Anda di halaman 1dari 16

5 ALAM YANG AKAN DILALUI MANUSIA

Topik perbincangan pada kali ini adalah berkaitan dengan peringkat kehidupan manusia di
dalam lima alam.
Manusia yakni kita semua adalah dari zuriat Adam AS ini dalam menuju kepada tempat
kembali ke hadrat Ilahi kelak, dimana pasti akan melalui lima peringkat kehidupan.
Ringkasnya ia terdiri daripada alam Ruh, alam Rahim, alam Dunia, alam Barzakh dan alam
Akhirat.
1. ALAM RUH

Sebelum dijadikan jasad, manusia pada awalnya berada di alam ruh.Kita sebagai manusia
biasa tidak mengetahui akan hakikat bilakah ruh dijadikan. Ulama berpendapat bahawa
kewujudan ruh adalah semenjak azali lagi sama seperti kejadian malaikat dan jin. Suatu ketika
dulu, nabi Adam telah diiringi oleh para malaikat ke lembah bersebelahan denga bukit
Rahmah, sebuah lembah yang sangat besar. Di sana dengan kekuasaan yang dimiliki oleh
Allah, telah dikeluarkan dari tulang belakang Adam akan seluruh ruh anak cucu nya bermula
dari awal dunia hinggalah ke akhirnya kelak termasuklah anak yang keluar kerana kefufuran.
Ruh2 tersebut telah disusun demikian rupa namun lembah tersebut masih penuh sesak

sehinggakan menabjubkan para malaikat kerana sekiranya ruh2 itu diberikan jasad sudah
tentu akan sempitlah permukaan bumi ini. Ruh2 tersebut dikeluarkan bagi mengikat tali
perjanjian dengan Allah dan dimasukkan semula ke tulang belakang Adam dan akan
dilahirkan bila tiba saatnya kelak. Isi perjanjian di antara ruh dengan Allah itu berbunyi
berikut :
"MENGAKUI DAN NAIK SAKSI AKAN KETUHANAN ALLAH DAN KEESAANNYA, YAKNI
TAAT KEPADANYA DAN MENGINGAT SEGALA TITAH PERINTAHNYA SERTA
MENJAUHI SEGALA MACAM LARANGANNYA"

Perjanjian di atas dapat kita buktikan melalui firman Allah di dalam surah Al-A'raf ayat 172174.
Apabila ruh dah ditiupkan ke dalam jasad akan berlakulah beberapa perubahan. Ada yang
dapat kita perhatikan. Sesungguhnya apa yang terjadi pada janin di dalam rahim setelah
ditiupkan ruh dapat diketahui dengan menelaah perubahan fungsional, perubahan spesifikasi,
gerak, respons terhadap pelbagai pengaruh dan emosi.

Wahai Saudaraku sekalian,


Demikianlah hal yang berkaitan dengan alam Ruh, semoga Allah Taala selalu peringatkan dan
menyedarkan kita serta dipermudahkan olehNya untuk menunaikan janji asal kita itu
sekaligus mendapatkan keredhaanNya..maka.. Sebagai manusia, kita adalah salah seorang
keturunan Adam yang tidak terlepas daripada perjanjian taat kepada Allah, kita hendaklah
insaf dan sedar serta wajib menunaikan janji dan menepati persaksian yang telah kita lakukan
sendiri di alam Ruh tersebut.

