Anda di halaman 1dari 2

Program Terapi Kesunyian bersama LPPKN

12 Februari 2015 (Khamis), Warga Emas Kompleks Asnaf MUIP dipilih oleh pihak
Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga Negara, LPPKN menjadi perintis
untuk Program Terapi Kesunyian dikalangan Warga tua.
Mengikut kajian, Kesunyian dikenalpasti sebagai masalah kesihatan mental utama
warga tua. Warga tua berisiko mengalami kesunyian kerana kehilangan dan
perubahan hidup. Kurangnya sokongan sosial, ketidakupayaan fizikal, dan penyakit
kronik boleh meningkatkan lagi risiko kesunyian di kalangan warga tua. Warga tua
yang tinggal berjauhan daripada keluarga atau ditempatkan di institusi penjagaan
warga tua lebih terdedah kepada kesunyian.
Berdasarkan pernyatan ini pihak LPPKN telah diberi tanggungjawab oleh
Kementerian Pembangunan Wanita untuk melaksanakan program-program yang
berkaitan untuk mengurangkan risiko kesunyian dikalangan warga emas. Oleh yang
demikian, hasil kerjasama erat antara LPPKN Kuantan dengan pihak Kompleks Asnaf
MUIP sebelum ini, pihak LPPKN telah menawarkan program perintis ini dijalankan
bersama warga emas di Kompleks Asnaf MUIP.
Sepanjang program dijalankan, kesemua warga emas kelihatan gembira dan ceria;
lebih lebih lagi program tersebut dibuat di tepi pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
Antara pengisian dalam program tersebut adalah taaruf atau sesi perkenalan
diantara warga Komplek Asnaf MUIP dean pihak LPPKN, membuat kraftangan
origami untuk menguatkan kembali otot psikomotor dan kenangan lalu mengusik
jiwa yang memperdengarkan lagu-lagu klasik tahun 50-60 an. LPPKN turut
menjemput tukang-tukang urut terlatih dari MAMACare LPPKN untuk memberi
khidmat urutan refleksologi percuma kepada peserta pada hari tersebut.
Fatimah atau lebih dikenali dengan nama Tok Ma yang ditemui memaklumkan
sangat seronok dengan program yang dijalankan di luar kompleks kerana boleh
berekreasi di luar dan menjadi terapi untuk menyegarkan kembali perasaan. Dia
juga berkata aktiviti yang di atur oleh pengurusan Kompleks Asnaf MUIP sarat
dengan aktiviti yang baik dan bermanfaat untuk warga emas sepertinya. Ia ibarat
kita berada di tempat yang penuh dengan emas permata, jika kita tidak berusaha
untuk mengutip permata tersebut maka sia-sia sahaja keberadaan kita disitu,
sampai masa bila emas-emas permata tersebut semakin hilang baru kita sibuk
mencari-cari; begitu analoginya untuk sahabat-sahabat yang tinggal sekali di
Kompleks Asnaf tetapi tidak berusaha untuk mengikuti setiap program.
Komplek Asnaf MUIP sangat-sangat menggalakkan kerjasama sebegini untuk
memberikan khidmat terbaik kepada institusi warga emas yang dipelopori oleh
orang Islam seperti ini. Program ini dirancang dapat dilaksanakan setiap bulan
sehingga akhir tahun 2015.
Disediakan Oleh,

Nor Rosyidah binti Mohamed Tahir


Pen. Pengurus Kompleks Asnaf MUIP.