Anda di halaman 1dari 11

KEKAYAAN HASIL

BUMI DAN
KEMAKMURAN
NEGARA MALAYSIA
( B6 D1 E1 )

NAMA : MOHAMMAD SAIFUDIN ABDUL RANI


KELAS : 2 TES 1

SEKOLAH : SMK TINGGI KLUANG


NAMA GURU : PUAN WANG KENG
ENG
I/C : 991115-01-6425

Isi kandungan :

KANDUNGAN

1
2

MUKA SURAT

Kegiatan Pertanian

3-4

Tanaman Baru

4-5

Perusahaan Getah

5-6

3
4

Pembalakan

5
Perikanan

7-8

6
Hasil Hutan

7
8

Perlombongan
Cadangan untuk memanfaatkan
kekayaan hasil bumi untuk kemajuan
dan kemakmuran negara serta dunia.

8/9-10
11

9.
Rumusan

12

Pertanian
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri
masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk
kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama
memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di
rantau ini.
Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah
dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan
rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur damdengan
tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai
diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara
dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan.
Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di
Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan
Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang
terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad
ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi
kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi
sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh
sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.
Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan
terusan. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat
Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri
Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk
ke sawah padi. Berbanding dengan penanaman padi sawah,
padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali
penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang
atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan
yang bergunung-ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun

dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan


pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma.
Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain
sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayursayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi
penting kerana ia merupakan makanan selang. Selain itu,
ubi juga dapat dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu
bekalan beras.

Tanaman Baru
Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi British

1. Menjelang kurun ke-20, tanaman tradisional menjadi kurang


penting kerana ketidakstabilan harga.
2. British memperkenalkan tanaman baru untuk mengukuhkan
ekonomi :

KOPI :

Diusakan secara berleluasa di Perak, Selangor, Negeri


Sembilan dan Johor apabila harga kopi meningkat di pasaran
dunia

KELAPA SAWIT :

Diperkenalkan di Kuala Selangor


Minyak kelapa sawit dieksport pada 1920-an
Ladang dibuka di Johor dan Perak

TEMBAKAU :

Ladang dibuka di Pahang dan Pulau Pinang

TEH :

Diusahakan di Cameron Highlands, Pahang


Teh yang dihasilkan bermutu tinggi
Dikenali sebagai Teh Ceylon

Perusahaan Getah
Pihak British ketika di Tanah Melayu memberikan penekanan
terhadap sektor pertanian yang berasaskan eksport. Pertanian
komersial dianggap sebagai penyumbang utama kepada
sumber pendapatan kerajaan British pada zaman sebelum
merdeka. Antara tanaman komersial yang digalakkan oleh
British di Tanah Melayu, termasuk Sabah dan Sarawak pada
abad ke-19 termasuklah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir,
tembakau dan kopi. Pada abad ke-20, pemodal British telah
mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

Pokok getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili


Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea.
Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks
boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.
Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 30 meter.
Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit
pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik

pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang


membentuk 30 darjah pada ufuk.
Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna
seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah
meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan harga
getah melambung tinggi. Akhirnya perusahaan getah menjadi
perusahaan yang penting di Tanah Melayu. Perusahaan ini
juga bertambah pesat kerana disokong oleh kemasukan
modal asing, iaitu modal milik pelabur Eropah. Syarikat yang
beribu pejabat di London telah membawa masuk modal
melalui penubuhan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu.
Antara syarikat perwakilan penting yang telah membuka
ladang serta menguruskan eksport getah termasuklah
Harrisons and Crosfield, Boustead Butterfly Estate Agency,
Guthrie dan Sime Darby.

Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta


api turut disediakan oleh pihak British untuk menghubungkan
kawasan pertanian komersial ini dengan pelabuhan dan pusat
pentadbiran bagi memudahkan urusan golongan pengusaha,
yang digelar sebagai golongan komprador kepada penjajah
British. Kerajaan British juga membawa masuk pekerja asing
yang kebanyakannya datang daripada selatan India untuk
bekerja kerana gaji mereka yang murah. Pekerja asing ini
dibawa masuk untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga
buruh di lading-ladang getah. Perusahaan getah telah
mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesetan
Ekonomi Dunia 1929-1933.

