Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
orang
lain.
Dalam
membuat
sesuatu
keputusan,
individu
selalunya
mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama individu yang
mempunyai autoriti. Individu ini selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus
ianya tuju. Maksudnya, dalam sesuatu situasi, responden selalu meminta pendapat dan
nasihat individu lain untuk membuat sesuatu keputusan. Responden agak kurang yakin
dalam membuat keputusan dan takut untuk memilih apa-apa jawapan di dalam
kehidupannya. Sebagai contoh, responden meminta nasihat daripada kaunseling IPG
Kampus Ipoh untuk memastikan bahawa bolehkah dia ingin menduduki jawatan Yang
Dipertua Pelajar di IPG Kampus Ipoh.
Trait yang seterusnya ialah trait ekstrovert. Trait ekstrovert ialah trait personaliti
yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.
Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak
60 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori sederhana. Perkara ini menunjukkan
bahawa responden mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya tahap
sosial individu adalah sederhana. Maksudnya, responden boleh berkomunikasi dengan
individu yang lain tetapi kekerapan untuk berkomunikasi adalah sangat kurang.
Responden mungkin hanya boleh berkomunikasi dengan individu yang dia rapat dan
dipercayai tetapi jika responden berada di suatu kominiti yang besar, responden akan
kurang bersosial. Sebagai contoh, responden kerap berkomunikasi dengan rakan sekelas
tetapi akan menjadi kurang berkomunikasi apabila ditempatkan di dalam kumpulan yang
bercampur dengan kelas lain semasa kuliah.
Seterusnya ialah trait intelektual. Trait intelektual bermaksud trait personaliti yang
menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran daripada
segi intelektual. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat
keputusan sebanyak 30 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang rendah.
Perkara ini menunjukkan bahawa responden tidak berasa selesa dengan perkara-perkara
yang bersifat teoritikal.
berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja
berkemahiran. Maksudnya, responden akan mudah merasa bosan dengan pengajaran
berbentuk teori. Responden amat gemar jika pengajaran itu adalah berbentuk praktikal,
kerja-kerja yang melibatkan pergerakan dan pertukangan. Maksudnya, responden lebih
gemar membuat kerja di luar kelas berbanding mendengar kuliah yang menerangkan
secara teori sahaja.
Trait yang seterusnya ialah trait introvert. Trait introvert bermaksud trait personaliti
yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi yang akan memaksa mereka
berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas. Keputusan
ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus
sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. Perkara ini menunjukkan
bahawa responden suka bersosial dan kurang bersosial. Tahap sosial responden adalah
sederhana. Maksudnya, responden masih lagi suka untuk bersosial tetapi tidak sekerap
dengan
individu
yang
mempunyai
tahap
introvert
yang
rendah.
Responden
berkemungkinan hanya bersosial denga rakan sekelas sahaja tetapi apabila berhadapan
dengan indidvidu atau kelompok yang lain, responden kurang bersosial. Sebagai contoh,
kelas responden telah membuat satu perbincangan kumpulan untuk sesuatu subjek,
apabila tiba giliran responden untuk memberi pendapat, responden hanya bercakap
dengan kadar yang sedikit sahaja.
Seterusnya ialah trait kepelbagaian. Trait kepelbagaian ialah trait personaliti yang
menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai situasi bagi mendapatkan
pengalaman yang baru ke arah perubahan yang berterusan. Keputusan ujian
menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 80 peratus
sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa
responden dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikannya peluang untuk
pengalaman-pengalaman baru.
mencuba sesuatu yang baru. Individu adalah seorang yang adventures. Maksudnya,
responden mampu dan suka melakukan sesuatu yang baru untuk dirinya. Responden
adalah seorang yang berani untuk menempuh cabara-cabaran yang boleh memberi
manfaat kepada dirinya dan suatu pengalaman yang baru untuk dia mempelajarinya.
Sebagai
contoh,
responden
suka
menyertai
aktiviti-aktiviti
yang
lasak
seperti
perkhemahan BIG yang akan dilakukan di Gopeng kerana dia berani dan suka untuk
menambah pengalaman yang baru untuk dirinya.
Trait yang seterusnya ialah trait ketahanan. Trait ketahanan bermaksud trait
personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan
atau menyelesaikan semua tugas. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden
hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam
kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa menunjukkan ciri-ciri ketahanan
responden adalah pada tahap sederhana sahaja. Maksudnya, responden mampu untuk
bertahan dari segi mental dalam menghadapi situasi-situasi yang menimpanya dan ada
juga sesetengah waktu responden tidak mampu untuk menghadapinya.
Seterusnya ialah trait kritik diri. Trait kritik diri bermaksud trait personaliti yang
menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. Keputusan ujian
menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 90 peratus
sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor yang tinggi ini selalunya
dikaitkan dengan individu yang selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah
terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu
dengan jayanya. Maksudnya, responden telah mengalami satu masalah besar.
Responden selalu tidak percaya pada diri sendiri dalam sesuatu keadaan. Responden
selalu berasa bimbang dan merasa rendah diri terhadap apa yang dia telah lakukan
walaupun perkara itu adalah perkara yang baik.
Trait yang seterusnya ialah trait mengawal. Trait mengawal bermaksud trait
personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih suka
memimpin daripada dipimpin. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya
mendapat keputusan sebanyak 50 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang
sederhana. Skor ini menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinannya adalah pada
tahap sederhana. Maksudnya, sebagai seorang manusia responden boleh menerima yang
dirinya boleh memimpin orang dan boleh dipimpin oleh orang lain. Responden tidaklah
terlalu mengawal sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Seterusnya ialah trait menolong. Trait menolong ialah trait personaliti yang
dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih
sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain. Keputusan
ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus
sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor ini menunjukkan bahawa
responden adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih
sayang, memberi bantuan serta membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.
Maksudnya, responden mempunyai ciri-ciri seorang insan yang baik hati dan tahap belas
kasihan yang tinggi. Responden suka meringankan tulang untuk membantu individu yang
memerlukan bantuannya.
Seterusnya ialah trait sokongan. Trait sokongan ialah trait personaliti yang
menunjukkan individu memerlukan perhatian, simpati dan ingin dikasihi. Keputusan ujian
menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 50 peratus
sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. Skor ini menunjukkan ciri-ciri
sokongan individu berada pada tahap sederhana. Maksudnya, kadangkala responden
mahukan satu sokongan yang kuat untuk membantunya mencapai sesuatu objektif dan
kadangkala responden boleh melakukannya sendiri tanpa meminta bantuan dan
sokongan daripada pihak yang lain.
Trait yang seterusnya ialah struktur. Maksud trait struktur ialah trait personaliti yang
menunjukkan individu suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang
berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Keputusan ujian menunjukkan bahawa
responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor ini termasuk
dalam kategori yang tinggi. Skor ini menunjukkan individu adalah seorang yang suka
kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Individu lebih gemarkan kepada
aktiviti atau kerja-kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulangulang. Maksudnya, responden adalah seorang yang mementingkan segala kekemasan.
Hidupnya mungkin agak teratur. Responden juga mungkin hidup dengan mematuhi jadual
hariannya. Kerja-kerja yang berstruktur adalah minat responden.
Trait yang seterusnya ialah pencapaian. Maksud trait pencapaian ialah trait
personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka
persaingan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat
keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi.
Skor tinggi menunjukkan individu adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka
bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Maksunya, responden ini adalah seorang
yang pandai membina semangat untuk dirinya bagi mencapai sesuatu matlamat.
Responden gemar akan sesuatu yang memerlukan daya saing untuk mencapai sesuatu
objektif yang tersendiri.
Perkara yang terakhir untuk ujian ini dikaji ialah penipuan. Skala ini adalah skala
yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.
Responden hanya memiliki sebanyak 20 peratus sahaja. Perkara ini menunjukkan
bahawa responden adalah individu yang jujur dalam menjawab kesemua soalan ujian ini.
Responden mungkin adalah individu yang kita boleh percayai berdasarkan kesahihan
keputusan yang responden telah perolehi.
Secara keseluruhannya, ujian personaliti jenis IPS ini telah membantu kita untuk
mengetahui serba sedikit kekurangan dan kelebihan yang ada pada individu yang diuji.
Pada pendapat saya, responden boleh menjalankan kehidupan seperti biasa kerana
responden masih boleh berkomunikasi walaupun masih ada sedikit kesan introvert dalam
dirinya. Walaubagaimanapun, responden masih mempunyai masalah besar dari segi
keyakinan diri. Responden terlalu kerap merasa rendah diri dalam sesuatu situasi.
Perkara ini harus dibendung supaya responden dapat menempuhi kehidupan yang sukar
ini dengan baik. Ujian personaliti ini perlu diambil kira oleh kaunselor jika ingin membantu
responden dalam mengurangkan masalah yang dihadapinya.