Anda di halaman 1dari 23

Artikel 7: KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN:

CABARAN KEPADA GURU BESAR DAN PENGETUA


KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN: CABARAN KEPADA GURU
BESAR DAN PENGETUA
Dr. Norasmah Othman
Kamaruzaman Moidunny
Abstrak
Kertas ini membincangkan konsep asas bagi kepimpinan pendidikan dan pengurusan
pendidikan sebagai mana yang dialami oleh guru besar dan pengetua di sekolah-sekolah.
Peranan guru besar dan pengetua yang semakin mencabar dari sehari ke sehari memerlukan
mereka meneliti dan memahami semula isu-isu kepimpinan dan pengurusan yang pelbagai.
Justeru itu, mereka perlu mengetahui tentang piawaian dan ciri-ciri penting dalam
menggerakkan sekolah agar menjadi sebuah organisasi yang berkesan dan cemerlang.
Sehubungan dengan itu, kertas ini juga turut membincangkan mengenai standard kompetensi
kepengetuaan agar dapat memberikan hala tuju jelas kepada guru besar dan pengetua dalam
usaha mereka memperlengkapkan diri dengan semua kemahiran yang diperlukan sebagai
seorang pemimpin dan pengurus. Ciri-ciri penting dalam standard kompetensi kepengetuaan ini
seharusnya dapat menggerakkan minda guru besar dan pengetua untuk membuat refleksi
kendiri bagi mengesan kekuatan dan kelemahan yang mereka ada.
Pendahuluan
Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan dan
pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluas di Britain, Eropah dan Afrika
manakala istilah pentadbiran selalu digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush
2003).
Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat
atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah. Manakala pengurusan
melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah dan pentadbiran pula melibatkan
kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban (1988) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah
usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala
pengurusan adalah penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa
bagi sesuatu organisasi. Bush (1998) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah berkait
kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan perlaksanaan atau isuisu teknikal. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan
mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam
memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada organisasi.
Pengurusan pendidikan sebagai satu disiplin khusus banyak dibincangkan oleh
Culbertson (1980), Hughes (1985), Hughes dan Bush (1991), Bush (1999) dan Glatter (1999).
Bidang pengurusan pendidikan ini diterjemahkan daripada prinsip-prinsip pengurusan yang
digunakan dalam industri dan bidang kewangan (Bush 2003). Pembinaan teori pengurusan
pendidikan pula melibatkan aplikasi model-model di bidang industri ke bidang pendidikan.
Kerja-kerja penyumbang-penyumbang besar dalam bidang pengurusan seperti Fayol
(1916), Taylor (1947) dan Weber (1947) mempunyai pengaruh yang besar dalam pembinaan
disiplin pengurusan pendidikan secara khusus. Fayol mengemukakan teori tentang prinsipprinsip umum pengurusan, manakala Taylor pula mengemukakan teori tentang pengurusan
saintifik dan Weber mengemukakan teori tentang pengurusan birokrasi (Bush 2003).

Pada hari ini, kepimpinan dan pengurusan pendidikan telah berkembang pesat dengan
munculnya teori-teori tersendiri secara spesifik dan terperinci. Teori-teori ini disokong pula oleh
data-data berbentuk empirikal yang didapati daripada kajian-kajian meluas dalam bidang
pendidikan. Teori-teori dan konsep-konsep pengurusan pendidikan amat perlu diketahui oleh
pentadbir atau pengurus pendidikan kerana dapat membekalkan kerangka kerja terhadap
tindakan pengurusan. Tindakan pengurusan ini perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi
dan masalah yang dialami semasa mentadbir dan mengurus sekolah. Oleh itu, seseorang
pengurus atau pentadbir perlu mengetahui hal-ehwal pengurusan pendidikan seperti definisi,
konsep dan model-modelnya.
Kepimpinan Pendidikan dan Pengurusan Pendidikan
Pengurusan pendidikan mempunyai pelbagai definisi yang digunakan oleh pakar-pakar
pendidikan. Tidak terdapat definisi tunggal yang dipersetujui oleh semua orang bagi pengurusan
pendidikan kerana pembangunannya amat pesat dan terdapat pengaruh disiplin-disiplin bidang
lain seperti sosiologi, sains politik, ekonomi dan pengurusan umum. Bush (2003) mentakrifkan
pengurusan pendidikan sebagai satu bidang kajian dan amalan yang berkait dengan operasi
bagi organisasi pendidikan. Manakala Bolam (1999) pula mentakrifkan pengurusan pendidikan
sebagai suatu fungsi eksekutif untuk melaksanakan dasar yang telah dipersetujui. Bagi Glatter
(1999) pula, pengurusan pendidikan adalah kajian yang berkaitan dengan operasi dalaman
institusi pendidikan dan hubungannya dengan persekitaran.
Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan
pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan
dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai
kepimpinan dan pengurusan. Hughes (1988) telah mencadangkan Model Dua Peranan bagi
guru besar dan pengetua iaitu peranan pemimpin profesional dan peranan ketua
eksekutif. Manakala Bell (dalam Bell dan Bush 2002) menyatakan bahawa kepimpinan dan
pengurusan tidak boleh dipisahkan dan sebarang langkah untuk memisahkan peranan tersebut
adalah tidak tepat. Ini adalah kerana peranan sebagai pemimpin profesional dengan peranan
pengurusan adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Bagi OSullivan et al. (1990) pula, peranan pengurusan bukan sahaja dilaksanakan oleh
guru besar atau pengetua. Pengurus di sekolah termasuklah guru besar atau pengetua, guruguru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru dengan tanggungjawab khusus.
Mereka bertindak sebagai koordinator, pengawal, perancang dan pelaksana. Andaian di atas
tidak mencakupi jangkaan atau tindakan terhadap tingkah laku dan aktiviti kerana tidak
memasukkan dimensi kepimpinan yang berasaskan nilai pendidikan dan falsafah, juga
profesionalisme.
Sejak akhir-akhir ini, terdapat peningkatan tanggapan bahawa sekolah mempunyai
kepimpinan yang terserak atau tertabur dalam pengurusan sekolah (Gron 1999, 2000).
Contohnya di Britain, kerajaannya menyatakan bahawa kepimpinan adalah perkara yang
dikongsikan bersama (DfES 1998). Manakala Hall dan Wallace (1996) menyatakan terdapat
bukti kukuh bahawa kumpulan pengurusan kanan di sekolah melaksanakan kepimpinan secara
bersama. Berdasarkan kajian-kajian di Amerika Syarikat pula, Hallinger dan Heck (1999)
berpendapat bahawa guru besar atau pengetua masih mempunyai kedudukan yang signifikan
dalam struktur sekolah yang berhirarki. Walaubagaimana pun, mereka menyatakan bahawa
adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa hanya guru besar atau pengetua sahaja yang
menghasilkan kepimpinan untuk penambahbaikan di sekolah. Begitu juga, adalah tidak benar
menyatakan bahawa guru besar atau pengetua tidak mempengaruhi keberkesanan sekolah.
Peranan guru besar atau pengetua adalah berbeza dengan peranan guru-guru penolong
kanan. Ini adalah disebabkan oleh tanggungjawab mereka yang berbeza dengan tanggungjawab
guru-guru penolong kanan. Guru-guru penolong kanan tidak perlu kompeten seperti guru besar
atau pengetua kerana mereka berada di aras hirarki yang berbeza. Dengan perbezaan-

perbezaan ini, guru-guru penolong kanan berhadapan dengan cabaran kepimpinan yang
berbeza (Hartzell 1993a). Guru-guru penolong kanan berperanan melakukan tugas-tugas
perkeranian, penjagaan dan disiplin. Amalan-amalan ini dilakukan dalam keadaan reaktif kerana
kuasa membuat keputusan masih berada di tangan guru besar atau pengetua. Bagi Hartzell
(1993a, 199b), Hickman dan Treslan (1994) dan Koru (1994) pula, peranan guru-guru penolong
kanan dikategorikan sebagai melakukan tugas pengurusan yang ringkas, pelbagai dan terdiri
daripada pecahan-pecahan kecil.
Bagi Gunter (2001) pula, kepimpinan sekolah juga disumbangkan oleh guru-guru
penolong atau guru-guru biasa. Oleh itu, kepimpinan seharusnya disebarkan di kalangan guruguru untuk mengelakkan beban tugas, memastikan tugas dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan serta dapat mewujudkan peluang kepimpinan dalam skala yang lebih besar. Mortimore
et al. (1988) pula menambah bahawa penglibatan guru-guru penolong kanan dalam dasar
membuat keputusan akan meningkatkan pencapaian murid-murid.
Dalam konteks Malaysia, Zakaria (1996) menyatakan bahawa pemimpin sekolah mesti
mempunyai kemahuan kuat untuk memimpin, mempunyai visi, contoh yang baik, berilmu,
proaktif, rajin, tidak mudah mengalah dan mempunyai kemahiran komunikasi yang
tinggi. Sementara itu, Laporan mesyuarat Gerakan Pengetua Cemerlang pada tahun 1998
(dalam Abdul Aziz 2003) menyatakan bahawa pemimpin sekolah berkesan menggunakan
kemahiran komunikasi yang cemerlang, mempunyai hubungan manusia yang baik, sensitif
kepada adat dan budaya yang pelbagai, mempunyai visi yang jelas, mampu mewujudkan
persekitaran pendidikan yang dinamik, menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional,
membuat keputusan berdasarkan persetujuan bersama dan mahir dalam pengurusan dan
teknologi maklumat; dan kemahiran personal yang lain.
Manakala Shahril (2001) pula menyatakan bahawa kepimpinan yang cemerlang
mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkualiti, berkemahiran dan berketrampilan, mempunyai
wawasan dan kreatif serta inovatif, berkemahiran berkomunikasi dan bermotivasi, berkemahiran
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, mempunyai kecergasan fizikal, kestabilan
emosi dan kecergasan fikiran; serta beriman dan bermoral.
Berdasarkan generalisasi di atas, terdapat idea yang sama daripada perspektif Malaysia
dengan perspektif Barat daripada segi ciri-ciri pemimpin sekolah. Walaubagaimana pun, dengan
perbezaan konteks seperti corak pentadbiran sekolah dan budaya, pengalaman Barat mungkin
kurang sesuai untuk diaplikasikan secara langsung di Malaysia. Namun begitu, adalah diakui
bahawa idea-idea daripada Barat ini menyediakan pengetahuan asas kepada guru besar atau
pengetua dalam usaha menambahbaikkan sekolah masing-masing. Menurut Abdul Aziz (2003)
pengaruh politik, pentadbiran dan sistem pendidikan British di Malaysia bukanlah suatu perkara
yang baru. Malaysia telah menerima pengaruh Barat ini semenjak sebelum merdeka lagi, dan
diteruskan hingga ke hari ini ditambah pula dengan pengaruh globalisasi.
Kepentingan pengurusan dan kepimpinan sekolah
Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam
melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif
organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh
guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan
kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah (IAB 1993).
Bush dan Jackson (2002) menyatakan bahawa terdapat kajian yang banyak berhubung
kepentingan pengurusan dan kepimpinan terhadap hasil dalam bidang pendidikan. Bagi Edmond
(1979) dan Bush dan Forman (1998), kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah dilihat sebagai
kunci kecemerlangan sekolah. Dalam hal ini, kualiti guru besar atau pengetua merupakan faktor
terpenting bagi keberkesanan sekolah. Perkara ini juga dipersetujui oleh Mortimore et al. (1988)

dan Stoll dan Fink (1996) yang menyatakan dapatan kajian tentang ciri-ciri keberkesanan
sekolah menekankan kepentingan terhadap kualiti kepimpinan sekolah.
Menurut Scheerens (1992) pula, kajian-kajian menunjukkan bahawa keberkesanan
sekolah tertumpu kepada lima faktor iaitu kepimpinan pendidikan yang kuat, penekanan kepada
pemerolehan kemahiran asas, persekitaran yang tersusun dan selamat, jangkaan pencapaian
murid yang tinggi dan pentaksiran perkembangan murid secara berkala.
Sementara Sammons (1995) telah mengenal pasti sebelas faktor keberkesanan sekolah
dan mendapati bahawa faktor kepimpinan diberikan nilaian yang tinggi. Beliau menyatakan
bahawa hampir semua kajian keberkesanan di sekolah rendah dan menengah menunjukkan
kepimpinan adalah merupakan faktor utama. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh Reynolds dan
Teddlie (2000) yang menyatakan bahawa kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar atau
pengetua adalah penting dalam menjana keberkesanan sekolah. Mereka telah menyenaraikan
lima keperluan bagi pemimpin sekolah yang berkesan yang selaras dengan keberkesanan
sekolah iaitu kepimpinan tegas dan bertujuan, pendekatan partisipatif, pendekatan secara
instruksional, pemantau pencapaian staf secara peribadi dan berterusan; dan pemilihan dan
penggantian staf secara proaktif.
Berdasarkan penerangan di atas, kualiti kepimpinan yang khusus perlu dimiliki oleh guru
besar atau pengetua. Kualiti kepimpinan ini merupakan ciri penting dalam menentukan kejayaan
sesebuah sekolah seperti yang dinyatakan oleh Beare et al. (1993). Sehubungan dengan itu
juga, Ishak (2006) pula menyatakan bahawa empat ciri kepimpinan yang paling dikagumi di
seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah jujur, berwawasan, kompeten dan berupaya
membangkit inspirasi.
Banyak negara percaya bahawa kepimpinan dan pengurusan guru besar atau pengetua
yang baik akan meningkatkan standard pendidikan (Bush dan Jackson 2002). Contohnya seperti
di Amerika Syarikat, terdapat syarat-syarat khusus bagi peserta yang ingin mengikuti latihan
kepengetuaan. Mengikut Cooper dan Boyd (1987), program latihan ini dikawal, diadakan di
universiti, diwajibkan, hanya untuk kalangan guru dan diiktiraf melalui penganugerahan sijil khas.
Sementara di England pula, sesiapa yang ingin menjadi seorang pentadbir sekolah diwajibkan
menyertai dan menyempurnakan program latihan National Professional Qualification for
Headship (NPQH) (Bush dan Jackson 2002). Mulai 1 April 2004 pula, semua guru besar atau
pengetua yang dilantik buat kali pertama ke jawatan tersebut mestilah mempunyai atau sedang
berusaha mendapatkan kelayakan dalam latihan NPQH. Seterusnya menjelang 1 April 2009,
NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar dan pengetua baru di London,
seperti yang termaktub dalam Seksyen 135, Akta Pendidikan 2002 (DfES 2004a). Hal ini
menunjukkan bahawa kepimpinan dan pengurusan telah diiktiraf sebagai faktor penting dalam
mempertingkatkan standard pendidikan.
Berdasarkan kenyataan Datuk Dr. Zulkurnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran Malaysia pada 21 Januari 2007, pengenalpastian calon guru besar atau pengetua
boleh dibuat melalui melalui kelayakan mereka sendiri dan melalui permohonan (Hasani dan
Mariam 2007). Beliau turut menyatakan bahawa mulai tahun 2007, permohonan perlu dibuat
oleh calon untuk menjadi guru besar atau pengetua. Ini bermaksud, faktor kekananan atau
senioriti bukan lagi menjadi faktor utama untuk perlantikan (Hasani dan Mariam
2007). Sementara melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP 2006-2010)
pula, hanya calon yang berdedikasi dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap jawatan
pengurusan dan bukannya berasas kepada kelulusan akademik semata-mata, akan dilantik
menjadi guru besar atau pengetua. PIPP 2006-2010 yang dilancarkan pada 16 Januari 2007
dilihat sebagai usaha KPM untuk merealisasikan Misi Nasional bagi menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 (Anon 2007a).
Dua kunci utama untuk mencapai kejayaan sebenar PIPP adalah kepimpinan di
peringkat sekolah dan komitmen ibu bapa (Anon 2007b). Nilai kepimpinan dan keupayaan
pengurusan di peringkat sekolah memainkan peranan yang amat penting. Dalam hal ini, guru

besar atau pengetua akan menentukan hala tuju sekolah dan menyelesaikan masalah-masalah
bagi mengatasi cabaran untuk memenuhi kehendak PIPP. Justeru, kepimpinan unggul di
peringkat sekolah perlu diberi perhatian dan sokongan yang sewajarnya untuk mewujudkan
sekolah yang berkesan dan menepati PIPP.
Isu memperkasakan sekolah kebangsaan yang dikemukakan dalam PIPP juga
merupakan isu yang berkait rapat dengan kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah. Istilah
memperkasakan Sekolah Kebangsaan merujuk kepada maksud menjadikan Sekolah
Kebangsaan lebih berkuasa, lebih hebat dan lebih kuat agar menjadi sekolah pilihan utama
rakyat (Gurnam Kaur et al. 2007). Sekolah Kebangsaan pula merujuk kepada sekolah rendah
dan menengah yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
(Noor Azam et al. 2006a).
Kepimpinan di peringkat sekolah perlu berubah untuk memperkasakan Sekolah
Kebangsaan. Pemimpin sekolah perlu mempunyai visi yang lebih luas dan boleh melihat agenda
nasional dalam konteks berbilang kaum (Noor Azam et al. 2006b). PIPP pula melihat kekuatan
kepimpinan sebagai teras kejayaan sesebuah organisasi maka Sekolah Kebangsaan yang telah
diperkasa seharusnya diterajui oleh guru besar atau pengetua yang berkesan (Wahid 2007).
Cabaran Peranan Guru Besar dan Pengetua
Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua semakin mencabar
dari sehari ke sehari kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan, di
dalam dan di luar negara (Abdullah Sani 2004; Ayob 2005; Cheng 2002; Hussein 1997; Omardin
1999). Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah semakin
kompleks. Oleh itu, guru besar atau pengetua bukan hanya perlu kepada pengetahuan
profesional sahaja tetapi perlu juga memahami kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan
terhadap sekolah.
Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Rhodes dan Brundrett (2006) yang mendapati
terdapat kekurangan guru besar dan pengetua di Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika
Syarikat, ada kaitan dengan cabaran dan dugaan besar yang dihadapi oleh pentadbir-pentadbir
sekolah. Bagi mereka, sebab bagi kekurangan pemimpin sekolah ini adalah kompleks dan
penyelesaiannya seringkali selalu dielakkan. Di samping itu pula kecemerlangan murid dan
sekolah seringkali disandarkan kepada pengurusan dan kepimpinan yang dimiliki oleh guru
besar dan pengetua. Tegasnya, peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua
adalah sangat besar dan mencabar.
Sergiovanni (1984) telah mengklasifikasikan peranan-peranan guru besar dan pengetua
kepada lima bidang utama iaitu dalam bentuk petugas, pendidikan, organisasi, pentadbiran dan
pasukan. Peranan-peranan ini bertambah dan berubah mengikut masa, menjadikannya
bertambah kompleks dan rencam. Perkara ini memberikan implikasi yang serius terhadap
kebolehan dan kemampuan guru besar dan pengetua untuk menghadapinya. Jika mereka tidak
bersedia terhadap cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, kecemerlangan murid dan sekolah
sukar untuk dibangunkan. Jelas sekali mereka perlukan bantuan dan sokongan dalam
menghadapi cabaran-cabaran dan harapan tinggi yang diletakkan di bahu mereka. Oleh itu,
pengwujudan program-program latihan yang sesuai bagi pemimpin-pemimpin pendidikan adalah
satu keperluan. Kursus-kursus seperti Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah (KPKS),
Pengurusan Strategik untuk Organisasi Pendidikan dan kursus Pengurusan Permuafakatan
Strategik yang dilaksanakan oleh KPM melalui Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan langkah
yang sangat baik dan perlu diteruskan.
Di samping program-program latihan yang sesuai bagi guru besar dan pengetua sekolah,
satu standard kompetensi untuk mereka seharusnya diguna pakai. Standard kompetensi ini
seharusnya dapat menjadi titik rujukan dalam menyediakan asas kepimpinan dan pengurusan

sekolah yang mantap dan berkesan. Justeru itu, di bawah ini dipaparkan perbahasan tentang
kompetensi yang dimaksudkan itu.
Standard Kompetensi Kepengetuaan
Di Amerika Syarikat, Council of Chief State School Officers (CCSSO) telah mengeluarkan
standard untuk pemimpin sekolah pada tahun 1996 yang mengandungi perkara asas berkaitan
pengetahuan, kecenderungan bertindak dan pencapaian, yang akan membantu mewujudkan

i.

ii.
iii.
iv.

v.
vi.

sekolah yang produktif dan mengukuhkan hasil pendidikan (CCSSO 1996). Standard ini dibina
daripada kajian dan perbincangan personel daripada 24 buah negeri yang disesuaikan dengan
kurikulum kursus pemimpin pendidikan yang dikeluarkan oleh National Council of the
Accreditation of Teacher Education (NCATE). Terdapat enam standard yang dikemukakan oleh
CCSSO yang menyatakan bahawa:
Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid
dengan membantu pembangunan, kejelasan, pelaksanaan dan sebagai orang
bertanggungjawab terhadap visi pembelajaran agar dikongsi bersama dan disokong
olehkomuniti sekolah
Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid
dengan mempelopori, mengasuh dan mempertahankan budaya sekolah dan program
instruksional yang mempengaruhi pembelajaran murid dan pertumbuhan profesional
Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid
dengan memastikan pengurusan organisasi, operasi dan sumber-sumber bagi keselamatan,
kecekapan dan keberkesanan persekitaran pembelajaran.
Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid
dengan membuat kolaborasi dengan fakulti (universiti) dan ahli-ahli komuniti, bertindak balas
terhadap minat dan keperluan komuniti yang pelbagai dan menggerakkan sumber-sumber
komuniti
Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid
yang berfungsi dengan integriti, adil dan beretika.
Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid
dengan pemahaman, bertindak balas dan mempengaruhi politik, sosial, ekonomi, perundangan
dan budaya.
Di England pula, Deparment for Education and Skills (DfES) telah mengeluarkan standard
untuk pemimpin sekolah yang terdiri daripada enam bidang utama. Bidang-bidang ini adalah
membentuk masa depan, memimpin pengajaran dan pembelajaran, membangunkan kendiri dan
bekerja dengan orang lain, mengurus organisasi, menjamin akauntabiliti dan memperkasakan
komuniti (DfES 2004b). Bagi setiap bidang, keperluan pengetahuan, kualiti profesional dan
tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan asas telah dikenal pasti.
Di Wales pula, standard kompetensi kepengetuaannya adalah sama seperti yang terdapat di
England (The National Assembly of Wales 2004). Dan jika dilihat secara lebih dekat, standard
kompetensi bagi Wales, Scotland dan Ireland Utara diiktiraf bagi kemasukan ke jawatan guru
besar atau pengetua di England. Hal ini dapat menjelaskan kepada kita bahawa telah wujud
penyeragaman secara tidak formal dan pengiktirafan daripada segi standard kompetensi
kepengetuaan bagi negeri-negeri England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.
Dalam konteks Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah menggubal Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mengandungi pernyataan dan instrumen pemastian standard
untuk pemimpin-pemimpin sekolah (JNS 2004). Standard ini mengandungi empat dimensi yang
dikenali sebagai hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program
pendidikan dan kemenjadian murid. Hala tuju kepemimpinan mempunyai elemen visi, misi dan
kepemimpinan. Dimensi pengurusan organisasi pula mengandungi struktur organisasi,
perancangan, iklim, pengurusan dan pembangunan sumber serta pengurusan maklumat.
Manakala dimensi pengurusan program pendidikan pula mempunyai elemen pengurusan

kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan


sahsiah dan penilaian pencapaian murid. Dimensi kemenjadian murid pula mengandungi elemen
akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Bagi Hussein (1989), kompetensi yang selalu dikaitkan dengan guru besar dan pengetua
adalah misi sekolah, kurikulum dan pengajaran, pentadbiran sekolah serta hubungan dan
komunikasi manusia. Kompetensi ini dilihat sebagai ramuan penting untuk sekolah yang
berkesan dan berjaya. Bagi beliau juga, pentadbiran sekolah dilihat sebagai perkara yang paling
kurang penting berkaitan formulasi dan proses pelaksanaan serta pematuhan undang-undang
dan peraturan.
Bagi Louis dan Miles (1990) pula, guru besar dan pengetua perlu menjadi pengurus, mereka
bentuk dan melaksanakan pelan, memfokuskan kepada pencapaian tugas, berurusan dengan
struktur dan sistem, ketua yang berpegang pada visi, menggalakkan perkongsian dan rasa
kekitaan, melibatkan diri dengan perancangan evolusi, sentiasa peka dengan perbezaan budaya
serta perubahan yang mungkin untuk jangka masa panjang.
Sementara bagi Grant (1978) (dalam Gaban 1982) menyatakan bahawa kompetensi guru
besar dan pengetua terdiri daripada lapan bidang iaitu mewujudkan matlamat, menguruskan
staf, menyusun atur masa dan ruang, menyusun atur bahan dan perkakasan, perkhidmatan luar
pengajaran, hubungan dengan komuniti, latihan dan perkhidmatan serta penilaian program.
Bagi Omardin (1999), seseorang guru besar atau pengetua perlu berperanan dalam
pengurusan pejabat, perkhidmatan dan perjawatan, hal-ehwal pelajar, pendaftaran pelajar,
akademik, kokurikulum, bimbingan dan kaunseling, skim pinjaman buku teks, biasiswa, asrama,
pusat sumber, koperasi sekolah, kantin, peperiksaan, kewangan, pembangunan sekolah,
persatuan ibu bapa dan guru dan pengurusan sekolah berkesan. Manakala Zaiton (2001),
menyatakan bahawa guru besar atau pengetua perlu berperanan dalam bidang pengurusan
kurikulum, kokurikulum, perkembangan staf, penyeliaan dan penilaian, disiplin dan kebajikan
pelajar, hubungan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta pengurusan kewangan.
Selanjutnya, Bahagian Sekolah (2004), KPM pula menyatakan bahawa tanggungjawab guru
besar dan pengetua meliputi tujuh bidang utama iaitu pengurusan kurikulum, kokurikulum dan
hal-ehwal murid, pengurusan sekolah yang merangkumi pentadbiran, kewangan, perkhidmatan
dan perjawatan, perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat, kemajuan sekolah,
pengajaran serta kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan. Manakala Ayob (2005)
pula mengkelaskan senarai tugas guru besar atau pengetua kepada sembilan bidang iaitu
kurikulum, penilaian dan pentaksiran, kokurikulum, hal-ehwal murid, fizikal dan kemudahan,
kewangan, pejabat, staf dan komuniti.
Setelah diteliti dan diperhalusi, kesemua standard yang dikemukakan sama ada di dalam
atau di luar negara mempunyai banyak persamaannya. Perbezaan cuma daripada segi istilah
yang digunakan, namun banyak persamaan wujud daripada segi kandungan dan tugas yang
perlu dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua. Standard-standard ini juga adalah sama
seperti Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) yang dikemukakan
oleh IAB pada tahun 2006. Dalam standard ini terdapat sembilan bidang pengurusan yang perlu
dikuasai oleh pentadbir-pentadbir sekolah (IAB 2006a) iaitu pengurusan dan kepimpinan
organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan hal-ehwal murid,
pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran dan
kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta pengurusan
perhubungan luar.
Selain daripada SKKSM, beberapa ciri lain juga adalah penting dalam proses meningkatkan
lagi pengurusan dan kepimpinan guru besar dan pengetua di sekolah. Ini termasuklah kualiti
peribadi, pengetahuan teori, amalan pengurusan strategik, kemahiran dan teknik menangani
perubahan. Kualiti peribadi yang dimaksudkan adalah seperti komunikasi, kepimpinan, inovasi,

minat dan keyakinan. Sementara amalan pengurusan strategik pula melibatkan pengenalpastian
masalah, perancangan strategik, pelaksanaan dan penilaian strategik.
Penutup
Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlah merupakan suatu isu yang
lapuk walaupun telah lama dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan. Isu-isu baru dalam
bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan kefahaman dan pentaksiran semula
konsep-konsep kepimpinan dan pengurusan oleh guru besar dan pengetua. Ini adalah kerana
guru besar dan pengetua perlu menghadapi dan menangani isu-isu ini secara spontan selama
mana mereka masih menjawat jawatan sebagai pemimpin dan pengurus sekolah. Ini adalah
kerana, sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang guru
besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka
seharusnya didasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan
pengurusan secara berkesan dan cemerlang.
Rujukan

Abdul Aziz Md. Noor. 2003. An investigation into the headship training programme for aspiring
primary school headteachers. PhD Dissertation, University of Bristol.
Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus disiplin pelajar. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Anon. 2007a. PIPP 2006-2010. Utusan Malaysia, 17 Januari: 3.
Anon. 2007b. Kepimpinan sekolah jadi kunci kejayaan. Utusan Malaysia, 17 Januari: 3.
Ayob Jantan. 2005. Pengetua sekolah yang efektif. Siri Penguruan Sekolah. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Konsep dan manual sekolah
selamat - panduan pelaksanaan menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat
untuk kanak-kanan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beare, H., Caldwell, B., & Milikan, R. 1993. Leadership. Dlm. Preedy, M. (pnyt). Managing the
effective school. London: Paul Chapman.
Bell, L., & Bush, T. 2002. The policy context. Dlm. Bush, T. & Bell, L. (pnyt.). The principles
and practice of educational management. London: Paul Chapman Publishing.
Bolam, R. 1999. Understanding leadership: developing headteachers. Dlm. Bush, T., Bell, S.,
Bolam, R., Glatter, R. & Ribbins, P. (pnyt.). Educational Management: redefining theory,
policy and practice. hlmn. 77 - 89. London: Paul Chapman.
Bush, T. 1998. The national professional qualification for headship: the key to effective school
leadership. School leadership & management, 18(3), 321-334.
Bush, T. 1999. Crisis or crossroads? The dicipline of educational management in late
1990s. Educational Management and Administration, 27(3), 239-252.

Bush, T. 2003. Theories of educational leadership and management (Third ed.). London: Sage
Publications.
Bush, T., & Foreman, K. 1998. National standards and the training and development of
headteachers. Kertas kerja yang dibentangkan pada hari pelajar-pelajar MBA, University
of Leicester.
Bush, T., & Jackson, D. 2002. A preparation of school leadership: international
perspectives. Education Management and Administration, 30(4), 417-429.
Cheng, Y. C. 2002. Leadership and strategy. Dalam Bush, T. & Bell, L. (pnyt.). The principles
and practices of educational management, hlm. 51-69.London: Paul Chapman
Publishing.
Cooper, B. S., & Boyd, W. L. 1987. The evolution of training for school administrator. Dlm.
Murphy, J. & Hallinger, P. (pnyt). Approaches to administrative training in education.
Albany: State University of New York Press.
Council of Chief State School Officers (CCSSO). 1996. Interstate school leaders licensure
consortium: standards for school leaders. Washington: CCSSO.
Cuban, L. 1988. The managerial imperative and the practice of leadership in effective schools.
New York: State University of New York Press.
Culbertson, J. 1980. Educational administration: where we are and where we are going. Paper
presented at Fourth International Intervisitation Program in Educational Administration.
DfES. 1998. Teachers meeting the challenge of change. Kertas hijau. London: HMSO.
DfES. 2004a. Guidance on the mandatory requirement to hold the National Professional
Qualification for Headship (NPQH). London: Department for Education and Skills.
DfES. 2004b. National Standards for Headteachers. London: Deparment for Education and
Skills.
Dimmock, C. 1999. Principals and school restructuring:conceptualising challenges as
dilemmas. Journal of Educational Administration, 37(5), 441-462.
Edmond, R. 1979. Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 37(1), 15-27.
Fayol, H. 1916. General and industrial management. London: Pitman.
Fidler, B. 1997. School leadership: some key ideas. School leadership & management, 17(1), 2337.
Gaban, C. S. 1982. The necessary job competencies of secondary school principals as perceived
by school administrators in Sabah, Malaysia. Ph.D Thesis, University Microfilms
International.
Glatter, R. 1999. From struggling to juggling: towards a redefinition of the field of educational

leadership and management. Educational Management and Administration, 27(3), 253266.


Gronn, P. 1999. The making of educational leaders. London: Paul Chapman.
Gronn, P. 2000. Distributed properties: a new architecture for leadership.Educational
Management and Administration, 28, 317-338.
Gunter, H. 2001. Leaders and leadership in education. London: Paul Chapman Publishing.
Gurnam Kaur Sidhu, Gurcharan Singh Sandhu, Kamaruzaman Moidunny, & Ranjit Kaur Sidhu.
2007. Penilaian tahap kecekapan (PTK) - kompetensi umum (teras dan profesional).
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hall, V., & Wallace, M. 1996. Let the team take the train: lessons from research into senior
management team in secondary schools. Organisational Leadership, 16(3), 297-308.
Hallinger, P., & Heck, R. 1999. Can leadership enhance effectiveness? Dlm. Bush, T., Bell, L.,
Bolam, R., Glatter, R & Ribbins, P. (pnyt.). Educational management: redefining theory,
policy and practice. London: Paul Chapman.
Hartzell, G. N. 1993a. The assistant principal: neglected actor in practioner relationship
literature. Journal of School Leadership, 3 November, 707-723.
Hartzell, G. N. 1993b. When you're not at the top. The High School Magazine, 1(2), 16-19.
Hasani Hassan, & Mariam Md. Zain. 2007. Cabaran lahir insan cemerlang. Mingguan Malaysia,
21 Januari: 7.
Hickman, G. A., & Treslan, D. L. 1994. School management gets in the way of leadership. The
Canadian School Executive(April), 9-15.
Hughes, M. 1985. Theory and practice in educational management, in M. Hughes, P. Ribbins
and H. Thomas (eds), Managing education: The system and the institution. London: Holt,
Rinehart and Winston.
Hughes, M., & Bush, T. 1991. Theory and research as catalyst for change, in W. Walker, R.
Farquhar and M. Hughes (eds), Advancing Education: School Leadership in Action.
London: Falmer Press.
Hussein Mahmood. 1989. A study of principals' perception of their competency needs in
instructional leadership. Ph.D thesis, University of Michigan.
Hussein Mahmood. 1997. Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Institut Aminuddin Baki. 1993. Kajian kepimpinan guru besar dalam pengurusan sekolah
rendah - instrumen dan cadangan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Institut Aminuddin Baki. 2006a. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting
Highlands: Institut Aminuddin Baki, KPM.

Ishak Sin. 2006. Memperkasakan kepimpinan sekolah - teori manakah yang perlu diguna pakai
oleh pengetua?. Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Ke-13. Anjuran Institut Aminuddin Baki. 4-8 Disember.
Jemaah Nazir Sekolah. 2004. Standard kualiti pendidikan Malaysia - sekolah, pernyataan
standard. SKPM1 Edisi Disember. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Koru, J. M. 1994. The assistant principals: crisis manager, custodian or visionary. NASSP
Buletin, 67-71.
Louis, K., & Miles, M. B. 1990. Improving the urban high school: what works and why. New
York: Teacher College Press.
Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L. L., & Ecob, R. 1988. School matters: the junior years,
somerset, open books. Cetakan tahun 1995. London: Paul Chapman.
Noor Azam Shairi, Siti Mariam Md. Zain, & Kumar, S. A. 2006b. Kepimpinan sekolah perlu
berubah. Mingguan Malaysia, 10 Disember: 7.
Omardin Ashaari. 1999. Pengurusan sekolah - suatu panduan lengkap (Ed. Ke-3 ed.). Kuala
Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
O'Sullivan, F., Jones, K., & Reid, K. 1990. Staff development in secondary school. London:
Hodder and Stoughton.
Reynolds, D., & Teddlie, C. 2000. The process of school effectiveness. The International
Handbook of School Effectiveness Research. London: Falmer Press.
Rhodes, C., & Brundrett, M. 2006. The indentification development, succession and retention of
leadership talent in contextually different primary schools - a case study located within
the English West Midlands.School Leadership and Management, 26(3), 269-287.
Sammons, P. 1995. Key characteristics of effective schools: a review of school effectivesness.
London: Institute of Education for the Office for Standards in Education.
Scheerens, J. 1992. Effective schoolling: research, theory and practice. London: Cassell.
Sergiovanni, T. 1984. Leadership and excellence in schooling. Educational Leadership, 41(5), 413.
Shahril @ Charil Marzuki. 2001. Ciri-ciri kepimpinan pengetua / guru besar berkesan yang dapat
menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1).
Stoll, L., & Fink, D. 1996. Changing our schools. Buckingham: Open University Press.
Taylor, F. W. 1947. Principles of scientific management. New York: Harper and Row.
The National Assembly for Wales. 2004. National Standards for Headteachers. Wales: The
National Assembly for Wales.

Wahid Hashim. 2007. Pelan paling kritikal. Utusan Malaysia, 17 Januari: 10.
Weber, M. 1947. in t. Parsons (ed), The theory of social and economic organization. New York:
Collier-Macmillan.
Zaiton Md. Noor. 2001. Masalah pengurusan sekolah yang dihadapi pengetua dan guru besar
yang baru dilantik. Tesis Sarjana., Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zakaria Abdullah. 1996. Indikator pemimpin cemerlang: satu analisis pengurusan. Jurnal
Pengurusan Pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/kepimpinan-pendidikandan-pengurusan.html
SUNDAY, 16 SEPTEMBER 2012

Gaya kepimpinan GB
PEMBANGUNAN SEKOLAH
Pengetua atau Guru Besar merupakan pemimpin utama yang diberi amanah untuk mengerak dan memacu
kejayaan sesebuah sekolah dengan sokongan padu dari semua pihak iaitu guru-guru , pelajar , Persatuan
Ibubapa dan Guru serta komuniti setempat. Gaya kepimpinan yang patut diamalkan hendaklah
bersesuaian dengan iklim sesebuah sekolah serta persekitarannya. Gaya kepimpinan merupakan elemen
penting untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan.
Empat ( 4 ) sifat kepimpinan Kouzes & Posner ( 2002 ) menyatakan bahawa seseorang pemimpin itu harus
memiliki sifat jujur , kompeten dan insring hendaklah dijadikan asas panduan semasa melaksanakan
amanah dan tanggungjawab di sekolah. Sifat-sifat ini berkeupayaan mendapat penghormatan dari orang
yang dipimpin ( bawahan ). Jujur bermaksud melaksanakan amanah dan tanggungjawab semata-mata
kerana Allah swt dan bukan kerana maknusia. Allah swt yang mengangkat darjat kita menjadi Pengetua
atau Guru Besar dengan izin serta rahmatnya. Darjat yang diberi itu akan dihisab kemudian hari kelak
( akhirat ). Berwawasan bermaksud mempunyai visi dan misi yang jelas serta mampu untuk dicapai
berdasarkan kemudahan yang ada. Segala tindakan hendaklah telus dan berdasarkan peraturan yang
ditetapkan dan bukan atas dasar emosi yang tidak terkawal atau sifat-sifat yang dicela oleh Allah swt.
Kompeten pula bermaksud mempunyai daya saing yang berlandaskan prinsip dan peraturan yang sedia
ada. Daya saing yang baik dan bukan dengan jalan yang menindas orang lain. Inspring pula bermaksud
keupayaan untuk mengerak dan motivasi orang bawahan supaya sama-sama berusaha untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Kata-kata ransangan yang baik jika digunakan dengan sempurna sudah
pasti dapat membuka minda orang bawahan untuk meningkatkan profesionalisma serta meningkatkan
produktiviti. Elemen ganjaran atau pujian amat sesuai digunakan untuk meningkatkan motivasi.
Pedagogi leadership ( Sergioranni - 1998 ) menyatakan kepimpinan pedagogi mengandungi tiga ( 3 ) aspek
penting iaitu moral purpose , relationship building danknowledge creater. Nilai moral dan berektika semasa
menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir amat penting kerana orang bawahan tidak akan hormat

dan patuh kepada arahan atau saranan yang diberi jika moraliti pemimpin randah. Relationship
building bermaksud membina perhubungan dua hala yang baik dan bukan membina tembok pemisah
antara pentadbir dengan pihak-pihak yang berkepentingan khasnya ibubapa pelajar. Sikap angkuh ,
sombong dan bongkak tidak harus ada dalam diri setiap pentadbir. Sikap sibuk mencari kelemahan atau
kesalahan orang lain adalah punca terputusnya hubungan siratulrahim. Knowledge creater bermaksud
pencetus budaya mencari ilmu pengetahuan sepanjang hayat dikalangan orang bawahan dan bukan
menghalang sesiapa sahaja yang ingin mencari ilmu pengetahuan. Buang perasaan cemburu yang negatif
atau akulah yang lebih tahu atau lebih bijak.
Empat ( 4 ) dimensi kepimpinan pengajaran ( southworth 2002 , Blase & Blase 2000 ) menekankan
bahawa empat dimensi itu adalah :
1.
2.
3.
4.

Menetapkan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak sekolah - Visi dan misi sekolah.
Menggalakkan perkembangan profesionalisma guru-guru.
Berbincang dengan guru tentang aspek pengajaran berkesan.
Menggalakkan gurumembuat refleksi keatas setiap sesi pengajaran.
Kepimpinan Tranformasi ( Bass 1985 , Leithwood 1992 ). Mereka menyatakan bahawa kepimpinan
tranformasi mementingkan :

1.
2.
3.

Sifat-sifat dan tingkahlaku unggul.


Keupayaan memberi inspiring dan motivasi kepada orang bawahan.
Bertimbang rasa.
Sifat-sifat ini boleh mengubah komitmen dan daya usaha orang bawahan kerana kepimpinan yang unggul
menjadi teladan yang baik kepada orang lain. Memberi inspiring dan motivasi kepada orang bawahan amat
penting jika tidak mereka akan berada dalam zon selesa tanpa membuat sebarang perubahan serta
berpuas hati dengan apa yang sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menjadi statik
dan akhirnya sampai ketahap menjemukan serta bosan. Bertimbang rasa adalah kunci utama yang harus
diberikan perhatian dalam apa juga tindakan yang dilakukan. Sikap menekan dan mencari kesalah orang
lain menjadikan suasana persekitaran pekerjaan menjadi tidak selesa dan akibatnya produktiviti menurun.
Pengetua atau Guru Besar harus memiliki sifat dab tingkahlaku unggul iaitu :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Mempunyai wawasan yang jelas dan mampu dicapai.


Bertindak berdasarkan perancangan strategik yang telah disediakan.
Bersikap pragmatik.
Mengamalkan pendekatan penyelesaian masalah.
Mempunyai semangat dan dedikasi yang tinggi.
Keterampilan yang tinggi dalam pelbagai bidang.
Menjalankan penyeliaan keatas pengajaran dan pembelajaran guru.
Mengupayakan ( empowering ) orang bawahan.
Bertindak berdasarkan keputusan mesyuarat.
Kejelekitan yang tinggi dikalangan staf.
Tindakan yang diambil harus berkesan dan mewujudkan kemenjadian dalam pelbagai bidang iaitu
akademik , kokurikulum , hal ehwal murid , keceriaan sekolah dan nama baik sekolah harus dijaga dan
disiram sepanjang masa. Oleh itu Pengetua atau Guru Besar harus mengamalkan budaya tindakan
berkesan antaranya ialah :

1.
2.
3.
4.

Menetapkan matlamat yang hendak dicapai.


Menetapkan dasar , norma dan nilai yang perlu dipatuhi oleh guru dan komuniti.
Memperikan tumpuan kepada pengajaran guru dalam kelas.
Menetapkan dasar semua aktiviti yang dijalankan selari dengan matlamat , norma dan tujuan
Dasar Pendidikan Negara.
5.
Membuat penyeliaan terhadap pengajaran guru - pencerapan.
6.
Mengawal masa pengajaran disekolah supaya tidak diganggu oleh gangguan yang tidak penting
atau perlu.
7.
Menekankan komunikasi dua hala yang berkesan dan membuat keputusan bersama staf melalui
mesyuarat pengurusan sekolah.
8.
Membuat perancangan akademik yang rapi - Program sepanjang tahun untuk setiap aliran dan
bukan memberikan tumpuan kepada satu atau dua elemen sahaja.
9.
Memberikan pengiktirafan kepada pencapaian akademik pelajar dalam setiap peperiksaan yang
dikendalikan oleh pihak sekolah. Contohnya Program Permata SKTBI - calun 5A / 7A.
10.
Memberikan kesedaran kepada komuniti khasnya ibubapa pelajar tentang pentingnya pencapaian
akademik. Program Keibubapaan , Bicara Akademik , Majlis Muafakat , Program Transisi - ibubapa
bersama pihak pentadbir sekolah dan lain-lain.
Keimpulannya kepimpinan Pengetua atau Guru Besar berkesan perlukan = 4 sifat kepimpinan Kouzes &
Posner - 2002 + Kepimpinan Pedagogi ( Sergiovanni 1998 ) + 4 sifat kepimpinan pengajaran ( Southworth
2002 , Blase & Blase 2000 ) + Kepimpinan Tranformasi ( Bass 1085 , Leithwood 1999 ).
Jika semua faktor yang dinyatakan dapat dihayati dan damalkan sudah pasti sekolah boleh menjadi
Sekolah Harapan Negara , Sekolah Cemerlang , Sekolah Bestari , Sekolah Kluster atau Sekolah
Berprestasi Tinggi. Jadi terpulanglah kepada individu yang bergelar Pengetua atau Guru Besar yang
diberikan amanah oleh Allah swt untuk membuat pilihan. Wallahhualam ....... sekian.
Posted 23rd March 2010 by Ishak Bin Osman
Labels: Fail

http://ishaksktbi.blogspot.com/2010/03/gaya-kepimpinan-pengetua-dan-gurubesar.html

GURU & GAYA KEPIMPINAN EFFEKTIF


SIRI KEPIMPINAN
GURU DAN GAYA KEPIMPINAN EFFEKTIF
OLEH:RUZAIN SYUKUR B MANSOR
(B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM, KPLI j-QAF IPTEKNIK)
http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com

Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab.Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar
tetapi juga merupakan pemimpin.Secara sedar atau tidak sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus
ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.

Pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang
baik dengan kelompok yang dipimpin.Ibarat kepala memimpin badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada
pemimpin bagi mencernakan ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi.Itulah jugalah corak
kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman .Maka di peringkat sekolah sudah tentulah guru
besar yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin kepada semua komuniti samada pendidik, pentadbir serta
murid-murid.

Pemimpin
berjiwa
rakyat
berpekerti
mulia
seharusnya
didasari
oleh
himpunan
ciri-ciri
pekerti terpuji.Maka berikut diperincikan beberapa ciri terpenting yang harus wujud bagi setiap pemimpin hatta pendidik
di sekolah.

Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada
agama.Tidak kiralah samada guru besar atau pemimpin tersebut beragama Islam, Kristian, Hindhu ataupun Buddha,
kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh.Bertitik
tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan agama yang
dianuti.Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya memberikan kekuatan jatidiri kepada pemimpin
tersebut di dalam memimpin sesebuah organisasi terutama memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah.

Selain itu, di antara ciri seorang pemimpin ialah berilmu pengetahuan yang luas.Ilmu tersebut merangkumi
ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa.Ilmu ikhtisas
pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti pendidikan dibawahnya seperti guru, kakitangan
sekolah, serta murid dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi
aspirasi pendidikan negara.Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan komunikasi amat diperlukan oleh
pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan
baik di samping dapat mengelakkan konflik.Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal
menjadikan minda pemimpin akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang mendatang.Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya guru yang pakar di bidang pengurusan
serta bidang profesionnya.

Di Antara ciri terpenting lain yang juga harus wujud di dalam diri pemimpin di sekolah ialah mereka harus
mempunyai ketinggian peribadi.Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan
bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur .Komen dan
kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang.Ketinggian
peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan
layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah.Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak
mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti yang tinggi.

Perkara di atas akan membawa kepada ciri seterusnya iaitu mempunyai pengaruh melalui tauladan.Pengaruh
melalui tauladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa yang
diungkapkannya.Pemimpin ulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada komuniti di bawahnya melalui
perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk diteladani oleh semua.Pemimpin berjiwa rakyat sebegini
akan dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui
tauladan.Sebagai contohnya pemimpin yang ingin melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti
menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada yang lain.

Selain itu, pemimpin yang mempunyai ciri pemimpin budiman harus memiliki visi dan misi yang jelas di dalam
membangun dan mentadbir sesebuahorganisasi.Ini kerana dengan kemampuan untuk membentuk visi dan misi yang
jelas, barulah mudah seseorang pemimpin itu untuk membawa komuniti yang dipimpinnya ke arah mercu yang
direncanakannya.Contohnya, bagi pemimpin unit dan organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti
berusaha membawa organisasi di bawah tanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh
yang lain.

Bagi menjadikan pemimpin itu berkredibiliti tinggi , mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang
effektif.kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan mencapai
sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya.Guru besar yang budiman harus mampu untuk membimbing kakitangannya
bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti .Guru-guru muda terutamanya yang baru mula bertugas
terutamanya dibimbing agar cepat menyesuaikan diri di dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangan dirinya
sebaik mungkin.Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus
kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan budaya
kajian tindakan.

Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai
pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Seseorang pemimpin
hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada
semua pihak yang lain. Ia juga hendaklah terbaik kepada orang-orang yang dibawah pimpinannya dan semua yang
terlibat dengan keputusannya secara langsung ataupun tak lansung.Sebagai contohnya apabila seseorang guru besar
telah mengenal pasti beberapa masalah disiplin yang dilakukan oleh seorang guru, haruslah disiasat dan diberi
pertimbangan rapi berasaskan fakta dan bukti.Andainya wujudnya keraguan munasabah yang menepati tatacara
tatatertib, maka pemimpin tersebut harus membuat keputusan berbentuk amaran, penggantungan kerja
atau sebagainya.Ini bagi mengelakkan kesalahan tersebut menjadi barah lantas menimbulkan sesuatu yang tidak
diingini.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana ciri-ciri pemimpin di sekolah dapat diterjemahkan melalui kupasan
ringkas tetapi berinformasi di atas.Pemimpin di sekolah harus mempunyai ilmu dan kemahiran tinggi di dalam aspek
memimpin organisasi di samping cemerlang dari sudut sahsiah dan peribadinya
* Ruzain Syukur B Mansor merupakan graduan Pengajian Ilmu Wahyu , UIAM
Sebarang
perkongsian
boleh
dihantar
blog http:// akademipenulisbebas.wordpress.com

ke

ruzainsyukur_mansor@yahoo.comatau

layari

http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/11/24/guru-gaya-kepimpinaneffektif/

Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah


Oleh : Mohd Yazid Yusoff
Yayasan Islam Kelantan.
Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam
merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah
adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah
tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita.
Dengan yang demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap dibincang oleh
masyarakat, walau apa pun bentuk dan taraf seseuatu masyarkat itu. Negara tidak
akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Kalau sistem dan carta
organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita
negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang
begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Negara hanya tinggal terukir
di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah sematamata. Oleh yang demikian untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara,
perlulah segenap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab menerima tugas
dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai seorang guru besar atau
pengetua yang bertanggung jawab secara langsung di sekolahnya.

Hari ini ramai juga orang memperkatakan tentang kewibawaan guru besar atau
pengetua (kedua-dua dirujuk sebagai pengetua) di sekolah. Macam-macam
pendapat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Seolah-olah pengetua sahaja
yang memainkan peranan tanpa dikaitkan dengan persekitaran dan sosio-budaya
masyarakat setempat. Walaupun banyak elemen yang berkaitan dengan
perkembangan pendidikan seeorang pelajar, tetapi kalau masing-masing
mengetahui dan menginsafi tetang tugas dan tanggungjawabnya, kita yakin,
Falsafah Pendidikan Negara akan terlaksana dan kita akan dapat menuju ke satu
era kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara akan berlaku secara seimbang di
antara, emosi, jasmani, rohani dan intelek. Untuk itu, di sini kita cuba bincangkan
tentang tugas dan tanggungjawab seorang pengetua dalam mencapai tugas dan
matlamat itu.

Peranan Pengetua
Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah.
Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang
pemimpin. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah
pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan
adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Ketiga-tiga konsep itu, kita perlu
memahami dan menghayati dengan jelas. Sebagai seorang pentadbir, yang
melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses
kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang
tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya seperti mana
yang telah dijelaskan oleh SIONDANG(1981). Manakala SYUKUR (1988)
menjelaskan pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian
besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk
melahirkan kecekapan dalam organisasi.

Kedua-dua konsep pentadbiran yang dikemukan oleh kedua-dua orang tadi adalah
tidak lari dengan persepakatan. Tanpa melibatkan proses kerjasama maka
pentadbiran dalam erti kata sebenarnya tidak berlaku di sekolah. Oleh itu, seorang
pengetua yang berkesan hendaklah melaksana pentadbiran dengan melibatkan
sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi . Mudah digauli dan
menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Konsep "The boss is the boss"
dalam zaman sekarang ini perlu dibuang terus dalam pemikiran pengetua. Zaman
bercorak pentadbiran kolonial British telah berakhir. Hari ini bukan lagi zaman
untuk menentukan tugas-tugas terlaksana tetapi zaman orang bercakap, berbincang
dan mengkaji tentang kualiti, keberkesanan dan kecemerlangan.

