Anda di halaman 1dari 26

Waktu sembahyang fardu lima waktu iaitu Zuhur, Asar,

Maghrib, Isya dan Subuh telah dinyatakan oleh


RasulullahSAW melalui sabdanya yang bermaksud:
Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau
bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari
dan Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama
panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam
matahari dan Isya ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya
merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya,
Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika
bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan Asar ketika
bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya
dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan Isya ketika
sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi.
Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi
sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu
ini.

Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir


matahari (zawal), iaitu matahari condong
daripada tengah-tengah langit ke arah barat
dengan keadaan sesuatu benda mempunyai
sedikit bayang ketika matahari terpacak dan
matahari mula condong ke arah barat. Waktu
Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu
benda menjadi sama panjang dengannya.

2. Waktu Asar bermula dengan


berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila
bayang sesuatu benda yang sama panjang
dengan benda itu mula bertambah dengan
pertambahan yang paling minimum. Ia
berakhir dengan terbenamnya matahari.

3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan


terbenam matahari dan berterusan
sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya
merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun
kesannya.

4. Waktu Isyak bermula dengan


tamatnya waktu Maghrib, iaitu
hilang syafaq ahmar (cahaya merah)
dan berterusan hingga munculnya
fajar sadiq, iaitu beberapa ketika
sebelum naik fajar.
5. Waktu Subuh bermula dengan muncul
fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik
matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah
cahaya putih yang menyerlah mengikut
garis lintang ufuk.

Solat fardu atau sunat mestilah memenuhi 13


rukun, iaitu :
1. Berdiri

tegak dengan tidak condong atau


miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa
keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat
demikian dalam solat fardu. Dalam solat sunat,
berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya
hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul


ihram.
3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah
dengan lafaz Allahu Akbar

Syarat-syarat?

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap


rakaat semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai
gantiannya dalam semua jenis sembahyang.
Syarat-syaratnya?

Cuba perhatikan kedudukan tangan lelaki dan perempuan.


Apakah perbezaannya?

5. Rukuk serta tamakninah, iaitu tunduk dengan


kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh
sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang
dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya
sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan
memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari
mencengkamnya.

Tamakninah = diam seketika (sekadar membaca satu tasbih / 1-2 saat).

6. Itidal serta tamakninah, iaitu bangun


daripada rukuk dan kembali kepada keadaan
berdiri atau gantiannya beserta dengan
tamaninah.

7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat. Maksud


sujud ialah sentuhan dahi orang yang solat ke
tempat sujud.

Syarat-syarat sujud

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk


dengan sama rata beserta tamaninah pada
setiap rakaat sama ada sembahyang secara
berdiri atau tidak.
Syarat-syaratnya ialah:
Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan
perkara lain.
Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud
yang paling pendek.
Dilakukan dengan tamaninah iaitu sekurang-kurangnya diam
seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi
batasan itu.

9.

Duduk tahiyyat akhir yang disusuli


selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada rakaat
akhir setiap solat dan perlu untuk membaca zikir
wajib iaitu tasyahhud.

Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru, iaitu duduk


dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan
pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan
kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki
kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi
(melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala
ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud (syahadah) semasa


duduk kali terakhir, iaitu:

Syarat-syarat

11. Salawat ke atas Nabi MuhammadSAW selepas


tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali
terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya:

Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah:

Syarat-syarat?

12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk


keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa
duduk kali terakhir.

13. Tertib di antara semua rukun solat tanpa


mendahulukan rukun yang sepatutnya
dikemudiankan.

SUNAT
DALAM
SOLAT

Abadh
perkara yang
dimestikan sujud sahwi
pada akhir
sembahyang jika
meninggalkannya

Haiah
perkara yang tidak sujud
sahwi jika meninggalkannya

Sunat Abadh:
1.

Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk


selepas melakukan setiap dua rakaat dalam sembahyang
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

2.

Salawat ke atas Nabi Muhammad saw selepas tasyahhud awal


tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda
sallallahu alayhi wasallam.

3.

Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad saw selepas


tasyahhud akhir.

4.

Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat abadh di


atas.

5.

Bacaan qunut semasa itidal pada rakaat sembahyang Subuh,


pada rakaat akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan
Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat haiah
Secara umumnya, sunat haiah boleh diringkaskan kepada :
1.

2.

3.
4.
5.
6.

7.

Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak


ruku dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada
tasyahhud awal.
Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di
bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah
hati.
Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
Membaca doa iftitah secara senyap.
Membaca al-istiazah secara perlahan selepas tawajjuh dan
sebelum Al-Fatihah.
Makmum hendaklah menyaringkan bacaansemasa
sembahyang Subuh, dua rakaat pertama sembahyang Maghrib
dan Isya, Jumaat, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa,
tarawih, witir ramadhan, dua rakaat selepas tawaf pada
malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu
tersebut hendaklah memperlahankan suara.
Membaca Amin selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam,
mamum atau bersendirian.

8.

9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan AlFatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan mamum
yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada rakaat ketiga
dan keempat kepada selain masbuq dengan dua rakaat pertama.
Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun
yang lain.
Membaca SamiAllahu liman hamidah semasa mengangkat
kepala daripada ruku.
Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk
tasyahhud.
Duduk iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada
selain mereka yang masbuq dan yang lupa.
Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
Berdoa dan taawwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah
selepas tasyahhud akhir.
Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
Khusyu, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan
sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang
diucapkan.

Semoga anda memperoleh manfaat


dari tayangan slaid ini.
Terima kasih.

Syarat-syarat salam yang pertama ialah:

Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.


Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap
qiblat dengan dadanya.
Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar
daripada solat, tidak bertujuan untuk pemberitahuan
semata-mata.
Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang
tidak sempat belajar.
Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada
sebarang halangan.

<<
<

Syarat-syarat sujud ialah:


Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika
melakukannya.
Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi,
kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung
jari kedua-dua kaki dengan serentak.
Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat
melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang
termampu.
Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung
dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
Tidak diniatkan selain daripada sujud solat.
Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan
yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika
terdapat di bawahnya.
Tamaninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali
tasbih.
<<
<

Syarat-syarat takbir ialah :

Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.


Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah
qiblat.
Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu
berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh
dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

<<
<

Syarat-syarat bacaan Surah al-Fatihah adalah:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.


Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul,meneliti
tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan
dengan segala sabdunya.
Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah
maknanya.
Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam
setiap rakaat kecuali mamum masbuq dan jika imam
membaca terlalu cepat.

<<
<

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.


Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam
yang lama atau zikir lain.
Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika
berlaku keuzuran.
Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika
tidak mampu.
Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat
keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris
sabdu).
Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimahkalimahnya

<<
<

Syarat bacaan salawat ialah:

Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.


Hendaklah dengan lafaz Muhammad . Boleh juga dengan
lafaz Rasulullah atau An-Nabiy .
Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca
selepas tasyahhud

<<
<

Anda mungkin juga menyukai