Anda di halaman 1dari 1

1.

Berdasarkan rangkap ke-3 sajak nyatakan kelebihan sang gembala kuda.


[ 3 markah ]
Berdasarkan rangkap ke-3 sajak, antara kelebihan sang gembala kuda
ialah dia seorang yang mempunyai suara yang nyaring mengalahkan
suara kuda.
Selain itu, dia juga seorang yang berani dan yakin
menunggang kuda. Akhir sekali penunggang kuda merupakan seorang
yang bijak menggunakan tipu helah.

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang terbaik untuk menjaga


haiwan peliharaan.
[
3
markah]
Pada pendapat saya cara yang terbaik untuk menjaga haiwan peliharaan
adalah dengan memberi makan mengikut jadual pemakanan haiwan bagi
mendapatkan nutrisi yang secukupnya..
Selain itu kita juga perlu
memberi rawatan sekirangan haiwan tersebut sakit untuk memastikan
tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Akhir sekali kita perlu
mengelakkan daripada memberi tekanan kepada haiwan agar emosinya
stabil.

3. Jelaskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.


[ 3 markah ]
Antara nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas ialah keberanian
contohnya sang gembala kuda berani menunggang kuda. Selain itu
terdapat juga nilai kepatuhan seperti kuda yang patuh kepada arahan
tuannya. Seterusnya nilai tanggungjawab yang dapat dilihat pada sang
gembala kuda yang memberi makan kepada kuda tunggangannya.