Anda di halaman 1dari 9

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY


prepared by: Eddlie Stanis
TAJUK
1.
PENGENALAN
2.
PERINGKAT PENGUKURAN MPCL
3.
LATAR BELAKANG ALAT UJIAN
4.
TUJUAN SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY
5.
SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN ITEM DALAM SENARAI SEMAK
6.
KEBOLEHPERCAYAAN
7.
KAEDAH PENGANALISISAN DATA SENARAI SEMAK
8.
LANGKAH DAN TEKNIK MENGURUSKAN SENARAI SEMAK DALAM SOAL
SELIDIK
9.
KESIMPULAN
10. SENARAI RUJUKAN
11. LAMPIRAN

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST)

Pengenalan
Alat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L. Mooney &
Leonad V. Gordon, 1950) College Form yang dibina bagi mengenalpasti masalahmasalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga sesuai
untuk golongan Dewasa[1].
Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai
masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah
yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan,
pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga,
akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.
Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi kaunseling individu dan
juga dalam pembentukan kelompok. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah
utama yang dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan kepentingan

berbincang mengenai masalah yang dihadapi bersama dengan kaunselor. Para guru
dan kaunselor juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memahami masalahmasalah para pelajar mereka dalam usaha untuk membantu klien.
Senarai Semak Masalah Mooney ini bukanlah diketagorikan sebagai suatu ujian. Ianya
hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan
remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah seperti masalah fizikal dan
kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, sosial psikologikal, moral
dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan
pengajaran.
Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh digunakan untuk mendiagnosis
dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Alat ujian dan inventori yang
biasanya digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL) [2]. Alat ukuran MPCL
sangat popular di Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbir dan tidak memerlukan
pengetahuan yang mendalam. Disamping itu, MPCL selalunya dgunakan untuk
mengenal pasti masalah klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling. Senarai
Semak Masalah Mooney ini adalah dibentuk untuk mengenal pasti masalah-masalah
yang menggangu kaum remaja atau pelajar di peringkat pelajar junior (J), pelajar
sekolah tinggi (H), dan pelajar kolej (C).

Peringkat Pengukuran MPCL


1.

Pelajar Junior (J)

2.

Pelajar Sekolah Tinggi (H)

3.

Pelajar Kolej (C).


Dalam penggunaan borang soal selidik MPCL [3], terdapat beberapa perbezaan yang
ketara dapat digunakan oleh penyelidik atau kaunselor dalam mengenal pasti masalah
klien. Antaranya ialah, borang MPCL pada peringkat junior (J) hanya terdapat 220 item
atau soalan yang digunakan manakala borang MPCL peringkat pelajar sekolah tinggi
(H) dan pelajar kolej (C) mengandungi 330 soalan. Perbezaan item dalam penggunaan
borang MPCL adalah kerana mungkin disebabkan oleh faktor umur klien. Contohnya,

kandungan soalan atau masalah klien dalam penggunaan borang MPCL peringkat
junior adalah lebih sedikit berbanding dengan borang peringkat sekolah tinggi dan kolej
disebabkan oleh kemungkinan klien pada peringkat junior tidak dapat menghabiskan
soalan sekiranya mereka menjawab soalan yang terlalu banyak. Apabila hal ini berlaku,
maka kebolehpercayaan terhadap klien mungkin kurang jika dibandingkan dengan
pengisian soalan pada peringkat yang sepatutnya (borang MPCL peringkat junior).

Latar Belakang Alat Ujian


Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk
mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi
oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942 [4], edisi pertama yang merangkumi tiga
borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Penggunaan
prosedurnya adalah mudah di mana para pelajar hanya perlu membaca sepintas lalu
item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan
membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah
yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhir item
tersebut bagi membolehkan mereka memahami tentang isi kandungan item dan
permasalahan yang mereka hadapi.
Selain itu, dua lagi borang iaitu untuk para pelajar di kolej nursing dan "rural Youth"
yang telah diterbitkan pada tahun 1945 dan 1946 [5].

Tujuan Senarai Semak Masalah Mooney


1.

Membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan klien setelah melihat


senarai masalah itu dan memberi perhatian yang wajarterhadap masalah-masalah yang
hendak dibincang.

2.

Untuk memudahkan wawancara kaunseling dengan memberikan pelajar peluang


untuk meninjau dan meringkaskan masalah mereka sendiri.

3.

Untuk kajian pada rancangan tindakan individu, sehingga termasuk masalah yang
paling biasa dinyatakan oleh pelajar sebagai asas untuk pembangunan baru dan
semakan, kurikulum, dan program bimbingan sekolah.

4.

Sebagai dasar untuk kelas induk, bimbingan kumpulan, dan program orientasi yang
akan membincangkan topik dan aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan kepentingan
peribadi dan keperluan peserta.

5.

Untuk meningkatkan pemahaman guru dalam mengajar kelas biasa dan menyarankan
pendekatan di mana mereka dapat membina hubungan yang lebih mendalam terhadap
murid-muridnya.

6.

Untuk melakukan kajian atas masalah pelajar, membincangkan masalah yang


berkaitan dengan umur, latar belakang sosial, dan kemampuan sekolah; menafsirkan
pola, dan sebagainya.

7.

Memahami masalah klien dan mengenal pasti klien yang memerlukan kaunseling dan
tujuan perkembangan kurikulum program kerjaya.

8.

Digunakan sebagai asas program kerjaya kelompok dan program orientasi.

9.

Untuk merangsang klien memahami dan menganalisis dengan cepat keperluankeperluannya.

10. Untuk meningkatkan pemahaman guru kelas mengenai masalah pelajar di dalam
darjahnya.
11. Menjalankan penyelidikan masalah-masalah pelajar di sekolah.
12. Untuk mengenal pasti perubahan dan perbezaan masalah dari segi umur, jantina, latar
belakang sosial, pola-pola minat dan lain-lain.
13. Untuk mengukur perubahan-perubanan yang terhasil daripada program pengurangan
masalah pelajar yang dilaksanakan.
14. Sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan
tindakan
15. Sebagai asas untuk pembentukan kelompok bimbingan, program orientasi.
16. Sebagai alat penyelidikan permasalahan remaja.

Sumber-Sumber Pembentukan Item Dalam Senarai Semak


Item-item untuk edisi pra 1950'an [6] telah dibentuk berdasarkan kepada senarai utama
"master lists" sebanyak 5000 item daripada sumber-sumber berikut:
1.

Pengalaman peribadi penulis sebagai kaunselor dan juga pentadbir sekolah.


Dalam pembentukan soal selidik MPCL, pengalaman peribadi penulis sebagai
kaunselor dan juga pentadbir sekolah adalah sangat perlu. Ini kerana, setiap
pengalaman yang dilalui oleh individu juga akan dilalui oleh individu lain pada masamasa tertentu.

2.

Analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar sekolah dan
juga kolej.
Selain itu, analisis rekod-rekod kes dan temubual kaunseling dengan para pelajar
sekolah dan juga kolej juga adalah menjadi sumber rujukan utama penulis dalam
menyediakan item-item pada borang senarai semak.

3.

Kajian penulisan lepas tentang masalah para pelajar.


Kajian penulisan lepas merujuk kepada bahan-bahan rujukan lain seperti buku, artikel
dan lain-lain yang dijadikan rujukan oleh penulis untuk membuat soal selidik MPCL.
Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya masalah dalam kalangan pelajar dan
remaja yang boleh dimasukkan dalam item tersebut. Ini kerana, kemungkinan
terdapatnya persamaan tingkah laku antara individu.

4.

Analisis perkataan yang telah ditulis oleh sebanyak 4,000 pelajar sekolah menengah di
Amerika Syarikat yang menjelaskan masalah peribadi.
Menurut Mooney (1950), penyediaan borang senarai semak ini juga adalah
berdasarkan kepada analisis kajian yang dibuat keatas 4000 pelajar di amerika syarikat.
Melalui analisis ini, beliau percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan juga adalah
dihadapi oleh pelajar-pelajar atau remaja lain.

5.

pelbagai sumber-sumber lain.


Dengan adanya sumber lain seperti pemerhatian tingkah laku ke atas individu,
penyediaan borang senarai semak dapat dilaksanakan dengan baik.

Dalam

pemilihan

item

dalam

senarai

semak,

penulis

atau

kaunselor

akan

menggunakan beberapa kriteria yang penting untuk memudahkan klien menjawab


soalan senarai semak yang diberi. Di antara kriteria pemilihan item yang digunakan
adalah berkaitan dengan[7]:
1.

Bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.

2.

Perkataan yang pendek dan ringkas untuk pembacaan berulang.

3.

Kesesuaian dari segi frasa individu.

4.

Kenyataan yang "common" apabila ditadbirkan secara berterusan kepada sekumpulan


pelajar yang besar dan cukup serius untuk mewakili keutamaan kes-kes individu.

5.

Kepentingan tahap kepayahan dari masalah minor kepada perkara yang utama.

6.

Cukup kabur dalam bidang yang menyentuh peribadi "touchy" supaya membolehkan
pelajar menanda item tersebut dengan perasaan bahawa dia masih boleh
menyembunyikan sesetengah hal spesifik berkaitan masalahnya.

7.

Tertumpu kepada orientasi masalah peribadi berbanding orientasi sosial secara umum.

8.

Reaksi yang spontan dalam jawapan yang akan diberikan oleh klien.

Kebolehpercayaan
Sekiranya data yang diperolehi digunakan untuk memahami kes-kes individu, maka
faktor-faktor yang mempengaruhi individu dan juga perasaannya haruslah diambil kira.
perubahan dalam respon item tidak menjadikan data sebagai tidak sah. skor-skor yang
diperolehi haruslah membantu dalam pencapaian matlamat temubual kaunseling [8].
Bagi tujuan penyelidikan, data yang diperolehi haruslah menunjukkan kestabilan
kepada kumpulan yang ingin dikaji. Kajian yang dilakukan oleh Gordon terhadap 116
pelajar sebanyak dua kali menunjukkan bahawa kekerapan yang diperolehi pada itemitem pada ujian pertama dan kedua berkorelasi secara positif iaitu mempunyai pekali
korelasi .93.
Kajian kedua yang dilakukan terhadap 4 kumpulan dimana MPCL telah ditadbirkan
secara berulangkali dalam tempoh satu hingga 10 minggu selepas pentadbiran pertama

oleh Rank Order menunjukkan bahawa pekali korelasi yang diperolehi adalah di
antara .90 hingga .98.
Melalui kajian yang berulang ini menunjukkan bahawa MPCL menyediakan kestabilan
dari segi nilai kebolehpercayaan yang tinggi apabila ditadbirkan kepada kumpulan, bagi
tujuan perancangan program.

Kaedah Penganalisisan Data Senarai Semak


Kaedah penganalisisan Senarai Semak Masalah Mooney adalah sangat mudah iaitu
diketagorikan kepada 11 ketagori. (Sila lihat contoh Senarai Semak Masalah Mooney di
bahagian lampiran).
Di dalam senarai semak ini, Mooney (1950) membahagikan masalah-masalah yang
menggangu klien kepada 11 ketagori, setiap ketagori mengandungi 20 item, seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 1.1[9].

Kekerapan
Ketagor

Ketagori masalah

Susunan item

Meng-

Amat

gangg

meng-

gangg
u

Kesihatan dan pertumbuhan fisiologi 1-10

111120

Kewangan,keadaan kehidupan dan 11-20

121-

pekerjaan

130

Kegiatan sosial, hobi dan hiburan

21-30

131140

Pergaulan muda-mudi, perkhawinan 31-40

141-

dan seks

150

Hubungan sosial

41-50

151160

Perhubungan peribadi dan psikologi 51-60

161-

(emosi)

170

Rohani, moral dan agama

61-70

171180

Rumah tangga dan keluarga

71-80

181190

Pelajaran dan kerjaya masa depan

81-90

191200

10

Penyesuaian dalam kerja

91-100 201210

11

Kurikulum dan pembelajaran

101-

211-

110

220

Jadual 1.1: kaedah penganalisisan data Senarai Semak Masalah Mooney

Langkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik


1.

Tentukan objektif soal selidik.

2.

Tentukan responden yang akan diambil dalam kajian.

3.

Sediakan inventori dan alat soal selidik.

4.

Edarkan senarai semak kepada responden diikuti dengan taklimat menjawabnya.

5.

Kumpulkan semula senarai semak untuk membuat tafsiran.

6.

Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah kepada pihak yang


berkenaan.

7.

Tindakan susulan.

Kesimpulan

Walapun MPCL telah digunakan dalam beberapa kajian di malaysia dan dengan
meluasnya di barat, Sewart & Deiker, 1976[10] dalam Maznah (2000) menyatakan
bahawa amat sedikit sekali kajian dibuat tentang nilai psikometrik alat pengukuran

MPCL. Kajian oleh Stewart & Deiker (1976) yang melibatkan tiga kumpulan remaja di
barat iaitu remaja delinkuen, gangguan emosi dan remaja biasa telah mengkaji struktur
faktor di peringkat item. Hasilnya mendapati bahawa terdapat satu faktor umum yang
dapat menjelaskan 20% daripada jumlah varians. Hasil dapatan kajian ini juga serupa
menurut kajian oleh Joshi (1964) dalam Maznah (2000) yang melibatkan sekumpulan
kanak-kanak di India. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa walaupun MPCL dapat
mengesan masalah-maslah khusus yang dihadapi oleh pelajar, namun ia tidak dapat
menjelaskan struktur faktor yang menjadi asas kepada masalah-masalah ini. (Stewart &
Deiker, (1976), dalam Maznah dan Kim phaik Lah, (2000)).
Waters (1954) dalam Maznah (2000) menyatakan lagi bahawa alat ini digunakan untuk
menentukan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan maklumat dari jawapan
pelajar-pelajar dapat menolong kaunselor dalam memahami masalah yang dihadapi
oleh pelajar.

Anda mungkin juga menyukai