Anda di halaman 1dari 9

Artikel 1

By :

Sia Leh Ching

1.2.3

Pembelajaran Motor (Motor Learning)

Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada
perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti
praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan kemahirankemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dipelajari bergantung kepada
keupayaan organisma mengadaptasi dan mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.
Selain itu, pembelajaran motor juga didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran kemahiran
secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses ini berlaku secara semula jadi bagi
bayi yang bermula sejak lahir hingga dewasa. Kadar pembelajaran motor bayi berlaku adalah bergantung
kepada bantuan dan bimbingan orang di sekeliling terutamanya ibu bapa. Pembelajaran motor kanakkanak adalah pergerakan motor yang diperolehi daripada pengalaman. Contohnya apabila kanak-kanak
dalam keadaan meniarap dan ternampak barang mainan di hadapannya, kanak-kanak tersebut akan
bergerak dengan menggunakan kekuatan otot leher dan paha untuk bangun secara tiarap secara
spontan untuk mencapai barang mainan itu.
Pembelajaran motor ditarifkan berasaskan empat sifat utamanya, iaitu:

Tarifan Pembelajaran Motor


Hasil sintesis empat sifat utama di atas, pembelajaran motor ditarifkan sebagai satu set proses
yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk
bergerak yang kekal.
Mengikut Cratty (1975), pembelajaran motor adalah perubahan tahap kemahiran yang stabil hasil
daripada percubaan yang berulang-ulang. Menurut Drowatzky (1981) pula, penyesuaian yang melibatkan
pergerakan dan tindak balas otot. Malina, et al. (2004) mengatakan bahawa pembelajaran motor adalah
kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Jadi, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem
yang khusus terhadap latihan. Daripada ketiga-tiga definisi tersebut, pembelajaran motor boleh dikatakan
sebagai satu proses pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan dan pengalaman dalam
pemerolehan kemahiran.

Terdapat dua ciri perubahan tingkah laku yang dikaitkan dengan pembelajaran kemahiran motor,
iaitu:
i.

Penguasaan kemahiran perlu ada peningkatan mengikut masa.


Seseorang pemain perlu boleh mempamerkan kemahiran yang lebih tinggi selepas satu jangka masa
yang ditetapkan. Contohnya, seorang pemain bola keranjang yang mempelajari kemahiran menggelecek
bola sambil mengelak pihak lawan perlu boleh menggelecek bola dengan cekap dan pantas malah
ditambahkan lagi dengan teknik tipu helah selepas menjalani latihan.

ii.

Penguasaan kemahiran perlu terus meningkat dengan konsisten dan kekal.


Situasi seperti seseorang itu tidak dapat melakukan suatu kemahiran dengan konsisten dan kebolehan
melakukannya juga sentiasa berubah-ubah mengikut masa sering berlaku pada awal pembelajaran
sesuatu kemahiran baru. Namun begitu, kemahiran dapat dikuasai dengan konsisten selepas menjalani
praktis dan latihan.
Perubahan pencapaian pembelajaran kemahiran motor dalam sesuatu sukan atau permainan
boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran:

i.

Lengkok lurus (linear)


Peningkatan kemahiran yang berkadar terus dengan masa.
Semakin kerap seseorang atlet menjalani latihan, semakin meningkat kemahiran motornya.
Contohnya, kadar seorang pemain bola keranjang dapat menjaringkan gol dengan tepat akan meningkat
selepas melakukan jumlah latihan yang setimpa dengannya.

ii.

Lengkok cembung (pemecutan negatif)


Peningkatan kemahiran secara mendadak diawal pembelajaran tetapi beransur kurang pada penghujung

proses pembelajaran.
Contoh kemahiran memukul dalam permainan babdminton. Walaupun kemahiran ini senang dipelajari

dan dikuasai, namun kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal adalah agak sukar dipelajari.
Oleh itu, peningkatan pembelajaran akan berlaku secara mendadak pada awal pembelajaran tetapi
kadar peningkatan penguasaan berlaku dengan perlahan selepas tahu mengaplikasikan suatu kemahiran
itu.

iii.

Lengkok cekung (pemecutan positif)


Peningkatan berlaku dalam kadar perlahan di awal pembelajaran tetapi mendadak naik di akhir proses

pembelajaran.
Bagi perenang baru, masa yang diambil untuk menguasai kemahiran asas berenang seperti teknik
pernafasan dan apungan adalah lebih lama berbanding dengan masa yang diambil untuk mempelajari
gaya renang seperti kuak dada selepas menguasai kemahiran asas tersebut.

iv.

Lengkok bentuk S (Ogive)


Gabungan daripada ciri-ciri lengkok lurus, cekung dan cembung.
Pembelajaran kemahiran bersiri.
Contohnya, dalam mempelajari satu rutin tarian atau rutin latihan lantai untuk gimnastik, kesukaran atau
kesusahan bagi setiap pergerakan adalah berbeza. Ini bermakna kadar mempelajari suatu pergerakan itu
akan berlainan mengikut kadar kesukaran pergerakan itu.