2. ALAM RAHIM
Alam kedua yang pasti dilalui oleh semua umat manusia adalah alam rahim. Rahim menurut
bahasa arab bererti kasih sayang.Ia dinamakan alam rahim kerana benih atau calon manusia
yang berada di dalamnya adalah sangat dikasihi dan disayangi sedemikian rupa baik oleh ibu
bapa mahupun siapa sahaja yang mengetahui bahawa ibu itu sedang mengandung

sehinggakan kesihatan dan keperluannya akan dijaga dengan sempurna.Tingkat petumbuhan


kejadian manusia di dalam rahim ibu adalah sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani dan Ibnu mandah daripada sanad AtTarmizi dan An-Nasai, Rasulullah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya bilamana Allah
berkehendak menjadikan seseorang hambanya , ditakdirkan suami melakukan jimak terhadap
isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap ke segenap urat-urat dan anggota isterinya.
Bila telah sampai pada hari ketujuh, terus dihimpunkan oleh Allah bersama-sama dengan air
mani wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkanlah segala urat-urat yang diperlukan
bayinya, selai kejadian Adam sendiri di dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakiNya,
terus disusun-Nya"

Allah mula menjadikan jasad setelah percantuman air benih di dalam rahim.Manusia berada
di alam rahim ibu selama 9 bulan 10 bulan dengan izin Allah. Tingkat penyusunan manusia
diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya ayat 12-14 surah al-Mukminun.

Allah berfirman di dalam ayat 5 surah al-Hajj diperjelaskan bahawa gumpalan daging itu akan
menjadi dan tidak dan bahawa peredaran kejadian terjadi dan telah ditetapkan di dalam rahim
sampai beberapa masa yang dikehendaki Allah barulah ia akan dikeluarkan ke alam dunia ini
sebagai bayi dan seterusnya ayat itu berbunyi :

Menurut sepakat ulama mengatakan bahawa masa pemberian nyawa/jiwa pada seseorang
calon manusia di dalam rahim tidak boleh tidak kecuali setelah 4 bulan. Ada riwayat dari Ibnu
Abbas RA mengatakan bahawa nafkhurruh itu diberikan setelah empat bulan 10 hari.Imam
Ahmad bin Hanbal RA juga sependapat dengannya. Melihat dari segi inilah juga terselit
hikmah dan rahsia dimana Islam menetapkan tempoh iddah seorang isteri yang kematian
suami adalah 4 bulan 10 hari yakni lebih kurang 130 hari. Dalm eti kata lain, bila masuk bulan

kelima dengan kenyataan wanita itu tidak hamil, maka dia akan dianggap suci.Maka lihatlah
wahai umat manusia betapa indah dan lengkapnya Islam dalam pelbagai aspek..
Ulama fiqh menerangkan bahawa apabila seorang wanita yang sedang dalam keadaan normal
tidak mengeluarkan darah kotoran (haid) lagi, maka itulah suatu tanda saat permulaan
kehamilannya. Darah itu terkumpul terus selama mana perkembangan kandungannya hingga
saat nafkhurruh. Bila mana suatu janin itu telah diberi nyawa, maka darah haid itulah
makanannya melalui tali pusatnya, sebab mulutnya belum boleh terbuka selama mana ia
masih di dalam kandungan. Seterusnya janin akan berkembang membesar sehinggalah masuk
bulan kelima. Pada masa itu, ia akan memakan apa yang dimakan dan diminum oleh ibunya
melalui tali pusat serta merasa apa yang dirasaka oleh ibunya..Maha Agung Pencipta sekalian
mahkluk..

Wahai saudaraku sekalian...


Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah asal kejadian manusia daripada tanah dan darah
nutfah, maka seharusnya manusia jangan suka berlagak sombong dan membanggakan diri
kerana kita semuanya berasal daripada tanah dan darah yang kotor. Sehubungan dengan
itulah, kita dikehendaki merendahkan diri dengan sujud melakuakn solat lima kali sehari agar
kesombongan yang ada paad diri akan lenyap..ingatlah bahawa daripada tanah kita diciptaka
dan kepada tanaklah juga kita akan dikembalikan dengan perintah Allah dan dari tanahlah jua
kita akan dibangkitkan ke muka pengadilan di akhirat kelah ..Masya allah...
Bukan itu juga, kita sebagai manusia,hendaklah ingat akan jasa kedua orang tua dan
berbaktilah kepada mereka atas dasar merekalah kita alhir ke dunia ini, ibu kita yang telah
mengandungkan kita selama sembilan bulan 10 hari denagn melalui pelbagai cabaran dan
penderitaan hatta di dalam hadis nabi sekalipun mendahulukan berbakti kepada kedua ibu
bapa barulah berjuang di jalan Allah.

