Anda di halaman 1dari 3

Syair 1 : Syair Arnab dan Kura-kura

Tema : Cerita
Syair bercerita kisah haiwan,
Arnab sombong mendongkak lawan,
Kura-kura cekal menghadapi lawan,
Kita lihat siapa menang kemudian.
Mengejek kura tiada perasaannya,
Arnab dicabar dek mulut belerangnya,
Kura-kura menyimpan seribu satu amarahnya,
Tabah dan cekal melawan dalam lariannya.
Arnab yang sombong geli hati berlumba,
Melihat kura mengajaknya berlumba-lumba ,
Bongkak kerana kura lambat berlumba ,
Menerima cabaran kura dengan hati terbuka.
Pertandingan mula disaksi rakannya,
Melihat perlawanan Arnab dan Kura-kura,
Arnab berlari pantas bertenaga,
Kura-kura berjalan tanpa putus asa.
Persimpangan jalan kebun terjumpa,
Diperhati arnab dengan matanya,
Berhenti melihat rezeki dimata,
Sehingga kenyang makanan tertidurlah ia.
Kura perhati tidurkah lawannya ,
Berjalan perlahan biasa sepertinya,
Tiada terjaga arnab yang kenyang,
Dengan lega kura berjalan senang.
Bangun dari tidur dilihatnya ,
Menyambung kembali baki lariannya,
Pabila sampai terkejutlah ia,
Kerana melihat kura-kura sudah pun juara.
Arnab yang malu maaf dipinta,
Tangan dihulur kepada Sang kura,
Menjadi iktibar mereka keduanya,
Barahabat baik akhir cerita mereka.
Syair 2 : Nasihat Bonda
Tema : Nasihat

Dengarlah sayang anak berbakti,


Syair bonda yang seikhlas hati,
Ilmu itu cahaya sakti,
Kerana tidak dapat dibeli,
Nasihat bonda kepada sayang,
Tiada kehadirannya ilmu gemilang,
Gelap tanpa cahaya mendatang,
Gelap jugalah kehidupan depan kelak
Anakku yang memberi kata,
Bonda yang akan memutuskan kata,
Kerana anakku insan berkata,
Menjadi kesayangan suka duka.
Ingin bonda bersyair sedalamnya,
Tanpa keboyakan datang melanda,
Ilmu tidak dilapisi hati nan bunga
Dipandang hina tiada harga.
Wahai anakku kesayangan bondanya,
Jika kini membuka lembarannya,
Ingin kukata dengan lembutnya,
Tanpa budi baik tiada memandangnya,
Bonda bersyair memberi kata,
Kosongnya jiwa kosongnya kata,
Tiada iman yang dibawa,
Pasti tertunduk dengan dunia yang dihina.

Syair 3 :
Tema : Hiburan
Tidak kenal usia apa itu hiburan,

Bunyi-bunyian ditanya juga hiburan,


Mengaji, menyanyi, bermain bentuk hiburan
Jiwanya hidup pelbagai hiburan.
Pernah dahulu bertanya orang tua ,
Semasa kecil hiburannya apa,
Dikatanya alam sekeliling kami bersama,
Masuk ke hutan, bermain, bergaduh bersama.
Remaja zaman pertengahan ditanya tentangnya,
Dijawabnya dengan bersahaja tenangnya,
Bermain seremban, wau dan layang -layangnya,
Mungkin bantuan mereka yang terdahulunya .
Hiburan kini dapat dilihat,
Tentang permainan balistik hebat,
Permainan berbisa dihujung jari kerat,
Duduk kebasnya kaki dilihat.
Banyak perbezaan tidak diungkapnya,
Hiburan seiring dengan masa,
Masa yang berjalan menoleh tiada,
Diharap urusan diri jangan dilupa.

Anda mungkin juga menyukai