Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA

31900 KAMPAR, PERAK


ABA 2054

KERTAS CADANGAN
MAJLIS PELANCARAN MEMPERKASA
PROGRAM NILAM & FROG VLE
TAHUN 2015
1.

Tajuk
Majlis Pelancaran Memperkasa Program Nilam & Frog VLE 23 Mac 2015
(Isnin) jam 8.00 pagi bertempat di Dataran SK Sentosa, Kampar.

2.

LatarBelakang
2.1
Program NILAM
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM
yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program
NILAM ini bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 1998. Program ini jalankan di sekolah bermula dengan murid Tahun
Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu bagi sekolah menengah dan
rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat darjah
enam bagi sekolah rendah dan tingkatan lima bagi sekolah menengah.
Kitar Semula
2.2
Frog VLE
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran
sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan
kaedah maya. Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar
dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar,
bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik,
tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah
gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari
seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang
selamat dan telah ditapis.

3.

Matlamat
a) Satu strategi penggalakkan untuk menanam minat membaca di kalangan
rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat
membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

b) Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran


tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan
berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di
dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada
4. Objektif
I.
Satu usaha mempromosikan program Nilam & Frog VLE di peringkat
sekolah
II.
Memantapkan lagi perlaksanaan program Nilam & penggunaan Frog VLE
di sekolah
III.
Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan membaca serta
mendedahkan murid kepada teknologi maklumat komunikasi;
IV.
Melahirkan murid yang suka membaca, mencintai ilmu serta
menampilkan murid yang mengamalkan ciri pembacaan berkualiti dan
celik IT.
5.

Tarikh Pelaksanaan
Tarikh : 23 Mac 2015 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi 8.40 pagi
Tempat : Dataran SK Sentosa

6.

Sasaran/Penglibatan
Semua murid Tahap 1 dan 2
Guru guru SK Sentosa

7.

Aturcara Majlis
7.1 Aturcara majlis seperti berikut :
7.30 pg : Murid dan guru berkumpul di Dataran Sekolah
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Ucapan Guru Besar
: Gimik Pelancaran
: Persembahan Tokoh Nilam Daerah
: Penyampaian Brosur Program Nilam kepada Guru Kelas
: Penyampaian Cenderahati
8.30 pg : Murid bergerak ke kelas masing-masing

8.

Kewangan
8.1

Anggaran Perbelanjaan

Bil

Sumber

Jumlah

1.

Peruntukan PCG Pusat Sumber

RM 435.00

Bi
l
1.
2.
3.
4.

Perbelanjaan
Banner Program
Jamuan Jemputan
Banner Promosi Nilam (Setiap
Kelas)
Cenderahati Perasmi

Perkiraan

Jumlah

1 unit

RM 50.00

7 org x RM 5

RM 35.00

15 kpg x RM20

RM 300.00

1 unit

RM50.00

JUMLAH
9.

RM435.00

Jawatankuasa
9.1 Jawatankuasa Kerja
JAWATAN KUASA KERJA
MAJLIS PELANCARAN MEMPERKASA
PROGRAM NILAM & FROG VLE 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA
Pengerusi

Naib Pengerusi
:
:
Setiausaha
Bendahari
AJK

:
:
:

EN SHAHROM B. HUSSIEN
(Guru Besar SK Sentosa, Kampar)
:
EN AHMAD TARMIZI B. SHARIFF
(PK Pentadbiran)
PN. ROHANI BT AHMAD
(PK HEM)
YM RAJA HASAN B. RAJA ABDULLAH
(PK Kokurikulum)
PN. ROZZIANA BT MOHAMAD SOM
PN. MARIYA BT ARIPIN @ ARIFFIN
Semua Guru Kelas (Thn 1 Thn 6)
Semua Ketua Kelas (Thn 1 Thn 6)

PENUTUP
Semoga dengan adanya Majlis Pelancaran Memperkasa Program Nilam & Frog
VLE ini akan dapat meningkatkan jumlah penglibatan murid dalam program Nilam
& dalam penggunaan Frog VLE ini bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai
tabiat membaca yang tinggi serta celik IT sesuai dengan hasrat kerajaan untuk
melahirkan modal insan yang berilmu dan unggul demi pembangunan dan
kesejahteraan negara di masa akan datang.

Disediakan oleh :

.....................................................
( PN. ROZZIANA BT MOHAMAD SOM)
Guru Perpustakaan Media SKS