Ibu Mas'ud berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah SAW: Pekerjaan apakah yang paling
disukai oleh Allah? Baginda menjawab: Melakukan sembahyang pada awal waktunya. Saya
berkata lagi. kemudian apa lagi. Jawabnya: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Lalu saya
bertanya lagi: Sabdanya: melakukan perang sabil."

3. ALAM DUNIA

Setelah cukup tempoh yang dikehendaki oleh Allah, manusia akan lahir ke alam dunia
sebagaimana yang telah diaturkan oleh Allah. Di peringkat kehidupan inilah, manusia
menjalani kehidupan yang agak lama sebelum berngkat ke alam lain. Di alam dunia, manusia
menimba pelbagai ilmu pengetahuan serta melakukan pelbagai amalan bagi bekalan di alam
akhirat kelak.Hakikat kejadian manusia di dunia adalah untuk melaksanakan tugas
kekhalifahan, membangun dan mengelola dunia ini sesuai dengan kehendak Allah, kerana
tujuan hidup manusia telah ditetapkan yakni mengabdikan diri kepada Allah. Manusia
diberikan tugas yang berat ini disebabkan kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan
kepada manusia yang mana tidak dimiliki oleh mahkluk lain seperti :
1. Kemampuan untuk mengetahui sifat-sifat, fungi dan kegunaan pelbagai benda. Hal ini
digambarkan di dalam firman Allah :

2. Bumi, langit dan seluruh isinya telah ditundukkan kepada manusia sebagaimana firman
Allah :

Menurut kebiasaannya, apabila bayi itu lahir sahaja ke dunia ini, ia akan menangis dan
menjerit. Bilamana ia tidak berbuat demikian, pasti ada yang tidak kena pada bayi
tersebut.Maka bidan akan melakukan sesuatu agar ia boleh kembali krpada keadaan yang
normal seperti membuat urutan dan sebagainya.Menurut riwayat Abu Hurairah RA,
Rasulullah bersabda " Tiap-tiap anak Adam itu, ditusuk oleh syaitan pada lambung sisinya
ketika ia dilahirkan, kecuali Isa bin Maryam, syaitan hendak menusuknya, tetapi terkena
kepada hijabnya sahaja. Berpandukan hadis ini jelaslah bahawa sebab yang menyebabkan
setiap bayi yang dilahirkan pasti akan menjerit atau menangis di awal kelahiran adalah
daripada tusukan kaum syaitan sebagai tanda perkenalan dimana ia telah bersiap sedia untuk
menjalankan tugas untuk menyesatkan anak cucu Adam. Walau bagaimanapun, jika dilihat
dari segi ilmiah moden, bayi itu menjerit atau menangis disebabkan kerana akibat daripada
menempuh udara luar( dari alam rahim) yang dingin yang mengandungi zat oksigen,hidrogen,
karbon dioksida dan lain2 yakni berbeza ketika berada di alam rahim.Di alam dunia manusia
melalui beberapa fasa seperti alam bayi, remaja, dewasa dan tua serta sehinggalah dia kembali
kepada Pencipta yang Esa.
Jikalau rahim membawa maksud kasih sayang, maka duni pulak membawa maksud dekat.
Ada pula yang mengatakan bahawa dunia boleh diertikan sebagai "kehinaan, kebencian,
kekotoran dan kerendahan". Berdasrkan kepada pengertian ini, kita dapati hampir setiap
lembaran kitab Allah ada yang menyatakan perihal kekejian dunia yang mampu menarik
perhatia manusia daripada menghampiri akhirat, bahkan Rasul dan Nabi diutuskan untuk
mengajak umat masuia kembali mengingati kematian yakni hari akhirat bukannya dunia yang
hanya bersifat sementara ini.
Islam memandang kehidupan manusia di alam dunia ini sebagai bentuk ujian dan percubaan
kerana apakah manusia dalam hidupnya melakukan perbuatan yang baik, mempergunakan
segala sesuatu yang dianugerahkan kepadanya sesuai dengan peraturan-peraturanNya,
menunaikan hak dan kewajipannya selaras dengan ajaran yang telah ditetapkanNya agar dapat
diketahui siapa di antara mereka yang baik amal perbuatannya. Firman Allah Taala :

