka tentang pentingnya mereka memikir, merancang dan mengambil


tindakan yang strategik secara bersama untuk proses pembetulan dan
penambahbaikan kepada dasar dan strategi sedia ada.
4. Daripada Tahu Semua Hal Kepada Rasa Ingin Tahu
Sebagai ketua, perbanyakkan menyoal daripada menjawab. Soalan atau
permintaan juga boleh dijawab atau direspons dengan soalan. Sebagai contoh,
soalan permintaan Tuan, bolehkah saya

bercuti esok? boleh dijawab

Mengapa anda hendak bercuti?. Banyak lagi contoh soalan yang boleh dijawab
dengan soalan.
Menjawab soalan dengan jawapan atau memberi jawapan atau
penyelesaian kepada permasalahan menggambarkan orang yang yang disoal
atau dikemukakan masalah atau diminta pendapat, tahu semua hal. Oleh itu,
sebagai pemimpin adalah lebih baik timbulkan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut
sebelum membuat keputusan tentang sesuatu walaupun mungkin tahu
konsekuennya. Peribahasa dont leave the stone unturn sangat baik diamal
sebelum membuat keputusan.
5. Daripada Mengarah Dan Mendesak Kepada Mempengaruhi
Pemimpin yang hanya pandai mengarah, memerah dan memarah akan
berakhir dengan pengikut. Gambaran ini sesuai bagi seorang yang pemimpin
yang mengarah dan mendesak dalam gaya kepimpinannya. Pemimpin
sedemikian, terutama di sekolah dikuatiri boleh menjejaskan keberkesanan
sekokah yang sekaligus kemenjadian murid kerana guru dan staf yang boleh
bertindak negatif ekoran tindakan yang pasti tidak disukai.
Pemimpin sekolah sedemikian seringkali dikaitkan dengan pemimpin yang
lemah, kurang berhemah dan seperti tidak pernah mengikuti latihan kepimpinan
dan pengurusan pendidikan sebelum atau sepanjang perkhidmatannya.
Pemimpin yang

pernah mengikuti kursus kepimpinan dan

pengurusan

pendidikan seperti National Professional Qualification for Educational Leadership


(NPQEL) atau lain-lain kursus anjuran Institut Aminudin Baki (IAB) pasti tahu
bahawa definisi memimpin ialah usaha mempengaruhi orang lain dalam
lingkungan kepimpinannya untuk mencapai matlamat organisasi.

Selain

mempengaruhi, memimpin juga membawa konotasi membuat perubahan


(change) dari kurang baik kepada lebih baik.
Dalam pendidikan, Dato Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah
Pedidikan Malaysia menyarankan bahawa istilah memimpin itu sendiri
bermaksud mendidik atau sebaliknya mendidik itu adalah memimpin. Hal ini
bermaksud mendidik ialah proses mempengaruhi orang lain iaitu murid dan
orang-orang di sekitarnya untuk mencapai objektif pembelajaran supaya
perubahan berlaku kepada diri murid itu, sekolah dan sistem pendidikan negara.
6. Daripada Mengkritik atau Menghukum Kepada Menghargai atau Memuji
Kritikan dan hukuman oleh pemimpin ke atas pengikut tidak dinafikan
boleh membawa kebaikan kepada organisasi. Namun apabila selalu digunakan
oleh pemimpin kepada pengikutnya boleh menyebabkan pengikut demotivated.
Kritikan selalunya digunakan pemimpin ke atas pengikut yang rendah mutu kerja
dan hasilnya. Hukuman pula ialah natijah yang diterima pengikut apabila kerja
dan hasil kerjanya tidak mencapai jangkaan ketua atau organisasi. Kritikan juga
merupakan hukuman. Malahan kadang-kadang hukuman berbentuk kritikan lebih
berat kesannya daripada bentuk yang lain.
Oleh kerana kritikan dan hukuman selalu dikaitkan dengan kesan yang
negatif, ramai yang tidak suka sama ada orang yang menerima kritikan dan
hukuman atau orang lain di sekelilingnya atau pakar pengkaji bidang pengurusan
dan

kepimpinan

pendidikan. Mereka

lebih

cenderung

untuk menerima

penghargaan, pengiktirafan atau pujian.


Sememangnya, tiada siapa yang gemar kepada kelemahan, kekurangan
dan kesilapan. Namun selain melakukan kesilapan, seseorang itu pasti banyak

juga melakukan kebaikan kepada organisasi. Adalah lebih baik guru besar
perbanyakkan menghargai, mengiktiraf dan memuji kerja atau hasil kerja
seseorang terutama warga sekolah apabila membuat kerja dengan baik daripada
mengkritik atau menghukum kesilapan kecil yang selalunya tidak disengaja.
Orang yang sering dihargai dan dipuji akan besar jiwanya. Sebaliknya
orang yang sering dikritik dan dihukum kecil jiwa dan harga dirinya. Orang yang
besar jiwa dan harga dirinya juga akan menghasilkan mutu kerja yang tinggi dan
besar keuntungan yang diperoleh organisasi. Oleh itu pihak pentadbir harus
sebarkan penghargaan dan pujian. Kesilapan kecil lupakan dan maafkan sahaja
7. Daripada Mengurus Kepada Mengupaya
Mengurus

ialah

proses

mengekalkan

(maintain)

kecekapan

dan

keberkesanan organisasi. Untuk mengekal kecekapan dan keberkesanan


organisasi pemimpin perlu aktif merancang, mengorganisasi, mengawal dan
memimpin kumpulannya dengan pelbagai cara dan gaya pengurusan. Selalunya
pihak yang menerima kesan daripada gaya dan cara pengurusan seseorang
pemimpin ialah pengikut. Pemimpin yang mengurus selalunya aktif sedangkan
pengikut pasif menerima arahan ketua tanpa atau kurang diberi pengupayaan
(empowerment).
Kepimpinan abad ke-21 adalah kepimpinan yang mengutamakan
pengupayaan daipada pengurusan. Pemimpin yang mengupayakan pengikutnya
adalah pemimpin yang memberi kepercayaan untuk membuat perubahan tanpa
perlu terlalu disuruh dan diawasi. Oleh itu, pemimpin harus memberi garis
panduan dan motivasi kepada pengikut untuk bekerja bersungguh-sungguh
untuk mencapai matlamat organisasi.

