Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG

LAPORAN
LAWATAN PENANDA ARAS KE SK PERMATANG TOK JAYA

WAJ 3114: BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

NAMA PELAJAR

: NURUL AFIFAH BT HJ ZAINAL ABIDIN

NO. K/P

: 910903 - 06 - 5124

KUMP.AKADEMIK

: PISMP T3 PENGAJIAN MELAYU

TAJUK

: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

TUTOR PERIBADI

: PN ARBAKYAH BT HASSAN

TARIKH SERAHAN

: 28 FEBRUARI 2013

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS


PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
KE SK PERMATANG TOK JAYA (MODEL KHAS)

Pada 7 Februari 2013,satu lawatan penanda aras (bench-marking) ke SK


Permatang Tok Jaya (Model Khas Pulau Pinang) telah dijalankan oleh pelajar guru
Tahun 3 Pengajian Melayu bagi memenuhi tuntutan kursus WAJ 3114:Bina Insan Guru
Fasa 5.Antara rasional pemilihan SK Permatang Tok Jaya ini adalah kerana sekolah ini
memiliki pakej kecemerlangan selaku sekolah kluster kecemerlangan (fasa III) dan juga
salah satu sekolah model khas Pulau Pinang.Seramai 19 orang pelajar guru Tahun 3
Pengajian Melayu bersama 2 orang tutor peribadi telah mengikuti lawatan ini.Ketibaan
rombongan yang menaiki dua buah van IPG ini disambut mesra oleh Pengetua SK
Permatang Tok Jaya,En Juhari Bin Ahmad bersama empat penolong-penolong kanan
SK Permatang Tok Jaya.Selepas sesi pengenalan ringkas,pelajar guru dan kedua-dua
tutor peribadi dibawa untuk menikmati hidangan sarapan pagi sebelum sesi taklimat
bermula.
Slot taklimat yang pertama dikendalikan oleh Tuan Pengetua, En Juhari Bin
Ahmad.Taklimat beliau dimulakan dengan sesi berkenalan antara rombongan pelajar
guru dan tutor peribadi dan Jawatankuasa Tertinggi SK Permatang Tok Jaya.
Seterusnya beliau meminta pelajar guru mengajukan soalan-soalan bagi mendapatkan
skop informasi yang dikehendaki sesuai dengan tuntutan Program BIG Fasa 5
ini.Antara soalan-soalan yang diajukan termasuklah pengurusan sekolah,infrastruktur
dan infostruktur kurikulum di sekolah,ciri-ciri kempimpinan yang diamalkan dan iklim di
SK Permatang Tok Jaya ini.Selain itu,soalan-soalan seperti takrifan kluster,bagaimana
pengurusan gabungan 3 jenis sekolah dalam satu pagar dan keistimewaan SK
Permatang Tok Jaya ini turut diajukan.

Selain Tuan Pengetua,seterusnya slot-slot lain turut diisi oleh penolong-penolong


kanan beliau merangkumi Penolong Kanan Pentadbiran;En Abdul Rahim Bin
Saleh,Penolong Kanan HEM;En Yahaya bin Wan Chik,Penolong Kanan Kokurikulum;En
Azhar Aminullah Bin Ariffin,Penolong Kanan Sekolah Rendah;Puan Khalija Bt Abdul
Hamid dan Penolong Kanan Pendidikan Khas;En Yuffop Bin Ibrahim. Walau
bagaimanapun laporan ini difokuskan berkenaan Infrastruktur dan Infostruktur
Kurikulum di Sekolah.Intipati taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua dan
penolong-penolong kanan SK Permatang Tok Jaya dengan tambahan dapatan
informasi luar adalah seperti berikut :
1.0

Kluster
Sekolah Kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenalpasti
cemerlang

dalam

klusternya

daripada

aspek

pengurusan

sekolah

dan

kemenjadian murid.Antara prasyarat bergelar sekolah kluster ialah sekolah


memiliki Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam dengan mata 2.0
ke bawah selama tiga tahun berturut-turut.Pemimpin sekolah kluster juga mesti
menepati syarat sebagai pemimpin cemerlang (DG52 bagi pengetua,DGA 36
bagi guru besar) dan guru-gurunya juga terdiri daripada guru cemerlang.Dalam
konteks SK Permatang Tok Jaya,terdapat 3 orang guru cemerlang dan 4 guru
inovatif Pendidikan Khas (Program Al Khaira).Kluster juga membawa maksud
kebitaraan.Setiap sekolah kluster memiliki dua jenis kebitaraan iaitu kebitaraan
akademik dan kebitaraan kokurikulum.SK Permatang Tok Jaya merupakan
sekolah kluster akademik Pendidikan Islam dan kluster kokurikulum Seni dan
Budaya.
Sejumlah RM 50 000 diperuntukkan oleh kerajaan bagi membangunkan sekolah
kluster dan antara kemenjadian yang terhasil di SK Permatang Tok Jaya ini
dalam kedua-dua jenis kebitaraan tersebut adalah pembangunan prasarana
pendidikan islam seperti tapak simulasi haji,manakala untuk kebitaraan seni dan
budaya,pasukan boria SK Permatang Tok Jaya berjaya membuat persembahan

di luar negara iaitu di negara Thailand selain memenangi Pertandingan Tarian 1


Malaysia Peringkat Kebangsaan.

2.0

Model Khas
Terdapat kira-kira 11 sahaja sekolah model khas di seluruh Malaysia.Antara ciriciri sekolah model khas ialah gabungan sekolah rendah,sekolah menengah dan
pendidikan khas

3.0

Maklumat Umum Sekolah


3.1

Visi Sekolah
SMKPTJ Gemilang 2013

3.2

Misi Sekolah
Membentuk Insan Berilmu,Berakhlak dan Berketerampilan

3.3

Matlamat Sekolah
1. Mendidik pelajar dengan keperibadian islam
2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti , sahsiah
dan kepimpinan
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam
pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

4.0

Infrastruktur Kurikulum
SK Permatang Tok Jaya ini memiliki keluasan tapak sebanyak 9.7 ekar yang
memuatkan secara keseluruhannya 36 buah bilik darjah,6 buah makmal,8 buah
bengkel,4 buah bilik pendidikan khas,1 makmal komputer,1 bilik muzik sekaligus
studio tarian,1 pusat sumber,2 stor sukan,1 surau, gelanggang sepak takraw,
gelanggang bola tampar, gelanggang petanque, asrama puteri dan putera serta
kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti kantin,padang,bilik guru dan
sebagainya.
Antara kelebihan infrastruktur kurikulum yang terdapat di sekolah ini adalah
sekolah ini memiliki Dataran Haji iaitu model kaabah dan persekitaran untuk
melaksanakan ibadah haji bagi memudahkan pemahaman murid berkenaan cara
melaksanakan

ibadah haji

dengan pendekatan simulasi.Selain itu,untuk

kebitaraan seni dan budaya,sekolah ini memilikim sebuah studio tarian lengkap
dengan pelbagai alat-alat muzik di bilik muzik.Di bahagian hadapan sekolah ini
turut jelas terpampang arca yang melambangkan dua kebitaraan sekolah yakni
pendidikan islam dan seni budaya.

Anda mungkin juga menyukai