Jesteru itu, janganlah manusia itu mengira bahawa dirinya akan terlepas begitu sahaja di dunia
ini dengan sia-sia tanpa ada peraturan, semahunya sahaja tidak merasa diawasi atau dikawal
bagaikan haiwan yang tidak punya peraturan dan kesopanan.Firman Allah Taala :

Manusia itu sebagai makhluk yang berakal fikiran di dunia ini, tetap dijadikan Tuhan lengkap
dengan tujuan hidup, tugas hidup dan diawasi dengan teliti dan cermat sekali.Segala tidak
tanduk manusia di alam ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan yang telah
memberikan hidup dan kehidupan serta syarat hidup kepadanya. Wallahu a'lam...

4. ALAM BARZAKH

Setelah manusia selesai menjalani kehidupan di alam dunia, mansia akan dimatikan dan
dipindahkan ke alam barzakh.Di alam barzakh manusia akan diberikan balasan yang setimpal
dengan perbuatannya di dunia. Dengan kematian, seseorang itu baru memasuki saat peristiwa
sesudahnya.Dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa :
Siapa yang meninggal, maka kiamatnya telah bangkit
Kiamat ini dinamakan kiamat kecil. Alam barzakh merupakan tempat persinggahan selama
mana menanti kedatangan kiamat besar, yang akan berlaku dengan peniupan sangkakala
pertama. Dari segi bahasa barzakh bererti pemisah. Para ulama mentafsirkan alam barzakh
sebagai tempoh antara kehidupan dunia dan akhirat. Imaam Ahmad Inb Hanbal, al-Tabarani,
Ibnu Abi ad-Dunya dan Ibnu Majah meriwayatkan melalui sahabat Nabi SAW, Abu Said alKhudri

bahawa

Sesungguhnya

yang

Nabi

SAW

meninggal

bersabda

mengetahui

siapa

yang
yang

bermaksud
memandikannya,

:
yang

mengangkatnya, yang mngkafankannya dan siapa yang menurunkan ke kubur.


Apabila salah seorang di antara kamu meninggal, amak akan diperlihatkan kepadanya
setiap pagi dan petang tempat tinggalnya( kelak di hari akhirat). Kalau dia penghuni syurga,
maka akan diperlihatkan tempat penghuni syurga dan kalau dia penghuni neraka, maka akan
diperlihatkan tempat penghuni neraka. Disampaikan kepadanya bahawa inilah tempatmu
sehinggalah Allah membangkitkanmu ke sana ( Hadis Riwayat Bukhari)

