Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Asas Kaunseling

Setelah memahami prinsip, falsafah, etika dan proses kaunseling para


pembimbing perlu memberi peringatan kepada perkara berikut bagi
menjamin hubungan kaunseling dengan klien dapat diwujudkan dengan
berkesan.
a. Hormat - pembimbing perlu menghormati diri klien, situasi dan
kedudukannya sekarang dan sebarang kemajuan walau pun kecil yang
ditunjukkan oleh klien. Kejayaan pembimbing bukan diukur dengan berapa
cepat klien berubah. Perubahan mengambil masa.
b. Menerima tanpa syarat - pembimbing menerima diri klien dan siapa dirinya
yang sebenar dengan sebaik mungkin. Pembimbing juga tidak menilai atau
menghakimi klien walau bagaiman sukar sekali pun (kerana pembimbing juga
manusia biasa).
c. Dengar dan dengar - dengar sepenuh perhatian dan dengan fikiran yang
terbuka. Dengar kata kunci utama klien untuk penerokaan selanjutnya.
Dengar apa yang dikatakan dan juga apa yang tidak disebutkan.
d. Sokongan - sokong diri klien dalam setiap langkah yang diambil walau pun
ianya hanya satu usaha yang kecil. Berikan dorongan!
e. Tahu had keupayaan anda - jika timbul sebarang keraguan dalam kerja
kaunseling anda, pembimbing disaran mencari jalan keluar dengan
berbincang secara terbuka, mendapatkan rujukan lain atau sistem sokongan
yang sedia ada dalam komuniti. Pembimbing tidak berkerja berseorangan,
gunakan sumber profesional yang ada dengan sentiasa menjunjung
kepentingan kesejahteraan klien dan usaha menjauhkan dirinya dari
sebarang kemudaratan.