Anda di halaman 1dari 82

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2

SEJARAH TINGKATAN DUA


BAB 1 C KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pengaruh British di Kedah


(Teks m/s: 4-6)
sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
Kedah pula terletak di bawah naunganSiam
terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah
terutamanya di PulauPinang
Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah
a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat
membaiki kapal
pedagang singgah sebelum belayar keCanton,China
tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar
sepertiChina
teh dariChinadiperlukan oleh SHTI
Chinaperlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan
Melayu
c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankanIndiadari
serangan Perancis
Ancaman-Ancaman di Kedah
Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha
mengekalkan kedaulatan Kedah dariBugis,SiamdanBurma
i) Ancaman Bugis Dari Selangor
akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan
takhta antara pembesar-pembesar
keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah

tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda
Kedah
kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak
gahara
kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang
Sultan Muhammad Jiwa
tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan
Alor Setar
Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain
Sullivan and de Souza
tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala
Kedah
firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah
menyerang Bugis di Selangor
(ii) Ancaman Siam
Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepadaSiamsemasaSiamberperang
denganBurma(1753-1781)
selepas perang tamatSiammenjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah
menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
Kedah berasa terancam
Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI
sanggup melindungi Kedah dari ancamanSiam
Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan
dan pangkalan tentera
SHTI bersetuju untuk membantu Kedah
Francis Light di Pulau Pinang
(Teks m/s: 7-9)
SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki
Pulau Pinang sebagai pucuk dicita ulam mendatang
Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan
Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan
syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union
Jack diadakan
nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis
Light
ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetowniaitu sempena nama Raja
EnglandC King George III
tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu
Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh

SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah


SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada
sultan sebagai pampasan
Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi
tahun 1786Siammenakluk Patani dan mengancam Kedah
Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam
perjanjian 1786)
SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan denganSiam
Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan PulauPinangkerana
tidak menenpati janji
Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah
oleh Sultan Abdullah
Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai
untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah
di Seberang Perai
Sultan Abdullah tewas
Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan
Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
- sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada
Sultan Abdullah
- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama
SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)
2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau
Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung
makanan di PulauPinang
SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan
tentera bagi menghadapi ancamanSiam
terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan
gabenorLeithpada Jun 1800
kesan C SHTI menduduki PulauPinangdan menukar nama kepada Province
Wellesley
Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai

SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi PulauPinangdan Seberang


Perai
SHTI tidak membantu Kedah apabilaSiammenyerang Kedah pada November 1821
rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
Kedah tewas dan ditaklukiSiam
Jun 1826 RajaSiam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney
di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826
Syarat Perjanjian Burney 1826
British mengiktiraf ketuananSiamterhadap Kedah
Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di
Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor danBurma
British tidak membantu sultan Kedah menyerangSiamdan jajahan takluknya
British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau
Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepadaSiam
Siammengiktiraf pendudukan British di PulauPinangdan Seberang Perai
Perluasan Kuasa British di Singapura
(Teks m/s: 13-18)
Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal
bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga
ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
perdagangan SHTI denganChinasemakin penting
barang daganganChinaseperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup
mendapat pasaran lumayan di Eropah
SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan
untuk menguasai laluan perdagangan antaraIndiadanChina
SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan
Betawi kepada Belanda
Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada
pedagang British di Betawi
Stamfordraffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
Rafflescubamembuka pelabuhan diPalembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil
iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
merupakan sebahagian wilayah Johor
kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat
mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk
menyaingi Belanda di Betawi
Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di
Singapura
Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di
Kepulauan Melayu

Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
berada di bawah pengaruh Belanda
Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:
Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah
Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang
membenarkan British membina loji di Singapura
Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh
British
Syarat Perjanjian 30 Januari 1819
SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan
luar negeri
SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung
Abdul Rahman
SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan
kuasa Barat lain
perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah
kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan
takhta yang berlaku tahun 1812
Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal
sebagai Sultan Johor
Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku
Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara
Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan
iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul
Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (18191823) dan John Crawford (1823-1826)
Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:
tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein
dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan
pulau-pulau disekitarnya
pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John
Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
kesannya C Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi
kepada SHTI
Syarat Perjanjian 7 Jun 1823
Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul
Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau
mengutip cukai dari tongkang Cina

SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan


kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul
Rahman
undang-undang British dikuatkuasakan
Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada
SHTI buat selama-lamanya
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan
pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di
tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura
SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran
dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor
Bharu
Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu
(Teks m/s: 19-20)
Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh
Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
kesan pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi
Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
(Persetiaan London)
Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan
Melaka kepada British
British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Kepulauan Melayu terbahagi dua;
a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan kuasakuasa Barat lain
Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan
perdagangan di Selat Melaka
Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi hak British

b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda


Penubuhan Negeri-Negeri Selat C NNS (Teks m/s: 21-13
tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan
perbelanjaan
ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari PulauPinangke Singapura
alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan
Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat
pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di
PulauPinang, Singapura dan Melaka
semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di
India
kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir
seperti Tanah JajahanIndia
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya
dipindahkan pentadbiran keLondon
c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan
diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undangundang sendiri
Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS DariIndiaKe London (1867)
SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka
menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti
dengan mata wang rupeeIndiaC ini merugikan pedagang-pedagang kerana
nilai rupee rendah
Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan
Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London
Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

SEJARAH TINGKATAN 2
BAB 2

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu C NNM


(Teks m/s: 29-32)
Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM
i. Kekayaan bumi NNM
hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang
dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling
(Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang
ii. Revolusi Perindustrian
British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan
NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang
iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
Terusan Suez dibuka tahun 1869
terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
ia memendekkan perjalanan dariEngland(Eropah) keIndia, Asia Tenggara
danChina
penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa muatan
lebih banyak
iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh kuasa
Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di
IndoChina dan Sepanyol di Filipina
v. Perubahan Dasar British di London
tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London
Parti Liberal kalah
pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan kepada dasar
campur tangan di NNM
vi. Desakan Pedagang di NNM
keadaan huru-hara berlaku di NNM
antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan pergaduhan
kongsi gelap Cina
keadaan ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS kerana mereka
mengalami kerugian
akibatnya pedagang mendesak British campur tangan dan melindungi
kepentingan pelaburan mereka di NNM

tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord Kimberly
iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British campur tangan
Hubungan Antara NNS Dengan NNM
NNS sebagai pelabuhan entrepot
NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM
Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di
Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang
2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang
Campur Tangan British (Teks m/s: 33)
kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara dan tidak stabil
antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
i. Keadaan di Perak
politik tidak stabil
sebab-sebab;
a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San
buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848 oleh Long
Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut
berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut
keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah
Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan
Pesuruhjaya Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut
b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja
berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya
mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu
Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal
menjadi sultan
tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak melantik Raja
Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru
pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan
Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)
Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir
walaupun dijemput
Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak
tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir
Perak seperti Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor
kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja
Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak
Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai
sultan
permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke (Gabenor
NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai Perak
Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:
Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin kongsi
gelap Cina berunding di Pulau Pangkor

antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato
Sagor
Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerimasuratjemputan
antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan Ah Kwee (Ketua
Kumpulan Hai San)
hasil rundingan membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 30
Januari 1874
perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S. Pluto
Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:
Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua
perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu
Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada
pungutan hasil mahsul Perak
Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong
Residen
Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan
keamanan di Perak
Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:
tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam pentadbiran dan
ekonomi Perak
ii. Keadaan di Selangor
tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal
menjadi sultan Selangor
daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman
apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja Abdullah
timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman)
Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang
buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong
lombong-lombong bijih timah dibuka diKuala Lumpurdan Ampang
tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih timah
Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan keKuala
Lumpurpada tahun 1880
kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh Raja Mahadi
perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara C Perang Klang
perang audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor
keadaan bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina terlibat sama
tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang
kegiatan perdagangan Selangor terjejas
Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:
Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku Kudin untuk menamatkan
Perang Klang
Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah putera diraja Kedah,
menantu Sultan Abdul Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan
Selangor (1868)
Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja
Mahadi kerana beliau bukan anak negeri Selangor
Tengku Kudin meminta bantuan British

British mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British tetapi gagal
British terus berusaha mencari alasan untuk menempatkan residennya di
Selangor
tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak di Langat
1874 rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang Tanjung Tuan, Negeri
Sembilan) telah diserang
kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor
British membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan
Perang Klang
British mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah
naungannya
tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama
Penolong Residennya ialah Frank Swettenham
iii. Keadaan di Sungai Ujong
Sungai Ujong kaya dengan bijih timah
tahun 1872, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai
Ujong
seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah Dato
Bandar Kulop Tunggal
kedua-duanya saling bersengketa
sebab-sebab mereka bersengketa ialah;
Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan
utama ke pelabuhan Melaka
ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat
lumayan
Dato Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato Bandar
disokong kuat penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah
Sungai Ujong
Dato Kelana meminta bantuan British
tahun 1874 Dato Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan
British
syarat-syarat perjanjian ialah;
Dato Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
iii.Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah
P.J.Murray
Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan British
mengutip cukai di Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato Kelana untuk menewaskan
Dato Bandar
Dato Bandar dibuang negeri ke Singapura
British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri
Menenati
British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di setiap
daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri
Menanti
tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan yang
dipanggil Negeri Sembilan

Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu Martin
Lister
Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British
iv. Keadaan di Pahang
Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain
British mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain bertapak
di Negeri-Negeri Melayu
kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia dan Jerman
mencari tanah jajahan
Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan Pahang dari dijajah British
seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk
membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British
Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang
syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih timah di
Pahang
contoh;
Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii.Prospecting Co. (Selising)
iv.Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan
kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu
Perluasan Kuasa British di Pahang
tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri
Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi gagal
tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor untuk
memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British
Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang
British masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad
tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui
ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad
British menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima Residen
British atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan keamanan di
Pahang
akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai Residen
British
penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang
British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Pahang
Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar (Teks m/s: 44)
campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada pengenalan
Sistem Residen
antaranya;
Perak (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)

iii.Negeri Sembilan (Martin Lister)


iv.Pahang (J.P. Rodger)
ia menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British
keadaan ini menggugat kuasa sultan dan pembesar
Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri
Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara pentadbiran
(kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)
nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan
Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh pegawai British
iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)
Residen menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui bidang kuasa mereka
(perhambaan C amalan adapt turun-temurun pembesar Melayu)
2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB)
Teks m/s: 45-46
Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
Residen menjadi terlalu berkuasa
Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang
sendiri
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii)Krisis Kewangan Pahang
perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak
hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan
Selangor masalah dapat diringankan
(iii)
Perkongsian Perkhidmatan Pakar
menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan
doktor
(iv)
Sistem Perhubungan
sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara
Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
(v)
Faktor Keselamatan
mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan
Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:
Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
pusat pentadbiran Persekutuan terletak diKuala Lumpur

pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan


Pusat dan Kerajaan Negeri
diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah
persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen
Jeneral
Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan
mengikut nasihat kerajaan British
Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang
juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB
Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)
Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat diKuala Lumpur-tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak

Selangor

N9 Pahang

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan


(Teks m/s: 47-48)

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896


Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai
British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan
dan Perkhidmatan Awam
penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal
(kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen
Jeneral
Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan
sultan-sultan NNMB tidak puas hati

tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan RajaRaja Melayu bagi mengatasi masalah
ahli-ahli Durbar ialah;
Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv.4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur
Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur
Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;
Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii.Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv.Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
kesan-kesan desakan;
British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
iii.British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis
Mesyuarat Negeri
iv.Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham
SEJARAH TINGKATAN DUA
BAB 3 C NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN
BRITISH
3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu
(Teks m/s: 55-57
akhir abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru
kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia
bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan tanah jajahan
negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu danSiammenjadi
rebutan
British berasa bimbang dan tercabar
kebimbangan ini mendorong British meluaskan pengaruh ke NNMU
Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British
i.
Perancis
- ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya

- merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan mengancam


kedudukan dan perdagangan di Singapura
ii. Jerman
C berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripadaSiam
iii.Amerika Syarikat
C ingin bertapak di Terengganu
iv.Rusia
C berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang
Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu
i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan Siam
tujuan menghalangSiammenyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain
bertapak diSiam
syarat-syarat perjanjian;
Siamtidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada
mana-mana kuasa lain tanpa izin British
British mengakui hakSiamke atas negeri-negeri tersebut
British akan membantuSiamjika diserang musuh
kesan perjanjian;
gagal menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan
kuasa-kuasa lain
contoh: C tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi tanah seluas 776
996 hektar kepada Duff Development Company untuk melombong emas
Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka
petempatan di Pulau Redang
ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902
tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain
syarat-syarat perjanjian;
British mengiktiraf NNMU dibawah naunganSiam
rakyat British dilantik oleh kerajaanSiamsebagai penasihat sultan iaitu
Kelantan (W.A. Graham), Kedah ( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)
Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa
asing
kesan-kesan perjanjian;
British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU
iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam)
tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain
syarat-syarat perjanjian;
Siammenyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British
Siamtidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepadaSiam
kesan-kesan perjanjian;
NNMU diserahkan kepada British

Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan


keputusan perjanjian
Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara
(Teks m/s: 58-62)
(i) Penasihat British di Kedah
Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909
Baginda enggan menerima penasihat British
tahun 1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell
George Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di
Kedah
tindakan George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis
Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku Mahmud
berlaku percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan
George Maxwell
Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah
Tunku Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union
Jack dikediamannya
Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah
menggunakan Bahasa Melayu dalamsuratrasmi dan perundangan
suratrasmi tidak perlu ditapis
penggunaan kalendar Hijrah
cuti umum pada hari Jumaat
melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah
Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran
Kedah
menggunakan bahasa Inggeris dalamsuratrasmi dan perundangan
suratrasmi ditapis oleh Penasihat British
menggunakan kalendar Masehi
cuti umum pada hari Ahad
pelantikan pegawai British dalam pentabiran Kedah
(ii) Penasihat British di Perlis
Raja Syed Alwi membantah tindakanSiammenyerahkan Perlis kepada British
Baginda enggan menerima Penasihat British
British tidak peduli (degil)
Kapten Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British
cara untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;
Menggubal undang-undang
ii. Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai,
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi
iii.Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran
Perlis
(iii) Penasihat British di Kelantan
tahun 1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan
British
tujuan untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan

J.S. Mason dilantik sebagai Penasihat British


perubahan-perubahan yang berlaku ialah;
- tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai
British
- British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan
Polis dan Pejabat Tanah
kesan-kesan;
- pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British
(iv) Penasihat British di Terengganu
Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
Baginda menolak pelantikan Penasihat British
Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura
untuk membuat bantahan
tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British
bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Terengganu
tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu
tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu
tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British
Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan
British
British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti
Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah
dan Galian
Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
( Ittiqan C ilmuluk bi C tadil ilsuluk)
sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
mustahak ke atas raja bermesyuarat
hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri
3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British
(Teks m/s: 63-70)
Johor adalah negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British
Johor mengamalkan dasar persahabatan dengan British
Johor berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun 1914
Sebab-sebab;
a. Kebijaksanaan pemerintah
b. Pengenalan sistem birokrasi moden
c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi
antara pemimpin-pemimpin Johor yang berwibwa ialah;
Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1826)
ii. Sultan Abu Bakar (1862-1895)

Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)


tahun 1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan digantikan puteranya Daeng
Ibrahim sebagai Temenggung Johor
berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali
tahun 1855 satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung
Daeng Ibrahim dengan Sultan Ali
Temenggung Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi pemerintah Johor kecuali di
wilayah Kesang (di bawah Sultan Ali)
antara kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah;
- menjalankan pentadbiran dengan cekap
- mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
- memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan kemasukan orang Cina
dari Singapura untuk mengusahakan lading lada hitam melalui Sistem Kangcu
Syarat-Syarat Persetiaan
Ali (Mac 1855)

Antara Temenggung daeng Ibrahim Dengan Sultan

Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh
diwariskan kepada keturunan baginda
Kawasan pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang
Sistem Kangcu
diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim tahun 1833
kangcu asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan Sungai
Sistem Kangcu melibatkan;
a. Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai untuk menetap dan
mengusahakan pertanian di tebing sungai
b. Kawasan lading dikenalisebagai Kangkar atau Kaki Sungai
c. Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan
memungut cukai
d. Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir
e. Hasil tanaman dikenakan cukai (sumber pendapatan kerajaan Johor)
Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)
tahun 1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya
diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor
sering keEnglanduntuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi
membangunkan Johor
tahun 1868, Ratu GreatBritainmengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada
Sultan Abu Bakar
tahun 1885, satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor
dengan British
persetujuan dicapai tentang;
Johor diiktiraf negeri bebas dan berdaulat

ii. Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari
keturunan Bendahara mangkat tahun 1877)
iii.Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di
Singapura
iv.Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di
London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi
kesan-kesan persetujuan;
a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor
b. Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat
British
Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar
(a)
Memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah,
perkhidmatan pos dan jabatan Kerja Raya
(b)
Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital
dan jalan raya
(c)
tentera

Menjaga keamanan negeri dengan menubuhkan pasukan polis dan

(d)
Memantapkan ekonomi Johor dengan cara meneruskan Sistem
Kangcu dan menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia
(e)
Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun
1895 yang merupakan perlembagaan bertulis pertama dan menjadi asas kepada
pembentukan institusi Raja Berperlembagaan
Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
(a)

Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing

(b)
Negeri

Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat

(c)
Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang
Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran
(d)
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada rakyat Johor
yang berperanan menggubal undang-undang
Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar
(a)
Digelar Bapa Pemodenan Johor kerana membawa banyak
perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan Johor
(b)

British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor

(c)

Johor aman dan makmur

(d)

Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati pemerintah British

Pemimpin Johor Yang Berwibawa


pembangunan dan pemodenan Johor akibat persepakatan antara sultan dan
pembesar
kepintaran dalam pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alas an
untuk campur tangan
antara pemimpin terkemuka Johor ialah;
Dato Abdul Rahman bin Andak
ii. Dato Jaafar bin Muhammad
iii.Dato Muhammad Salleh bin Perang
iv.Dato Muhammad Ibrahim Munsyi
Dato Jaafar bin Muhammad
Merupakan Setiausaha kerajaan Johor pertama (1868)
Menteri Besar Johor pertama (1882-1919)
Digelar Datuk Bentara
Beliau mewajibkan semua pegawai British di Johor memakai pakaian rasmi
Johor
Bendera Union Jack iaitu bendera rasmi British dikibar lebih rendah
daripada bendera Johor demi maruah dan kedaulatan Johor
Suratrasmi dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu
Dato Abdul Rahman bin Andak
Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor (1885)
Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909)
Digelar Dato Seri Amar Diraja
Berperanan dalam hal ehwal hubungan luar negeri
Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor-British
Tahun 1888 menjadi perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa Johor (sebuah badan persuratan terulung tanah air)
Dato Muhammad Salleh bin Perang
Pernah memegang perlbagai jawatan dalam kerajaan
Antaranya;
a. Pesuruhjaya Polis C untuk keamanan dan kestabilan Johor
b. Ketua jabatan Ukur C tugasnya melukis peta pembangunan Johor yang
menunjukkan semua jalan yang akan dimajukan dan melukis peta lengkap
negeri Johor
c. Ketua Jabatan Tanah C merancang pembangunan di Muar, Endau, Segamat,
Tangkak dan Batu Pahat
Digelar sebagai Dato Bentara Luar
Dato Muhammad Ibrahim Munsyi
Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama tahun 1883

Mendidirkan banyak sekolah dan mendesak pendidikan wajib kepada rakyat


Johor
Dianugerahi Dato Bentara Dalam
Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor
Tahun 1893 dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama
Johor Di ambang Penjajahan British
sejak Perjanjian Persahabatan 1885 British menyusun strategi untuk
menguasai Johor
British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat lain
usaha dan muslihat British untuk menguasai Johor, antaranya;
British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor
ii. Sultan Johor dinasihati supaya meminjam sebanyak 200,000 dolar dari
Negeri-Negeri Selat
- tujuan untuk membina landasan keretapi dari Johor ke Singapura
- ia muslihat British untuk mengawal kewangan Johor
muslihat British disedari oleh Dato Abdul Rahman Andak dengan
menasihati sultan supaya tidak menerima tawaran pinjaman British
rancangan British berjaya digagalkan
British menyedari kepintaran Dato Abdul Rahman Andak dan bukan mudah
untuk campur tangan di Johor
British berusaha menyingkirkan Dato Abdul Rahman Andak
tahun 1907 John Anderson iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan
supaya Dato Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar keLondon
British menggunakan peluang ini untuk menguasai Johor
Sultan Ibrahim iaitu putera Sultan Abu Bakar terpaksa meminda UndangUndang Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan British menjadi ahli Majlis
Mesyuarat Negeri
tahun 1914 British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di
Johor
Lembaga Penasihat Johor
ditubuhkan diLondonpada 1886
Sultan Johor berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan di
London
Dianggotai oleh orang British
Fungsinya adalah untuk menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati
Sultan Johor tentang hal-hal pentadbiran
C
BAB 5 C KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKATBORNEOUTARA
BRITISH (SBUB)
Sabah di bawah pengaruh KesultananBruneidan Kesultanan Sulu
Sabahmenjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan
kaya dengan hasil bumi
5.1 SBUB Bertapak Di Sabah
( Teks m/s: 102-104)

Sabahmenarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi


antaranya kuasaAmerika Syarikat,Britain, Belanda dan Sepanyol
syarikat-syarikat asing mula bertapak diSabah
Amerika Syarikat
tahun 1865 SultanBruneiberi konsesi tanah diSabahkepada wakil Amerika
Syarikat iaitu W. L. Moses
tempoh sewaan selama 10 tahun
Moses menjual konsesi kepada The American Trading Company diketuai oleh
J.W. Torrey dan T. B. Harris
Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis
Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck
Britain
Von Overbeck menghadapi masalah kewangan
Tahun 1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan
Edward Dent
Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck
memperbaharui tempoh pajakan daripada SultanBruneidengan syarat syarikat
yang ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British
Tahun 1877 SultanBruneiiaitu Sultan Abdul Mumein perbaharui pajakan
dengan Overbeck dan Dent melalui perjanjian
SultanBruneiserahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku
1878 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul
Alam (Kesultanan Sulu)
Sultan Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku
Tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent
Dent tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal
perniagaan
Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British
untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan
November 1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan
Sementara Borneo Utara British Berhad
Tahun 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB
SBUB berkuasa mentadbirSabah
Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock
Pengarah urusannya ialah Alfred Dent
Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang kuasa Barat lain
bertapak diSabah
Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang
menjadikanSabahnegeri naungan British
British bertanggungjawab dalam hal ehwal luarSabah
Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara
British Berhad
SBUB tidak boleh menyerahkan wilayahSabahkepada sesiapa tanpa persetujuan
kerajaan British
SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan
British
SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk
tempatan
SBUB hendaklah mentadbirSabahdengan adil dan saksama
SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British

5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah


(Teks m/s: 105-108)
pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher
gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan
British
gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883
ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan
Keselamatan
pusat pentadbirannya diSandakan
SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran
Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan Pentadbiran Sabah
(i) Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran
antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan
dan Jabatan Tanah dan Ukur
mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar Orang kaya-Kaya
C O.K.K. ) dan Ketua Kampung
(ii)
Kampung

Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi / Daerah /

a) Peringkat Residensi
pada peringkat awalSabahdibahagi kepada dua residensi iaitu Residensi
Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur
tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat,
Residensi Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman
setiap residensi diketuai seorang Residen
b) Peringkat Daerah
Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh
Pegawai Daerah (berbangsa Eropah)
Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah
Keppel, Daerah Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah
Cunliffe, Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone
Tahun 1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan
disandang oleh penduduk tempatan
Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya C O.K.K.) tugasnya membantu Pegawai
daerah dalam pentadbiran
Diberisuratkuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan
masyarakat tempatan
c) Peringkat Kampung
SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua
SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka
memahami adat dan budaya masyarakat tempatan
SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah
kewangan
(iii)
Melaksanakan Undang-Undang Barat dan Tempatan

tujuan untuk menjaga keamanan negeri


tahun 1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di
Jesselton
a) Mahkamah Majistret
-

dihakimi Pegawai Daerah

mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan rompakan

b) Mahkamah Anak Negeri


hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang
agama Islam dan adat
-

mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang Islam dan adat

Organisasi Pentadbiran SBUB


Lembaga Pengarah di London
Gabenor di Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat
Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab kepada;
- Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan
Ukur)
- Residen yang merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi
- Pegawai Daerah merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah
- tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan
pegawai buruh
Ketua Anak Negeri pula tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian
tanah, mengutip cukai dan memajukan pertanian
Ketua Kampung pula tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga
keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai
Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan
kampung
5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah (Teks m/s: 109-114)
matlamat SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan ekonomiSabah
SBUB mengeksploitasi kekayaanSabahseperti hasil-hasil tradisional, hasil
pertanian dagangan, pembalakan dan perlombongan
(i) Hasil-Hasil Tradisional Sabah
SBUB memaksa penduduk tempatan menambah hasil keluaran tradisional
Hasil jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai tanah, cukai kepala,
lesen perahu dan senjata
Tujuan cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB
Antara hasil-hasil utama;
a) Sarang burung
eksport tradisional SBUB yang menguntungkan
1926 nilai eksport sebanyak 125 000 dolar

kawasan utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut dan gua Magdalene
b) Pokok lanut
dikenali sebagai abaka, manila hemp atau musa textiles
hidup meliar di kawasan pamah dan lembah
gentian pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal
di eksport ke Eropah
c) Rotan
di eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat
d) Pokok sagu / rumbia
merupakan tanaman tradisionalSabah
hidup subur di kawasan berpaya di muara sungai
harga sagu sangat mahal di pasaran dunia
SBUB menggalakkan rakyatSabahmengusahakannya secara komersial
Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah
1888 nilai eksport saguSabahsebanyak 93 433 dolar
e) Hasil laut
seperti mutiara, trepang dan sirip ikan yu
diusahakan oleh masyarakat Bajau
dieksport keChina
(ii)Hasil Pertanian Dagangan
SBUB mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau
Sabahmempunyai tanah luas dan subur
a) Tembakau
tanaman dagangan yang penting
tembakauSabahdiiktiraf terbaik di dunia
daun tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut
mendapat pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat
SBUB mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bertujuan
menggalakkan tanaman tembakau
Tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau diSabah
1902 hasil eksport tembakauSabahbernilai lebih 2 juta dolar
Kawasan utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu,
Tawau danSandakan
b) Getah
ladang-ladang getah dibuka di Beauford, Jesselton dan Tenom
berkembang akibat pembinaan landasan kereta api
SBUB memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan
penanamannya
SBUB juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada
pengusaha getah
Buruh ladang getah dibawa masuk dariChinadan Jawa
Getah menjadi hasil eksport utama SBUB
(iii)Pembalakan
SBUB menguasai hasil balakSabah
Kaya dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur, belian dan meranti
Kawasan pembalakan utama diSandakan, Lahad Datu dan Tawau

Tahun 1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB dibina


Buruh dibawa masuk dari Filipina danIndonesia
Hasil kayu balak dieksport keChina,Singapura,BritaindanAustraliamelalui
pelabuhanSandakan
(iv)Perlombongan
SBUB giatkan perlombonganSabahseperti emas, arang batu dan mangan
a) Emas
tahun 1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama
b) Arang batu
dilombong di Silimpopon danLabuan
Silimpopon mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia Tenggara
diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal
c) Mangan
diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration
dieksport keBritain
5.4 Perubahan Sosial SBUB Di Sabah (Teks m/s: 115-120)
SBUB membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api jalan raya,
sekolah, hospital dan telegraf
tujuannya untuk kepentingan dan keuntungan SBUB
(i) Landasan kereta api
1896 landasan kereta api pertama dari Weston ke Beauford sepanjang 32 km
1904 dibina landasan dari Jesselton yang dikenali sebagai North Borneo
Railway
1905 landasan disambung dari Beauford ke Jesselton dan dari Tenom ke
Malalap
tujuannya untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran di bahagian
pedalaman ke pelabuhan
(ii)Jalan raya
SBUB menumpukan pembinaan jalan raya di bandar-bandar besar seperti
Jesselton,Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau
tujuannya untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan
pelabuhan
1930-an perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu
(iii)Pengangkutan air
1890 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan
tujuannya untuk mengangkut penumpang dan barangan
(iv)Pendidikan
SBUB kurang memberi perhatian
SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah kerana kekurangan
wang
SBUB anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan
Kebanyakan sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi tujuan menyebarkan
agama Kristian
antara sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu dan
Sekolah Cina