8. Daripada Menyediakan Penyelesaian Kepada Meneroka Kemungkinan


Walaupun pemimpin abad ke-21 memberi tumpuan atau fokus kepada
penyelesaian masalah, namun dia tidak cenderung untuk menawarkan apatah
lagi menyediakan jawapan atau penyelesaian kepada masalah. Sebaliknya dia
lebih cenderung untuk meneroka kemungkinan untuk mencari jalan bagi bukan
sahaja mengatasi atau menyelesaikan masalah malahan mendapat keuntungan
yang lebih besar.
Pemimpin harus sentiasa kreatif dan inovatif serta berani mencuba dan
mengambil risiko. Mereka harus selalunya berfikiran terbuka dan berlapang dada
terhadap sesuatu yang baharu. Berbekalkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pengalaman serta bantuan tenaga muda, yang lebih kreatif, kritis dan inovatif,
pemimpin seperti ini mampu membawa perubahan besar kepada organisasi.

Anjakan Minda Pemimpin Abad Ke-21: 8 Cara Berfikir Yang Boleh Diubah

http://www.assafii.com/v2/index.php/en/pengurusan-sekolah/222-anjakan-mindapemimpin-abad-ke-21-8-cara-berfikir-yang-boleh-diubah?&cal_offset=22p

Bersikap Berdaya Saing Dan Mengutamakan Pencapaian


Pengetua perlu berkeupayaan untuk memberikan sokongan dan sumbangan
terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka perlu bersikap positif
terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka jua sangat mengutamakan
pencapaian dalam setiap usaha yang dilakukan. Pengetua perlu responsive
segala kertas cadangan dan segera memberi maklum balas terhadap sesuatu

arahan. Mereka memberi komitmen konsisten, bertanggungjawab, prihatin dan


berusaha gigih untuk mencapai matlamat organisasi.

Kematangan Emosi Dan Keyakinan Diri


Pengetua berkeupayaan guru untuk menetapkan hala tuju dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau perlu bijak membuat keputusan
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Beliau boleh menangani
pelbagai isu dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab. Beliau juga
mengurus tugas dan tanggungjawab yang mencabar dari segi emosi, mental,
spiritual, dan fizikal.
Selain itu, beliau juga perlu mempunyai pemikiran terbuka apabila
berinteraksi. Beliau perlu mempamer hala tuju yang jelas dan dapat membuat
keputusan dan menangani pelbagai isu dalam melaksanakan tugas

atau

tanggungjawab ditetapkan untuk diteladani daripada aspek kematangan emosi


dan keyakinan diri yang tinggi.

Kepimpinan Berwawasan Dan Membuat Keputusan


Pengetua

perlu

menetapkan

hala

tuju

organisasi.

Beliau

mengoptimumkan penggunaan semua sumber yang ada . Beliau harus bijak


membuat keputusan yang relevan dan rasional. Beliau harus mengamalkan
perkongsian kepimpinan atau distributed leadership. Pengetua mempunyai vsi
dan misi yang jelas. Dia mempunyai perancangan strategic iaitu Pelan Taktikal
dan Pelan Operasi yang lengkap dan mudah dilaksanakan.

Keghairahan Menimba Pengetahuan


Adalah amat penting bagi pengetua untuk mempelajari perkara baharu.
Beliau

harus

berkemahiran

mendapat

maklumat.

Beliau

memperoleh

pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Beliau juga


memperoleh pengetahuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran
( learning community)

Most High-Value Skills of the Future


1.Knowledge is Power. Application is Power ( how to take action or apply it)
2.Communication- Social Intelligence (key to collaboration and problem solving)
3. Rote Learning Creative Learning ( teachers need to teach creativelyto
motivate)
4.Passing Standardized Exams - Innovative Thinkers ( New/improved solutions &
responses beyong notes and rules-based)
5.Tradisional Literacy- Digital literacy ( Computer multimedia,, computer games,
websites)
6. Local heroes- World-Class Mindset ( Cross-cultural environment. Best ideas
and best talent.
(Faridah Hameed, LKW University of Creative Technology, 2013)

Kemahiran Komunikasi
Seseorang pemimpin haruslah berkomunikasi dengan berkesan.
The highly effective principal is a culture builder- an individual who
communicates (talks) and models (walks) a strong and viable vision based on
achievement, character, personel responsibility and accountability (K. McEwan,
2003)
One of the tests of leadership is the ability to recognise a problem before it
becomes an emergency, Arnold Glasgow (2010)
High Performing Governance (HPG) menggariskan ciri-ciri kepemimpinan dan
ciri-ciri pemimpin yang berkesan. HPG menekankan tentang fleksibiliti sesuatu
kepemimpinan organisasi untuk mengadaptasi dan berubah untuk bersaing di
peringkat

yang

menyesuaikan

lebih
sistem

tinggi.Fleksibiliti
sedia

ada.

di

sini

Kebersamaan

bermaksud

Kemampuan

(mutuality). Kemampuan

mengurus persekitaran bagi membolehkan pemimpin menggunakan kuasa

(authority) serta kreativiti. Kebolehupayaan untuk membentuk warga organisasi


memahami peranan mereka.