Anda di halaman 1dari 9

Perkembangan

pesat

dalam

bidang

ekonomi

dan

teknologi

telah

meninggalkan impak yang mendalam terhadap sosio-budaya informasi serta gaya


hidup masyarakat. Isu moral dan sosial yang banyak diperkatakan kini sebahagian
besarnya adalah hasil daripada perkembangan tersebut. Statistik berkaitan pelbagai
gejala keruntuhan moral seperti penagihan dadah, rogol, pelacuran, persetubuhan
luar nikah dan lain-lain lagi dalam kalangan golongan muda telah mendorong pihak
berkuasa untuk mencari alternatif terbaik bagi menghindari mereka daripada terus
terjebak di dalam aktiviti keruntuhan moral tersebut. Untuk menangani gejala yang
berkait aspek seksual, maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan dengan
seksualiti dan reproduksi perlulah didedahkan kepada golongan muda agar mereka
memperolehi maklumat yang mampu menjadi benteng pertahanan diri dari perkara
yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka. Menurut Kamus Dewan
(1994), perkataan seks bermaksud sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan
perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks
memberikan gambaran tentang suatu keadaan di mana wujudnya hubungan di
antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Bagi sesetengah masyarakat,
perbincangan tentang topik seks dianggap sebagai taboo atau tidak wajar
dibicarakan kerana ia adalah perkara yang terlalu peribadi atau dianggap sebagai
persoalan dalam selimut. Namun, apabila perkataan seks dikaitkan dengan
pendidikan, ia akan memberi satu maksud yang amat berbeza. Pendidikan seks
secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat
(cognitive), pemahaman dalaman (internal cosnsiousness/spiritual/ morality) dan
juga jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah
dan juga orang awam tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan
di antara dua jantina tersebut. Ia boleh dilaksanakan sama ada secara formal
ataupun tidak formal. Namun, bukan mudah untuk memperbetulkan persepsi umum
mengenai istilah seks dalam institusi pendidikan Malaysia, apatah lagi untuk
diajarkan kepada murid berusia tujuh tahun yang baru menjejak ke alam
persekolahan. Persoalannya, bagaimanakah guru menyampaikan Pendidikan
Kesihatan Seksualiti supaya dapat menarik minat murid-murid sekolah rendah?
Sebagai langkah positif, untuk membendung perkara ini, Kementerian
Pendidikan (kini Pelajaran) telah mengambil inisiatif memperkenalkan beberapa
subjek berkaitan seksualiti dan reproduktif seperti Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Moral, Biologi dan Sains. Kurikulum
subjek-subjek tersebut menyentuh pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan
fizikal, seksualiti, reproduksi, dan aspek moral dan hubungan antara jantina.

Kementerian

Pelajaran

telah

menyediakan

program

bagi

membantu

guru

meningkatkan sikap mereka seperti kursus, bengkel, latihan jangka pendek yang
berterusan bagi guru serta bakal guru Pengisian program haruslah meliputi kesemua
topik isu-isu seksualiti di samping pendedahan pedagogi serta strategi pengajaran
yang berkesan. Hal ini adalah kerana pendidikan seksualiti bukanlah seperti subjek
lain kerana ia adalah bersifat dinamik seiring dengan kemajuan dunia globalisasi.
Oleh itu, guru haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu semasa dan elak daripada
menggunakan pendekatan tradisional. Pada tahun 2005, Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah
memberitahu
mengandungi

garis

panduan

enam

tunjang

mengenai
iaitu

Pendidikan

Seksualiti

di

mana

ia

perkembangan

manusia,

perhubungan,

perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku


seksual, masyarakat dan budaya. Pertama sekali, guru haruslah memahami tujuan
mengajar, hasil pembelajaran dan sasaran pengajarannya. Tujuan mengajar amat
penting kerana tanpa tujuan maka akan hilang hala tuju guru tersebut. Jadi, guru
haruslah menetapkan objektif pembelajaran dahulu, kemudian menetapkan hasil
pembelajaran serta menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik.
Contohnya, Model Pengajaran Ekspositori. Ekspositori bermaksud memberi
penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran, ekspositori
merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung
kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara
penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan
tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ini, guru akan memberi penerangan terlebih
dahulu dan murid mendengar dengan teliti sehingga mereka memahami dan
mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka. Guru boleh
menggunakan