Ketahuilah wahai hamba Allah, kubur adalah persinggahn pertama menuju akhirat.Orang mati
bererti telah mengalami kiamat kecil.Apabila seorang hamba telah dikubur, akan diperlihatkan
kepadanya tempat tinggalnya nanati pada pagi hari yakni antara waktu fajar dan petang.
Apabila ia termasuk di dalam penghuni Syurga, akan diperlihatkan tempat tinggalnya di
Syurga, dan apabila ia diperlihatkan penghuni neraka akan diperlihatkan tempat tinggalnya di
neraka.Seorang mukmin akan diperluaskan kuburnya seluas 70 hasta dan kuburnya akan
dipenuhi dengan tanaman hijau hingga datang hari kebangkitan. Orang kafir ia akan dipukul
dengan besi, kuburnya akan dijadikan sampai sempit sehinggga remuklah tulang rusuknya.
Setelah seseorang itu mati da dimasukkan ke dalam kubur, maka bermulalah segala apa yang
pernah diceritakan kepada kita sebelum ini yakni sambutan kubur, himpitan dan seterusnya
fitnah kubur hunggalah situasi dimana ia akan terus2an diseksa ataupun hidup bersenang
lenang. Segalanya terletak pada amalan masing2 semasa hidup di dunia. Ketika si mati berada
di dalam kubur, ruhnya akan dikembalikan kepadanya tetapi bukan dalam keadaan sedia kala,
hanya dikembalikan kepada salah satu anggota badannya.Maka akan bangunlah si mati
seolah2 dari tiur, lalu melihat ke kiri dan kanan dalam satu ruangan yang sempit, gelap gelita,
maka merataplah ia seolah2 mengadu alangkah gelapnya, alangkah sempitnya padahal suatu
ketika dulu dia mempunyai rumah yang luas dan indah,keluarga yang ramai bergelak ketawa,
kini dia keseorangan di dalam kesempitan... Dalam pada masa ayng sama , ia terdengar
panggilan dari seorang malaikat yang bernama Ruman yang bertugas mendatangi setiap kubur
untuk menyuruh penghuni kubur menulis segala aml perbuatan mereka semasa di dunia.
Maka penghuni kubur akan menulis amal perbuatan mereka di atas sepotong kain kafannya
menggunakan jarinya sebagai kalam dan air liur sebagai tinta. Setelah selesai, malaikat
tersebut akan melipat dan menggantungkannya pada leher penghuni kubur tersebut. Ia sesuai
dengan firman Allah di dalam ayat 13 surah al-Isra' :

Setelah selesai akan kejadian di atas, maka akan datanglah malaikat yang melakukan fitnah
kubur iaitu Munkar dan Nakir.eduanya dinamakan sedemikian kerana bentuk dan rupanya
tidak dapat dibandingkan dengan apa jua makhluk. Menurut Imam Ghazali yang diriwayatkan
dari Abdullah mas'ud RA, Nabi SAW ada menyebutkan sifat2 dan rupa kedua malaikat terebut
iaitu keduanya hitam legam membelah bumi dengan taringnya, mempunyai bulu yang
panjang mengheret bila ia berjalan, suaranya bagaikan halilintar yang membelah bumi,
matanya bak kilat menyambar dan nafasnya seperti angin puyuh melanda apa2 yang
melintang di hadapannya. Masing2 membawa sebuah pemukul dari besi yang beratnya tidak
akan terangkat oleh sekumpulan jin dan manusia yang jikalau dipukulkan kepada suatu
gunung, gunung itu akan adi mendatar. Maka apabila satu jiwa melihatnya, nescaya lari
lintang pukang,demikianlah perumpaan Nabi SAW tentang keduanya.

Seterusnya tempoh seorang itu akan mengalami fitnah kubur, tidak ada sesuatu yang jelas
menerangkannya. Di dalam fitnah kubur itu akan dilakukan beberapa pertanyaan sebagaimana
di daalm riwayat Abu Daud kedua malaikat itu mengatakan kepada si polan: Siapa Tuhanmu,
apa agamamu dan siapa orang lelaki yang dibandingkan dan diutus kepada kamu? Maka
orang mukmin akan menjawab : Tuhanku ialah Allah dan agamaku ialah Islam dan lelaki
yang diutus kepadaku ialah Rasulullah sedangkan orang kafir tidak mampu untuk menjawab
ketiga-tiga pertanyaan tersebut. Pertanyaan Munkar dan Nakir atau lebih jelas fitnah kubur
tidaklah umum meliputi seluruh manusia , sebab difahamkan dari beberapa hadis terdaapt
beberapa golongan yang dikecualikan daripada fitnah kubur. Golongan tersebut terdiri
daripada orang yang mati syahjid dalam peperangan atau membela kesucian agama Islam,
orang yang mati dalam keadaan menyediakan diri untuk Allah semata-mata, orang yang mati
akibat wabak taun, orang yang mati bukan kerana wabak taun tetapi tinggal berdiam diri di
dalam negeri yang dilanda wabak taun dan orang yang mati ketika kanak-kanak.
Seterusnya adalah perihal berkaitan dengan seksa kubur.Berikut merupakan beberapa jenis
seksaan di alam barzakh. Antaranya adalah :

