Anda di halaman 1dari 4

HURAIKAN PERKEMBANGAN EKONOMI SABAH DAN SARAWAK PADA ABAD

KE-19 DAN AWAL ABAD KE-20.

British berminat terhadap Sabah dan Sarawak disebabkan negeri tersebut kaya dengan
hasil bumi.Kekayaan tersebut telah menarik minat pedagang dari Barat seperti
Poturgis,Sepanyol,Belanda dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum
meneruskan perjalanan ke China. Alfert Dent tubuhkan British North Borneo Company
(SBUB) dan mohon piagam diraja daripada kerajaan British di London untuk menaikkan nilai
perniagaan dan pengiktirafan daripada kerajaan British. Pertapakan James Brooke di Sarawak
dan ditambah pula dengan jawatan sebagai Gabenor Sarawak memudahkan lagi beliau
menguasai ekonomi Sarawak .Beliau menetapkan dasar pemerintahan sendiri bagi
memudahkan pentadbiran.Perkembangan ekonomi terbahagi kepada 2 jenis iaitu ekonomi
tradisional dan ekonomi komersial.
Masyarakat Sabah pada mulanya mengamalkan sistem ekonomi tradisional ataupun
dikenali sebagai sistem ekonomi sara diri. Tanaman utama masyarakat Sabah ialah padi
yang menjadi tanaman makanan utama mereka. Tanaman padi sawah diusahakan oleh orang
Kadazan dan orang Dusun.Kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah di
Tuaran,Papar dan Penampang. Padi sawah juga ditanam di lembah-lembah bukit seperti
Ranau,Keningau dan Tambunan. Mereka turut mengusahakan prtanian pindah dimana
mereka menanam padi huma di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang
bergunung-ganang. Penduduk peribumi yang mengusahakan penanaman padi huma ialah
Murut dan Bajau. Tanaman makanan lain yang ditanam ialah jagung,ubi keledek,buahbuahan dan sayur-sayuran. Tanaman-tanaman yang lain ini menjadi penting kerana ia
merupakan makanan selang dimana ubi akan dijadikan makanan utama sewaktu bekalan
beras tidak mencukupi.
Masyarakat Sarawak juga turut mengamalkan ekonomi sara diri dan tanaman utama
mereka juga ialah padi. Padi sawah di sarawak diusahakan oleh orang Kelabit yang mendiami
kawasan rumah panjang di Hulu Sungai Baram manakala padi huma pula ditanam oleh orang
Bidayuh,Iban dan Kenyah. Kebiasaannya,di setiap rumah panjang di Sarawak,terdapat tanah
yang diperuntukkan khas untuk menanam padi huma secara gotong-royong. Contoh tanaman
lain yang diusahakan adalah sayur-sayuran,lada hitam,buah-buahan seperti kelapa dan pisang.
Di samping itu,kegiatan memburu binatang turut dijalankan seperti pelanduk kancil dan ayam
hutan. Ternakan secara kecil-kecilan pula seperti ayam dan lembu.
Kegiatan ekonomi komersial yang paling utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20 ialah bidang pertanian. Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang
penting. Menjelang tahun 1880-an,banyak ladang tembakau telah dibuka oleh pengusahapengusaha berbangsa Belanda dan Jerman di pantai timur Sabah. Pertanian secara komersial
telah berkembang dengan pesat di Sabah dengan adanya pemodal Barat. Menjelang tahun
1890,terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah.Nilai eksport tembakau telah meningkat
daripada $ 882 pada tahun 1885 kepada $ 1,176 000 pada tahun 1895. Perkembangan