model

ekpositori

dengan

menerang,

menginterpretasi

dan

menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks. Buku teks tersebut telah digubal
oleh pakar guru yang berpengalaman. Selain itu, guru juga dibekalkan modul
pengajaran hasil daripada kerjasama Kementarain Kesihatan dan badan bukan
kerajaan (NGO) tertentu untuk sebagai panduan mengajar bagi guru tersebut.
Tegasnya, modul pengajaran ini dapat membantu para guru berkomunikasi dengan
lebih efektif dan interaktif bersama murid-murid serta membimbing pendidik
menyediakan alat bantu mengajar secara kreatif sama ada secara digital ataupun
bercetak. Teknik penyampaian juga berkesan dengan menggunakan alat bantuan
mengajar tertentu seperti gambar juga perlu untuk membantu pelajar memahami dan
menghayati perkara yang disampaikan. Contohnya, guru boleh menerangkan
kepada murid tentang beberapa bahagian atau aspek tubuh badan mereka dengan

menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Dengan bantuan guru, muridmurid dapat meningkatkan kesedaran kendiri dan penghargaan kendiri dengan
menilai beberapa bahagian tubuh badan mereka yang mereka berasa puas. Guru
juga boleh menyediakan lembaran kerja bagi aktiviti penilaian kendiri. Contoh-contoh
soalan yang sesuai adalah apa yang murid suka dan tidak suka tentang diri sendiri
dari segi ciri fizikal atau sahsiah, perkara yang ingin murid ubah atau baiki tentang
dirinya, perkara yang membuat mereka berasa bangga dan lain-lain. Justeru, model
pengajaran ekspositori dapat membantu guru menarik perhatian murid-murid.
Langkah

kedua

ialah

pihak

sekolah

menjemput

penceramah

yang

berpengalaman dan berpengetahuan untuk memberikan input-input mengenai


seksualiti kepada murid-murid. Salah satu sebab berlakunya keganasan seksual
adalah kerana golongan muda tidak diberi ilmu secara profesional mengenai
seksualiti sedangkan pendidikan seksualiti ini adalah asas dalam menghadapi
cabaran kehidupan mereka. Dr. Rusnani Abdul Kadir dari Jabatan Pendidikan
Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan universiti itu
berkata, pendidikan seks merupakan satu langkah yang baik dalam memberi
maklumat berkesan kepada anak-anak berkenaan seksualiti. Selain itu, kemahiran
pengetahuan seksualiti dapat memberi kefahaman berkaitan hubungan antara
manusia meliputi perasaan, kewanitaan, kelelakian, keinginan, kepuasan, kasih
sayang, kehilangan, kesedihan, kemesraan, tertekan, perhatian, perkongsian,
sentuhan, cemburu, penolakan, harga diri dan kebahagiaan dalam kalangan
golongan muda. Kemahiran pengetahuan seksualiti akan dapat membantu mereka
mengelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkah laku berisiko seperti seks
sebelum nikah, kehamilan, gangguan seksual, rogol dan gangguan tingkahlaku yang
lain. Kemahiran pengetahuan tentang perundangan, budaya dan adat resam
berkaitan seksualiti pula akan dapat membantu murid menyedari tentang hak-hak
asasi serta menghalang golongan muda terjerumus ke dalam kancah salah laku
seksual. Namun, guru pada zaman ini, ada guru yang pemalu, ada yang tidak
bersifat terbuka manakala sesetengahnya terlalu terbuka, sedangkan mereka
merupakan "barisan depan". Guru yang tiada kemahiran, pengetahuan dan pemalu
akan menimbulkan masalah," katanya. Beliau juga berkata, guru-guru terbabit perlu
dilengkapi ilmu dan kemahiran yang secukupnya kerana ada dalam kalangan pelajar
yang lebih tahu soal seksualiti daripada guru sendiri. Rusnani berkata, di peringkat
prasekolah, murid perlu didedahkan dengan pengajaran awal mengenai tubuh badan
mereka, umpamanya mereka perlu diajar mengenai anggota sulit yang tidak boleh
disentuh oleh sesiapa dan kepada siapa mereka perlu mengadu jika disentuh. Di