a) Sekolah Inggeris
1883 sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron dibina diSandakanoleh
mubaligh Roman Katolik
tahun 1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan diSandakan
1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan sekolah-sekolah
diSabah
tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan pelajar seramai 3700
orang
b) Sekolah Latihan
dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915
merupakan sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri
dibina bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi pegawai pentadbiran
peringkat rendah
bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu
dari segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca, menulis dan mengira
jawatan yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah renjer, kerani dan
Ketua Anak Negeri
c) Sekolah Melayu dan Bumiputera
tahun 1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud
1930 terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang pelajar
1924 ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di Keningau
d) Sekolah Cina
dibina sendiri oleh masyarakat Cina
1940 terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah Melayu, sekolah
mubaligh dan sekolah Cina
(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan
SBUB bina hospital di bandar-bandar besar seperti Jesselton,Sandakan,
Beauford dan kudat
1924 Hospital Besar Tawau di bina
1940 terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik diSabah
di kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat kesihatan
kelemahan C bilangan doktor tidak mencukupi
perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyatSabah
(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru
akibat daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial
bandar-bandar berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan
antaranyaSandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu
a) Sandakan
diasaskan William Pryer tahun 1879
menamakannya sebagai Elopura bermaksud bandar yang cantik
berkembang maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan antarabangsa dan
pusat pembalakan
b) Tawau
sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai TimurSabah
eksport utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu balak
c) Kudat

tahun 1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat pentadbiran yang pertama


pedagang menetap dan membina kedai di Kudat
gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya
tidak sesuai untuk pertanian
tahun 1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya keSandakan
d) Jesselton
diasaskan tahun 1900 oleh Charles Jessel
nama asalnya Jessel Town sempena nama pengasasnya
kemudiannya disingkatkan kepada Jesselton
juga dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
Jesselton maju kerana pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman
getah dan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan penting
1967 nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu
Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain
pejabat pos
1883 SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah
tahun 1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan iaitu The North
Borneo Herald
1890-an kontinjen polis tempatan ditubuhkan
1900 SBUB telah menubuhkan Skuad Terbang untuk menjamin keselamatan
dan dianggotai pegawai polis tempatan
1903 loji air di Kota Kinabalu dibina untuk membekalkan air bersih
tahun 1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal hingga sekarang diSabah
C
BAB 6 C BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI (TANAH MELAYU, SARAWAK DANSABAH)
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks m/s: 126-128)
peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada
hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas
-

diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik

British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk


mengusahakan pertanian dagangan
-

penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat

a) Lada hitam dan gambir


-

untuk tujuan eksport

diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan danSarawak

kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui


Sistem Kangcu
-

di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura

tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun
ke-20

gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera

b) Buah pala dan cengkih


-

banyak ditanam di PulauPinang

tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi

dieksport ke Eropah danChina

cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat

1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil

c) Tebu
-

ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak

permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia

1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di


negeri-Negeri Selat
tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di
Tanah Melayu
-

gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun

d) Ubi kayu
-

meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu

banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor

e) Nanas
-

industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor

sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas


dalam tin kedua terbesar di dunia
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi
(teks m/s: 128-129)
kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana
harganya tidak stabil di pasaran dunia
British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit,
tembakau dan teh
a) Kopi

diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan


dan Johor
-

harga kopi meningkat di pasaran dunia

b) Kelapa sawit
-

berasal dari Afrika

diperkenalkan di Kuala Selangor

1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport

ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor

Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit

c) Tembakau
-

ladang dibuka di PulauPinangdan Pahang

d) Teh
-

diusahakan diCameronHighlands, Pahang

teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali


sebagai Teh Ceylon
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks m/s: 130-133)
-

akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia

getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi

kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu

(i) Sejarah Asal-Usul Getah


-

berasal dariBrazil

getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis

tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dariBrazildibawa keEnglandoleh


Henry Wickham
-

kemudian disemai diKew Garden,England

sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british


terutamanyaSri Lanka
1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di
Botanical Garden

dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan
ditanam di halaman kediaman Residen Perak
Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang
bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu
(ii)Perkembangan Getah
-

awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia

permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar


di Eropah dan Amerika Syarikat
ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri
Sembilan dan Johor
1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran
getah dunia
-

Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia

Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu


seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons and Crosfield dan United
Plantation
-

Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil

Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah


a) Permintaan Getah Meningkat
diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan
Eropah
diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat
perubatan dan penebat elektrik
b) Kejatuhan Harga Kopi
harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan diBrazildan serangan
serangga perosak
-

peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah

c) Tenaga Buruh Mencukupi


buruh dariIndiadibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di
ladang-ladang getah
d) Usaha H.N.Ridley
memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ibedem atau
tulang ikan herring

sistem

kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah

e) Pelaburan Modal
banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah
Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie
f)

Cukai Rendah

British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah

Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru dibuka

Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah


-

tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia

harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah

Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah


diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah
Antarabangsa
a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922
-

tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah

disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu danSri Lanka

Belanda danIndonesiaenggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus


meningkatkan pengeluaran getah
tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal
mencapai matlamat
b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934
-

tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga

disertai oleh Tanah Melayu, Sabah,Sarawak,Sri


Lanka,India,Myanmar,Indonesia, IndoChina danThailand
setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota
yang ditetapkan
berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum
Perang Dunia II
Pengeluaran Getah Tiruan
Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II
-

menjadi pesaing kepada getah asli

dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang


Dunia II
getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi
getah tiruan
6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan
(Teks m/s: 134-138)
-

British memajukan kegiatan perlombongan

Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit,
bijih besi dan ilmanit
a) Emas
-

1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang

Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu

diusahakan oleh syarikat dariAustralia

b) Arang batu
-

dilombong di Batu Arang, Selangor

digunakan sebagai bahan api

c) Bauksit
-

sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium

dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di


Melaka
d) Bijih besi
-

dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang

lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor

e) Ilmanit
galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih
timah
-

dihasilkan di batang Padanf, Perak

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah


-

bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu

British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah

Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah

Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat


sebelum dan selepas campur tangan British
a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu
-

kegiatan melombong adalah bercorak tradisional

diusahakan oleh orang Melayu

menggunakan cara mendulang dan melampan

tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah
kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang
orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan
memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu
b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu
perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang
Cina
banyak lombong baru dibuka di Ampang,Kuala Lumpurdan di Lembah Kinta,
Perak
orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan
palung
akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih
timah
Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah
akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah
dunia iaitu sebanyak 55%
perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian
dan kaedah melombong yang lebih moden
a) Revolusi Perindustrian di Eropah
-

permintaan bijih timah semakin meningkat

bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan

b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden


-

diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20

menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah

tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan
Tin Dredging di Batu Gajah, Perak
-

pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu

1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%

Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi


-

1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia

1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai


langkah memulihkan semula harga bijih timah
negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan
Indonesia
-

semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah

hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan

tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah

kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan


(Teks m/s: 139-141)
Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan,
damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung
-

diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu

semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi


bercorak komersial
british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport keChina,
Amerika Syarikat dan Eropah
-

tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan

tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih


sistematik
a) Damar
-

diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan

damar digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu

dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap


permukaan papan atau rotan

b) Getah perca
-

diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan

digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat
kabel telegraf dasar laut
untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan
susunya
kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau
jongkong
c) Getah jelutung
kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai
pelekat dalam industri gigi palsu
-

tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh

ia biasanya dieksport

d) Rotan
dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport
keChina
kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung
dan perabot
e) Pembalakan
-

banyak dieksport keChinadanBritain

antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing

digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu

1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal


kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu
Kegiatan Dwiekonomi
diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu
-

ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional

a) Ekonomi Dagangan
British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti kegiatan
perlombongan, perladangan dan perdagangan
-

dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu

dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden dan


disokong kemudahan asas yang baik seperti sistem perhubungan dan
pengangkutan yang teratur
-

lebih berorientasikan eksport

dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah

tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah

melibatkan tenaga buruh yang ramai

melibatkan pelaburan modal yang besar

teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam


kegiatan perlombongan bijih timah
b) Ekonomi Tradisional
-

kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british

diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar

bercorak sara diri

tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan

menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah


padi
-

melibatkan modal kecil

Kesan Kegiatan Dwiekonomi


berlaku perkembangan tidak seimbang
mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat
luar bandar
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan
(Teks m/s: 142-158)
kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan
perusahaan getah membawa pelbagai perubahan
perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan
pengangkutan dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan
kemunculan bandar-bandar baru
i)

Penggunaan Buruh Luar

British menggalakkan kemasukan imigran Cina danIndia

tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah

British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk


membolot kekayaan Tanah Melayu
a) Orang Cina
dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan
negeri Sembilan
-

berasal dari China Selatan

kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak

ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja
di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di bandar
Sistem Kontrak
orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan
-

tambang perjalanan dibayar oleh majikan

majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal

mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang


selesai
-

selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain

b) Orang India
-

dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah

berasal dari selatanIndia

dibawa masuk melalui Sistem Kangani

ada juga orangIndiabekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan
menjadi buruh di bandar dan pelabuhan
Sistem Kangani
kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah
kangani ini dihantar oleh pemilik ladang keIndiauntuk mencari tenaga
buruh
kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga
selamat tiba di ladang majikan
kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa
masuk
-

buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani

buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala


hutang tambang selesai
Kesan Kemasukan Buruh
mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti
- orang Cina C tinggal di kawasan lombong dan di bandar
bekerja sebagai pelombong dan peniaga
- orangIndiaC tinggal dan bekerja di ladang getah
- orang Melayu C tinggal di kawasan luar bandar (desa)
- menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan
- masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus
perkembangan ekonomi
-

dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum

mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai


keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan
pantas
tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke
pelabuhan untuk dieksport
-

pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya

perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon

a) Perkembangan Landasan Kereta api


19

perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-

terdapat tiga fasa perkembangan;

Fasa Pertama (1885-1896)


-

dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah

landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong


dengan pelabuhan
-

tujuan memudahkan bijih timah dieksport

antara landasan kereta api yang dibina ialah dari

- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang

-Kuala Lumpurke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)


- Seremban ke Port Dickson
-Ipohdan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan)
tahun 1886 landasan kereta api dariKuala Lumpurke Klang telah
dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld,
Gabenor Negeri-Negeri Selat
Fasa Kedua (1897-1909)
-

tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu;

- untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri


Melayu Bersekutu ditubuhkan
- untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang
semakin berkembang pesat
- untuk memudahkan pentadbiran British
-

tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan

ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu C KTM tahun 1948

hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad C KTMB

Fasa Ketiga (1910-1931)


landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan
pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
-

tujuannya adalah untuk;

- menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada


landasan kereta api)
- sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu
- memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British
Perkembangan Jalan raya
peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong
bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api
jalan raya telah dibina menghubungkanKuala LumpurdenganIpohdan
Seremban
awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya
penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas

jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan


bermotor
banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi
dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan
bandar-bandar kecil
tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan
seluruh Tanah Melayu
tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan
ekonomi dan memudahkan pentadbiran British
Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara
kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan
kapal terbang
Kapal Wap
tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura
tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di
Negeri-Negeri Melayu
kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh
untuk perusahaan perlombongan bijih timah
contoh: kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura
ke Pelabuhan Klang
Kapal Terbang
tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat
Wearne Air Service iaitu hak milik Wearne bersaudara
-

syarikat ini beribu pejabat di Singapura

memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura,Kuala Lumpurdan


Pulau Pinang
kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari
jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides

Kemajuan Sistem Perhubungan


antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan
radio
tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan
negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas
mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran,
pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan

tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak

kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui


Telegraf
-

tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di PulauPinang

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain

a) Perkhidmatan Kesihatan
masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang
pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru
persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan
penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak
penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan
ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina
danIndia
British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan
Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan
tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin
(Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang
pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan penduduk di luar bandar
-

1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar

1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan diKuala Lumpur

tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan


langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri
b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi
pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna
untuk tanaman padi iaitu terusan
terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang
diberi nama Terusan Wan Mat Saman
ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah
yang pertama)
-

terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah

ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional


seperti cangkul

untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu
sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus
berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem
pengairan di Tanah Melayu
tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan
tanaman padi
-

banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk

kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan
Tanjung Karang, Selangor
c) Bekalan Tenaga Elektrik
-

tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi

awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang


danKuala Lumpur
1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung
keperluan tenaga elektrik
empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power
Company Limited
tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi
kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta
Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru
pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan
kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah
petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan
perniagaan
perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya
bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping,Ipoh,Kuala Lumpurdan
Seremban
a) Ipoh
-

terletak di Lembah Kinta

dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu

nama bandarIpohberasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang
getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk
berburu

tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila


pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot
-

Ipohberkembang menjadi bandar yang sibuk


tahun 1935Ipohdijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping

b) Taiping
-

terletak di daerah Larut

nama asalnya Kelian Pauh

tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan
lombong bijih timah
selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di
Larut
-

nama Taiping bermaksud kedamaian yang abadi

berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak

c) Kuala Lumpur
pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang)
meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang
untuk membuka lombong bijih timah
-

ia kemudian dikenali sebagaiKuala Lumpurkerana kawasan itu berlumpur

tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan


kegiatan melombong bijih timah di sekitarKuala Lumpur
- Kuala Lumpurterus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong
bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju
Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkanKuala
Lumpur
-

1880Kuala Lumpurdijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang

British menjadikanKuala Lumpursebagai pusat bandar yang dilengkapi


dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan
1896Kuala Lumpurdijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan
kini bangunan ini menempatkan Mahkamah PersekutuanMalaysia, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

pada hari iniKuala Lumpuradalah ibu negaraMalaysiayang pesat


membangun
Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum
sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada
pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang
memberi perhatian kepada bidang pendidikan
British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang
mengikut cara masing-masing
-

sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar

a) Sekolah Vernakular Melayu


didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani
dan nelayan
anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit
ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan
-

pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam

sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah


Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan
Sekolah Melayu di Langgar, Pekan, Pahang
sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan
negeri-negeri Melayu yang lain
-

British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu

pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan


nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka
sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung
pelajaran
lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat
jawatan rendah di jabatan ketajaan
lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktabmaktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II
ialah;
- 1900 Maktab Perguruan Melaka
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak C MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti C UPSI)

- 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka


b) Sekolah Vernakular Cina
diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan
bandar
peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina
seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka
pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam
tahun
ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat
menengah
-

menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negaraChina

guru-guru juga dibawa dariChina

tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina

1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan

Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal


sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu
-

menurut enakmen ini;

(i) semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan


(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak
menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang
ditetapkan british
c) Sekolah Vernakular Tamil
-

diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakatIndia

kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah

sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dariIndia

ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah


tersebut
memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya
hingga ke darjah empat
tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan
pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
-

keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah

terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah


thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur
masyarakatIndiayang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah
Inggeris yang lebih sempurna
d) Sekolah Vernakular Inggeris
mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School
(1816) dan Malacca Free School (1826)
sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan
tertumpu di kawasan bandar
-

pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian

menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada


semua kaum
-

sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan diEngland

lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam


pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran
lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam
perkhidmatan kerajaan
1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan
oleh mubaligh Kristian diKuala Lumpur
-

1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan

tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah


kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu
anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk berkhidmat dengan
kerajaan Inggeris
kesannya C lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan
Inggeris
British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada
orang Melayu
1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum
lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%), danIndia(27%)
C

BAB 7 C PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak danSabahtelah


menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan
perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan
kedaulatan dan pembesar hilang kuasa
British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas
rakyat
-

keadaan ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang British

ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol
Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato
Bahaman, Mat Salleh, Antanom, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan
kedaulatan dan kemerdekaan tanah air
7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
(Teks m/s: 164-165)

(i) Latar belakang


-

tahun 1821 seramai 7000 orang tenteraSiammengepung Kuala Kedah

askarSiammemusnahkan rumah, merampas barang, menenggelamkan perahu


dan menangkap tawanan untuk dibawa balik keSiamsebagai hamba
(ii)Faktor Penentangan
penjajahanSiamyang kejam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu
dengan Sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah
-

tentangan hebat rakyat Kedah ini dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin

dibantu pula oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin),
Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad
perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan
pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir
perjuangan orang Melayu Kedah menentangSiamtelah dikhianati oleh
British
British telah bersubahat denganSiamuntuk melumpuhkan perjuangan
rakyat Kedah
contoh: British telah menghantar kapal perang untuk
membantuSiammengepung Kedah
(iii)Peristiwa Penentangan

1823 Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan


Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British
membantu Siam
-

1831 Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka

British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah

tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan


bantuan tentera dari luar
-

Tunku Kudin telah terkorban

tahun 1836 Sultan Ahmad Tajuddin menrancang menyerangSiam melalui


Bruas di Perak
British berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin
ditangkap
1838 kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku
Muhammad Saad
tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah
dan mara ke Songkla
-

Siamberjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British

(iv)Kesan Penentangan
-

semangat juang rakyat Kedah menyebabkanSiamberdamai dengan Kedah

sultan Kedah menghantar puteranya, Tunku Daei keBangkokuntuk


berunding
-

tahun 1842Siammengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin

wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah

7.2 Dol Said Pahlawan Naning


(Teks m/s: 166-168)

(i) Latar belakang


-

daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka

Penghulu naning ialah Dato Naning Abdul Said yang dikenalisebagai


Dol Said
-

pusat pentadbiran terletak di Taboh

Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan


bijih timah
-

1831 Dol Said telah bangkit menentang British

(ii)Faktor Penentangan

a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning


-

1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda

dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British

British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka

British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka

dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan
rakyat Naning
b) Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan
kuasa Dol Said
-

peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah

tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan
kes jenayah di naning
Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi
arahan British
c) Menentang Bayaran Cukai
melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10
daripada hasil keluaran pertanian
arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah
4500 dolar sebulan
(iii)Peristiwa Penentangan
-

15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka

British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten


Wyllie untuk menyerangnya
-

British berjaya ditewaskan

Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat
bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar

turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang
menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Shaaban
-

British sedar Naning sukar dikalahkan

British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau
bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning
-

Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning

British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke


atas Naning
-

pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning

pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk


Naning dibakar
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada
British
(iv)Kesan Penentangan
-

British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka

Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka

British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling

walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan


semangat juang di kalangan bangsa Melayu
7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban

(i) Latar belakang


-

Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak

dilahirkan tahun 1800

nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia

Rentap juga digelar Raja Darat

merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

(ii)Faktor Penentangan
Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap
orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun

James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi


pergerakan orang Iban
tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai
Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap
(iii)Peristiwa Penentangan
-

1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang

pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee
terbunuh
-

kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban

1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap
-

pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu

perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar


Raja Ulu
tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk
menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang
Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang
kukuh
tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagicubamenyerang Bukit Sadok
tetapi gagal
kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah Bawalah
semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang
Eropah
tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di
Bukit Sadok
-

pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas

James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap

James Brooke menggunakan meriam Bujang Sadok untuk menentang


Rentap
Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi Bujang Timbang untuk
menentang pasukan Brooke
Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap
meninggal dunia

(iii)Kesan Penentangan
kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka
bukannya lanun tetapi pejuang bangsa
-

semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak


(Teks m/s: 172-173

(i) Latar belakang


-

pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang

berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang

dilantik oleh Sultan Abdul Mumein dariBrunei

berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban


di Sungai Skrang
(ii)Faktor Penentangan
-

James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada SultanBrunei

kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di


bawah pentadbiran Brooke
pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil
British dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor
Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke
wilayahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah
dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke
James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor
di Sarikei
-

Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke

Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari


Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dariSarawak
-

tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit

peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak

tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung
Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi
menggulingkan Brooke
Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul
Ghapur dan dipenjarakan di Betawi
pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di
Sungai Sadong
kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64
orang pengikutnya terbunuh
-

Sharif Masahor berundur ke Mukah

tahun 1861 James Brooke memaksa SultanBruneimenyerahkan Mukah dan


menahan Sharif Masahor
-

Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura

(iv)Kesan Penentangan
walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan
menentang Brooke tidak pernah berakhir
pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada
pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai
Batang Lupar
tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu
pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit
7.5 Dato Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak
(Teks m/s: 174-176)

(i) Latar belakang


Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di
Pasir Salak
pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch
hasil daripada Perjanjian Pangkor
pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar
Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak
(ii)Faktor Penentangan
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani


pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai
Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan
menandatangani
Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan cukai timah di Bidor
b) Mencabar Ketuanan Melayu
-

kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak

pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani


perisytiharan penyerahan kuasa kepada British
-

kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen

Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik


penghulu
c) Memperkenalkan Cukai Baru
-

Birch bertindak sesuka hati

Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap,


senjata dan bayaran permit untuk membalak
-

Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin

d) Mencabuli Adat Resam


Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau
mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu
Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba
perempuan dirumahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah
bermesyuarat di Durian Sebatang
-

mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch

Dato Maharaja Lela dan pengikutnya Dato Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya
-

mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak

pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk
menyebarkansuratpengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British