1. seksa kubur bagi orang kafir


- Waili berkata dalam kitab Al-Ibaanah dari hadis malik bin Mu'awwal dari Naafi dari Ibnu
Umar, ia berkata : " Di saat aku berjalan di kawasab Badar, tiba-tiba muncul seorang lelaki
dari dalam bumi memakai rantai di leher. Hujungnya dipegang oleh seorang yang berkulit
hitam. Ia memohon: " Hai Abdullah, berilah aku minum" Ibnu Umar berkata " aku tidak tahu
apakah ia mengenal namaku" Orang hitam itu berkata kepadaku: "Jangan beri ia minum,
kerana ia orang kafir" Ia menarik dan memasukkannya ke dalam bumi. kemudian aku
mendatangi Rasulullah SAW dan memberitahu baginda. " Nabi SAW berkata ; ' Apakah
engkau telah melihatnya? Itu adalah musuh Allah, Abu Jahal dan itu adalah seksaan hingga
hari kiamat".
2. Seksa kubur bagi orang derhaka
- Dari Amru bin Dinar bahawa ada seorang lelaki penduduk Madinah mempunyai seorang
saudara perempuan di pinggiran kota Madinah yang sedang sakit lalu meninggal dunia.
Kemudian dia mengebumikan saudara perempuannya itu. Ketika pulang, ia teringat akan
sesuatu yang tertinggal di dalam kubur saudaranya. Maka ia pun meminta tolong seorang
teman untuk membongkar kubur saudaranya itu. Kelihatan terdapat api menyala di dalam
liang lahad. setelah itu, ia kembali mendaaptkan ibunya dan bertanyakan perilaku saudaranya
itu. ibunya pun mengtakan bahawa eingatnya si anak dulu sering menunda solat, seringkali
bersolat tanpa wudu',ia suka mendatangi pintu2 para tetangga lalu mendengar khabar mereka
dan menceritakan kepada orang lain.
3. Seksa kubur bagi orang mengadu domba
- Mengadu domba, menfitnah, mereka percakapan yang menyakitkan hati orang lain.Menurut
riwayat Syaikhain (Bukhari dan Muslim) bahawa Rasulullah SAW ketika dalam suatu
perjalanan melalui dua kuburbeliau berkata kedua orang ini sedang diseksa dan bukanlah
keduanya diseksa daalm suatu yang besar dari segi dosanya. Adapun salah seorang di
antaranya tadi ketika amsih hidup adalah orang yang suka mengadu domba, memfitnah dan
mereka reka percakapan yang boleh menyakitkan hati orang lain sehingga keduanya
bermusuhan, sedang yang seorang lagi adalah tidak berhati-hati melakukan kebersihan dari
kencingnya. mengenai hadis ini, para ulama berkata berhati2 melakukan kebersihan dari
kencing itu adalah wajib hukumnya. Manusia tidak kaan diseksa melainkan meninggalkan

sesuatu yang wajib.Demikian pula diqiaskan kepada soal kencing dengan kewajipan
menghilangkan segala macam najis.