peringkat sekolah rendah pula guru perlu memberi penjelasan terhadap perubahan
fizikal tubuh badan murid-murid mereka. Oleh itu, guru perlu bersikap lebih terbuka
ketika berhadapan dengan anak-anak bagi mengelakkannya mendapat maklumat
daripada sumber yang salah seperti laman web pornografi dan filem lucah. Jadi,
untuk memberi input-input jenis pendidikan seksualiti serta memotivasikan murid,
pihak

sekolah

bolehlah

menjemput

penceramah

dari

luar

sekolah

untuk

membentangkan tajuk yang akan diajar sekiranya guru tersebut belum bersedia atau
kekurangan ilmu tentang seksualiti untuk mengajar kepada murid-murid. Apabila
mereka mempunyai kemusykilan, murid-murid boleh terus menanya soalan kepada
penceramah tersebut. Contoh tajuk yang diberi oleh penceramah adalah
kepentingan mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal
yang sihat. Dalam hasil pembelajaran, murid akan memahami fungsi organ dalam
sistem

reproduktif

lelaki

dan

perempuan.

Penceramah

tersebut

bolehlah

menjelaskan konsep tersebut dengan mempamerkan gambar sistem reproduktif


lelaki dan wanita. Oleh kerana subjek ini adalah isu yang sensitif, jadi, kerajaan dan
pihak sekolah perlu bekerjasama meneliti persediaan dan persiapan guru serta
kelayakan penceramah tersebut agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan efektif dan dapat mencapai hasil pembelajaran.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng dalam satu sidang
akhbar (2010, Mac 2), guru-guru hari ini belum bersedia untuk melaksanakan
pendidikan seksualiti kerana kekurangan latihan profesional dalam bidang ini.
Menurut Lok, guru-guru bukan sahaja kekurangan latihan formal, tetapi juga tiada
bahan pengajaran, tidak berkeyakinan untuk mengajar, dan berkerisauan akan isu
disaman oleh ibu bapa sekiranya melakukan kesilapan semasa menyampaikan
maklumat berkaitan pendidikan seksualiti ini. Jadi, untuk menyelesaikan masalah
kekurangan bahan pengajaran, guru boleh membuat lawatan sambil belajar ke
destinasi seperti Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan hospital berdekatan. Contohnya
guru pelatih telah membuat lawatan sambil belajar ke Hospital Universiti Sains
Malaysia, Kubang Kerian (HUSM) di Kubang Kerian. Lawatan tersebut adalah
bersempena lawatan sambil belajar dalam mendalami subjek Pendidikan Seksualiti.
Mengikut catatan saudara, pendedahan yang saudara dapat adalah pengenalan
secara ringkas sistem reproduktif lelaki dan perempuan. Doktor telah menunjukkan
secara ringkas tetapi jelas tentang sistem ini dengan menunjukkan sample
penerangan yang betul dan secara realistik. Mereka juga diberi peluang untuk masuk
ke bilik yang menyimpan organ-organ reproduktif yang telah diawet serta contoh-

contohnya.

Organ-organ

tersebut

diimport

dari

luar

negara

untuk

tujuan

pembelajaran di sini. Doktor juga memberi penerangan yang lebih jelas bersama
contoh-contoh

organ

reproduktif

yang

telah

ditiru

dalam

bentuk

plastik.