kegiatan ekonomi komersial ini disebabkan oleh faktor dasar tanah yang liberal dan ketiadaan
cukai eksport serta harga pasarannya yang tinggi. Pertanian tembakau mula merosot selepas
awal abad ke-20.Pada tahun 1902,penanaman tembakau mulai merosot kerana diserang
penyakit dan juga akibat daripada masalah bencana alam iaitu banjir. Malahan,persaingan
dengan pengeluar tembakau di Amerika Syarikat telah menjejaskan pendapatan penanaman
tembakau tempatan di Sabah.Pada tahun 1982,hanya terdapat 2 buah ladang yang masih
beroperasi di Sabah.
Kegiatan komersial yang kedua terpenting ialah penanaman getah. Tanaman getah telah
mula diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para pengusaha Barat,kemudian diikuti oleh
para pekebun bumiputera dan cina. Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan
oleh pembinaan jalan kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort. Syarikat
Berpiagam Utara Borneo turut memberikan pelepasan cukai eksport selama 50
tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor peningkatan penanaman
getah di Sabah. Kawasan penanaman getah yang utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20 ialah pantai Barat. Keluasan kawasan tanaman getah telah bertambah dengan
mendadak. Misalnya pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1 306 hektar kemudian
bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar pada tahun 1917. Sehingga tahun 1941,getah
masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersial bagi Sabah.
Disamping itu,kegiatan ekonomi komersial lain di Sabah adalah seperti sarang
burung,pokok lanut dan sagu. Pada tahun 1926,eksport sarang burung bernilai $ 125 000 dan
kawasan pengumpulan sarang burung ialah di Gua Gomantong,di Sandakan. Pokok lanut
yang dikenali sebagai abaka diproses untuk dijadikan tali kapal dan dieksport ke Eropah.
Pokok sagu atau rumbia merupakan tanaman tradisional Sabah yang telah dikomersialkan.
Memandangkan hasil sagu di pasaran dunia mahal,pihak British telah menggalakkan
penduduk supaya mengusahakannya. Eksport sagu di Sabah pada tahun 1888 bernilai $ 93
433.
Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak dari segi pertanian pula ialah sagu,lada hitan
dan gambir. Tanaman sagu merupakan hasil eksport utama Sarawak pada abad ke-19.
Penghasilan sagu daripada pokok rumbia diusahakan oleh orang Melanau secara meluas di
bahagian kedua dan ketiga negeri Sarawak. Sarawak telah berjaya mengeksport hasil sagu
daripada 8700 tan pada tahun 1887 kepada 20 400 tan pada tahun 1907. Orang cina
menguasai pengeluaran dan perniagaan semua hasil sagu di Sarawak. Bagi tanaman getah
pula,Raja-raja Brooke tidak menggalakkan syarikat asing untuk buka ladang getah di
Sarawak namun syarikat yang menguasai tanaman getah Cuma satu iaitu Syarikat Borneo.
Kawasan tanaman ialah estet Tahan dan estet Tengah.Pada tahun 1934,terdapat 210 000 ekar
tanah ladang getah dan sebahagiannya merupakan kebun kecil dan 3% pula diusahakan
secara ladang. Selain itu,orang cina juga mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam di
Sarawak untuk tujuan eksport. Lada hitam ditanam di sekitar Kuching,Serian,Sarikei dan
Maradong. Charles Brooke telah memberi galakan kepada saudagar-saudagar dari Singapura
untuk menanam lada hitam di Sarawak dengan cara memberi tanah kepada mereka. Lada
hitam menjadi tanaman eksport terpenting di Sarawak pada abad ke-19. Menjelang tahun
1855,Sarawak telah berjaya mengeksport 392 tan lada hitam dan 1370 tan gambir.

