Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan

Terjemahan
i.

Kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam kalangan guru


bahasa Melayu dalam alam pendidikan masa kini.

Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya kembali, George Santayana
Petikan kata-kata tokoh di atas sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya
sejarah bagi sesuatu tamadun bangsa apatah lagi bagi seseorang individu. Justeru,
berinspirasikan kata-kata tersebut, penulis akan menghuraikan sedaya upaya tentang
kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu terhadap guru bahasa Melayu dalam
alam pendidikan masa kini. Hal ini agar guru bahasa Melayu tidak akan mengulangi kembali
kesilapan masa lalu yang telah terpahat padu dalam lipatan sejarah.
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, pendefinisian dibuat demi memberi gambaran
awal dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan isu ini. Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat (2014), sejarah ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang
telah lalu. Manakala, perkembangan bermaksud pertumbuhan atau kemajuan. Seterusnya,
bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia. Akhir sekali, Melayu ialah nama sesuatu bangsa dan
bahasa terutama di Semenanjung Malaysia. Justeru secara literalnya, dapat penulis simpulkan
bahawa sejarah perkembangan bahasa Melayu merupakan pengetahuan mengenai kemajuan
sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan bagi sesuatu bangsa
yang kebanyakannya menduduki Semenanjung Malaysia.
Berikut merupakan ringkasan kepentingan ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu
dalam kalangan guru bahasa Melayu yang akan penulis huraikan dalam penulisan ini :

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan


Terjemahan
K e p e n tin g a n

Ilm

S e ja r a h

P e r k e m b a n g a n

b a h a s a

M e la y u

k e p a d a

g u r u

e m

b a n t u

g u r u

e m

e n d i d ik

b in a

p e la ja r

o r a l

k e

a r a h

e w u j u d k a n

p e r p a d u a n

e l a h ir k a n

g a n e r a s i

g u r u

y a n g

e n c in t a i b a h a s a

e la y u

d a n

c e m

e r la n g

p r e s t a s i k e r ja n y a

s o s ia l

g u r u

e m

b in a

in t e le k t u a l g u r u

Kepentingan pertama ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu terhadap guru


bahasa Melayu ialah melahirkan ganerasi guru yang mencintai bahasa Melayu dan
cemerlang prestasi kerjanya. Menurut Hasan Baseri (2010), beban tugas guru Bahasa
Melayu cukup berat. Banyak aspek bahasa yang wajar ditumpukan, banyak latihan yang wajar
diberikan, serta banyak pula pemeriksaan, pembaikan dan pembetulan yang perlu dibuat untuk
membina seseorang pelajar yang betul-betul dapat menguasai ilmu kebahasaannya. Soalnya,
adakah akan mampu semua tugas ini ditanggung oleh seorang guru yang tidak pun memiliki
ilmu pengetahuan abahasa Melayu dan tidak pula mencintai Bahasa Melayu? Justeru, melalui
ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu, guru berpeluang mengetahui pahit jerih dan jatuh
bangun yang terpaksa ditempuhi bahasa Melayu sejak berzaman lamanya. Contohnya, bermula
tahun 2003, bahasa Melayu telah dinafikan hak sebagai bahasa ilmu di tanah air sendiri
Malaysia apabila kerajaan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Namun begitu selepas hampir sembilan tahun
bahasa Melayu dianak tirikan dalam sistem pendidikan Malaysia, pada 2012, bahasa Melayu
bangkit kembali dengan wujudnya dasar baru iaitu Memartabat Bahasa Melayu dan
Memperkasa

Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan dasar PPSMI yang telah

dimansuhkan sepenuhnya. Perubahan dasar ini berlaku apabila dasar PPSMI mendapat
tentangan hebat daripada masyarakat umum dan golongan intelektual. Kesimpulannya,
pengetahuan sejarah sebegini jika dihayati pasti akan mengusik jiwa sesiapa pun apatah lagi
guru bahasa Melayu. Bak kata pepatah, peha kanan dicubit peha kiri terasa. Selaku guru
bahasa Melayu, sebaik mengetahui sejarah bahasa Melayu ditindas, jiwa pun turut terasa bagai
disiat-siat. Impaknya, rasa cinta terhadap bahasa Melayu akan kembali membara sekaligus

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan


Terjemahan
meningkatkan semangat guru bahasa Melayu untuk mempamerkan prestasi kerja yang lebih
berkualiti agar bahasa Melayu dapat terus dipertahan martabatnya.
Kedua ialah ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu juga berkepentingan dalam
membantu guru mendidik masyarakat khususnya para pelajar ke arah mewujudkan
perpaduan sosial. Perpaduan sosial ini dikatakan menjadi salah satu daripada sebab
mengapa ilmu perkembangan sejarah bahasa Melayu ini tidak boleh dilupakan kerana terdapat
pelbagai peristiwa lalu yang berlaku berhubung kait dengan konsep perpaduan. Antara
peristiwa sejarah yang tidak dapat dipertikaikan lagi akan hubung kaitnya dengan perpaduan
sosial ialah pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat
suara meluluskan Penyata Razak. Salah satu inti pati penyata ini ialah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sistem pendidikan di Tanah Melayu.
Justeru, dengan pengetahuan sejarah ini, guru seharusnya lebih tegas dalam penggunaan
bahasa Melayu yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru juga perlu
menerangkan dengan jelas kepada para pelajar yang berbilang kaum tentang sejarah ini dan
memastikan tiada pelajar yang mempertikaikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini penting agar perpaduan dapat dibentuk
dengan menggunakan satu bahasa yang sama di samping mengelakkan timbulnya isu
perkauman dalam kalangan pelajar. Justeru tidak hairanlah, Profesor Doktor Awang Sariyan
ketika dalam ucapan perasmiannya di Persidangan Antarabangsa Leksikologi dan Leksikografi
Melayu (PALMA 2005) menyatakan, bahasa merupakan alat perpaduan. Tanpanya, kita tidak
mampu untuk saling berkomunikasi dan berhubung dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat
lain.
Ketiga, guru bahasa Melayu dapat menggunakan ilmu perkembangan sejarah
bahasa Melayu untuk membina moral dalam diri. Pembinaan moral ini dapat dilihat dengan
mengimbau kembali sejarah yang menunjukkan bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa
ilmu adalah secara berperingkat-peringkat dan bukannya dalam sekelip mata sahaja. Misalnya,
bermula era 1970-an, bahasa Melayu sedikit demi sedikit menggantikan aliran Inggeris untuk
menjadi aliran kebangsaan sepenuhnya. Di sampng itu, perancangan bahasa juga telah berlaku
dalam tempoh 1970-an. Pembinaan istilah-istilah baru dan kamus-kamus pelbagai konsep telah
dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada 1976, semua kuliah telah dijalankan
dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada 1983, aliran
kebangsaan sepenuhnya telah memasuki universiti sebagai tanda perlaksanaan dasar bahasa
3

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan


Terjemahan
kebangsaan dan bahasa pendidikan dan ilmu dapat dilaksanakan sepenuhnya. Rentetan
sejarah ini seharusnya sudah cukup membina moral betapa kita seharusnya bersyukur kerana
kita membesar dalam suasana bahasa Melayu sudah sepenuhnya dilaksanakan dalam sistem
pendidikan dan bukannya seperti melukut di tepi gantang sebagaimana yang pernah dialami
dalam sejarah satu ketika dahulu.
Keempat, sejarah bahasa Melayu ini juga memainkan peranan yang penting dalam
pembinaan intelektual. Pembinaan intelektual bermaksud pembinaan dari segi pemikiran
sesebuah masyarakat terutamanya yang mengkaji peristiwa sejarah agar menjadi lebih matang
dalam semua aspek kehidupan dan mampu menghadapi dunia mendatang. Hal ini kerana,
melalui pengkajian sejarah, maka guru akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan pelbagai
maklumat. Dapatan kajian mengenai sejarah terutamanya peristiwa-peristiwa sejarah yang
menjadi sumber ilmu pengetahuan dan maklumat akan diolah, diproses dan dicerna oleh minda
dan ini akan mewujudkan paradigma dalam pemikiran. Contohnya, pada 1959, jawatankuasa
yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Talib telah berjaya memperkukuh kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dengan mengkaji semula syor agar semua peperiksaan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Peristiwa ini jelas menunjukkan
sumbangan tokoh dalam memperjuangkan nasib bahasa Melayu. Sudah tentu sumbangan
tokoh ini menjadi penting dalam sejarah hari ini kerana melalui sumbangan mereka akan
memberi keyakinan diri kepada masyarakat khususnya guru untuk memperbaiki kehidupan
mereka pada hari ini dan masa depan.
Kesimpulannya, ilmu sejarah perkembangan bahasa Melayu sangat penting kepada guru
terutama dalam alam pendidikan masa kini. Guru seharusnya mengkaji sejarah ini agar mereka
memperoleh manfaat yang telah dihuraikan penulis sekaligus berjaya meningkatkan
kecermelangan dalam pengajaran dan pembelajaran.