Sesungguhnya bahan maujud dapat menarik perhatian murid-murid serta dapat ingat
dengan lebih mudah. Selain dapat mengetahui tentang organ-organ reproduktif,
murid-murid juga dapat mendapat input mengenai soal seksualiti lelaki dan
perempuan daripada penerangan doktor. Murid-murid akan mendapat info seperti
cara mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang akan merosakkan sistem
reproduktif sendiri dan bagaimana meningkatkan lagi penjagaan serta peka terhadap
faktor-faktor yang menyebabkan sistem reporduktif kita rosak mengakibatkan kesan
buruk terhadap kesihatan seksualiti masing-masing. Doktor tersebut juga telah
memberi taklimat mengenai masalah kesihatan seksual lelaki dan wanita. Menerusi
taklimat ini, murid-murid akan diterangkan jenis-jenis penyakit berjangkit akibat seks
bebas, pergaulan bebas dan tiada kawalan terhadap kesihatan seksualiti
umpamanya penyakit AIDS, Sifilis, Hepatitis dan lain-lain. Oleh itu, guru haruslah
menekankan kepada murid bahawa pentingnya kita menjaga tahap kesihatan
seksualiti masing-masing dengan baik. Antara caranya adalah mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Tidak dapat dinafikan bahawa doktor adalah lebih pakar dalam
bidang ini berbanding dengan guru, jadi, guru bolehlah membuat lawatan sambil
belajar ke klinik, hospital ataupun universiti untuk membuka minda serta meluaskan
pengetahuan murid-murid mengenai pendidikan seksualiti.
Sebagai seorang guru, teknik penyampaiannya juga memainkan peranan
yang penting dalam menarik minat murid-murid. Antara tips untuk bercakap tentang
seksualiti adalah guru menjadikan topik kepada segmen-segmen yang lebih kecil
supaya lebih mudah untuk difahami. Maklumlah setiap murid-murid mempunyai
personaliti dan tahap yang berbeza. Ada murid yang mempunyai tahap pembelajaran
yang perlahan, jadi, guru haruslah menyusun serta membahagikan topik dengan
teratur dan sistematik agar mereka dapat menguasai ilmu yang disampaikan oleh
guru. Selain itu, guru bolehlah memulakan kelas dengan perkara asas. Contohnya
guru bertanya kepada murid-murid apa yang telah mereka menguasai atau
mengetahui. Janganlah guru asyik mengulang perkara yang telah diketahui, mestilah
akan

menghapuskan

minat

murid

untuk

terus

belajar.

Dengan

membuat

pemerhatian, guru bolehlah menentukan apa yang patut diajarkan kepada murid
tersebut lagi. Contohnya murid-murid mengetahui kewujudan organ-organ sistem
reproduktif tetapi mereka tidak mengetahui fungsi-fungsi organ-organ tersebut. Jadi,
guru bolehlah menerangkan kepada murid-murid maklumat atau ilmu yang berkaitan