Kemahiran motor boleh digunakan dalam dua konteks yang berbeza. Pertama, sebagai tugasan
atau perlakuan. Konteks ini mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai dan memerlukan
pergerakan anggota badan. Kedua, sebagai indikator prestasi berkualiti, iaitu kemahiran yang dinilai
dengan prestasi yang produktif. Contohnya, 60% hingga 70% servis pertama dalam permainan tenis
dikira dengan lakuan yang betul dan tepat.

Artikel 2
By : Hilmi bin Ahmad @ Ayub
SAINS SUKAN: KEMAHIRAN MOTOR

Tajuk Konsep

Kemahiran motor merupakan satu perkara yang berkait-rapat dengan


kebolehan motor individu. Ianya meliputi kemahiran kemahiran motor
kasar, kemahiran motor halus, kemahiran motor diskrit dan sebagainya
yang akan dihuraikan secara terperinci di bawah. Begitu juga dengan
kebolehan motor individu yang mana ianya juga mempunyai aspek-aspek
tertentu seperti kebolehan motor fizikal dan kebolehan motor persepsi
yang juga akan diulas di bawah huraian konsep dalam tugasan ini. Keduadua aspek ini iaitu kemahiran motor dan kebolehan motor individu akan
menentukan samada seseorang jurulatih itu berupaya menggunakan
pendekatan ini kepada atlet-atlet yang dilatih serta sejauh mana
pendekatan tersebut dapat membantu meningkatkan satu-satu kemahiran
yang dipelajari.

Huraian Konsep

Kemahiran motor merujuk kepada kajian sains tentang bagaimana


individu memperolehi kemahiran dalam pergerakan akhibat daripada
latihan dan menyebabkan perubahan tingkahlaku dlam prestasi kemahiran
atau dalam domain psikomotor. Konsep kemahiran motor pula adalah
merupakan sebarang tugasan motor atau sukan yang melibatkan
pergerakan tubuh badan dan mesti dipelajari supaya ia dapat dilakukan
dengan cekap dan berkesan. Terdapat beberapa ciri kemahiran motor
iaitu:

a) Bermatlamat pergerakan menepati situasi.


b) Mencapai matlamat dengan penuh keyakinan.
c) Tepat antisipasi.
d) Mempunyai masa untuk bertindak.
e) Pergerakan berkualiti.
f) Jimat tenaga.
g) Kecekapan tinggi.
h) Menggunakan kiu-kiu penting dengan berkesan.
i) Mudah adaptasi pergerakan dengan situasi.
j) Prestasi konsisten.

Secara teorinya, kemahiran motor juga mempunyai beberapa klasifikasi


umum yang terdiri daripada tiga klasifikasi yang utama iaitu:

1) Kejituan Pergerakan
a) Kemahiran motor kasar (Gross Motor Skills)
b) Kemahiran motor halus (Fine Motor Skills)
2) Kejelasan Titik Permulaan dan Akhiran Pergerakan
a) Kemahiran motor diskrit (Discrete Motor Skills)
b) Kemahiran motor serial (Serial Motor Skills)

c) Kemahiran motor berterusan (Continuous Motor Skills)


3) Kestabilan Persekitaran
a) Kemahiran terbuka (Open Skills)
b) Kemahiran tertutup (Close Skills)

Kebolehan adalah satu tret atau kapasiti umum individu yang menjadi
penentu kepada potensi pencapaian prestasi kemahiran motor khusus.
Pada hakikatnya, kebolehan individu adalah berlainan dan berbeza-beza.
Definisi perbezaaan individu adalah merujuk kepada satu perbezaaan yang
stabil dan bertahan agak lama dikalangan manusia berhubung dengan
prestasi sesuatu tugasan motor.

Kebolehan motor pula adalah satu kebolehan yang khusus berkaitan


dengan prestasi kemahiran motor. Kebolehan motor individu terbahagi
kepada dua aspek yang utama iaitu:

1) Kebolehan Motor Fizikal


a) Kekuatan statik (static strength)
b) Kekuatan dinamik (dynamic strength)
c) Kekuatan eksplosif (explosive strength)
d) Kekuatan batang badan (trunk strength)
e) Kelembutan mengembang (extent flexibility)
f) Koordinasi lintang badan (cross body coordination)
g) Keseimbangan lintang badan (cross body equilibrium)
h) Tenaga (energy/stamina)

2) Kebolehan Motor Persepsi (Teksonomi Fleishman)


a) Koordinasi kaki tangan (multilimb coordination)
b) Kawalan ketepatan (control precion)

c) Orientasi tindak balas (response orientation)


d) Masa reaksi (reaction time)
e) Kelajuan pergerakan tangan (speed of arm movement)
f) Kawalan kadar kepantasan (rate control)
g) Kawalan gerak tangan (manual dexterity)
h) Kawalan gerak jejari (finger dexterity)
i) Ketetapan tangan lengan (arm hand steadiness)
j) Kelajuan pergelangan dan jejari (wrist finger speed)
k) Mensasar (aiming)

