Anda di halaman 1dari 4

CATATAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 1 / Tarikh: Khamis 02 April 2015


1. ISU/ perkara yang di fokus;
Mesyuarat Pelaksanaan Kejohanan Sukan Olahraga Kali ke 12..
.
2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Sebelum mesyuarat, senarai ahli jawatankuasa dan tentatif program serta
tugas bagi setiap ahli jawatankuasa telah disediakan oleh setiausaha sukan..
Pn Hjh Fazidah bte Mohamad, selaku Penolong Kanan Kokurikulum, telah
mempengerusikan mesyuarat dan dapat menerangkan dengan lebih tepat
tentang kehendak program. Mesyuarat berjalan dengan lancar, setiap tugas
guru dapat difahami dengan penerangan dan bersoal jawab.
Kekuatan
Tentatif yang disediakan telah membantu guru memahami tugas mereka
serta keperluan yang mesti disediakan sebelum perjalanan setiap slot.
Melalui perbincangan juga segala kekurangan dan masalah dapat di atasi.
Kelemahan
Mesyuarat dijalankan berasingan di antara guru sebelah pagi dan sebelah
petang. Segala keputusan mestilah mendapat persetujuan dari semua guru.
Keputusan tidak boleh dibuat pada masa itu juga. Terdapat juga

ada

beberapa tugas guru yang tiada dalam senarai jawatankuasa menjadikan


kekurangan AJK setiap pembahagian tugas.
3. Cadangan Penambahbaikan
Sebelum mesyuarat, perancangan kertas kerja program perlu diselia lebih
awal oleh GPK Kokurikulum dan juga Guru Besar bagi memastikan tiada
kesilapan teknikal berlaku.

CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 2 / Tarikh: Isnin 06 April 2015

1. ISU/ perkara yang di fokus;


Pemantauan fasi LINUS untuk Saringan 1
2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Fasi LINUS dari Pejabat Pendidikan Daerah memantau cara penandaan
instrument dan mengisi borang pelaporan.
Kekuatan
Dengan adanya pemantauan dari fasi LINUS in dapat memberi bimbingan
dan tunjuk ajar kepada guru, terutama guru yang tiada pengalaman dalam
penandaan dan mengisi borang linus ini. Ini akan dapat mengurangkan
kesalahan dari segi penandaan instrumen.
Kelemahan
Fasi linus tidak dapat membuat pemantau kepada semua guru. Hanya empat
orang guru sahaja yang dapat dipantau dan disemak segala instrument. Guru
juga tidak bersedia dengan kehadiran fasi linus ini menyebabkan guru tidak
menyediakan segala instrument dengan baik. Ini menyebabkan guru
mengambil masa yang lama untuk menyedaiakan segala keperluan. Selain
daripada itu juga fasi linus tidak boleh berbincang secara terperinci kerana
guru terpaksa masuk kelas.

4. Cadangan Penambahbaikan
Pihak fasi linus hendaklah memberitahu kepada pihak sekolah tentang
pemantauan yang hendak dibuat supaya semua guru bersiap sedia segala
instrument dan borang-borang . Guru-guru juga hendaklah sentiasa bersedia
dan menyediakan BBM ketika pdp dijalankan. Guru-guru juga hendaklah
membuat saringan linus ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 3 / Tarikh: Rabu 15 April 2015


1. ISU/ perkara yang di fokus;

Taklimat dari guru besar rentetan aduan seorang penjaga yang anak beliau
dipukul oleh guru.
.
2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Guru hendaklah menjaga tingkahlaku ketika bersama murid. Guru tidak boleh
memukul murid kecuali kepada guru yang berkenaan sahaja. Guru didakwa
telah memukul anak beliau sehingga menunjukkan kesan kepada murid
tersebut. Penjaga murid itu telah membuat aduan di balai polis dan Pejabat
Pendidikan Daerah. Rentetan dari adauan itu pihak pegawai PPD telah
membuat lawatan ke sekolah. Masalah dapat diselesaikan dengan mohon
kemaafan kepada penjaga tersebut.
Kekuatan
Memberi kesedaran kepada semua guru, guru hendaklah mengawal
tingkahlaku ketika berada di sekolah. Guru tidak boleh memukul murid
sesuka hati. Guru besar juga memberi garis panduan kepada guru cara-cara
mengawal emosi dan guru hendaklah memberitahu kepada murid mengapa
mereka didenda.
Kelemahan
Di sini guru tidak boleh mengambil tindakan kepada murid sekiranya murid
membuat kesalahan. Ini akan menyebabkan murid merasa mua. Selain
daripada itu juga guru yang didakwa akan merasa malu dan ini mungkin akan
menjejaskan emosi guru tersebut.
3. Cadangan Penambahbaikan
Mengadakan sesi kaunseling kepada murid bermasalah dan juga kepada
guru yang stress. Juga mengadakan ceramah tatatertib dikalangan guru.

CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU 4 / Tarikh: Isnin 20 April 2015


1. ISU/ perkara yang di fokus;
Kursus FROG VLE
2. Analisa Isu / perkara yang difokus.
Membuka minda pengetahuan tentang FROG VLE. Di bawah projek
1BestariNet, sekolah-sekolah dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu
yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran

dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana
juga, dengan adanya sambungan Internet.
Kekuatan
Kebaikan kepada guru iaitu Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan
direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan
dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri
maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan
pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda
dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda
melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
Kebaikan kepada murid pula maksimumkan masa dan mulalah merancang
dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap
masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan
fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda
dengan rakan sekelas atau guru melalui forum.
Kebaikan kepada ibu bapa pula kuti perkembangan acara sekolah, laporan
PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis
sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman
Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen
penting lain mengikut keselesaan mereka.
Kelemahan
Kurang pendedahan kepada guru. Guru kurang mahir untuk melaksanakan
program ini. Pengajaran menggunakan program memerlukan masa yang
agak panjang untuk membina rph dan bahan media. Kelajuan internet yang
agak terbatas menyukarkan guru membuat bahan yang menarik.
3. Cadangan Penambahbaikan
Mengadakan kursus dan pendedahan kepada guru tentang pembinaan Rph
menggunakan Frog ini. Selainkan daripada itu pihak sekolah hendaklah
melantik mentor untuk tujuan pengajaran .

Anda mungkin juga menyukai