Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih YDP Dewan.

Bertemu lagi dalam arena penggulungan yang lebih aman kerana pihak
pembangkang tidak dibenarkan mencelah dan mengganggu perbahasan pihak
kerajaan pada kali ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah mendengar segala hujah2 songsang daripada YB barisan pembangkang,
saya rasa YB pembangkang masih belum jelas tentang insentif. Bukan itu
sahaja, YB pembangkang juga kurang menghayati dasar pemberian insentif, juga
YB tidak memahami aspirasi negara.Sebab itulah YB pembangkang sentiasa
menongkah arus dan tidak pernah sependapat dengan pihak kerajaan.
Tak kenal maka tak cinta.

Ramalan Bidasan 1
YDP
YB pembangkang ketiga masih mempertikaikan keupayaan atlet setelah
pemberian insentif diberikan kerana pemberian insentif akan merosakkan nilai
patriotisme dalam diri atlet.
YDP dan YB sekalian
Mereka bermain dalam sesuatu pertandingan demi Negara, setelah itu baru
mereka diberikan insentif apabila keupayaan mereka menjadi pemenang
terbukti.
Ramalan Bidasan 2
YB pembangkang kedua pula
menganggap____________________________________________________________________
________________
. YB jangan lupa prosedur pemberian insentif diberikan didalam majlis rasmi
(contoh: Skim Insentif MAKSA) dimana pemberian insentif diberikan berbeza
nilainya mengikut prestasi yang ditonjolkan dalam saingan yang
dipertandingkan.
Pemberian insentif boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
1) Insentif terhadap kelompok
-insentif diberikan sama rata kepada setiap ahli pasukan.
2) Insentif terhadap perseorangan
3) insentif yang diberikan berdasar peningkatan dan matlamat sama ada
melangkaui jangkaan atau tidak.

Usahlah YB terus memberikan kebenaran palsu seolah olah insenif ini


sogokan dan bersifat negative jika diberikan kepada atlet. Kebenarannya, YB,
apabila insentif tersebut diberi pada satu tahun dimana seorang atlet itu
bersinar, output yang dicurahkan oleh atlet tersebut sebelum mendapat
insentif amatlah besar dan penat lelah usaha yang diberikan tidak dapat
dikira dengan nilai material. Oleh itu, insentif sedikit sebanyak menunjukkan
penghargaan daripada Negara yang telah diharumkan namanya sendiri.

Ramalan Bidasan 3
YDP
YB Ketua Pembangkang terus mempertikaikan kewibawaan sekolah kluster.
Sebagaimana yang telah kami pihak kerajaan tekankan dari awal, pemberian
insentif diberikan hanya kepada yang layak, agar dapat dijadikan contoh kepada
atlet yang ingin meningkatkan prestasi. Insentif adalah kompensasi yang
mengaitkan gaji dengan produktiviti. Insentif merupakan penghargaan dalam
bentuk wang atau harta yang diberikan kepada mereka yang dapat bekerja
melampaui standard yang telah ditentukan.
Fungsi utama dari insentif adalah untuk memberikan tanggungjawab dan
dorongan kepada atlet. Insentif menjamin atlet akan menambahkan kerahan
usahanya untuk mencapai tujuan organisasi. Selain itu tujuan utama pemberian
insentif adalah untuk meningkatkan produktiviti kerja individu mahupun
kelompok
Sidang Dewan yang dimuliakan,
Hujah2 pihak pembangkang telah saya padamkan. Kini ,saya akan menyorot
semula hujah kami barisan kerajaan.
Pertama, dengan adanya sekolah kluster, akan dapat mewujudkan persaingan
sihat antara institusi pendidikn. Persaingan timbul kerana sekolah2 @ institusi
pendidikan lain berlumba2 menjadi cemerlang agar dapat menjadi sekolah
kluster yang akan diberi banyak keistimewaan

Hujah kedua kami pihak kerajaan ialah sekolah kluster menjadi penanda aras
kepada sekolah lain. Untuk menjadi cemerlang, sesuatu institusi perlu mencari
penanda aras sebagai panduan .Oleh hal yang demikian, sekolah kluster akan
menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlangan.

YDP
Hujah ketiga kami ialah sekolah yang telah dianugerahkan sekolah kluster sudah
pasti akan terus meningkatkan usaha untuk menjadi gemilang pula demi

menjaga reputasi mereka. Usaha bersungguh2 sekolah2 tesebut akan dapat


dicontohi oleh institusi pendidikan lain. Pelajar2 yang dihasilkan juga tentulah
akan menjadi modal insan berkualiti yang akan meneruskan pelajaran di institusi
pendidikan yang lebih tinggi. Mereka pastinya akan melakar kecemerlangan
seterusnya. Inilah yang dikatakan sekolah kluster pemangkin utama institusi
pendidikan cemerlang

YB sekalian,
Dengan hujah itu, saya kira segalanya telah jelas. Sememangnya, tidak sia2
cetusan idea cendekiawan kita bagi mewujudkan sekolah kluster kerana kami
amat optimis dapat menjadi pemangkin utama institusi pendidikan cemerlang.

Sekian,mohon mencadang.

Anda mungkin juga menyukai