Kajian Berkaitan

In an effort to account for the changing relations among abilities and task
performance , re-analyzed data (including Complex Coordination,
Discrimination Reaction Time and Rotary Pursuit) and their
correspondence with ability factors across practice. Ackerman (1987)

One of the ways that the skill acquisition process has been defined is in
terms of changes in information processing demands as a function of
increasing skill. Learning has been thought to progress from a more
cognitive, declarative or verbal stage to a final automatic, procedural or
non-verbal stage. Adams (1971)

Aplikasi Konsep Dalam Sains Kejurulatihan Sukan

Didalam sains kejururulatihan sukan, jurulatih merupakan salah seorang


yang berperanan bagi mengaplikasikan kemahiran dan kebolehan motor
atlet-atlet yang dilatih oleh mereka. Bukan itu sahaja, ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan perkembangan motor, kawalan motor dan sebagainya
haruslah dipelajari serta diaplikasikan kepada atlet yang dilatih bagi
menghasilkan seseorang atlet yang berkualiti.

Dalam tugasan ini, saya menggunakan sukan sepak takraw untuk


membuat ulasan perkaitan dengan aplikasinya dengan kemahiran motor
dan kebolehan motor individu. Kemahiran motor bagi atlet sepak takraw
ini agak berbeza dengan sukan-sukan yang lain. Selain daripada bakat
yang perlu ada pada seseorang itu, latihan yang bersesuaian serta
praktikal perlu dirancang dan disusun supaya objektif utama dapat
dicapai. Sebagai contoh yang lebih detail, kemahiran servis dalam sepak
takraw misalnya.

Seseorang yang bergelar tekong perlulah terlebih dahulu mengetahui


teknik-teknik untuk melakukan servis. Latihan yang dirancang dan
diperaktikkan perlulah dilakukan secara berterusan bagi memperolehi
seterusnya menguasai teknik yang terbaik untuk melakukannya.
Kebolehan motor individu pula lebih menjurus ke arah bagaimana tekong
tersebut menggunakan kebolehan motor fizikal serta kebolehan motor
persepsi mereka. Jurulatih perlulah menyesuaikan latihan yang bertepatan
agar tidak berlaku sebarang masalah.

Jurulatih perlu menerangkan kepada tekong tersebut bagaimana


kedudukan ketika hendak melakukan servis. Elemen-elemen seperti
stance, ball toss, ball contact dan follow through perlu diterangkan
dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Dari aspek kebolehan motor
fizikal, unsur-unsur seperti kekuatan statik (ketika stance), kekutan
eksplosif, tenaga (ketika ball contact), kekuatan batang badan,
kelembutan mengembang (ketika hendak mengangkat kaki untu
melakukan servis), keseimbangan lintang badan (ketika follow through)
dan kekuatan-kekuatan yang lain yang dirasakan sesuai untuk digunakan.

Dari aspek kebolehan motor persepsi pula, jurulatih perlu menerangkan


kepada atlet/tekong berkaitan unsur-unsur yang perlu ada ketika
melakukan servis. Unsur-unsur seperti koordinasi kaki tangan, kawalan
ketepatan (ketika hendak melakukan servis dan selepas servis dilakukan),
masa reaksi, mensasar (ketika berlakunya ball contact) dan kebolehan
motor persepsi yang lain yang dirasakan sesuai. Selepas kebolehan motor
individu ini dikuasai, secara tidak langsung kemahiran untuk melakukan
servis bagi atlet/tekong terbabit akan menghasilkan prestasi yang terbaik
selepas ianya diperaktikkan secara cekap dan berkesan.

Kebolehan motor individu sangat berkait rapat dengan kemahiran motor.


Ini kerana, kemahiran motor seseorang itu bermula daripada kebolehan
motor yang ada pada mereka yang akan memberikan impak yang positif
didalam perlaksanaan sesuatu kemahiran.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita dapati bahawa kebolehan motor individu


adalah merupakan perkara asas yang perlu ada bagi meningkatkan
kemahiran motor yang sedia ada pada mereka. Bagi melahirkan atlet yang
berprestasi tinggi, aspek kemahiran motor dan kebolehan motor perlulah
ada dan aplikasi yang berkaitan dengannya dilaksanakan dengan tersusun
dan rapi. Menurut Schmidt, R.A. (1982), pembelajaran motor merupakan
satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan
tindakan atau pergerakkan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku
berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge
performance) dan pencapaian keputusan (knowledge result). Tahap
pembelajaran dibahagikan kepada lima peringkat iaitu pencapaian ketika
praktikal, melalui ingatan jangka pendek, melalui ingatan tetapi jangka
panjang, kemahiran membuat generalisasi dan kemahiran membuat
pengubahsuaian mengikut keadaan. Kefahaman tentang tahap-tahap
pembelajaran kemahiran motor ini dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran