Anda di halaman 1dari 11

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


2.0

Pengenalan
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan

manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga
berperanan

menyediakan

seorang

individu

itu

tentang

peranan

dan

tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan


kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai
kemajuan.
Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan
pemimpin

dan

ketua

masyarakat

kerana

guru

berperanan

mendidik

dan

membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari
landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.
Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak
mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru
berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan
dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan
ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhatihati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod
etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak
melakukan tindakan yang tidak wajar.

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

2.1

Perbincangan Tanggungjawab Guru Sebagai Profesional


kepada Para Pelajar dan Implikasi ke atas Pembentukan
Sahsiah dan Akhlak Mereka.

Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau


pengasuh (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bin Miskon: Julai
2010: m.s; 5). Pada asasnya tugas bagi seorang guru di sekolah ialah
untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang
mempunyai kehidupan yang berkualiti. Tanggungjawab ini berat dan
bukan mudah, bila dinyatakan tugas guru sebagai mendidik pelajar
menjadi seorang insan ia juga akan menentukan pemimpin negara pada
masa akan datang serta jatuh bangunnya sesuatu bangsa. Oleh itu adalah
sangat tidak bertepatan pandangan mana-mana pihak yang menyatakan
tugas seorang guru adalah mudah.
Guru memikul tanggungjawab yang berat dalam membentuk
keperibadian pelajar bukan sahaja untuk cemerlang dalam bidang
akademik tetapi untuk memastikan anak bangsa yang dididik seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan
hasrat

yang

diutarakan

melalui

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.Pendidikan di Negara Malaysia dari dulu sehingga kini di


dukung oleh tenaga-tenaga pendidik yang professional.hakikat ini diakui
kerana kerjaya perguruan ini di setujui oleh kod-kod etika perguruan yang
telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Dewan
Bahasa & Pustaka ( 1995 ), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak
atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari perspektif Islam pula etika ialah
sesuatu yang berasaskan kepada tingkah laku yang betul dan ketaqwaan
kepada Allah. Dengan itu disimpulkan secara dasarnya kod etika keguruan
adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Kod Etika Perguruan


Adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
Konsep dan kepentingan etika
Definisi etika itu sendiri merujuk daripada http://emiritonga123.blogspot.com, berasal
dari bahasa Yunani iaitu Ethos yang membawa maksud watak kesusilaan atau
adat kebiasaan. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang
merupakan istilah dari bahasa Latin iaitu Mos yang bererti adat kebiasaan atau
cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik dan menghindar dari
hal-hal tindakan yang tidak baik.
Maksud etika itu sendiri boleh dirangkumkan seperti berikut:

satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)

Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap


masyarakat.

Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah.

Secara ringkasnya, konsep etika ialah peraturan ataupun tatatertib yang


mesti dipatuhi oleh seseorang secara profesional. Etika juga boleh dikonsepkan
sebagai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh seseorang dalam bidangnya

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
ataupun mengikut kesesuaian profesionnya. Dalam konteks keguruan, semua garis
panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan
dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam
masyarakat. Bertitik tolak dari pemahaman terhadap konsep ini, maka Kementerian
Pelajaran Malaysia merangka, menyusun serta membina satu set garis panduan
yang mesti dipatuhi oleh semua guru. Walaubagaimanapun, skop perbincangan ini
lebih menumpu kepada tanggungjawab guru sebagai professional kepada pelajar
dan implikasi ke atas pembentukan sahsiah akhlak. Oleh itu tanggungjawab guru ini
berdasarkan kod etika yang telah digariskan.
Pelbagai tanggungjawab guru terhadap pelajar di sekolah. Berikut merupakan
beberapa tanggungjawab guru terhadap pelajar.
1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Aspek

ini

merupakan

tanggungjawab

utama

yang

sepatutnya

diamalkan oleh setiap guru. Walaubagaimanapun, pada masa kini


realiti yang banyak berlaku guru hanya mengejar untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan
yang mana pada akhirnya kebajikan pelajar jarang sekali diambil kira.
Sebagai

seorang

guru

yang

professional,

sepatutnya

perlu

mengimbangi antara kecemerlangan akademik dengan kebajikan serta


keselamatan pelajar. Pada asasnya,

etika ini sudah ada secara

teorinya tetapi realiti sebenar yang berlaku di sekolah tidak seperti


yang diharapkan. Maka aspek ini wajar direalisasikan agar ianya selari
dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan
individu yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya
dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian kan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Implikasinya, akan melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja
akademik malah cemerlang dalam sahsiah dan akhlak mereka. Ini
kerana guru memberikan sepenuh perhatian kepada murid. Murid rasa

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
sentiasa

dihargai

dan

dari

itu

timbulnya

semangat

dan

rasa

tanggungjawab murid untuk membalas jasa guru.

2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar


Guru seharusnya mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa,
agama dan kepercayaan, politik, tempat asal, keluarga, intelek,
akademik dan status-status lain. Masa kini, realiti yang berlaku di
sekolah adalah di mana kelas yang pandai biasanya diberi penekanan
yang lebih supaya pelajar mendapat prestasi yang cemerlang manakala
kelas yang terbelakang pula penekanan kurang diberikan dan pada
akhirnya pelajar ini terus ketinggalan dalam arus penddikan negara.
Satu satu tujuan reformasi pendidikan yang dikenal pasti oleh Sarason
ialah : Mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan pelajar
yang mempunyai latar belakang kelas sosial dan ras yang berbeza.
Implikasinya, guru yang prihatin dan bersikap adil kepada semua
pelajar dapat mewujudkan suasana muhibah dan kasih sayang tanpa
melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status ekonomi di
kalangan pelajarnya. Kesan daripada ini, ia dapat melahirkan pelajar
yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab ke atas
perbuatannya

sendiri.

Maka

dengan

itu,

wajarlah

aspek

ini

direalisasikan oleh setiap guru.


3. Teladan kepada pelajar dari segi cara berpakaian, pertuturan
dan tingkahlaku
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk
watak

dan

moral

pelajar.

Usaha

ini

perlu

dimulakan

dengan

mewujudkan sekolah dengan watak yang dapat dibanggakan oleh para


pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan
cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
menjadi negara maju pada abad

akan datang. Imam Ghazali dalam

buku Ihya Ulumuddin yang berbunyi dan rosaklah pemimpin kerana


guru yang jahat, dan katanya lagi, dua golongan manusia yang
penting dan berpengaruh dalam masyarakat ialah guru dan pemimpin
Negara. Oleh itu, guru juga perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang
baik agar boleh menjadi model dan contoh tauladan kepada pelajar.
Implikasinya, jika guru sememangnya mengamalkan semua suri
teladan tersebut iaitu cara berpakaian, tutur kata yang diucapkan dan
tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada pelajarnya.
Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para
pelajar. Seperti kata pepatah Melayu, Jika guru kencing berdiri maka
murid kencing berlari atau seperti ketam menyuruh anaknya berjalan
lurus.
4. Membimbing dan mengajar pelajar
Guru seharusnya membimbing dan mengajar seseorang pelajar
dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar dalam bilik
darjah tanpa sebarang bayaran. Sememangnya berlaku demikian di
sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetap secara bulanan. Namun
begitu sekiranya berlaku kelas tambahan, maka biasanya guru-guru di
bayar elaun khas melalui Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). PIBG
memainkan peranan memberi sedikit bayaran lain sebagai insentif
kepada guru-guru. Guru juga hendaklah sentiasa memberi perhatian
dan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

serta

meneruskan

usaha

menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh


keluarga di sekolah meliputi guru-guru dan kakitangan sekolah serta
para pelajarnya.Guru hendaklah sentiasa membimbing pelajar dalam
proses mengembangkan potensi intelek dan rohani mereka agar
mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan yang mana negara
dapat menghasilkan modal insan yang berguna pada masa hadapan.

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

5. Mempertingkat profesionalisme dari semasa ke semasa melalui


pengkajian,

penyelidikan,

lawatan

dan

menghadiri

kursus

ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar.


Profesionalisme perlu dipertingkatkaN supaya pengajaran guru
mencapai matlamat dan objektif yang sepatutnya kepada para pelajar
dengan mudah.Kebanyakan guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan
tidak mempunyai masa untuk terlibat sepenuh masa dalam program di
atas. Tanpa penglibatan guru dalam program di atas maka adalah sukar
untuk

melaksanakan

pembaharuan,

perubahan

dan

refomasi.

Sepatutnya guru-guru didedahkan dengan perkara ini supaya guru


dapat membuat keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan
dan

selera

pelajar,

mengikut

piawai

dan

kualiti

yang

diiktiraf,

kemampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan produktiviti


serta penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada
perkembangan

Teknologi

Maklumat

(IT)

dan

pengurusan

dalam

era teknologi maklumat masa kini maka perancangan strategik perlu


dilakukan supaya perubahan sikap dapat berlaku melalui faktor ini.
Matlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan
menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini
merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan
Malaysia. Justeru itu, Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja
yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga pelapis Negara
mempunyai

sifat-sifat

profesionalisme

yang

luhur,
tinggi

bertanggungjawab,
dalam

menjalankan

dan
tugas

tahap
dan

tanggungjawab masing-masing. Bagi menjaga nama baik profesion


perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika
telah pun disediakan. Kod etika ini telah disediakan dalam bentuk ikrar
dan lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar
guru. Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini, guru
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia
berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Kod etika ini akan dinilai dari masa
ke semasa agar ia memenuhi keperluan semasa. Maka ia wajar
diamalkan oleh setiap guru agar sejajar dengan falsafah pendidikan
kebangsaan.

6. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar


Menjaga kerahsiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan
kerahsiaan adalah penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala
maklumat tidak boleh disebarkan kepada pihak ke tiga kerana mungkin
akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini
kerahsiaan tidak akan terjamin. Realiti yang berlaku di sekolah hanyalah
Unit Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod
etika ini manakala yang lain menganggap perkara kerahsiaan ini adalah
perkara biasa sahaja. Setiap guru sebenarnya berperanan menjadi
orang yang mendengar dan menjaga rahsia agar pelajar dapat
meluahkan perasaan apabila mereka menghadapi masalah.Maka secara
tidak langsung, ia dapat melahirkan pelajar yang lebih stabil dari segi
emosi dan akhirnya pelajar tersebut dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam pembelajaran mereka.

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

2.2

Kesimpulan
Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam

organisasi. Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya


tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang
sempurna.

Etika

akan

melahirkan

budaya

kerja

yang

cemerlang,

perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan


bererti

jika

ianya

mematuhi

nilai-nilai

moral.

Walaupun

secara

keseluruhan artikel di atas menunjukkan guru-guru telah mengamalkan


etika

profesion

perguruan

seperti

yang

diharapkan

oleh

pihak

Kementerian Pendidikan, namun kedapatan juga segelintir guru bertindak


dan berpelakuan tidak wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit
sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kenapakah
perkara ini boleh berlaku?Dan siapakah yang harus dipersalahkan dalam
hal ini? Bagi meningkatkan lagi amalan etika profesion perguruan yang
telah diamalkan oleh guru-guru tersebut, saya mencadangkan agar:
(i) Pihak pentadbir hendaklah meneruskan usaha menyemai nilai-nilai
murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meli
puti guru-guru dan kakitangan sekolah serta para pelajarnya.

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

(ii) Pihak pentadbir juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan juga
memastikan guru sentiasa sedar akan peranannya dan tanggungjawab
mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada
semua pelajar serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada
perbezaan kaum, agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya.
(iv) Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh
menjadi model kepada pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru
itu mudah menjadi ikutan pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah,
gurulah orang yang paling dekat dengan para pelajar.

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai