Anda di halaman 1dari 10

Tugasan Harian 1

Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang


Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan
adalah berpuncadaripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.
Darinya akan mewujudkan sebuah masyarakatyang berbudi dan berbudaya
mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dandapat
menghadapi pelbagai arus cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi
kekeluargaandalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya
penyayang, maka sewajarnya ia diberiperhatian utama. Justeru itu satu program
khusus diperkenalkan yang diberi nama 'RUMAHKUSYURGAKU'. Program ini
dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan keluarga bahagia ke arah
melahirkanmasyarakat penyayang dan bersatupadu selaras dengan ajaran Islam
dan wawasan 2020.Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga
yang bahagia untuk mewujudkanmasyarakat penyayang, kita haruslah selalu
mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Kitapatutlah mempunyai
perasaan cinta yang mendalam terhadap setiap anggota keluarga supaya
konflikdan masalah tidak wujud antara keluarga. Sehubungan dengan itu,
keluarga bahagia dapatlah wujudkanmasyarakat penyayang. Kita juga harus
mempunyai peka cinta yang berkekalan sesama ahli keluargasupaya wujudnya
keluarga bahagia. Dengan adanya cinta yang berkekalan, keluarga itu akan
menjadilebih kukuh kerana saling memahami antara satu sama lain.Selain itu,
nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap
anggotakeluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan adat
dan kepercayaan keluarga sendiri.Setiap agama dipercayai akan memberi
pengajaran kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatantidak bermoral
atau keruntuhan akhlak. Dengan ini, masyarakat penyayang akan wujud. Kita
jugapatutlah mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Sesebuah
keluarga bahagia akanwujud jika setiap anggota keluarga mematuhi segala
suruhan Tuhan.Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga
amat diperlukan untuk melahirkansebuah keluarga yang bahagia. Dengan
adanya hubungan yang kukuh dan kasih sayang antara sesebuahkeluarga,
masyarakat penyayang dapat diwujud.(278) patah perkataan

Tugasan Harian 2
Tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar
Alam semula jadi merupakan satu anugerah Tuhan yang amat besar dan tidak
ternilai kepadamanusia sejagat. Pemuliharaan alam semula jadi merupakan
salah satu prinsip Pendekatan IslamHadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya
berada dalam keadaan amat selesa, cantik, dan indahseperti mana yang
disarankan oleh Islam. Selain daripada agama Islam, pemeliharaan alam semula
jadi juga amat dititikberatkan oleh agama-agama lain seperti Kristian dan
Buddha.
Kerajaan dan masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan
memuliharaalam sekitar. Sebagai seorang ahli masyarakat, nilai menyayangi dan
menghargai alam sekitar amatdiperlu bagi memastikan kesinambungan
kehidupan manusia sejagat. Kita harus memelihara alamsekitar dengan
mengelakkan pembaziran sumber alam. Misalnya, kita harus mematikan
peralatanelektrik apabila tidak digunakan untuk menjimatkan sumber yang
semakin berkurangan. Selain itu, kita juga harus bersama memulihara alam
sekitar supaya penggunaan alam dapat diguna pakai sehinggagenerasi akan
datang secara kualitatif dan kuantitatif. Contohnya, kita dapat menanam pokokpokok disekelilingi kawasan rumah supaya kualiti udara dapat ditingkat semula
dan secara tidak langsungmenghijaukan bumi kita.
Tambahan pula, kerajaan dan masyarakat harus mengamalkan nilai peka
terhadap isu-isu alamsekitar. Persoalan alam sekitar patut diprihatinkan supaya
langkah mengatasi masalah itu dapat diambildan dilaksanakan secara berkesan.
Misalnya dalam konteks semasa, impak pencemaran alam sekitarsudah menjadi
global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan suhu bumi, pencemaran
merentasisempadan dan corak pengembelengan sumber tidak lestari. Jadi, pihak
kerajaan dan masyarakatharuslah berusaha untuk menyelesaikan masalahmasalah ini seperti menyokong program ktiar semulayang dianjurkan oleh
kerajaan dan pihak swasta. Dengan ini, pencemaran darat akan ditangani
secaratidak langsung.Konklusinya, setiap individu dipertanggungjawabkan untuk
memelihara dan memulihara alamsekitar yang dikurniakan oleh Tuhan. Segala
tindakan yang membawa kepada kerosakan dankemusnahan alam semula jadi
hendaklah dihentikan segera.(279) patah perkataan

Tugasan Harian 3
Menghormati Hak Wanita
Tanggungjawab Bersama Pepatah Melayu mengatakan
Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkandunia .
Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan lagi
dianggap sebagaipenghuni tetap ceruk dapur semata-mata tetapi telah
menjadi salah satu entiti penting dalampembangunan negara.
Sehubungan dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada
bila-bila masa. Hakwanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka
mendapat pendidikan dan pekerjaan, peluangkenaikan pangkat dan mendapat
perlindungan daripada keganasan. Tambahan pula, setiap individuharus
mengiktiraf hak wanita untuk melibatkan diri dalam mana mana bidang sahaja.
Sumbanganwanita tidak dapat diabaikan walaupun dalam bidang sukan, atlitatlit wanita bersama-sama atlit-atlitlelaki telah mengharumkan nama negara
dalam sukan renang. Misalnya puteri renang yang tidak asinglagi seperti Nurul
Huda serta Nicole David yang mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy.
Initelah mengambarkan wanita juga memberi sumbangan kepada Negara dan
hak mereka harus dihormati.
Di samping itu, setiap individu harus mengamalkan nilai keadilan terhadap
wanita dan lelaki.Wanita harus diberi tindakan dan keputusan yang saksama
setaraf dengan lelaki tidak kira dalam aspekpendidikan atau pekerjaan. Tokohtokoh wanita yang melibatkan diri dalam bidang politik sepertiseperti Datuk
Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma Yaacob telah membuktikan bahawa
wanita jugamampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna
jika dilayan adil serta diberi peluang.Sebenarnya, individu juga harus bertindak
tidak berat sebelah terhadap lelaki ataupun perempuan.Wanita yang dapat
menerima pendidikan yang sama dengan lelaki tidak hairan untuk menjawat
jawatanpenting dalam syarikat-syarikat besar. Oleh itu, kita mesti mengiktiraf
wanita sebagai individu yangboleh memberi sumbangan kepada pembangunan
negara sekiranya diberi layanan yang tidak beratsebelah.
Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita dan memberikan
layanan secaraadil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan berpeluang untuk
memberi sumbangan kepadamasyarakat serta Negara.

(287) patah perkataan

Tugasan Harian 8
Mengekalkan keamanan negara tanggungjawab bersama
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mampu menikmati
keamanan dankestabilan politik yang jarang ditemui di negara-negara lain.
Keadaan ini membolehkan ekonomi negaraberkembang maju dan menyediakan
peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai sektor. Namundemikian, Malaysia
tetap menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha mengekalkan keamanan
negaramalah keaamanan sejagat.
Sebagai rakyat Malaysia, nilai cinta akan Negara harus sentiasa diamalkan. Kita
harus sentiasamempunyai perasaan sayang akan negara dengan berusaha untuk
menepis segala ancaman dalamandan luaran yang cuba menggugat keamanan
serta keharmonian negara. Misalnya, negara kita sedangmenghadapi ancaman
najis dadah yang semakin menular dan meningkat saban tahun. Negara
bakalkehilangan tenaga kerja serta kepimpinan pelapis jika masalah ini
berterusan terjadi. Untuk mengawalancaman ini menjadi kudis yang merebak,
setiap anggota masyarakat perlu mengambil kesedaran danmembantu kerajaan
dalam menangani permasalahan ini. Masyarakat harus sentiasa
meletakkankepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan menjauhi diri
daripada dadah supaya peratusanpenagih tegar dapat diturunkan serta sekali
gus mengekalkan keamanan negara.
Di samping itu, setiap warganegara harus saling membantu dan bekerjasama
supaya keamanannegara tercapai. Sudah acapkali kita dengar tentang berita kes
jenayah yang dikaitkan dengan golonganremaja seperti vandalisme,
gengsterisme, dan buli. Kejadian ini telah mengugat keamanan negara
secaratidak langsung. Usaha membina yang dilakukan pada setiap peringkat
amat penting untukmembanteraskan jenayah ini, misalnya ibu bapa berperanan
bagi mendidik dan menyampaikan ajaranagama kepada anak mereka supaya
mereka tidak akan terjebak ke dalam kancah jenayah tersebut.Sebenarnya,
usaha ini harus dilakukan bersama antara semua pihak untuk mencapai
keamanan dankesejahteraan negara. Pihak sekolah juga dipertanggungjawabkan
untuk menasihati pelajar agarkesannya terbabit dalam jenayah-jenayah itu.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan


keamanan negaradaripada anasir yang buruk. Kehidupan yang aman dan damai
merupakan teras kepada pembangunannegara yang maju.(288) patah
perkataanTugasan Harian 5
Kepentingan amalan saling menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat
majmuk
Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu
dianggap sebagaisebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum.
Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina danIndia yang mana mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap
kaummempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini
bersatu di atas satu ikatankerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan
demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu carahidup yang dipersetujui
bersama.
Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap warganegara
supayakeamanan dan keharmonian dalam negara tercapai. Dalam masyarakat
yang majmuk ini, sikap bertolakansur sesama bangsa dan agama yang berlainan
amat dititikberatkan supaya pertelingkahan antarakaum tidak wujud. Dengan ini,
rakyat pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea, kebudayaan
dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka pada satunegara.
Selain itu, setiap warganegara harus mengawal perkataan dan kelakuan diri
pada bila-bila masasupay tidak meyentuh isu sensitif seperti hak-hak dan
kedudukan raja, agama, kewarganegaraan danhak-hak istimewa bumiputera.
Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara sejagat.

Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama secara aman.
Masyarakat patuthidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya Negara kita
dapat mencapai perpaduan kaum danberkembang maju. Sesebuah Negara yang
menghadapi konflik dalaman akan menjejaskan statusekonomi dan tidak akan
mencapai kemajuan. Oleh itu, setiap kaum mesti mengutamakan kedaimaiandan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat yang
selalu bersatu-padupenting dalam masyarakat majmuk seperti bak kata perkata
bersatu teguh, bercerai roboh.
Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat yang cinta akan Negara, kita harus
selalu bertolak ansurdan menghormati sesama kaum supaya konflik dalaman
tidak wujud. Secara tidak langsung, rakyat yangperpaduan merupakan aset
sesebuah Negara untuk mencapai kemajuan.(277) patah perkataan

Tugasan Harian 6
Hak Pengguna harus dilindungi oleh semua pihak
Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan
wawasan negara.Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang
kepenggunaan perlulah disemai dari peringkat kecillagi. Dalam hal yang
sedemikian, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling sesuai untuk
mendidikpelajar tentang pendidikan kepenggunaan.

Walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namunhak-hak berkenaan


bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau
kurangmengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran
tentang hak mereka tertentusupaya mereka dapat menuntut hak
tersebut.Semua pihak telah dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak
pengguna. Kerajaan dan pihakswasta harus membela hak pengguna supaya hak
mereka terjamin. Misalnya, undang-undang telahdigubal oleh dengan tujuan
melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna. Manakala pendidikan
dankesedaran kepenggunaan telah diberi oleh persatuan NGO serta pihak
kerajaan kepada kalanganpengguna. Selain itu, hak-hak pengguna harus
dipelihara seperti hak untuk mendapatkan keperluan asas,hak untuk membuat
pilihan, hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk menuntut pampasan,
hakuntuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan dan sebagainya. Sebagai
contoh, penjual-penjualdiwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda
pemeberitahuan kepada pengguna.
Walau bagaimanapun, pengguna harus bersikap rasional apabila membeli
sesuatu barang atauperkhidmatan supaya dapat melindungi hak pengguna
sendiri. Mereka patut mengambil pertimbanganyang wajar tentang kualiti dan
harga sesuatu barang atau perkhidmatan sebelum membelinya. Sebagaimisalan,
pengguna boleh membuat pembandingan harga terlebih dahulu sebelum
membeli sesuatubarang supaya inflasi barang tidak berlaku. Tambahan pula,
pengguna patut boleh berfikir supaya hak-hak mereka terjamin. Contohnya,
pengguna berhak mendapatkan maklumat lanjut tentang barang
atauperkhidmatan itu jika maklumat diberi tidak lengkap.
Keseluruhannya, semua pihak harus melindungi hak pengguna termasuk pihak
kerajaan, pihakswasta serta pengguna itu sendiri. Pengguna yang berilmu dan
rasional dapat membantu penguranganpermintaan di pasaran dan seterusnya
menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.(283) patah perkataan

Tugasan Harian 7
Kebebasan bersuara sebagai hak rakyat dengan batasan tertentu
Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi
secara meluas.Kebebasan bersuara adalah antara hak asasi manusia yang maha
penting dalam sesebuah negarademokrasi. Ia menjadi kayu ukur sama ada
demokrasi subur atau sebaliknya dalam negara tersebut.Namun, hak asasi ini
berbeza-beza interpretasinya mengikut kaca mata budaya dan agama
sesebuahmasyarakat. 'Lain padang, lainlah belalangnya'. Di Malaysia kebebasan
bersuara didefinisikan olehperlembagaan persekutuan dan dikawal oleh undangundang tertentu.
Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak bagi kebebasan bersuara. Kita ada
kebebasanberucap seperti menyebarkan maklumat atau idea dengan medium
apa-apa sahaja. Walaubagaimanaupun, hak kebebasan bersuara tidak bersifat
mutlak di negara kita dan hak ini dihadkandengan batasan tertentu. Misalnya,
isu sensitive seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama,kewarganegaraan, dan
hak-hak Istimewa Bumiputera tidak dapat disentuh. Di samping itu,
setiapwarganegara bebas mengeluarkan buah fikiran sendiri seperti pendapat,
pembaharuan atau kritikandengan batasan tertentu. Sebagai contoh, hak untuk
mendapatkan kebebasan bersuara amat pentingbagi media massa yang
memainkan peranan penting sebagai pendukung am kebebasan
berpendapatbagi semua
.Selain itu, setiap warganegara harus bersikap kesederhanaan dalam
menggunakan hakkebebasan bersuaranya. Pertimbangan dan tindakan yang
dibuat patut bersifat tidak keterlaluan samaada dalam pemikiran, pertuturan
atau pelakuan. Ini adalah untuk menjamin keharmonian dankedamaian sesebuah
negara supaya pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Tambahan
pula,warganegara patut bersikap kesederhanaan supaya tidak mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.Semasa mengeluarkan sesuatu pandangan, kita
mesti mempertimbangkan pihak lain supaya tidak akanmenyentuh isu-isu
sensitif yang mungkin menjejaskan perpaduan negara kita.
Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia kita mesti bersikap
kesederhanaan walaupunmempunyai kebebasan bersuara kerana kita berada
negara yang berbilang kaum. Dengan ini,kesejahteraan dan kedamaianan
negara akan tercapai.(271) patah perkataan

Tugasan Harian 4
Kepentingan amalan nilai amanah bagi setiap kakitangan kerajaan untuk
menangani masalah rasuah
Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap
dan konotasiini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah
masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah disesebuah negara itu maka
semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyatnegara
terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media
massaa turutmenyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan
berprofil tinggi yang terlibat dalam amalanrasuah ini sebagai bukti betapa
masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita.
Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus mengamalkan nilai amanah dalam
menjalankanurusannya untuk menjamin kemajuan dan keamanan Negara.
Mereka harus mempunyai sikapbertanggungjawab yang kekal kerana mereka
diamanah untuk menguatkuasakan undang-undang danmenegakkan keadilan.
Tambahan pula, kakitangan kerajaan yang amanah dapat
menimbulkankepercayaan rakyat terhadapnya. sesebuah Negara akan
berkembang maju dan mencapai keamanan jika wujudnya kepercayaan antara
rakyat terhadap pihak kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harusdibanteraskan
kerana itu bukan sahaja mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap
kerajaan tetapi juga membentuk masyarakat yang tidak sihat. Secara tidak
langsung, imej Negara akan terjejas.
Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai
mematuhi peraturandan undang-undang. Mereka yang sepatut menjadikan
contoh kepada rakyat malah telah mewujudkanmasalah ketelusan sistem
pentadbiran kerajaan kita. Sehubungan dengan itu, masyarakat
menganggapmasalah rasuah ini bermaharajalela kerana undang-undang yang
longgar terutama dalam aspekpemberian tender dan projek lain telah
menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatandaripada kelemahan
itu untuk mengambil wang secara haram ini. Hal ini telah membuktikan
betapapentingnya untuk seorang kakitangan kerajaan untuk menerima dan
memahuthi peraturan sertaundang-undang Negara.Konklusinya, kakitangan
kerajaan harus berpegang teguh kepada amanah serta mematuhiperaturaan dan
undang-undang supaya masalah rasuah dapat dibanteraskan.(270) patah
perkataan
dunia.
Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan lagi
dianggap sebagaipenghuni tetap ceruk dapur semata-mata tetapi telah
menjadi salah satu entiti penting dalampembangunan negara.Sehubungan
dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada bila-bila masa.
Hakwanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka mendapat pendidikan
dan pekerjaan, peluangkenaikan pangkat dan mendapat perlindungan daripada
keganasan. Tambahan pula, setiap individuharus mengiktiraf hak wanita untuk

melibatkan diri dalam mana mana bidang sahaja. Sumbanganwanita tidak dapat
diabaikan walaupun dalam bidang sukan, atlit-atlit wanita bersama-sama atlitatlitlelaki telah mengharumkan nama negara dalam sukan renang. Misalnya
puteri renang yang tidak asinglagi seperti Nurul Huda serta Nicole David yang
mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. Initelah mengambarkan
wanita juga memberi sumbangan kepada Negara dan hak mereka harus
dihormati.Di samping itu, setiap individu harus mengamalkan nilai keadilan
terhadap wanita dan lelaki.Wanita harus diberi tindakan dan keputusan yang
saksama setaraf dengan lelaki tidak kira dalam aspekpendidikan atau pekerjaan.
Tokoh-tokoh wanita yang melibatkan diri dalam bidang politik sepertiseperti
Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma Yaacob telah membuktikan
bahawa wanita jugamampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
sempurna jika dilayan adil serta diberi peluang.Sebenarnya, individu juga harus
bertindak tidak berat sebelah terhadap lelaki ataupun perempuan.Wanita yang
dapat menerima pendidikan yang sama dengan lelaki tidak hairan untuk
menjawat jawatanpenting dalam syarikat-syarikat besar. Oleh itu, kita mesti
mengiktiraf wanita sebagai individu yangboleh memberi sumbangan kepada
pembangunan negara sekiranya diberi layanan yang tidak
beratsebelah.Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita dan
memberikan layanan secaraadil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan
berpeluang untuk memberi sumbangan kepadamasyarakat serta Negara.

(287) patah perkataan