Anda di halaman 1dari 2

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KETIGA
(15 FEBRUARI 2015 - 19 FEBRUARI 2015)

Masalah:
Setelah tiga minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah di
mana terdapat beberapa orang murid yang tidak tertarik dengan aktiviti yang
dijalankan oleh guru. Tambahan pula, bilangan murid dalam sesebuah kelas juga
ramai.

Analisi:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
1. Mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
2. Mereka telah mengetahui serba sedikit isi pengajaran dan pembelajaran pada
hari tersebut.
3. Mereka tidak merasa takut kepada saya kerana sikap saya yang tidak terlalu
tegas.
4. Mereka masih terbawa-bawa tingkah laku dan suasana semasa berada di pra
sekolah.
5. Aktiviti yang dijalankan tidak menarik bagi mereka.

Cadangan:
1. Bagi item pertama, saya akan memastikan murid lebih menumpukan
perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
2. Bagi item kedua, saya akan mempelbagaikan lagi cara penyampaian saya
semasa memberi penerangan berserta contoh yang lebih jelas, agar dapat

menarik minat murid untuk lebih memahami dan mengetahui isi pelajaran
pada waktu itu.
3. Bagi item ketiga dan keempat, saya akan mengubah cara penyampaian saya
agar lebih tegas kepada murid-murid supaya mereka lebih hormat kepada
saya.
4. Bagi item ini juga, saya akan cuba mengaplikasi teori pelaziman operan B.F
Skinner iaitu peneguhan dan hukuman
5. Disamping itu, saya juga akan menggunakan sistem token bagi memastikan
murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
6. Bagi item kelima, saya akan menyediakan aktiviti yang lebih menarik seperti
permainan yang melibatkan semua murid.
Sekiranya masalah ini tidak saya atasi, besar kemungkinan murid saya tidak
akan faham topik yang saya sampaikan dan akan mengurangkan minat mereka
terhadap subjek ini.
Tempoh Masa:
Saya akan mula mempraktikkan cadangan di atas ke dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran saya bermula pada 24 Februari 2015 sehingga tamat praktikum.
Tindakan Susulan:
Saya akan mendapatkan lebih banyak pandangan dan nasihat daripada guru
pembimbing saya bagi mengatasi masalah ini.
Penilaian Kejayaan:
Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas seminggu projek ini dimulakan.
Kesimpulan:
Berdasarkan tindakan yang telah dijalankan terdapat beberapa kaedah yang berjaya
dan sesuai digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul. Walaubagaimanapun,
terdapat

beberapa

halangan

penambahbaikan tersebut.

yang

wujud

semasa

menjalankan

cadangan

Anda mungkin juga menyukai