Anda di halaman 1dari 3

Negeri Perak 2011

Bahagian A
Soalan 1
1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam
kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini
akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks Malaysia dan cara-cara memupuk
perpaduan di sekolah.
Soalan 2
Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna.
Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Huraikan.
Bahagian B
Soalan 3
Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan
pelbagai penyakit berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit
berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya.
Soalan 4

Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen


sangat penting. Namun begitu, pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin
memberi risiko kepada kesihatan badan. Bincangkan
Bahagian C
5 (a) Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, Prof. Madya Dr Muhammad Nor Omar, berkata tidak
perlu mempertikaikan soal kemampuan penyelidik muda atau lama kerana bidang
penyelidikan bukan pentas mencipta kepentingan peribadi. Beliau berkata, bidang itu menjadi
platform mereka berbakti kepada kehidupan sejagat melalui sumbangan ilmu dan penemuan
terbaru yang sentiasa dipertingkatkan bagi manfaat bersama. Gandingan bersama golongan
penyelidik muda dan penyelidik lama membantu mereka belajar dan melonjakkan lagi hasil
penemuan
(Disesuaikan daripada Ruhaiza Rusmin, Pengkelasan Bawa Impak Negatif ,
My Metro, April 2009)
i. Apakah keutamaan penyelidik dalam menghasilkan sesuatu Penyelidikan dan
pembangunan ?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan Penyelidikan
dan Pembangunan kepada negara kita.

5 (b) ... Seseorang itu dianggap patriotik apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri
patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam dunia globalisasi
dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotik amat penting sekali. Tun Dr
Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita
dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama
dalam sejarah saja ...
(Disesuaikan daripada Kepentingan Kemerdekaan Terhadap Masyarakat:
generasipascamerdeka2010.blogspot.com)
i. Apakah elemen penting yang mampu mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
kita ?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan cara-cara untuk
memantapkan patriotisme dalam kalangan pelajar.
6 (a) Peningkatan purata suhu atmosfera di permukaan bumi menyebabkan suhu laut
meningkat dan bakal mengancam terumbu karang di lautan. Apabila terumbu karang musnah,
ikan-ikan yang bergantung kepadanya juga akan mati. Lautan adalah penyerap utama gas
karbon dioksida (CO2) daripada atmosfera. Peningkatan penyerapan gas CO2 ini
menyumbang secara langsung kepada turunnya nilai Ph air laut. Proses pengoksidan air laut
ini akan memberi kesan kepada hidupan marin.
(Disesuaikan daripada : Era Hijau,
Jun 2007)
i. Jelaskan bagaimana pemanasan global boleh memberi kesan kepada hidupan marin.
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kemusnahan dan perubahan habitat hidupan marin.
6(b) Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding di
Malaysia yang penggunaannya masih belum begitu popular. Berdasarkan kajian, antara sebab
utama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah kerana kos peralatan dan
penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga manusia seperti jurutera dan
juruteknik yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser juga kurang ...
(Disesuaikan daripada Nurbalqis Hayati binti Ahmad Najih,
Penggunaan Teknologi Laser.
Rencana Sains dan Teknologi, 2007)
i. Jelaskan mengapa penggunaan teknologi laser masih kurang digunakan di Malaysia.
i. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
penggunaan laser dapat memberi sumbangan kepada kehidupan manusia

Bahagian E
9.

Berdasarkan jadual berikut, huraikan perubahan kes keganasan rumah tangga


mengikut negeri-negeri terpilih di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2005 (anggaran).
Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membendung gejala ini.
Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri 2003 hingga 2005*
Negara
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Perak
Pulau Pinang
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jumlah
* Anggaran

2003 (kes)
42
28
22
101
30
31
108
114
59
535

2004 (kes)
74
22
23
107
35
24
83
150
40
558

2005* (kes)
66
42
32
77
53
36
105
61
36
508

Disesuaikan daripada
Jabatan Kebajikan Melaka, Tahun 2006)

10 Berdasarkan carta di bawah, berikan kesan rangkaian sosial dalam talian ke atas
pengguna teknologi laman web.
Kesan Rangkaian Sosial Dalam Talian

Internet
Kos Murah
Membina
Kredibiliti

Hubungan

Kurang
Rahsia

KEBAIKAN

Laman
Sesawang

KEBURUKAN

Gangguan
Membuang
Masa

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dr Maslin Masrom,


Rangkaian Sosial Dalam Talian, Dewan Kosmik, Januari 2009

Anda mungkin juga menyukai