supaya meluaskan pengetahuan mereka. Guru juga perlu mengubahsuai pengajaran


mengikut jenis kemampuan murid-murid. Janganlah hanya memberi tumpuan
kepada murid yang pandai tetapi mengabaikan mereka yang diam dan jarang
bercakap dalam kelas. Contohnya guru bolehlah menyuruh murid-murid tersebut
menjawab soalan guru ataupun menanya pandangan serta pendapat mereka dalam
usaha melibatkan semua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
aktif. Melalui sesi ini, guru juga dapat mengenalpasti sama ada murid-murid sudah
menguasai ilmu atau kemahiran yang diajar oleh guru. Selain itu, sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah memberi penerangan dengan jelas,
gunakanlah perkataan yang mudah dan senang difahami serta menggunakan isitilah
perubatan yang betul. Kalau murid-murid mendapat informasi yang salah, sudah
tentu akan diketawa oleh orang lain menyebabkan mereka tidak mempercayai guru
dan tidak berminat untuk menumpukan perhatian dalam kelas guru tersebut. Guru
juga haruslah bertindak dengan berkesan dan betul apabila ada tingkah laku yang
tidak sesuai kemudian memberi tindak balas bukan mengikut emosi. Murid-murid
patut didedahkan tentang pentingnya mengatakan tidak kepada sentuhan yang
tidak sesuai. Hal ini adalah kerana semua orang mempunyai tempat dan ruang
peribadi. Guru haruslah menekankan undang-undang atau akibat jika menyentuh
dengan sentuhan yang tidak sesuai terhadap orang lain. Sekiranya berlaku dalam
kelas, guru bolehlah menyelesaikan masalah ini dengan berjumpa dengan murid
tersebut secara bersendirian. Janganlah guru terus menegur kesalahan murid dalam
kelas. Ia akan menjatuhkan maruah murid tersebut. Guru juga haruslah membuat
pertimbangan yang betul tetapi bukannya terus menghukum murid-murid. Sikap guru
tersebut dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang.
Apabila murid-murid berada dalam keadaan yang tidak tegang, mereka akan jarang
mewujudkan masalah disiplin bilik darjah maka proses pengajaran dan pembelajaran
akan berjalan dengan lancar. Yang penting sekali adalah murid-murid menumpukan
perhatian dan menunjukkan minat dalam waktu pendidikan seksualiti. Daripada
perspektif perguruan pula, pendidikan seks merupakan satu cabaran baru kerana
seorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan cara untuk
menghadapi kerenah murid yang sentiasa bersifat ingin tahu. Oleh itu, guru haruslah
sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan mengaplikasikan teknik yang sesuai
dan betul untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Isu seksualiti dan kesihatan reproduktif dianggap sebagai topik yang pantang
larang dalam kebudayaan dan norma agama masyarakat Malaysia. Perbincangan
seksualiti sangat jarang dilakukan secara terbuka di Malaysia. Isu permasalahan

semasa yang berlaku dalam kalangan remaja menyebabkan kerajaan Malaysia


membuat keputusan untuk menggalakkan rakyatnya bertukar sikap dan memberi
laluan agar perbincangan berkaitan isu seksualiti dapat dilakukan secara terbuka.
Pendidikan seksualiti telah diperkenalkan secara tidak langsung dan berterusan
kepada sekolah menengah dan sekolah rendah Malaysia pada tahun 1989 dan
tahun 1994. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam pendidikan seksualiti
Malaysia, satu penyelesaian yang berbentuk perisian kursus multimedia berasaskan
animasi yang dinamakan sebagai Pendidikan Seksualiti Malaysia (MSE) telah direka
bentuk. Sesungguhnya pendekatan ini adalah lebih efektif. Hal ini adalah kerana
model reka bentuk MSE dibangun melalui penggabungan enam elemen multimedia
iaitu teks, grafik, animasi, audio, video dan navigasi. Setiap modul pembelajaran
yang terdapat dalam MSE dibahagi kepada 4 langkah, iaitu Introduction, Content,
Activity dan Assessment. Objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran dipapar
dalam langkah Introduction. Seterusnya, langkah Content menawarkan pelajar
kemahiran yang diperlu serta memperluas pengetahuan yang lama dan terhad dalam
ingatan jangka pendek pelajar. Dalam langkah Activity, pelajar ditawarkan beberapa
permainan kecil seperti drag & drop, aktiviti penjelajahan atau aktiviti kuiz.
Permainan tersebut bukan sahaja dapat memasti pengguna terlibat secara aktif dan
memaksimum interaksi di antara pengguna dan sistem MSE, malah pengguna dapat
melakukan ulangkaji pada masa yang sama. Ini membolehkan pelajar dapat
mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Langkah akhir MSE ialah langkah
Assessment, yang menyemak dan memastikan pelajar memperoleh pengetahuan
yang tepat lalu memindah pengetahuan tersebut dari ingatan jangka pendek ke
ingatan jangka panjang melalui metakognitif. Hasil kajian menunjukkan MSE dapat
meningkatkan prestasi murid dalam pendidikan seksualiti secara signifikan
berbanding dengan kaedah tradisional. MSE juga dapat membantu guru dalam
menguruskan kekurangan bahan pengajaran pendidikan seksualiti di Malaysia serta
dapat mengelakkan murid daripada memperolehi fakta atau maklumat yang salah.
Oleh itu, penggunaan multimedia memang dapat menarik minat murid dalam
mendalami pendidikan seksualiti. Guru-guru juga boleh mengajar menggunakan CDInteraktif. Dalam perisian multimedia tersebut, terdapat video, gambar dan animasi
yang dapat menjelaskan proses-proses seperti perubahan akil baligh, penerangan
bagaimana bayi dibentuk dan terjadi. Guru pada abad ke-21 sepatutnya bersikap
kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajarannya kepada murid-murid.
Contohnya guru mengaplikasikan penggunaan perisian multimedia dalam mengajar
pendidikan seksualiti. Tidak dinafikan bahawa ia memang dapat menarik minat murid
dengan bunyi, animasi dan video yang menarik itu.

