Anda di halaman 1dari 3

BismillahirahmanirrahimAssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh.

Yang dihormati Tuan pengerusi masjlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana guru-guru serta
rakan-rakan yang dikasihi.
Tak molek , jika ada alu, tiada lesungnya
Tak berguna, kalau ada dayung , tiada sampannya,
Tak lengkaplah cerita saya, kalau tiada tajuknya.
Tajuk cerita saya pada pagi ini ialah Kisah Pembunuhan Pertama Dunia
Tersemat erat dalam sejarah agama,
Kukuh terpahat dihati nurani,
Nabi Adam diutus ke dunia,
} pantun
Sebagai khalifah dimuka bumi.
Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 30,
Yang bermaksud: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi
Bertemu Adam dengan isterinya Siti Hawa
Jabal Rahman tempat penyatuan
Laksanakan perintah Allah untuk hidup sejahtera
} pantun
Lahirkan zuriat pewaris zaman
Siti Hawa melahirkan dua pasang kembar. Pertama, pasangan Qabil dan adik
perempuannya yang diberi nama 'Iqlima', kemudian disusuli pasangan kembar kedua Habil dan
adik perempuannya yang diberi nama 'Labuda' Kehidupan keluarga Nabi Adam AS dan Siti Hawa
berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta menyintai, hormat menghormati.
Ya, Kawan-kawan,
Kita hendaklah taat dan patuh kepada ibubapa,alangkah beruntungnya ibu bapa kita
sekiranya kita menjadi anak yang taat dan sentiasa mendirikan solat . Kita
sepatutnya menjauhi sikap mementingkan diri sendiri sehingga terlupa jasa kedua
ibubapa kita.
Dewasa kini terdapat anak-anak yang sanggup membiarkan ibubapa mereka di rumah
orang-orang tua dengan alasan mereka mampu membayar upahannya sedangkan
ibubapa mengharapkan kasih sayang anak-anak mereka.
Masa terus berlalu dan pasangan kembar Habil dan Qabil semakin dewasa.Maka Allah swt
mengilhamkan kepada Nabi Adam As.Qabil dijodohkan dengan adik Habil, iaitu Lubuda
dan Habil dengan adik Qabil, iaitu Iqlima.Namun, rancangan yang diputuskan itu telah
ditolak mentah-mentah oleh Qabil dengan alasan bahawa ia tidak mahu mengahwini
Lubuda, adik Habil kerana Lubuda tidak secantik adiknya sendiri, Iqlima.Allah
memerintahkan Nabi Adam pun menetapkan syarat supaya anak-anaknya melakukan korban
bagi menyelesaikan masalah mereka.
Firman Allah dalam surah Maidah ayat 27 :
Yang Bermaksud: Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil)
menurut yang Sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban,

Islam menetapkan perhubungan yang halal dengan melaksanakan perkahwinan dan


mewujudkan keluarga yang bahagia.
Hari ini kita lihat bagaimana kes-kes sumbang mahram berlaku akibat manusia tidak
menjaga batas-batas perhubungan yang disyariatkan oleh Islam.
Qabil seorang petani,
Persembahkan seikat gandum yang buruk,
Sikap sombong membelenggu diri
Terdetik di hati , kerana hasutan syaitan
} sajak
Habil pula penternak mulia,
Laksanakan korban seikhlas hati,
Kambing terbaik jadi taruhan
Semoga ibadah diterima Ilahi.
Ya Kawan-kawan
Dengan izin Allah tibalah masa yang ditetapkan , lalu mereka Qabil dan Habil ke puncak
gunung mempersembahkan korban merekaTiba-tiba Allah turun api yang berwarna putih
membawa korban Habil. Dan Korban Qabil tidak diterima Allah. Oleh yang demikian, Habil
diisytihar sebagai pemenang kerana korbannya telah diterima oleh Allah SWT. Maka, dialah yang
mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan
dinikahinya.
Firman Allah Surah Al Maidah ayat 27
Maksudnya: Sesungguhnya Allah Hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".
Allah memerintahkan kita supaya melakukan ibadat Korban dengan seikhlas hati dan
mengharapkan keredhaan Allah.
Tidak seperti misi bantuan banjir di Manik Urai Kelatan yang terjadi pada disember 2014.ramai
yang tampil menghulurkan bantuan tetapi ada juga yang menyumbang dengan tidak ikhlas
memberikan pakaian yang buruk dan barang-barang terpakai kepada mangsa banjir. Hish ( 3x)
sungguh tidak bermoral mereka ya kawan-kawan.
Dendam tersemat dihati nurani
Qabil bertekad membunuh saudaranya Habil
Perancangan dibuat ketika ayahandanya tiada
Habil dibunuh tanpa belas kasihan

} sajak

Qabil menjadi bingung


Melihat mayat Habil terbujur kaku
Kerna menurut nafsu syaitan
Terkenang dosa yang telah dilakukannya
Qabil
lagi..

panik melihat darah yang keluar dari badan Habil , ianya kaku tidak bergerak

Barulah Qabil tersedar akan kesilapannya..namun segala-segala.tidak berguna lagi

sesal dahulu pendapatan selal kemudian tidak berguna lagi.


Aaahhhhhhhhhhhh.bagaimana .harus aku selesaikan masalah ini. ~bisik Qabil dalam
hatinya.
Sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa.Allah mengajar manusia cara
menguruskan jenazah, agar manusia dapat menyempurnakan jenazah dengan
sebaiknya.Yang mana mati itu adalah pasti.
Kini kita lihat kemalangan jalanraya sentiasa berlaku terutamanya dimusim perayaan
dan mati tidak mengenal tempat dan masa.
Firman Allah Surah Al Maidah ayat 31
Maksudnya: Kemudian Allah memerintahkan seekor burung gagak menggali-gali di
bumi untuk memperlihatkan kepada Qabil bagaimana dia seharusnya menguburkan
mayat saudaranya
Berkata Qabil: "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung
gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Kerana itu jadilah dia
seorang di antara orang-orang yang menyesal." Lalu

Qabil pun mengali lubang dan

menanam jenazah saudaranya Habil.


Kita Janganlah beragaduh dan hasad dengki antara adik- beradik kerana air
dicicang tidak akan putus Perhubungan persaudaraan kekal selama-lamanya.
Kini Sering terdengar terjadi pergaduhan adik beradik sehingga menyebabkan terjadi
pergaduhan .

Trajis sungguh kisah pembunuhan pertama,


Tercatat dalam sejarah sepanjang zaman,
Selesailah sudah cerita saya,
Mana yang baik jadikan tauladan

Anda mungkin juga menyukai