Anda di halaman 1dari 3

SUNDAY, JULY 13, 2014

Resepi Ayam Asam Pedas Johor Mak Mertua,


Gerenti Sedap Sampai Jilat Siku!
Amboiii..kemain tajuk..hahaha
Asam pedas ni banyak cara dan banyak resepi kalu kita google kan. Bagi
saya resepi yang sedap kena dengan citarasa selera anak tekak kita.
Resepi asam pedas ni saya belajar daripada mak mertua yang berasal
orang jati Johor. Salah satu lauk wajib masak dalam seminggu. Kalau tak,
ada je yang duk bagitaw rindunya nak makan asam pedas :P
Stail mak mertua lada kisar akan dicampur sekali dengan bawang merah,
bawang putih dan kunyit terus simpan buat stok lada kisar. Tapi sampai
sekarang saya fail buat asam pedas bila lada kisar saya campur dengan
bawang. Saya try guna stail saya asingkan bawang, hasilnya suami cakap
thumb up!
Resepi ni saya share sebab ramai bertanya. Alang2 tulis terus kat blog
senang adik beradik anak cucu boleh refer sekali..wakakaka
RESEPI ASAM PEDAS AYAM

Ayam ( Separuh ayam kecil)


2 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
2 keping asam keping
10 sudu besar lada kisar ( depend kalau suka pedas letak banyak sikit)
Daun kesum
Sedikit belacan
Air
Garam
1/2 sudu teh gula
Minyak untuk menumis
Bendi
1. Kisar bahan yang bertanda *. Tumis sehingga naik bau
2. Masukkan lada kisar dan belacan. Tumis biar masak lada.
3. Masukkan air dan terus masuk ayam yang di potong tadi. Biasa saya
gunakan ayam saiz kecil. Ayam bahagian isi kompem tak ada siapa nak
makan. (Tambah air jangan bagi kuah terlalu pekat @ terlalu cair)

4. Terus masukkan asam keping, garam, dan daun kesum. Selepas dah
gelegak, masukkan gula dan perasakan.
5. Masukkan bendi dan didihkan kejap, terus tutup api
6. Siap sedia untuk dihidang! yeah!
* Jangan lupa letak kunyit supaya kuah kita nampak cun. Tips dari mak
mertua!
* Sebaiknya guna lada kisar sendiri, Rasa dia lebih umpph dan warna dia
nampak lawa.

Anda mungkin juga menyukai