Sebagai seorang pemimpin sekolah, seharusnya mempunyai semangat dan


kesedaran yang tinggi tentang wawasan 2020. Wawasan 2020 bukanlah alat untuk
membelenggu kita di dalam `status quo'. Wawasan ini mengajak kita untuk
menjadi pelakon utama, menjadi primadona, menjadi seri panggung kepada drama
perubahan (zahid, 1994).

Pemimpin adalah rahsia kehidupan gemilang umat dan sumber kebangkitannya.


Sejarah umat adalah sejarah para pemimpin yang sedar, yang kuat jiwanya dan
tinggi kemahuannya. Demikianlah kata-kata Al-marhum Hassan Al-Banna seorang
mujahid Islam yang menjadi model dan keagungan pemimpin Islam pada zaman
moden. Dari sini jelas kepada kita bahawa seorang pemimpin hendaklah
mempunyai daya kesedaran yang tinggi dan mempunyai jiwa yang kuat dan
mempunyai cita-cita yang tinggi.

Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha


peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa
melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,1994).
Melalui kata-kata bekas Pegawai Khas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ini,
dapat kita simpulkan bahawa seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan
sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang
berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah
begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya
juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan
produk yang berupa barangan (goods). Pengetua terpaksa berhadapan dengan guruguru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah
masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengetua terpaksa
berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid dan
masyarakat.

Ke atas
Teori kepemimpinan
Beberapa teori kepemimpinan telah muncul dan banyak dibahaskan oleh golongan
bijak pandai dalam usaha uuntuk melahirkan kepemimpinan yang berkesan. Di
antaranya ialah teori kepemimpinan karismatik. Kini, teori karismatik tidak lagi
merupakan sebagai angkubah utama untuk kejayaan kepemimpinan pengetua.
Teori ini adalah terkenal dan menjadi panduan pada peringkat awal pengkajian
dahulu setelah melihat kepada perkembangan sejarah bahawa pemimpinpemimpina yang terkenal adalah terdiri dari mereka yang mempunyai peribadi

yang menarik dan disenangi. Walaupun teori ini bukanlah faktor penentu kejayaan
dalam kepemimpinan hari ini tetapi ini adalah asas yang perlu ada kepada seorang
pemimpin.

Satu lagi teori kepemimpinan yang selalu dibincangkan ialah teori perhubungan
kemanusiaan. Dalam teori ini, pemimpin yang berjaya adalah terdiri dari pemimpin
yang dapat memberi perhatian yang berat kepada tugasnya, dan mewujudkan
kerjasama dengan orang-orang bawahannya. Di sini kita dapati sekiranya seorang
pemimpin itu tidak menghargai pandangan dan usaha orang-orang di bawahnya
maka tentunya kerjasama tidak akan berlaku dan dengan itu nescaya tidak akan
dapat melahirkan satu bentuk kepemimpinan yang berkesan. Dalam konteks
sekolah, guru-guru di bawah seliaannya mungkin mempunyai pandangan dan idea
yang lebih bernas dari dia sebagai seorang pemimpin. Oleh itu pandangan dan sifat
kepemimpinannya tidak sepatutnya bersifat autokratik. Sifat ini tidak akan
melahirkan corak kepemimpinan yang berkesan tetapi di sebaliknya akan lahir
guru-guru yang bersifat kayu mati (dead woods) kerana mereka akan bosan dengan
kerenah seorang pengetua yang tidak mahu mendengar pandangan dan buah fikiran
orang lain, kerana menganggap dia adalah lebih bijak dan pandai dari orang di
bawah kawalannya.
Mcgregor pula telah memperkenalkan teorinya yang dipanggil teori X dan teori Y.
Dalam teori ini secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa sekiranya seseorang
pemimpin (pengetua) itu menganggap orang-orang bawahannya malas dan tidak
bertanggungjawab, maka lama-kelamaan mereka akan menjadi sebagai orang
malas dan tidak bertanggungjawab. Di sebalikya, jika pemimpin itu menganggap
orang-orang di bawahnya itu rajin dan bertanggungjawab, maka mereka akan lahir
sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dalam teori ini konsep
menghargai dan meletakkan martabat orang-orangnya adalah juga sebagai penentu
kejayaan sesuatu kepemimpinan itu.

Setelah melihat kepada teori-teori tadi banyak diperbahaskan, maka timbul pula
satu teori yang lebih menjuruskan kepada keadaan semasa. Teori ini dipanggil teori
Kepemimpinan Mengikut Situasi (Situational Leadership Theories). Mengikut
teori ini, keadaan yang berbeza memerlukan kepada corak kepemimpinan yang
berbeza. Melalui teori ini dapatlah kita rumuskan bahawa pengetua hendaklah
pandai dengan budaya dan suasana persekitaran. Setiap sekolah mempunyai iklim

sosial yang berbeza. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Bermula dari suasana
dalam sekolah, persekitaran di luar sekolah, budaya masyarakat setempat dan
sebagainya. Oleh itu pengetua hendaklah bijak menggunakan daya kepemimpinan
yang ada padanya. Pengetua harus bijak supaya tidak timbul satu kejutan
kepemimpinan yang boleh menimbulkan ketegangan kepemimpinan oleh guruguru dan masyarakat sekitar.

Sifat kepengetuaan
Walau apa teori pun tidak semudah seperti yang diperkatakan oleh teori itu.
Penentu kepada kejayaan bukan hanya satu sahaja, tetapi kesemuanya adalah
berasaskan kepada kebijaksanaan pengetua dan peka dengan keadaan
sekelilingnya. Mencari punca sesuatu masaalah dan menyelesaikan berasaskan
kepada punca-punca itu adalah penting.
Dalam hal ini maka tidak timbulah seorang pengetua yang ditafsirkan sebagai suka
mencari kesalahan. Seorang pengetua bukan ditugaskan untuk mencari kesalahan,
tetapi untuk mengubati masalah. Membimbing mereka ke arah atau hala tuju yang
betul secara klinikal Maka untuk inilah memerlukan daya kepemimpinan yang
tinggi.

Sebagai seorang pengetua, sudah semestinya mahu menjadi seorang pengetua yang
berkesan. Seorang pengetua yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan
pelajar yang berkesan. Sifat pengetua yang menekankan kepada jenis
kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang
pengetua. Seorang pengetua yang mengutamakan corak kepimpinan yang
demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Dia mengambil kira
dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah
kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari ideaidea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting
dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja
dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang
di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya

menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan
rajin bekerja.

Sebagai seorang pengetua yang demokratik, dia juga hendaklah mampu


mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Dia adalah
sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di
bawahnya, seorang pengetua hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan
minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga
dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, pengetua itu seharusnya
mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama
dalam satu kumpulan kerja.

Sebagai seoarang pengetua yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di


atas tadi, dia juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat
berkomunikasi secara terbuka, seorang yang peramah mesra. Sentiasa
menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Mempunyai komunikasi
dua hala.Tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik.
Pengetua sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah
menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa
batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissezfaire. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi
kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas
untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan
pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.

Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa,
Pengetua adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Kalau pengetua
sudah tidak ada kredibiliti dan karisme yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk
menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam suasana yang pincang. Sekolah
adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu segalagalanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan hargamenghargai di antara mereka. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang
berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang
diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.

http://yik.itgo.com/text/pengetua.html

Anda mungkin juga menyukai