Anda di halaman 1dari 18

Solat Tiang Agama

(Melodi : Lompat SiKatak Lompat)


Marilah adik sayang
Kita pergi bersolat
Subuh, zohor dan asar
Maghrib isyak
Limalah waktu
Solat tiang agama
Hendaklah kita jaga
Siang mahupun malam
Tandanya kita bersyukur
Bangunlah adik bangun
Badan mengadap kiblat
Patuh kepada Allah
Hidup kita akan bahagia
Disediakan oleh : Arr_mee, Ab_Du dan Az_ war

RUKUN IMAN
(Melodi : Lompat SiKatak Lompat)
Rukun Iman enam perkara
umat Islam wajib percaya
Iman kita jadi sempurna
Jangan kita selalu lupa
Tuhan kita Allah yang Esa
Percaya malaikat Iman kedua
Al-Quran panduan kita
Hidup berkat sentiasa
Nukuln : Patihah, Norliza, Hani
Yusnita PA1

Rasul junjungan mulia


Perintah Allah taat sentiasa
Hari kiamat rukun kelima
Qodo Qodar wajib percaya
Ingat adik janganlah lupa
Rukun Iman pegangan kita
Hidup kita pasti sentosa
Kekal bahagia di syurga sana

RAJIN ADIK RAJIN


(Melodi : Air Pasang Pagi)
Bangun pagi-pagi adik gosok gigi
Adik makan roti minum air kopi
Siap pakai baju terus tunggu bas
Laju adik laju nanti bas terlepas
Sampai dalam kelas adik sapu sampah
Jangan adik malas nanti kelas bersepah
Masa cikgu ajar mesti tengok depan
Bila tumpu belajar cerah masa depan
Jika tidak faham adik terus tanya
Jangan jemu belajar baru boleh berjaya
Semua kerja rumah adik mesti buat
Kalau tidak siap cikgu adik sebat
AHLI KUMPULAN: PATIHAH, NORLIZA DAN HANI
YUSNITA PA1 KPLI LPBS-SR 2004

KEBESARAN ALLAH
(Melodi : You Are My Sunshine)
Indahnya alam ciptaan Allah
Tidaklah jemu mata memandang
Siang dan malam silih berganti
Itulah tanda kuasa Ilahi
Angin bertiup awan berarak
Itu tandanya hari nak hujan
Hujan pun turun membasah bumi
Penghuni alam rasa bersyukur
Nikmat Ilahi tidak terkira
Rezeki diberi mencurah-curah
Usah dilupa pada yang Esa
Ia Tuhan Maha Berkuasa
Lirik
Ciptaan

: Sunshine
; Roslizawati, Aswani, Ahada, Noraini

USAHALAH
(Melodi : Lompat SiKatak Lompat)
Ingatlah kawan-kawan
Minggu depan ada ujian
Tiada persediaan
Nanti kita kerugian
Usahlah rasa bimbang
Semua boleh dirancang
Kalau ingin cemerlang
Mesti baca berulang-ulang
Usaha terus-terusan
Doa jangan lupakan
Tawakkal kepada Tuhan
Insya Allah dikabulkan
Lirik
Ciptaan
Noraini

: Lompat Si Katak Lompat


: Roslizawati, Aswani, Ahada,

SOLAT
(Melodi : Geylang SiPaku Geylang)
Solat marilah solat (solat)
Solat bersama-sama
Solat mesti segerakan (2x)
Jangan lengahkan nanti berdosa (2x)
Solat limalah waktu (solat)
Subuh, Zohor, dan Asar
Maghrib dan juga Isya (2x)
Semua tunaikan jangan tinggalkan
(2x)
Lagu : GELANG SI PAKU GELANG
Lirik : Ruzilah, Fatimah, Waradiah,
W.Rahana,
Waraslina, Yuzaini Azura, Zunaini

PERGI SEKOLAH
(Melodi : Air Pasang Pagi)
Bangun pagi-pagi
Syukur pada Ilahi
Terus pergi mandi
Dan juga gosok gigi
Sujud pada Tuhan
Doa mesti panjatkan
Allah sayang kita
Dirahmati sentiasa
Sebelum pergi sekolah
Perlu ambil sarapan
Langkah kaki kanan
Dapatkan keberkatan

Lagu
Lirik

: AIR PASANG PAGI


: Ruzilah, Fatimah, Waradiah, W.Rahana,
Waraslina, Yuzaini Azura, Zunaini

POKOK KELAPA
(Melodi : You Are My sunshine)
Banyak tumbuhan ciptaan Allah
Setiap satu ada gunanya
Cubalah lihat dongak ke atas
Pokok apa tinggi melangit
Mesti semua tahu jawabnya
Pokok kelapa sudahlah pasti
Banyak gunanya semuapun tahu
Dari pucuk hingga akarnya
Air kelapa sedap diminum
Isinya sedap lazat sekali
Hilang dahaga perutpun kenyang
Itulah pohon kelapa
Lirik

: Ruzilah, Fatimah, Waradiah, W.Rahana,


Waraslina, Yuzaini Azura, Zunaini

ADAB MAKAN
(Melodi : Air Pasang Pagi)
Ayuh kawan-kawan,
Mari kita makan
Makan dengan sopan
Beradab bila makan,

Sedang kita makan


Janganlah bercakap,
Makan dengan tenang
Nanti kita kenyang

Nasi goreng enak,


Makan kedai mamak,
Jangan kita lupa,
Bismillah mesti baca.

Perut sudah kenyang,


Hati jadi senang,
Alhamdulillah
Bersyukur pada Allah.

Hasil Ciptaan Abdullah Hussain,

TAAT IBUBAPA
MELODI (KALAU RASA GEMBIRA)
Siapa sayang ayah tepuk tangan (2x)
Siapa sayang ayah kan disayangi Tuhan
Hidup bahagia dan berpanjangan
Siapa sayang ibu petik jari (2x)
Siapa sayang ibu kan dirahmati Tuhan
Taat ibu syurgalah balasannya

MARI BERWUDUK
MELODI (ANAK TUPAI)
Mari adik-adik sayang
Kita berwuduk
Mula-mula kena niat
Jangan kita lupa
Basuh muka,basuh tangan
Hingga kesiku
Jangan lupa sapu kepala
Juga basuh kaki
Sampai akhir dari mula
Dengan tertib sekali
Adik-adik kena jaga
Jangan kentut lagijangan kentut lagi

MARI MENGAJI
(Melodi : Tanya Sama Pokok)
Mari adik sayang
Kita baca Quran
Malam atau siang
Cepatlah sayang

Adik jangan leka


Nanti buang masa
Adik dapat pahala
Ilmu berguna

Adik jangan malas


Nanti ustaz marah
Lekas adik lekas
Kita ke-kelas

Adik pandai ngaji


Adik tidak rugi
Bila besar nanti
Dapat berbakti

HASIL CIPTAAN : SUHAINI HARUN SITI ZURAIDA DAN SUZIYNA MASAYU (PAI 6 2007)

MARI SEMBAHYANG
(Melodi : Clementine)
MARI ADIK MARI ADIK
MARI ADIK KUSAYANG
MARI KITA MARI KITA
MARI KITA SEMBAHYANG
SEMBAHYANGLAH 2x
SEMBAHYANGLAH
SEKARANG
UNTUK APA UNTUK APA
UNTUK APA
SEMBAHYANG

UNTUK SUJUD 2x
UNTUK SUJUD PADANYA
UNTUK ALLAH 2x
UNTUK ALLAH YANG ESA
MARI ADIK MARI ADIK 2x
MARI KITA SEMBAHYANG
SEBAGAI TANDANYA KITA
BERSYUKUR PADA
TUHAN

MARI BELAJAR JAWI


(Melodi: Goreng Pisang)
Mari belajar huruf jawi,
Dari alif hingga nya,
Semuanya mesti kenal,
Baru adik-adik pandai.

Itu semua huruf jawi


Harus ingat jangan lupa
Sayang Allah, Sayang nabi,
Sayang jawi semuanya
Kita bahagia

Alif Ba Ta Sa Jim Ha Kho,


Cha Dal Zal Ro Zai,
Sin Syim Sod Dhod To Dzo,
Ain Ghain Nga Pa Fa Qof,
Kaf Ga Lam Mim Nun Wau Ha Vi
Hamzah
Lam Alif Ya dan akhir huruf Nya.

MARI BERSEMBAHYANG
(Melodi: Suar suir kemuning)
Wahai adikku sayang
Mari kita Sembahyang
Lima waktu sahaja
Sehari dan semalam
Solat Subuh dua rakaat
Zohor, Asar empat rakaat
Maghrib pula tiga rakaat
Isyak juga empat rakaat

Marilah kawan-kawan
Tunaikan kewajipan
Nanti Allah kan sayang
Hati jadi Tenang

MARI BERPUASA

(Melodi: Ibu ayam dikejar musang)


Ramadhan bulan puasa
Rukun Islam yang ketiga
Dari fajar bermula hingga senja tiba
Tahan lapar dahaga
Mari adik berpuasa terus puasa
Nanti dapat pahala
O SedapnyaO nikmatnya
Bila berbuka
O sedapnyaO nikmatnya
Bila berbuka

MENGENANG JASA IBU


(Melodi: Rasulullah)

Ibu dalam mengenangmu


Kami susuri lembaran kasihmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebahagiaan

Tak terjangkau tingginya akhlakmu


Tak tergambar indahnya wajahmu
Tak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau ibu mulia

Engkau taburkan kasih sayangmu


Untuk anakmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh
dugaan

Tabahkan hatimu menempuh dugaan


Mengajar erti kehidupan
Menuju jalan kejayaan
Terukir namamu di dalam ingatan