5. ALAM AKHIRAT
Kehidupan akhirat dimulakan dengan peniupan sangkakala.

Semua yang berada di alam ini akan hancur dan mati melainkan Malaikat Israfil yang
bertugas meniupkan sangkakala itu.Hal ini kerana masih ada lagi peniupan untuk kali kedua.
Terdapat jarak di antara peniupan yang pertama dan kedua. Hanya Allah sahaja yang
mengetahui akan kejadian itu.Sebaik sahaja peniupan sangkakala yang kedua, manusia akan
dihidupkan semula sebagaimana firman Allah:

Saat peniupan kali kedua, manusia baru sedar bahawa kehidupan di dunia hanya bersifat
sementara bahkan mereka hanya bagaikan beberapa saat petang atau pagi hari.Berikut
merupakan firman Allah yang berkaitan dengannya.

Dari sana manusia akan diarak ke Padang Masyar yakni tempat untuk menghadapi pengadilan
Allah SWT. Pengadilan agung akan berlaku di mahkamah Allah. Bahkan boleh jadi mulut kita
akan ditutup dan yang akan berkata2 adalah tangan, kaki dan seluruh anggota badan kita yang
menjadi saksi segala amal perbuatan kita semasa di dunia.Pada hari pembalasan itu, tidak ada
yang dapat mengelak daripada menyembunyikan sesuatu pun walaupun sekecil zarah
sekalipun.

Pengadilan Allah itu akan dilakukan ke atas setiap individu yang mukallaf sebagaimana
firman Allah:

Setelah berada di Padang Masyar menerima pengadilan yang seadil2nya dan diserahkan hasil
amalan masing2, manusia akan bergerak menuju ke syurga atau neraka.Beberapa ayat dalam
al-quran mengkhabarkan bahawa dalam pejalanan ke sana, kita akan melalui sebuah titian
yang dinamakan shirath.Dikatakan bahawa titian itu sangat nipis dan lebih halus daripada
rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.

Diriwayatkan darpada sesetengah ahli ilmu baahwa mereka berkata tidak ada seorangpun
yang dapat melepasi shirat melainkan setelah ditanya tentang keimanannya kepada Allah iaitu
kalimah la ilaha illallah.Jika ia membawa kalimah itu dengan penuh keikhlasan dari segi tutur
dan amalannya maka ia akan dapat menyeberanginya.Kemudian, tempat kedua ialah ttg solat.
Ketiga ialah puasa Ramadan. Keempat ialah zakat.Kelima ialah haji dan umrah. Keenam ialah
mandi dan wuduk. Ketujuh ialah penganiayaan terhadap manusia manusia.Diriwayatkan
daripada Said bin Halal katanya telah sampai berita kepada kami bahawa shirat pada hari
kiamat nanti terhadap sesetengah manusia lebih halus daripada rambut dan terhadap
sesetengah yang lain seperti lembah yang luas. Katanya lagi Auf bin Abdullahn bin Suffyan
al-Uqaili berkata Pada hari kiamat manusia akan melintasi shirat mengikut amalan mereka.
Ada yang melintasinya dengan kecepatan sekelip mata, ada yang sepantas anak panah yang
dilepasakan, ada yang seperti burung yang terbang laju, ada yang seperti kuda yang pantas,
ada yang berjalan biasa dan ada yang merangkak2.
Berdasarkan kepada ayat tersebut, sebahagian ulama berpendapat bahawa dinamakan shirath
kerana ia meripakan jambatan yang mesti dilalaui oleh setiap orang yang menuju ke syurga.
Di bawah jambatan itu, terdapat neraka yang pelbagai tingkatannya. Setiap orang akan
melintasinya dengan kecepatan yang sesuai dengan ketaqwaan masing2.Ada yang dikatakan
akan melintas bagaikan kilat atau angin berhembus atau sepantas kuda dan ada juga yang
merangkak tetapi akhirnya tiba juga.Tetapi bilamana orang-orang kafir melaluinya, mereka
akan jatuh ke neraka mngikut ksesuaian kederhakaan mereka.Masya AllahBertaubatlah kita
wahai manusia sebelum terlambat

Anda mungkin juga menyukai