Anda di halaman 1dari 5

Tajuk 2 : Motivasi Pelajar

Pembentang : Tuan Haji Ibrahim b. Sakimin


Ketua Penolong Pengarah,Sektor Standard & Verifikasi
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Berdasarkan kepada Video seminar yang bertajuk Motivasi Pelajar Yang telah
dibentangkan oleh Tuan Haji Ibrahim b.Sakimin, Dengan ini saya dapat manfaat dan
motivasi daripada seminar ini walaupun saya hanya menonton daripada video yang
dimuat turun dari EPiC. Dengan motivasi guru ini ia dapat member impak yang besar
terhadap diri saya betapa pentingnya program PPG ini untuk meningkat profesionalisme
keguruan. Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai
langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi
negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi.
Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti
aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah
kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini
dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan
Razak dan lain lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang
pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi
apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion. Latihan yang khusus adalah penting
kepada seorang bakal guru untuk membolehkannya melangkah ke alam profesion guru.
Syed Ismail dan Ahmad (2012) menyatakan, menurut Kamus Dewan, profesion adalah
suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu
kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus.
Pertama, mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam
sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya,
pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang
jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan banyak
keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Kemudian mereka
golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa
menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi
terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan
semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu
organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal
mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod

etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan
bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.
Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas
konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh
orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas
serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian,
adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam
kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.
Secara ringkasnya disimpulkan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan guru
menyambung pengajian dengan mengikut bidang serta tempat pilihan sendiri.

Objektif kementerian meminta guru menyambung pengajian antaranya ialah


untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai pada guru-guru
serta dpat meningkatkan pendapatan.

Diantara ciri-ciri negara maju adalah apabila golongan kakitangan kerajaan


berpendapatan tinggi memberi gambaran bahawa penduduk malaysia selaras
dengan negara-negara maju.

Laluan kerjaya diperbaiki pada tempoh masa singkat.

Pelan pendidikan telah melalui fasa transformasi hasil desakan kesatuan guru
dan kini direalisasikan oleh kerajaan.

Laluan kerjaya diperbaiki sehingga gred JUSA mungkin akan diwujudkan di


sekolah rendah.

Isu petempatan dan kenaikan gred ke 41 dijangka tidak akan ada masalah
kerana ini telah melalui rangka pelan yang cukup lama untuk memartabatkan
proffesion guru. Guru-guru juga tidak terikat dengan sebarang kontrak yang
membebankan.

Menjelang RMK 10 harapan kerajaan / Kementerian Pendidika Malaysia ialah


90% guru sekolah menengah berijazah dan 60% guru sekolah rendah berijazah.

Dalam bab motivasi pelajar, matlamat belajar ialah mempertingkatkan pendapatan


dan telah diwujudkan laluan kerjaya menarik antaranya guru cemerlang, guru
pakar, guru SICS, dan lain-lain.

Bidang pendidikan adalah satu-satunya perkhidmatan awam yang jatuh tempat


ke dua selepas bidang perubatan di mana gaji adalah bawah para doktor.

Tumpuan pada nilai diri guru. Guru perlu bersyukur kerana gaji yang baik,
pekerjaan bagus, tidak sesukar kerja bidang lain seperti inspektor polis yang
berhadapan dengan penjenayah. Banyak kes yang perlu di selesaikan.

Guru perlu survival utnuk dapat situasi yang selesa. Perlu tingkatkan
proffessional dan ada perjuangan dan pengorbanan.

Jangan nantikan arahan malahan bertindak merebut peluang untuk laluan luar
biasa. Sentiasa memotivasikan diri agar dapat cipta inovasi dalam PDP.
Lonjakkan nama bukan tunggu arahan atau duduk tanpa mahu melakkan
perubahan. Rujuk ciri profesionalisme guru.

Guru perlu ubah paradigma. Guru itu akan dapat pengiktirafan sebagai
profesional berdasarkan kursus-kursus dan seminar yang diikuti, kemahiran dan
ilmu yang telah dibuktikan dari sijil dan kecemerlangan yang ditonjolkan oleh
guru.

Rujuk 12 tonggak nilai yang perlu diamalkan oleh guru.

Antaranya bersyukur dapat kerja guru, dapat belajar bawah KPM, dan
bersyukur Bahagian Pendidikan Guru serta KPM sentiasa memantau.

Bangga menjadi guru. Sekarang KPM membuat pengambilan dari kalangan


mereka yang terbaik sahaja iaitu sekurang-kurangnya mendapat 9A.

Menjaga nilai profesionalisme seperti tepati masa, jujur, inisiatif bekerja, seta
bijak selesaikan masalah.

Kesimpulan
Peranan guru adalah sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru
diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan dan semua bidang yang sedang
dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya.
Guru juga sebagai administrator. Seorang guru tidak hanya sebagai pendidik dan
pengajar, tetapi juga sebagai administrator pada bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh
kerana itu, seorang guru dituntut bekerja secara professional. Segala perlaksanaan
berkaitan proses pembelajaran dan pengajaran perlu ditonjolkan secara baik. Sebab guru
tugasannya seperti membuat rancangan mengajar, menganalisis hasil belajar dan
sebagainya merupakan dokumen yang berharga bahawa ia telah melaksanakan tugasnya
dengan baik. Perlu ikhlas untuk menjadi seorang guru sanggup mengadapi cabaran dan
tidak akan berputus asa dalam meningkatkan martabat pendidikan. Guru perlu memahami
proses pembelajaran. Sebagai guru, pelajar akan dipastikan faham tentang matapelajaran
yang diajar, harapan guru terhadap pelajar dan prosedur bilik darjah. Pelajar juga akan
terbabit secara aktif denga aktiviti pembelajaran dan guru memastikan pelajar dibimbing
dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman. Guru yang mempunyai ciriciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan
positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara
langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu
lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion
keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya
sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang
dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik
yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang
adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme
guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya.
Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal
ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai