Anda di halaman 1dari 32

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

METABOLISMA SEL
3.1 PENGENALAN METABOLISMA
Menyatakan definisi metabolisma, enzim dan koenzim
Menerangkan kepentingan enzim dalam tindakbalas kimia
Mengklasifikasikan koenzim
3.2 METABOLISMA KARBOHIDRAT
Menghuraikan proses dalam metabolisma karbohidrat
Menerangkan peranan hormon dalam kawalatur paras glukosa darah
Mengenalpasti kesan gangguan metabolisma karbohidrat
3.3 METABOLISMA LIPID
Menerangkan ciri-ciri lipid
Menerangkan proses pencernaan lipid
Membezakan proses oksidasi dan sintesis lipid
Menghuraikan konsep setiap proses dalam metabolisma lipid
Menerangkan kesan gangguan metabolisma lipid
3.4 METABOLISMA PROTEIN

Menerangkan fungsi protein.

Menghuraikan proses pencernaan protein.

Menerangkan konsep penyingkiran kumpulan amino protein.

Menerangkan konsep katabolisma rangka karbon dari asid amino.

Menghuraikan peranan dan kepentingan pembentukan glutamin.

Menghuraikan konsep kitaran urea.


3.5 INTEGRASI METABOLISMA
Menghuraikan konsep integrasi metabolisma karbohidrat, lipid dan
protein.
Menerangkan keadaan lapar, kebuluran dan kekenyangan.

3.1 PENGENALAN METABOLISMA


I. DEFINISI
Keseluruhan proses fizikal dan kimia di mana tindakbalsa pembinaan molekul
besar dari molekul kecil dan pemecahan molekul besar ke molekul kecil

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

II. JENIS METABOLISMA


A. Anabolisma

Definsi: Pembinaan molekul kompleks dari molekul ringkas


Contoh: Pembentukan protein dari asid amino
Proses ini perlu untuk pertumbuhan, pengekalan dan pembaikan tisu rosak
Berlaku untuk pembentukan sel baru seperti enzim, protein, sel dan
sebagainya

B. Katabolisma

Pemecahan molekul kompleks kepada molekul ringkas


Contoh: Glukosa dipecahkan kepada CO2 dan H2O
Proses ini perlu mendapatkan tenaga dari diet agar anabolisma dapat
berlangsung
Berlaku untuk penghasilan tenaga dan kitar semula komponen sel

III. ENZIM
A. Definisi
Protein yang bertindak sebagai pemangkin yang menyebabkan perubahan kimia
pada suatu sebatian tetapi masih kekal dalam bentuk asal semasa dan selepas
suatu proses berlangsung.
B. Ciri-ciri enzim

Dibentuk dari molekul protein globular maka ia mengikut ciri protein yang
mempengaruhi perubahan keadaan seperti suhu dan pH
Terdapat satu kawasan kecil untuk tindakbalas berlaku yang dinamakan
tapak aktif
Diperlukan dalam kuantiti sedikit
Bertindak spesifik dijelaskan melalui dua model tindak balas: Model
kunci dan mangga dan model Induce fit

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

i. Model kunci dan mangga


Enzim dan substrat mempunyai
bentuk yang sepadan
Menerangkan tindakan enzim yang
spesifik

ii. Model Induce fit

Modifikasi dari model kunci dan mangga.


Enzim dikatakan mempunyai struktur yang fleksibel dengan tapak aktif
berubah bentuk dengan berterusan apabila ada interaksi dengan substrat
bagi memudahkan tindakbalas berkesan

C. Mekanisma enzim dalam tindakbalas

Merendahkan tenaga pengaktifan tindakbalas


Merendahkan tenaga dalam keadaan peralihan
Menyediakan laluan alternatif tindakbalas

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

D. Kadar tindakbalas yang dimangkin enzim dipengaruhi

Kepekatan enzim
Kepekatan substrat

IV. KOENZIM
A. Definisi
Sebatian yang menggalakkan tindakan enzim.
* Bersaiz kecil dari enzim, boleh diasingkan dan rentan haba secara relatif.
Senang dipisahkan dari enzim.
B. Fungsi
Memainkan peranan dalam tindakbalas pemindahan kumpulan kimia dan
tindakbalas oksidasi dan penurunan
C. Klasifikasi berdasarkan sumber
Koenzim metabolit
Contoh:
Coenzyme

Chemical group(s) transferred

Adenosine triphosphate

Phosphate group

S-Adenosyl methionine

Methyl group

3'-Phosphoadenosine-5'phosphosulfate

Sulfate group

Coenzyme Q

Electrons

Tetrahydrobiopterin

Oxygen atom and electrons

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Cytidine triphosphate

Diacylglycerols and lipid head groups

Coenzyme

Chemical group(s) transferred

Nucleotide sugars

Monosaccharides

Glutathione

Electrons

Coenzyme M

Methyl group

Coenzyme B

Electrons

Methanofuran

Formyl group

Tetrahydromethanopterin

Methyl group

Koenzim dari vitamin (vitamin-derived coenzyme)


Contoh: Koenzim A dari vitamin B3

Coenzyme

Vitamin

Additional
component

Chemical group(s)
transferred

NAD+ and
NADP+

Niacin (B3)

ADP

Electrons

Coenzyme A

Pantothenic
acid (B5)

ADP

Acetyl group and other acyl


groups

Tetrahydrofolic
acid

Folic acid (B9)

Glutamate
residues

Methyl, formyl, methylene


and formimino groups

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Menaquinone

Vitamin K

None

Carbonyl group and


electrons

Coenzyme

Vitamin

Additional
component

Chemical group(s)
transferred

Ascorbic acid

Vitamin C

None

Electrons

Amino acids

Electrons

Coenzyme F420 Riboflavin (B2)

3.2 METABOLISMA KARBOHIDRAT


I. PENGENALAN
A. Unit asas karbohidrat (sakarida)

Jenis monosakarida
glukosa (dextrose)
fruktosa
galaktosa
xylosa
ribosa
Klasifikasi monosakarida berdasarkan bilangan atom C

Bilangan atom
karbon

Nama
kategori

Tetrosa

Erithrosa, Threosa

Pentosa

Arabinosa, Ribosa, Ribulosa, Xylosa, Xylulosa,


Lyxosa

Hexosa

Allosa, Altrosa, Fruktosa, Galaktosa, Glukosa,


Gulosa, Idosa, Mannosa, Sorbosa, Talosa,
Tagatosa

Heptosa

Sedoheptulosa

Contoh

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Formula am dan struktur kimia monosakarida


Formula am: (CH2O)n n = merujuk bilangan C (bilangan 3-9)
Struktur kimia:

D-Glucose

-D-Glucose

-D-Glucose

B. Polimer

Disakarida
Karbohidrat yang mempunyai dua sakarida
Contoh:
Disakaridase

Disakarida

Unit 1

Unit 2

Sukrosa (table sugar, cane sugar,


saccharose, or beet sugar)

glukosa

fruktosa

sukrase

Lactose (milk sugar)

galaktosa

glukosa

laktasa

Maltose

glukosa

glukosa

maltase

(enzim)

Oligosakarida
Dikenali sebagai karbohidrat ringkas
Mengandungi minima 3 hingga 10 bilangan sakarida

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Contoh:
Frukto-oligosakarida (FOS) dalam sayuran
Galakto-oligosakarida (GOS)
Mannan-oligosakarida (MOS) pada dinding sel yis
Saccharomyces cerevisiae

Polisakarida
Karbohidrat kompleks
Tidak larut air dan tidak manis
Contoh: Kanji, glikogen, selulosa dan chitin

II. PROSES PENUKARAN GLUKOSA KEPADA TENAGA


A. Glikolisis

Merupakan proses permulaan dalam metabolisma karbohidrat


Berlaku di sitoplasma
Rangkaian tindakbalas yang menukarkan glukosa kepada piruvat
Proses anaerobik
Merupakan asas bagi respirasi aerobik dan anaerobik
Berperanan untuk
Penghasilan molekul bertenaga tinggi (ATP dan NADH) sebagai sumber
tenaga sel bagi respirasi anaerobik dan aerobik

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Penghasilan piruvat untuk Kitar Kreb (Kitaran Asid Sitrik) bagi respirasi
aerobik

Hasil tindakbalas bersih ialah


2 molekul ATP (digunakan sebagai sumber tenaga)
2 molekul NADH (memasuki RPE untuk dioksidasikan kepada ATP)
2 molekul piruvat (memasuki Kitar Kreb untuk dioksidasikan lagi)
Glikolisis dalam respirasi aerobik
Metabolisma utama manusia
Piruvat yang dihasilkan akan melalui proses dalam Kitar Kreb dan
seterusnya ke RPE
Glikolisis dalam respirasi anaerobik
Metabolisma pada keadaan hipoksia (otot overwork dan sel jantung
yang mengalami infarksi)
Piruvat akan dtukarkan kepada asid laktik.
Asid laktik dibawa ke hepar untuk dimetabolismakan bagi mendapatkan
tenaga

B. Oksidatif dekarboksilasi (Piruvat dekarboksilasi)

Suriaclassroom Copyright July 2009

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Berlaku di mitokondria
Penukaran piruvat kepada asetil KoA

Hasil tindakbalas bersih


1 molekul NADH (memasuki RPE untuk dioksidasikan kepada ATP)
1 molekul CO2 (dikumuhkan)

HS-KoA
C. Proses penghasilan tenaga am
i. KitarPiruvat
Kreb

CO2
Asetil-KoA

NADH
NAD+
Berlaku di mitokondria
Proses anaerobik mengkatabolismakan asetil KoA bagi mendapatkan ATP
Merupakan tempat pertembungan metabolisma karbohidrat, lipid dan
protein
Hasil tindakbalas bersih
3 molekul NADH (memasuki RPE untuk dioksidasikan kepada ATP)
1 molekul FADH(memasuki RPE untuk dioksidasikan kepada ATP)
1 molekul ATP (digunakan sebagai tenaga)
2 molekul CO2 (dikumuhkan)

Suriaclassroom Copyright July 2009

10

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

ii. Rangkaian Pengangkutan Elektron (RPE)

Berlaku di mitokondria
Proses aerobik yang mengkatabolismakan
NADH kepada 3 ATP
FADH kepada 2 ATP
Melibatkan pergerakan H atau e- dalam RPE untuk menghasilkan ATP

Suriaclassroom Copyright July 2009

11

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

iii. Ringkasan penghasilan ATP

Rangkaian
Pengankutan Elektron

Glikolisis
Glukosa

Piruvat

6O2 + 24H+ 12H2O

ATP
NADH

Piruvat 2 Asetil KoA


NADH

FADH

ATP

NADH

ATP

Kitar Kreb
2 Asetil KoA

CO2
Petunjuk
1 FADH 2 ATP
1 NADH 3 ATP

AT
FADH
P

NADH
CO2

III. PROSES UNTUK KAWALATUR PARAS GLUKOSA DARAH


A. Glikogenesis

Proses sintesis glikogen


Diaktifkan oleh insulin sebagai respon kepada paras glukosa tinggi darah

Suriaclassroom Copyright July 2009

12

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

B. Glikogenolisis

Katabolisma glikogen apabila paras glukosa darah menurun. T


Tidak ditukarkan kepada glukosa sebaliknya kepada salah satu molekul
perantara dalam proses glikolisis (glukosa-6-fosfat)
Distimulasikan oleh hormon glukagon dan epinefrin (adrenalin)

C. Lipolisis

Pemecahan lipid dalam sel adipos


Asid lemak bebas akan dihantarkan ke tisu yang memerlukan tenaga
melalui peredaran darah
Hormon yang mencetuskan lipolisis ialah epinefrin, norepinefrin
(noradrenalin), glukagon dan hormon adrenokortikoid

D. Glukoneogenesis

Berlaku di hepar
Laluan metabolisma yang menghasilkan glukosa dari substrat karbon
bukan karbohidrat seperti piruvat, laktat, gliserol dan asid amino glukogenik
Berlaku pada keadaan berpuasa, kelaparan atau semasa senaman
berintensiti tinggi
Glukosa-6-fosfatase
Enzim yang memangkinkan tindakbalas terakhir dalam glukoneogenesis
dan glikogenolisis
Berperanan dalam kawalatur homeostatik paras glukosa darah

V. HORMON DALAM KAWALATUR PARAS GLUKOSA DARAH


A. Insulin

Meningkatkan sintesis glikogen


Penyimpanan glukosa dalam hepar dalam bentuk glikogen
Pengurangan insulin menyebabkan sel hepar menukarkan glikogen
kepada glukosa untuk dibebaskan ke peredaran darah
Meningkatkan sintesis asid lemak
Sel adipos dipaksa untuk mengambil lipid dari peredaran darah yang dan
ditukarkan kepada trigliserida
Pengurangn insulin menyebabkan tindakan sebaliknya : pembebasan
lipid ke peredaran darah

Suriaclassroom Copyright July 2009

13

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Mengurangkan proteolisis
Pengurangan degradasi protein
Mengurangkan lipolisis
Pengurangan penukaran simpanan lipid pada tisu adipos kepada asid
lemak darah
Kekurangan insulin menyebabkan simpanan lipid ditukarkan kepada asid
lemak darah
Mengurangkan glukoneogenesis
Pengurangan penghasilan glukosa dari sumber bukan karbohidrat
Meningkatkan penyerapan kalium
Menyebabkan sel menyerap K+ serum
Ton otot arterial
Menyebabkan dinding arteri mengendur lalu meningkatkan aliran darah
(pada arteri mikro)
Kekurangan insulin mengurangkan aliran dengan pengecutan otot pada
dinding arteri

B. Glukagon

Mempunyai tindakan yang bertentangan dengan insulin


Memberi isyarat pada sel hepar untuk membebaskan glukosa dari
simpanan glikogen melalui proses glikogenolisis
Apabila simpanan glikogen semakin sedikit, glukagon menggalakkan sel
hepr untuk sintesis glukosa memlalui proses glukoneogenesis
Menggalakkan proses lipolisis

C. Hormon lain
Katekolamin
Menyebabkan pembebasan glukosa dari simpanan
Hormon pertumbuhan (Growth hormone)
Mengurangkan penyimpanan glukosa oleh sel hepar
Menggalakkan proses glukoneogenesis di hepar
Penyelenggaraan dan fungsi Islets of Langerhans yang menghasilkan
hormon insulin dan glukagon
Glukokorticoids
Meransangkan glukoneogenesis
Pemobilan asid amino dari tisu ekstrahepatik (tisu bukan hepar) sebagai
substrat dalam glukoneogenesis
Merencatkan pengambilan glukosa dalam otot dan sel adipos (kekalkan
paras glukosa dalam darah)
Meransangkan degradasi lemak dalam sel adipos melalui lipolisis
Suriaclassroom Copyright July 2009

14

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

VI. GANGGUAN METABOLISMA KARBOHIDRAT


A. Lactose intolerance

Ketidakupayaan untuk metabolisma laktosa (yang dijumpai dalam susu dan


produk tenusu) kerana ketiadaan enzim laktose dalam sistem pencernaan
Laktosa yang berada dikolon menyebabkan penapaian laktosa oleh
bakteria di usus yang menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan
metana
Ini menyebabkan simptom abdominal seperti kejang, kembung dan
flatulence

B. Glycogen storage disease Type I

Penyakit genetik disebabkan kekurangan enzim glukosa-6-fosfatase


Kekurangan ini mengganggu penukaran glikogen kepada glukosa dalam
glukoneogenesis
Boleh menyebabkan hipoglisemia dalam keadaan berpuasa

3.3 METABOLISMA LIPID


I. PENGENALAN LIPID
A. Struktur lipid
Formula am R COOH
B. Pengkelasan
i. Lipid mudah
Lemak, lilin
ii. Lipid kompleks
Fosfolipid, glikolipid, lipoprotein, sulfolipid dan aminolipid
iii. Precursor dan derivatif lipid
Asid lemak, gliserol, steroid, jasad keton, hidrokarbon, hormon
C. Ciri ciri
Bukan polimer tapi rantaian panjang
Merupakan rantai hidrokarbon
Tidak larut air

Suriaclassroom Copyright July 2009

15

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Sumber tenaga berkapasiti heterogenus (bergantung kepada panjang


rantai, cabangan rantai dan ketidaktepuan)

II. PENCERNAAN LIPID


Lipid diet terdiri lemak neutral atau trigliserida (komposisi utama), kolesterol,
fosfolipid, vitamin larut lemak dan sebagainya.
A. Pemecahan lipid
Bagi memastikan trigliserida diserap, 2 proses mesti berlaku:
i. Emulsifikasi
Pemecahan gumpalan lemak diet kepada titisan kecil oleh
garam hempedu supaya tindakan lipase menjadi effektif dalam tindakannya
ii. Hidrolisis
Pemecahan trigliserida kepada monogliserida dan asid lemak oleh enzim
lipase pankreas.
*Lipase pankreas
a. Fungsi: Enzim utama dalam pemecahan molekul lemak dalan sistem
pencernaan manusia

b. Tindakan: Menukar trigliserida dalam lemak makanan kepada


monogliserida dan asid lemak bebas

B. Penyerapan dalam usus

Suriaclassroom Copyright July 2009

16

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Misel terbentuk antara garam hempedu, monogliserida, asid lemak dan


kompleks lipid lain. Ia akan diserap oleh sel mukosa usus melalui resapan
mudah.
Pembentukan semula trigliserida berlaku di retikulum endoplasma dan
akhirnya ia dibawa ke jasad Golgi untuk dibungkus bersama kolesterol,
lipoprotein dan lipid lain lalu membentuk kilomikron.
Kilomikron akan diedarkan ke seluruh badan untuk diserap oleh sel
adipos.

C. Pembentukan lipoprotein
i. Lipid diedarkan dalam bentuk lipoprotein kerana ia tidak larut dalam
darah (komposisi darah 90% air)
ii. Terdapat 5 jenis lipoprotein
a. Kilomikron
- Membawa trigliserida dari usus ke hepar, otot rangka (skeletal) dan
tisu adipos
b. VLDL (Very Low Density Lipoprotein)
- Membawa trigliserida (yang baru disintesis) dari hepar ke tisu
adipos
c. IDL (Intermediate Density Lipoprotein)
- Perantara VLDL dan LDL.
- Biasanya tidak dikesan dalam darah
d. LDL (Low Density Lipoprotein)
- Membawa kolesterol dari hepar ke sel badan.
- Juga dikenali sebagai bad cholesterol lipoprotein
e. HDL (High Density Lipoprotein)

Suriaclassroom Copyright July 2009

17

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

- Mengumpul kolesterol dari tisu dan angkut ke hepar


- Juga dikenali sebagai good cholesterol lipoprotein

III. METABOLISMA LIPID


A. Persediaan untuk oksidasi asid lemak / oksidasi

Merupakan laluan katabolisma utama bagi asid lemak


Berlaku di mitokondria dan peroksisom
Menghasilkan asetil-KoA yang
digunakan untuk penghasilan ATP dalam mitokondria
dikatabolisma kepada jasad keton (asetoasetat dan -hidroksibutirat)
dalam hepar
3 perkara berlaku sebelum berlakunya oksidasi asid lemak
i. Pemobilan lipid simpanan (Mobilization of lipid stores)
Lipid disimpan dan diangkut dalam bentuk trigliserida
Apabila diperlukan, trigliserida ditukarkan kepada asid lemak dan
monogliserida melalui proses lipolisis
Asid lemak bebas ini masuk ke dalam sistem peredaran darah dan
diambil oleh sel yang memerlukan tenaga
ii. Pengaktifan asid lemak
Asid lemak tidak boleh wujud secara tunggal dalam sel badan. Ia
selalunya berikatan dengan protein. Pengaktifan asid lemak

Suriaclassroom Copyright July 2009

18

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

membolehkan asid lemak wujud secara tunggal


Asid lemak ditukarkan kepada asil-KoA di sitosol. Proses ini
memerlukan tenaga.
Fatty Acid + ATP + Coenzyme A ---> Fatty Acyl-CoA + Pyrophosphate + AMP + H+

iii. Kemasukan asil-KoA ke dalam mitokondria

Suriaclassroom Copyright July 2009

19

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Asil-KoA tidak berupaya merentasi membran dalam mitokondria


maka ia memerlukan sistem pengangkutan
Asil-KoA ditukarkan kepada asil-karnitin oleh karnitin
acyltransferase I. Proses ini merupakan kunci utama dalam
kawalatur oksidasi asid lemak intrasel.
Asil-karnitine masuk ke dalam matriks mitokondria dan sebagai
pertukaran carnitin akan keluar dari matriks mitokondria enzim
translocase
Dalam matriks mitokondria, asil-karnitin ditukarkan semula kepada
asil-KoA

B. Oksidasi asid lemak

i. Terdapat 2 laluan oksidasi berlainan bergantung kepada jenis asid lemak:


a. Asid lemak rantaian genap dan tepu
b. Asid lemak rantaian ganjil dan tidak tepu (laluan oksidasi alternatif)

Suriaclassroom Copyright July 2009

20

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

ii. Oksidasi asid lemak rantaian genap dan tepu


a. Proses yang berkitar.
b. Dalam setiap kitaran:
- 2 C dipecahkan dari asil-KoA asal
- Pembentukan 1 molekul NADH, 1 molekul FADH 2 dan 1molekul Asetil
KoA
- Asetil KoA memasuki Kitaran Kreb manakala NADH dan FADH 2 memasuki
RPE untuk penghasilan ATP
- Kitaran berulang sehingga kesemua molekul ditukarkan kepada asetil-KoA
iii. Oksidasi asid lemak rantaian ganjil dan tidak tepu
a. Proses yang sama di atas berlaku. Perbezaan pada hasil kitaran yang
terakhir iaitu asetil-KoA dan propionil-KoA
b. Propionil-KoA pula akan ditukarkan kepada suksinil-KoA
c. Suksinil-KoA masuk ke Kitar Kreb untuk pengoksidaan lanjutan

C. Kepentingan klinikal dalam gangguan proses oksidasi :


i. Kekurangan karnitin
- Kekejangan otot
- Lemah
- Kematian
ii. Kekurangan karnitin palmitoiltransferase I (CPT I)
- Pengurangan aktiviti oksidasi asid lemak dan ketogenesis
iii. Kekurangan karnitin palmitoiltransferase II (CPT II)
- Kesakitan dan keletihan otot berulang-ulang
- Myoglobinuria selepas senaman teruk
iv. Kekurangan Asil KoA dehidrogenase
- Disebabkan penyakit keturunan
- Muntah
- Keletihan
- Koma
D. Ketogenesis

Proses pembentukan jasad keton di hepar apabila kehabisan simpanan


glikogen
2 keadaan menyebabkan berlakunya ketogenesis:
Berlebihan asetil-KoA hasil dari oksidasi asid lemak
Kekurangan oksaloasetat dalam Kitaran Kreb

Suriaclassroom Copyright July 2009

21

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

3 jenis jasad keton yang dihasilkan


Asetoasetat
-hidroksibutirat
Aseton
-hidroksibutirat dan asetoasetat adalah molekul tenaga dan mudah
diangkut ke hati dan ginjal.
Semasa kebuluran, jasad keton dihasilkan dalam kuantiti banyak dan
menjadi pengganti glukosa sebagai sumber tenaga sel otak. Ia juga
dimetabolismakan dalam otot rangka dan usus.
Kawalatur ketogenesis
Kawa l pengeluaran asid lemak bebas dari tisu adipos
Penukaran asid lemak yang tiba di hepar kepada trigliserida
Keperluan ATP meningkat menggalakkan pengoksidaan lanjutan Asetil
-KoA di Kitar Kreb.
Kawal oksidasi asid lemak oleh hormon:
Glukagon Mengaktifkan oksidasi
Insulin Merencatkan oksidasi

E. Sintesis asid lemak

Proses ini berlaku di sitosol dalam tisu hepar, ginjal, otak, kelenjar mamari
dan tisu adipos
Berlaku apabila terdapat sumber tenaga berlebihan terutamanya
pengambilan karbohidrat melebihi keperluan. Karbohidrat ditukar kepada
asid lemak (di hepar) dan disimpan sebagai trigliserida (dalam tisu adipos)
3 peringkat berlaku dalam sintesis asid lemak
Peringkat pemula:
Pembentukan malonil KoA dari asetil-KoA dengan enzim asetil-KoA
karboksilase (Karboksilasi asetil-KoA
Pembentukan palmitate (asid lemak C16) dari malonil KoA dan asetil-KoA
Pemanjangan dan nyahtepuan asid lemak
Pembentukan asid lemak rantaian panjang dan tidak tepu
Sumber asetil KoA untuk sintesis asid lemak diperolehi dari
Oksidatif dekarboksilasi
Oksidasi asid lemak

F. Sintesis trigliserida

Proses ini berlaku di di endoplasmik retikulum licin hepar dan tisu adipos
2 peringkat penghasilan trigliserida
Penghasilan phosphatidate dari glycerol 3-phosphate
Phosphatidate menghasilkan trigliserida dan phospholipids neutral yang
lain

Suriaclassroom Copyright July 2009

22

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

IV. KAWALATUR METABOLISMA LIPID


2 mekanisma kawalatur
A. Jangkamasa pendek
i. Disebabkan oleh
a. Kuantiti substrat
b. Perubahan enzim
ii. Asetil-KoA karboksilase (Sintesis asid lemak)
a. Glukagon mengurangkan tindakan enzim
b. Insulin meningkatkan tindakan enzim
B. Jangkamasa panjang
i. Insulin
- meransang sintesis enzim asetil-KoA karboksilase dan fatty acid
synthase
- meningkatkan paras lipoprotein lipase tisu adipos
ii. Kebuluran
- mengurangkan sintesis enzim asetil-KoA karboksilase dan fatty acid
synthase
- mengurangkan paras lipoprotein lipase tisu adipos

Suriaclassroom Copyright July 2009

23

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

iii. Malonil-KoA
- sebabkan perencatan carnitine asiltransferase I
- menghalang asid lemak yang baru disintesis dioksidakan dalam
mitokondria

3.3 METABOLISMA ASID AMINO


I. PENGENALAN
A. Struktur protein am

Unit asas protein ialah asid amino

Asid amino untuk keperluan badan dikategorikan kepada


Asid amino perlu
Asid amino perlu di ambil menerusi diet dan badan tidak boleh
mensintesiskannya
Asid amino tidak perlu

Suriaclassroom Copyright July 2009

24

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Asid amino yang tidak perlu diambil melalui diet dan badan boleh
mensintesis protein ini
Nonessential

Essential

Alanine

Arginine*

Asparagine

Histidine

Aspartate

Isoleucine

Cysteine

Leucine

Glutamate

Lysine

Glutamine

Methionine*

Glycine

Phenylalanine*

Proline

Threonine

Serine

Tyrptophan

Tyrosine

Valine

B. Fungsi protein

Berfungsi sebagai enzim


Sebagai molekul pengangkut. Contoh: Hemoglobin yang berikatan dengan
oksigen dalam sel darah merah
Membina struktur sel
Pergerakan mekanikal. Contoh: Flagela
Sebagai hormon
Sebagai antibodi

C.Pencernaan protein

Pencernaan protein bermula di gaster oleh enzim yang dikenali sebagai


protease.
Protease memecahkan molekul protein kepada asid amino.
Enzim protease terdiri dari:
Enzim pepsinogen yang ditukarkan kepada enzim pepsin (dalam gaster)
dengan keadaan berasid (oleh kehadiran HCl)
Tripsin (dalam duodenum)
Chymotripsin (dalam duodenum)
Asid amino kemudiannya diserap melalui usus

II. METABOLISMA ASID AMINO

Suriaclassroom Copyright July 2009

25

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Asid amino yang diserap dalam usus membentuk takungan asid amino
50% berasal dari diet
25% sel mati epitelial usus
25% enzim yang telah mencerna antara satu dengan lain
Asid amino dalam takungan akan
Digunakan untuk sintesis protein baru
Ditukarkan kepada glukosa dan lipid
Digunakan secara langsung sebagai tenaga
Penukaran kepada glukosa dan lipid melibatkan 3 proses
Deaminasi: Penyingkiran kumpulan amino (-NH 2)
Aminasi: Penambahan kumpulan amina (-NH 2)
Transaminasi: Pemindahan kumpulan amina (-NH 2)
Penggunaan asid amino sebagai tenaga
Asid amino perlu deaminasikan
Selepas penyingkiran kumpulan amino, rangka karbon yang tinggal
dikenali sebagai asid ketogenik
Bergantung kepada jenis asid amino, asid ketogenik yang terhasil boleh
ditukarkan kepada piruvat, asetil KoA atau substrat dalam Kitar Kreb
Apabila kekurangan asid amino berlaku, substrat dalam Kitar Kreb boleh
ditukarkan kepada asid amino
Dalam glukoneogenesis, asid ketogenik digunakan untuk sintesis
glukosa

A. Transaminasi
Berlaku untuk 2 keadaan:
Anabolisma
Pembentukan asid amino tidak perlu dalam badan
Katabolisma
kumpulan amino akan pergi ke kitaran Kreb
rangka carbn akan bentuk asid glukogenik (molekul yang digunakan
dalam glukoneogenesis)Contoh:
atau asid ketogenik (molekul yang digunakan
dalam penghasilan bahan keton dan asid lemak) seperti dalam
metabolisma karbohirat dan lipid

Contoh:

Suriaclassroom Copyright July 2009

Contoh:

26

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

B. Laluan kumpulan amino ke Kitar Kreb


(Asimilasi ammonia pada asid keto membentuk glutamat)

glutamate
dehydrogenase
-ketoglutarat (asid keto)

Suriaclassroom Copyright July 2009

glutamat

27

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Asid keto (-ketoglutarat) akan berikatan dengan ammonia (dari proses


transaminasi) untuk membentuk glutamat dengan bantuan enzim glutamat
dehydrogenase.
Proses ini juga adalah tindakbalas berbalik dan berlaku dalam mitokondria
mamalia bagi membentuk semula asid keto (-ketoglutarat) yang boleh
memasuki Kitar Kreb untuk mendapatkan tenaga

C. Pembentukan glutamin

Glutamin synthetase

Glutamat
Glutamin

Glutamin terbentuk dari gabungan glutamat dan ammonia dengan bantuan


enzim glutamin synthetase
Ia pembawa nitrogen yang berperanan sebagai penderma/ pembawa
nitrogen bagi elak ketoksikan ammonia dalam peredaran darah
Tindakbalas ini berlaku di otot dan glutamin diangkut ke tisu lain seperti
hepar dan ginjal
Tindakbalas berpasangan oleh enzim glutamin synthetase dan glutamate
synthetase membentuk glutamin dan glutamate berlaku dalam sel prokariot

III. KITARAN UREA

Kandungan ammonia yang tinggi dalam badan menyebabkan ketoksikan


Peningkatan paras ammonia dalam badan menyebabkan kelesuan dan
kerencatan mental
Maka ammonia perlu diproses kepada urea melalui kitar urea.
Urea kemudiannya dikumuhkan dari badan

Suriaclassroom Copyright July 2009

28

MABC 1112 (BIOKIMIA)

Bil.

Bahan tindakbalas

2ATP + HCO3- + NH4+

carbamoyl phosphate +
ornithine

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Hasil Tindakbalas

Lokasi

carbamoyl phosphate + 2ADP +


mitokondria
Pi

citrulline + Pi

citrulline + aspartate + ATP argininosuccinate + AMP + PPi

mitokondria

sitosol

argininosuccinate

Arginin + fumarate

sitosol

Arginin + H2O

ornithine + urea

sitosol

Suriaclassroom Copyright July 2009

29

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

IV. KESIMPULAN METABOLISMA ASID AMINO

Metabolisma protein adalah proses yang kompleks dan saling berkaitan


dengan metabolisma yang lain.
Ia boleh dikaji melalui dua perspektif iaitu
Laluan asid amino
Laluan rangka karbon
Secara am, protein tidak disimpan dalam badan kerana
asid amino digunakan untuk sintesis protein keperluan dalam badan
kumpulan amino yang membentuk ammonia dikumuhkan sebagai urea
rangka karbonnya pula memasuki proses yang menghasilkan tenaga

3.5 INTEGRASI METABOLISMA KARBOHIDRAT, LIPID DAN PROTEIN


I. KONSEP INTEGRASI

Suriaclassroom Copyright July 2009

30

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

II. KEADAAN KENYANG, KELAPARAN DAN KEBULURAN


A. Kenyang

Suriaclassroom Copyright July 2009

31

MABC 1112 (BIOKIMIA)

UNIT 3 : METABOLISMA SEL

Dalam keadaan kenyang selepas makan (yang mengandungi karbohidrat,


protein dan lipid) badan akan bertindak menggunakan karbohidrat sebagai
sumber tenaga. Maka proses penukaran glukosa kepada tenaga berlaku.
Disebabkan lambakan glukosa dalam darah, maka insulin akan bertindak
memberi isyarat agar glukosa yang berlebihan diambil oleh sel dan disimpan
sebagai glikogen. Ini akan menyebabkan paras glukosa turun ke paras normal
selepas makan. Asid amino pula akan diolah semula menjadi asid amino yang
lain atau digunakan terus untuk membentuk protein bagi keperluan badan. Asid
amino yang berlebihan akan diasingkan kumpulan amino dan rangka karbonnya.
Kumpulan amino akan dikumuhkan sebagai urea manakala rangka karbon pula
akan diolah menjadi substrat lain dalam metabolisma yang menghasilkan
tenaga. Lemak juga akan diolah semula dalam badan bagi membentuk membran
sel dan hormon. Ia juga diperlukan dalam proses metabolisma sel sebagai
pelarut vitamin A,D,E dan K). Lipid yang berlebihan akan disimpan sebagai
sumber tenaga dalam keadaaan terdesak. Proses glikogenolisis dan
glukoneogenesis (lipolisis dan oksidasi asid lemak) akan dihentikan pada ketika
ini.
B. Keadaan lapar
Glukagon yang memainkan peranan menaikkan paras glukosa darah pada aras
normal dengan meransang proses glikogenolisis.
C. Keadaan kebuluran
Keadaan kebuluran merupakan keadaan malnutrisi teruk dimana terdapat
pengurangan ekstrem makanan, vitamin dan garam galian. Pada keadaan ini,
paras glukagon amat tinggi. Kehabisan simpanan glikogen menyebabkan proses
glukoneogenesis akan dimulakan. Semasa glukoneogenesis, sumber lipid yang
disimpan akan digunakan dahulu melalui proses lipolisis dan oksidasi asid
lemak. Apabila terlalu banyak Asetil-KoA dalam badan ia akan digunakan untuk
sintesis bahan keton (proses ketogenesis) sebagai sumber tenaga. Langkah
terakhir sekali, protein yang sedia dalam badan akan digunakan sebagai sumber
tenaga.

Suriaclassroom Copyright July 2009

32

Anda mungkin juga menyukai