Selain pertanian,kegiatan ekonomi komersial yang lain yang turut di jalankan ialah
pembalakan di Sabah dan Sarawak. Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah
pada tahun 1880-an. Perusahaan pembalakan dikuasai oleh syarikat-syarikat British dan
Cina. Antara kayu balak yang mempunyai nilai eksport tinggi ialah seraya,kapur,belian dan
meranti. Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan,Lahad Datu dan Tawau.Buruh dari
Indonesia dan Filipina dibawa masuk ke Sabah. Nilai eksport kayu balak Sabah
menunjukkan peningkatan yang drastik.Misalnya,pada tahun 1890 nilai eksport hanya $ 44
584 sahaja tetapi telah meningkat kepada $ 642 935 pada tahun 1910.Menjelang tahun
1930,nilai eksport kayu balak di Sabah ialah $ 2.5 juta manakala menjelang tahun 1937
Sandakan muncul sebagai sebuah pelabuhan pengeksport kayu balak yang penting di dunia.
Antara negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah China,Singapura,Australian dan
Britain. Kegiatan pembalakan di Sarawak hanya dijalankan sehingga Perang Dunia Kedua.
Kayu balak menjadi eksport utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai
hasil pendapatan utama Sarawak.Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang cina dan
Syarikat Borneo di kawasan Sungai Rajang. Hasil pembalakan di Sarawak dieksport ke Hong
Kong,Australia dan Amerika Syarikat.
Kegiatan ekonomi komersial lain yang dijalankan di Sabah dan Sarawak ialah
perlombonngan.Di Sabah,hasil galian yang terpenting ialah emas. Lombong-lombong emas
telah mula diusahakan sekitar tahun 1880-an di Sungai Segama. Kegiatan perlombongan
emas telah diusahakan oleh orang Cina. Walaupun pengeluarannya terhad,tetapi nilai eksport
emas sangat tinggi.Selain itu,bahan galian yang terdapat di Sabah ialah arang batu yang
dilombong berhampiran dengan Sungai Silimpopon. Usaha perlombongan arang batu telah
dilakukan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal yang telah ditubuhkan pada tahun 1905 dan
beroperasi hingga tahun 1930. Galian lain pula ialah mangan yang telah dijumpai pada tahun
1902 di Teluk Marudu. Bahan galian tersebut telah dilombong oleh Syarikat British Borneo
Eksploration mulai tahun 1905 hingga 1908.Hasil galian mangan telah dieksport ke Britain.
Sektor perlombongan secara komersial telah mula berkembang di Sarawak semasa
pemerintahan Charles Brooke.Antara galian terpenting yang dilombong ialah antimoni.
Menjelang tahun 1880-an,Sarawak telah menjadi pengeluar galian antimoni yang utama.
Kawasan perlombongan antimoni yang utama ialah daerah Bau.Orang Melayu dan Cina aktif
dalam kegiatan tersebut. Di samping itu,terdapat kegiatan perlombongan arang batu. Aktiviti
melombong arang batu di Sarawak telah bermula pada tahun 1889 hingga tahun 1898.
Jumlah pengeluaran arang batu telah meningkat daripada 500 tan pada tahun 1874 kepada 31
390 tan pada tahun 1898. Galian lombong lain ialah raksa.Raksa mula dieksport pada tahun
1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan utama sarawak. Galian yang
tidak kurang pentingnya di Sarawak juga ialah emas yang dilombong di Bau. Emas menjadi
galian terpenting di Sarawak antara tahun 1898 hingga 1921. Orang Cina merupakan
pelombong dan pengusaha utama emas di Sarawak. Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak
sebenarnya berhubung kait dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan
raya,jalan kereta api,pelabuhan dan pembinaan bandar-bandar baru seperti Miri dan

Kuching.Perkembangan bandar seperti Miri turut menjadi pemangkin perkembangan


ekonomi bercorak komersial di Sarawak.
Kesimpulannya,kegiatan ekonomi komersial berkembang hasil daripada ekonomi sara
diri.Ekonomi komersial pula berkembang disebabkan kemudahan-kemudahan yang
ada.Kedatangan barat di Sabah telah menyebabkan kegiatan ekonomi mereka mengalami
perubahan seiring dengan dasar ekonomi British manakala di Sarawak pula perkembangan
ekonomi banyak dipengaruhi dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga
Brooke,terutamanya James Brooke dan Charles Brooke.

Anda mungkin juga menyukai