Pembalakan
- Dieksport ke China dan Britain
- Kayu balak ialah cengal, meranti dan keruing.
- Digunakan sebagai bahan binaan, perabot dan perahu
- British kenalkan perlesenan kilang papan untuk mengawal
pembalakan

Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu
tradisional. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi
masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai..Perikanan
juga terbahagi kpd 2 iaitu perikanan air masin dan air tawar. contoh
ikan air masin ialah kerapu kerabong,tenggiri manakala contoh ikan
air tawar ialah talapiah,keli,haruan,patin. Perikanan juga terbahagi
kepada 2 iaitu perikanan air masin dan air tawar.
Antara produk ikan adalah:

keropok ikan/lekor

budu/cencalok

belacan

sate ikan/sotong

Hasil Hutan
Damar
- diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok
- digunakan unutk menutup renggaman pada papan perahu
- dieksport unutk dijadikan varnish bahan untuk menggilap
permukaan papan atau rotan.
Getah perca
- diperoleh daripada pokok getah perca
- digunakan unutk alatan membedah, bola golf dan bahan
penebat kabel telegraf.
Getah jelutung
-dijadikan ramuan getah pengunyah dan pelekat dalam
industri gigi palsu
Rotan
- dieksport ke China
- kegunaan ialah bakul, tikar, tongkat, tangkai paying dan
perabot.
Pembalakan
- dieksport ke China dan Britain
- kayu balak ialah cengal, meranti dan keruing.
- digunakan sebagai bahan binaan, perabot dan perahu
- british kenalkan perlesenan kilang papan untuk mengawal
pembalakan

Perlombongan
- Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada
perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan
logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit. Secara amnya,
aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesar-

pembesar Melayu. Dalam tempoh yang lebih lewat, penggunaan


pam kelikir dan sebagainya telah merangsangkan hasil
pengeluaran terus meningkat.
Bijih timah :
Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di
Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih
timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari
Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong
daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan
timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk
diperniagakan.
Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah
merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini
dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara
melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya
adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang
menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan
sambilan menyebabkan perkembangannya tidak pesat.
Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan
kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas
dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula
melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain itu,
akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih
timah, permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan
buruh Cina juga dipergiatkan lagi.
Emas :
Pada tahun 1889, Raub Australian Gold Mining Company
(oleh orang Australia) telah ditubuhkan. Ia merupakan syarikat
perlombongan emas yang terpenting di Tanah Melayu dan
ditutup pada tahun 1960-an.
Arang batu :

Perlombongan arang batu dijalankan di Batu Arang (Selangor)


dan Enggor (Perak). Kegiatan ini dijalankan oleh Syarikat
Malayan Collieries semenjak tahun 1915. Arang batu yang
diperolehi telah dijual dalam pasaran tempatan kepada
Keretapi Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong
bijih timah. Dalam tahun 1950-an, pengeluaran arang batu
mula merosot sebagai akibat persaingan dengan bahan api
minyak. Dengan itu, lombong arang batu di Batu Arang telah
ditutup pada tahun 1960.

Bijih besi :
Perlombongan bijih besi hanya dijalankan oleh syarikatsyarikat Jepun hanya selepas Perang Dunia I di Johor dan
Terengganu serta Kelantan. Bijih besi ini kemudian dieksport
ke negara Jepun dan menjelang tahun 1938, kira-kira
setengah daripada jumlah import bijih besi Jepun datangnya
dari Tanah Melayu.
Bauksit :
Bauksit hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya
pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu
Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah
dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua
lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila
meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah
Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian
kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.

Cadangan Untuk Memanfaatkan Kekayaan Hasil


Bumi Untuk Kemajuan Dan Kemakmuran Negara
Serta Dunia.

Antara cadangan untuk memanfaatkan kekayaan hasil


bumi untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia
ialah menjaga ekonomi sesebuah negara untuk menstabilkan
kemajuan negara dari faktor kekayaan hasil bumi.
Kita perlu menjaga hasil bumi di sesebuah negara agar
kemajuan dan kemakmuran negara dapat dikekalkan.
Rumusan
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 minggu ini memberikan saya
pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan
saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan
untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari
bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa
bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai
seperti Malaysia.