Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pertama sekali izinkan saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Allah s.w.t
kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini
dilaksanakan secara individu. Semasa hari penyerahan tugasan, pensyarah menerangkan
secara terperinci tentang cara melaksanakannya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Tey Kien
Huat kerana memberi tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada rakan-rakan sekelas saya yang bersama-sama berkongsi idea serta
memberikan semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Pada mulanya, saya mengalami sedikit kekecelaruan dengan tugasan yang diberikan
pensyarah bimbingan saya, Dr. Tey dengan penuh kesabaran dan rasa tanggungjawab telah
memberikan penerangan dan tunjuk ajar kepada saya. Saya sering berbincang dan merujuk Dr.
Tey untuk mendapatkan kepastian tentang tugasan yang perlu disiapkan.
Saya perlu menghasilkan satu klip video untuk tempoh 3 hingga 4 minit. Klip video yang
dihasilkan hendaklah bertemakan integrity. Seterusnya, saya perlu menghasilkan satu bahan
pembelajaran berasaskan web untuk satu topic mata pelajaran yang diajar. Bahan
pembelajaran yang dihasilkan hendaklah mengandungi elemen-elemen teks, grafik, audio,
video dan interaktiviti. Kemudian, klip video yang dihasilkan hendaklah dijadikan sebagai
komponen multimedia yang diselitkan ke dalam bahan pembelajaran berasaskan web yang
dihasilkan.
Walaupun tugasan ini berkaitan dengan bahan pembelajaran berasaskan web, daripada
tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya terima
dan selesaikan, Model ASSURE telah menjadi panduan utama saya dalam menjayakan
tugasan ini. Saya telah memeroleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka
bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran,
seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering
terlupa atau terabaikan oleh guru-guru di sekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis
pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahu tahap
keupayaan sesorang murid serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat
membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan
kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang
tercicir
kewujudan perisian-perisian seperti ini. Banyak ilmu dan kemahiran yang dicurahkan kepada
kami dan saya berasa seronok mentelaah subjek Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
Bahan pembelajaran berasaskan web yang saya bina berkenaan dengan Kemahiran
Hidup Tahun 5 yang bertajuk Membaiki Pakaian. Saya merujuk sepenuhnya buku teks
Kemahiran Hidup Tahun 5. Tajuk ini berkisar tentang alatan menjahit yang terdiri daripada
gunting, kapur tukang jahit, jarum peniti dan sebagainya. Selain itu, terdapat bahan menjahit
iaitu benang dan fabrik, mata jahitan asas seperti jahitan kia, jahitan jelujur halus, jahitan
sembat dan jahitan silang pangkah, cara menjahit mata jahitan asas, mengenal kancing dan
cara menjahit kancing. Selain itu, terdapat juga papan cerita halaman web, manual penggunaan
web, video integriti, skrip pembangunan video, latihan, sumber rujukan dan biodata saya di
dalam bahan pembelajaran berasaskan web yang saya bina.
Video yang saya hasilkan bertajuk Jom Jadi Hebat yang berunsurkan integriti. Integriti
merupakan nilai yang menentukan kualiti seseorang. Dalam konteks pembangunan diri insan,
penanda aras atau sasaran kualiti perlu lebih objektif agar lebih mudah dan jelas untuk diukur
pencapaiannya. Dalam hal ini, selain kita meninjau kualiti diri Rasulullah pada perspektif
ketrampilannya serta melihat aspek integriti peribadi, transparensi diri dalam kehidupan
bermasyarakat secara kolektif serta akauntabiliti baginda secara holistik; horizontal (sesama
manusia) dan vertikal (terhadap Tuhan). Video tersebut menceritakan tentang tokoh Lords
Tailor dengan sikap integrity beliau. Selain itu, terdapat tips untuk menjadi tukang jahit terkenal
seperti Lords Tailor.
Masalah yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya kurang mahir
dalam menggunakan perisian-perisian yang dibekalkan. Saya memerlukan tempoh masa yang
agak lama dalam mempelajari cara menggunakan perisian-perisian yang dibekalkan. Selain itu,
bagi saya tugasan ini agak merumitkan kerana perlu menyiapkan banyak sub tugasan bagi
menghasilkan satu tugasan yang lengkap. Dalam menyiapkan video, saya tidak dapat
menggunakan perisian yang bagus kerana keadaan computer riba saya yang agak lembab.
Namun berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada Dr. tey dan rakan-rakan, saya dalam
menyiapkan tugasan dengan usaha yang jitu.
Kefahaman
perisian yang terdapat dalam IT. Melalui teknologi, banyak perkara yang dapat memudahkan
kerja seharian manusia terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan
pembelajaran berasaskan web dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat
menarik minat pelajar.
Saya berharap tugasan yang telah yang lakukan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya
kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Saya menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan sekiranya tugasan ini tidak dapat mencapai kepuasan pengguna. Sekian, terima
kasih.