Anda di halaman 1dari 10

PERUTUSAN HARI GURU 2015

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


"GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid


yang dikasihi sekalian,

1.

Hari ini merupakan hari yang amat istimewa dan bermakna buat kita

semua yang bergelar guru. 16 Mei pasti diraikan bagi menghargai jasa dan
bakti guru dalam mendidik anak bangsa. Bersempena hari yang bersejarah
ini, marilah kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya, dapat kita berhimpun dan menjayakan sambutan hari guru bersamasama dengan anak didik yang dikasihi dalam suasana yang meriah, aman
dan harmoni.
2.

Kesungguhan para guru meletakkan minat dalam profesion masing-

masing mampu menjadikan sistem pendidikan negara sebagai pusat


kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa. Saya amat berharap
guru tidak melihat kerjaya mereka sebagai satu pekerjaan semata-mata
namun mereka seharusnya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh
rasa minat, tulus ikhlas dan jujur. Bagi membentuk dan menyempurnakan
akhlak anak didiknya, guru perlu menjadi contoh teladan kepada mereka.

Guru perlu memiliki jati diri dan personaliti unggul yang cemerlang. Sifat
dan peribadi ini sesungguhnya menjadi inspirasi murid dalam pembentukan
sikap dan akhlak terpuji.

Para guru yang dihormati,


3.

Seiring dengan ledakan teknologi maklumat yang mewujudkan

fenomena langit terbuka dan dunia tanpa sempadan mendedahkan


generasi hari ini dengan kepelbagaian sumber maklumat. Perubahan
terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi pintar dan kemajuan
maklumat terkini memberi kesan serta menjadi cabaran terhadap nilai,
budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila
ketimuran dan penghayatan agama.
4.

Dengan erti kata sebenar, generasi muda masa kini bukan sahaja

berdepan dengan cabaran persaingan di peringkat global seperti kepesatan


ekonomi, keselamatan dan kebudayaan malah cabaran paling utama
adalah menangani konflik akhlak. Di sinilah peranan guru dicabar dan diuji.
Guru berperanan membimbing dan menyempurnakan akhlak anak didiknya
dan kita percaya tanggungjawab ini bukan satu tugas yang mudah. Akhlak
mulia dalam diri murid-murid yang dipupuk oleh ibu bapa bermula dari
rumah diteruskan oleh para guru seawal alam persekolahan, bak kata
pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
5.

Pada ketika ini, perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan

teknologi dan kemajuan maklumat memerlukan guru peka terhadap


perkembangan semasa. Guru perlu menguasai teknologi maklumat, mahir
2

menggunakan seterusnya mengadaptasikan kemahiran tersebut dalam


pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Penguasaan guru
dalam bidang teknologi maklumat sangat penting bukan sahaja bertujuan
menyahut cabaran pendidikan hari ini yang menuntut guru menggunakan
pelbagai sumber malah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran
bagi menerapkan nilai-nilai murni yang berkesan dalam penyempurnaan
akhlak mulia murid-muridnya.

Para guru yang dikasihi,


6.

Tema Hari Guru tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan

Akhlak" sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada abad ke-21.


Tema ini menghendaki agar kita perlu kembali kepada tujuan asas
pendidikan

iaitu

bukan

sahaja

untuk

melahirkan

insan

yang

berpengetahuan (knowledge person) tetapi insan yang berguna (useful


person) dan warga negara yang baik (good citizen) yang boleh
menyumbang kepada pembangunan negara bangsa yang bersatu padu
dan berdaulat serta selaras sebagai negara maju berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020.
7.

Dalam hal ini, YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia


sewaktu berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian
Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa modal insan atau bakat yang
perlu dibangunkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja mampu
memenuhi tuntutan pembangunan ekonomi, tetapi juga perlu disertai
dengan penghayatan nilai dan adab yang tinggi.
3

8.

Sehubungan itu, dan dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai

sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, elemen nilai moral dan etika
yang utuh serta sifat penyayang, adil dan saksama dalam kalangan warga
Malaysia yang berbilang kaum dan agama perlu sentiasa dijadikan elemen
teras dalam sistem pendidikan kita.
9.

Justeru, dalam melahirkan insan yang sempurna atau insn kmil,

kita perlu kembali menghayati asas-asas yang terkandung dalam Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, iaitu satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
10.

Berkonsepkan pembudayaan adab dan akhlak mulia dalam kalangan

guru dan murid di sekolah, guru adalah sebagai role model kepada murid
dengan pendekatan Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Hasil
akhirnya

bagi menghasilkan murid yang berketrampilan Berilmu dan

Berakhlak.
11.

Untuk itu, guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan

pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan


elemen-elemen kerohanian, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan
bagi mengoptimumkan potensi murid. Warga pendidik perlu memainkan
peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi
mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang
berkualiti.

12.

Peranan

guru

sebenarnya

tidak

terbatas

hanya

kepada

menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu


kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development)
dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan
keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan
pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.
13.

Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu

dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang


digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia
berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu
pengetahuan,

kemahiran

berfikir,

kemahiran

memimpin,

kemahiran

dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru


merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
14.

Sesungguhnya, tugas membentuk adab dan akhlak yang mulia

adalah satu tugas yang sangat penting. Saya percaya jika kita semua
mengabdikan seluruh jiwa dan raga kepada tugas yang paling mulia ini,
maka kita akan berjaya mencapai matlamat pendidikan yang paling asas,
iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang mulia.
15.

Saya

berdoa,

mungkin

usaha

membangun

ilmu

dan

menyempurnakan akhlak ini mendapat keberkatan Allah SWT. Berkat itu


tidak ketara pada mata, tapi dapat dirasa. Ia tidak diukur pada kuantiti harta
tapi letak pada kualiti jiwa. Dengan barakah akan beroleh ketenangan dan
kesenangan. Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya bisa dibahagi
dan diberi.

Wahai guru-guru pembina bangsa,


16.

Sistem pendidikan hari ini menyandarkan harapan agar kita

menyempurnakan

tanggungjawab

dalam

memastikan

anak

didik

menguasai ilmu tulis, baca dan kira, tetapi lebih jauh daripada itu kita perlu
memperkasakan ilmu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ilmu ini
merupakan transformasi minda yang menguji keupayaan guru menjana
kemahiran berfikir aras tinggi bagi menggalakkan murid berfikir secara
kritis, analitis, kreatif, reflektif dan inovatif. Aktiviti PdP dalam KBAT ini juga
hendaklah

dilaksanakan

secara

interaktif

yang

berfokus

kepada

penyelesaian masalah untuk mendorong murid sentiasa berfikir.


17.

Pada hemat saya, pemerkasaan ilmu KBAT amat penting untuk

memastikan murid-murid dapat bersaing menguasai ilmu setanding dengan


kualiti pencapaian murid di persada dunia. Oleh itu, saya memohon guru
agar sentiasa mengamalkan corak pengajaran yang pelbagai dan interaktif
di dalam bilik darjah, menerapkan kemahiran menaakul, di samping
sentiasa mengambil berat perkembangan setiap individu murid. Masalah
yang diberikan pula mestilah di luar rutin yang masih relevan dan
bersesuaian dengan aras kognitif dan tahap kematangan murid tetapi
berupaya merangsang minat murid, seperti aktiviti main peranan, kajian
lapangan, temu bual pengembaraan, penciptaan replika sesuatu bangunan,
forum, perdebatan, sumbang saran, sesi muhasabah dan refleksi diri.
18.

Guru juga perlu memastikan pengajaran dalam bilik darjah ditukar

daripada pengajaran aktif kepada fasilitator aktif. Pembelajaran murid


menjadi inti pati terpenting dalam setiap sesi interaksi antara guru dengan
murid. Selanjutnya guru sangat wajar mentransformasikan kerangka minda
6

dirinya yang sebelum ini dianggap tetap dan mantap kepada kerangka
minda yang lebih anjal, luwes, bersedia menerima perubahan dan kritikan
serta bersedia untuk terus berkembang.
19.

Walau bagaimanapun, peranan guru tidaklah hanya terbatas di dalam

bilik darjah semata-mata. Guru juga harus bertindak sebagai agen


perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid. Menerusi
kepimpinan dan kewibawaan, guru berupaya membina atmosfera sosial
yang sihat bagi menggalakkan interaksi pelbagai hala antara murid
berbilang kaum, latar belakang, dan budaya bagi mewujudkan satu identiti
nasional Malaysia yang dapat dibanggakan.

Warga guru dan murid yang dikasihi,


20.

Kita sedia maklum bahawa pada masa ini, bentuk pentaksiran

telahpun

berubah

daripada

berorientasikan

peperiksaan

kepada

pentaksiran secara holistik, maka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


menjadi satu elemen pentaksiran yang

penting dalam mengukur

keberhasilan murid. Guru juga berperanan menghasilkan modal insan


holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kemenjadian murid selaras
dengan aspirasi dalam PPPM 2013 - 2025. Sejajar dengan itu, guru perlu
mempunyai kredibiliti, integriti, dan telus agar dapat menghasilkan penilaian
yang adil. Sesungguhnya, di tangan gurulah terletaknya penentu hala tuju
masa hadapan murid.
21.

Saya yakin ramai guru yang begitu berpengalaman dalam bidang

keguruan, namun tuntutan pada abad ini memerlukan idea baharu untuk
meningkatkan

profesionalisme

diri.
7

Lantaran

itu,

guru

seharusnya

mengaplikasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat, menghindari


sikap egoistik lantas mendorong dirinya untuk terus menimba ilmu dan
kemahiran terkini melalui pelbagai sumber termasuk daripada muridnya
sendiri. Sudah tiba masanya kita mengenepikan segala perbezaan yang
menjadi punca diskriminasi dan prejudis. Guru perlu sentiasa menonjolkan
sifat bertanggungjawab sebagai wahana penyatu bangsa yang sentiasa
menyeimbangkan neraca keadilan untuk memastikan setiap anak murid
menerima pendidikan berkualiti.
22.

Kementerian Pendidikan telah menyediakan laluan kerjaya terbaik

untuk guru. Bagi memastikan laluan ini bersesuaian dengan keperluan


semasa, maka Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
telah dibangunkan. Pelan ini bertujuan untuk melengkapkan pembangunan
pofesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan
profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin
sekolah serta memperkasakan profesion keguruan.
23.

Apabila skim perjawatan Time Based Berasaskan Kecemerlangan

diwujudkan, hal ini menunjukkan bahawa elemen kecemerlangan menjadi


asas pertimbangan untuk peningkatan kerjaya setiap guru. Selari dengan
hasrat tersebut, guru perlu memiliki kriteria yang telah digariskan dalam
PPPB, iaitu pemikir holistik dan kreatif, pemikir strategik, peneraju
perubahan, pembimbing dan mentor, penggerak kualiti PdP, serta
pelaksana pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid.

Kepada anak-anak murid yang dikasihi sekalian,


24.
dapat

Pada kesempatan ini, sukalah saya mengingatkan anak-anak agar


memberi

tumpuan

yang

sepenuhnya

kepada

pelajaran.

Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan


mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang
berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina
pengalaman, membentuk bakat, dan mengasah budaya kepimpinan kerana
andalah merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan. Dalam
menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu
dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke
alam pekerjaan.
25.

Dalam pada itu, jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan

terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan bermoral seperti ponteng,
buli, dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan
masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibu bapa dan guruguru anda. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana
masa muda hanya sekali. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana
dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only
the best among you will survive and thrive.
26.

Sebelum mengakhiri ucapan, marilah sama-sama kita hayati dua

rangkap pantun ini:


Berdayung sampan mudik ke hulu
Hendak bertemu gadis idaman
Mulia sungguh pengorbananmu guru
9

Kekal dikenang sepanjang zaman

Harum mewangi si bunga tanjung


Tumbuh mekar di laman Tun Perak
Jasa dan baktimu terus disanjung
Membina ilmu menyempurnakan akhlak

27.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik.


Sesungguhnya negara amat memerlukan khidmat bakti para guru dalam
melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu dan berakhlak mulia.

Terima kasih cikgu

DATO' SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

10

Anda mungkin juga menyukai