Di samping itu, terdapat murid yang bersifat malu dan tidak berani menyoal
kepada guru. Jadi, guru bolehlah mengasingkan murid lelaki dengan perempuan. Hal
ini dapat mengelakkan situasi yang tidak selesa bagi murid-murid. Pada waktu ini,
guru bolehlah mendemonstrasikan cara memakai tuala wanita dengan menggunakan
bahan pengajaran seperti anak patung. Guru bolehlah memaparkan video sambil
menjelaskan tentang kitaran haid. Hal ini adalah untuk mengelakkan murid tersebut
daripada mendapat informasi yang salah, malahan ada ibu yang tidak mempedulikan
anak mereka dalam hal begini. Sudah tentulah mereka akan berasa seorang diri
apabila menghadapi masalah ini. Kadang-kala guru juga bolehlah menggunakan
kaedah demonstrasi dalam mendidik anak murid. Contohnya guru mengajar kanakkanak tentang keselamatan dengan belajar mengatakan Tidak atau Jerit, Pegi dan
Beritahu. Guru bolehlah membuat demonstrasi kepada murid apakah tindakan yang
bersesuaian dengan situasi yang berlaku. Selain itu, guru juga boleh mewujudkan
satu situasi dan menyuruh murid-murid membuat perbincangan sesama kumpulan.
Contohnya situasi seperti ibu bapa anda tidak membenarkan anda menjemput teman
berlainan jantina ke rumah. Mereka kata anda terlalu muda untuk mempunyai teman
istimewa. Anda sepatutnya menumpukan perhatian pada pelajaran. Guru boleh
menanya pendapat murid-murid apa tindakan yang akan diambilnya, mengapa, dan
bagaimanakah untuk menyelesaikan situasi ini. Pembelajaran secara koperatif
memang dapat melibatkan semua murid malah dapat membantu antara satu sama
lain dalam proses menyeleasikan situasi ini. Sesungguhnya kajian juga menunjukkan
murid-murid mendapat maklumat seksualiti dari pihak guru adalah lebih banyak
daripada ibu bapa dan media massa. Jadi, guru perlu bertanggungjawab
menerangkan serta memberikan ilmu pengetahuan mengenai pendidikan seksualiti
kepada murid-murid.
Kesimpulannya, Pendidikan Seksualiti patut dimulakan pada awal usia,
mulakan

kesedaran kepada mereka dengan

memulakan

penjelasan kepada

mereka supaya dapat menjaga kebersihan mereka daripada terlibat dengan gejala
sosial yang semakin serius pada hari ini. Pendidikan Seksualiti wajar diajarkan di
sekolah kerana konsep pendidikan seks jika dilihat secara menyeluruh (holistik),
pelaksanaannya adalah bermatlamatkan kepada sebuah sistem kehidupan insan
yang harmoni dan sejahtera. Guru memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan informasi yang betul kepada murid-murid supaya tidak memberi
kesan yang negatif kepada mereka. Dengan mempunyai panduan mengajar serta
bahan pengajaran yang mencukupi, aplikasi ICT dalam pengajaran, model

pengajaran yang sesuai dan sikap guru yang prihatin serta berkeyakinan diri dapat
menarik minat murid dalam mempelajari pendidikan seksualiti.

Anda mungkin juga menyukai