Dato Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk


membunuh Birch
-

Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak

Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan


mempertahankan Pasir Salak
-

pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban

pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan berlaku hampir


setengah tahun
-

pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua

pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh


tentera dariIndiadanHong Kong
(iv)Kesan Penentangan
tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak
Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles
di Lautan Hindi
-

Raja Ismail dibuang negeri ke Johor

British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan


keangkuhannya sebagai kuasa penjajah
-

Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti


(Teks m/s: 177-178)

(i) Latar belakang


-

nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin

dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875

wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar,


Gunung Pasir dan Jempol
(ii)Faktor Penentangan
Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana Syed
Abdul Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British
-

tindakan Dato Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua

Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato Kelana sebagai pemerintah


Sungai Ujong
hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato Kelana bertambah runcing
apabila Dato Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan
Seri Menanti
Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera
dan juru ukur untuk membuat siasatan
Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya
British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala
Pilah
-

berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran

kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato Siamang Gagap, Tengku


Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol
Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina
kubu di situ
British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera
Negeri-Negeri Selat
-

Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor

(iii)Kesan Penentangan
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai
dengan British
Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat
iaitu William Jervois
-

Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti

tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato Siamang Gagap

rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke


seluruh Negeri Sembilan
7.7 Dato Bahaman Pahlawan Pahang (Teks m/s: 179-181)

(i) Latar belakang


-

nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh

dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan

diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam


perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera
Segara
-

Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

(ii)Faktor Penentangan

a) Hilang Hak Mengutip Cukai


Dato Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai
Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu
di Temerloh
b) Pembinaan Balai Polis
pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua
tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman
-

konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius

Dato bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan


serta mengancam kedudukannya
c) Perlucutan Gelaran
Hugh Clifford menganggap Dato Bahaman sebagai penderhaka kerana
enggan mematuhi arahan British
British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa
Pahlawan Semantan
tindakan British memalukan Dato Bahaman dan beliau bersumpah
menghalau keluar British dari Pahang
(iii) Peristiwa Penentangan
16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman
kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnya
menyerang Balai Polis Lubuk Terua
-

peristiwa ini mencetuskan perang

26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera


untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi

Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura

Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan


rakyat Pahang
pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang disertai oleh
J.P.Rodger ditubuhkan
-

British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru

Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan
11 buah kubu Dato Bahaman di Bentong
-

Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua

pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu

di terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang


Pahang berjihad menentang British
14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai
British bertindak balas menghantar KolonelWalkeruntuk menawansemula
Jeram Ampai
-

Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan

pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di


Pahang
(iv)Kesan Penentangan
Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang
British
kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh
pahlawan Pahang
-

kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 C 1894

British terpaksa menanggung hutang yang banyak

Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun
bagi menyelesaikan hutang tersebut
7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB (Teks m/s: 182-183)

(i) Latar belakang


-

nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu

dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut

berketurunan Bajau dan Suluk

mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang

kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam


sejarah penentangan diSabah
(ii)Faktor Penentangan

a) Perjuangan Jihad
kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu
menentang Sepanyol di selatan Filipina
b) Peraturan Yang Membebankan
SBUB memperkenalkan peraturan baru diSabahseperti amalan buruh paksa,
cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat
c) Percubaan Berunding Gagal
Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan keSandakanuntuk menemui
Gabenor Beaufort, C.V.Creagh
tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan
pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan
Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu
selama 10 hari beliau meninggalkanSandakan
d) Perkampungan Di Bakar
-

Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB

SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh

SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya


menangkap Mat Salleh
(iii)Peristiwa Penentangan
Julai 1897 Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau
Gaya
-

November 1897 Mat Salleh menyerang Ambong

William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat


Salleh lalu menawarkan perdamaian dan pengampunan kepadanya

April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di


Menggatal
-

Antara syarat perjanjian adalah;

- Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan


- penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali
semula
- Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan
- Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB
SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB mengambil alih
pentadbiran di Tambunan
Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina
kubu di Kampung Teboh, Tambunan
-

SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran

Januari 1900 SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh

Mat Salleh terkorban

(iv)Kesan Penentangan
perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan
Kamunta
Julai 1902 British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah
sepenuhnya
7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar
(Teks m/s: 184)

(i) Latar belakang


-

nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom

ketua kaum Murut di Rundum

dilahirkan tahun 1875

ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang


SBUB yang menindas kaumnya
(ii)Faktor Penentangan
a) Melarang Membuka Tanah Baru

SBUB melarang mereka membuka tanah baru

merasakan hak mereka diceroboh

akibatnya mereka kekurangan beras

b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan


-

SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;

- cukai kepala satu dolar setiap orang


- cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
- cukai tangkapan ikan besar
- cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
c) Menjadi Buruh Paksa
-

orang Murut dijadikan buruh paksa

tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf


antara Tenom dengan Rundum
d) Menzalimi Keluarga
suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah
menyebelah tebing sungai
-

mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung

jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB
untuk dijadikan buruh paksa
e) Menceroboh Kawasan Hutan
-

SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan

Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan


akan mengganggu roh nenek morang mereka
(iii)Peristiwa Penentangan
Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah
mereka
Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan
kerajaan

Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum
dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut
Antanom bertambah menjadi 900 orang
Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7
buah rumah bawah tanah
-

April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom

pertempuran berlaku selama 6 minggu

Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum

penentangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum

(iv)Kesan Penentangan
-

SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom

8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat

pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat


telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan
kebangkitan seterusnya
orang Murut berpindah ke pedalamanKalimantansebagai tanda protes
terhadap SBUB
7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad
(Teks m/s: 187-189)

(i) Latar belakang


-

nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas

dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga


ke paras dada
-

dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah

mahir dalam ilmu persilatan

menetap di Kampung Nering, Kelantan

bekerja sebagai petani dan peniaga

(ii)Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah
Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan
petani membayar cukai tanah
b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan
-

petani dikehendaki membayar cukai seperti;

- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok


- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
-

peraturan ini membenakan rakyat

c) Perasaan anti-British
sentimen anti-British meningkat apabilaBritainmenyerang kerajaan
Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia
berjihad menentang penjajah Barat
-

Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan


penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat
bayaran cukai terletak jauh di bandar
Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi
gagal
-

mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda

penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai


British
(iii)Peristiwa Penentangan
28 April 1915
Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap
Tok Janggut kerana gagal membayar cukai

perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok
Janggut
29 April 1915
Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol
mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir
Puteh bebas daripada ancaman British
-

Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh

Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

9 Mei 1915
British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
23 Mei 1915
British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan
menyerah diri
-

Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

24 Mei 1915
British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh,
Saring
-

Tok Janggut terkorban

mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian
digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
-

kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

(ii)Kesan Penentangan
Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang
kuasa penjajah Barat
semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan
British
7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
(Teks m/s: 290-192)

(i) Latar belakang


-

nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid

dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke


Limbong, Kemaman untuk mengajar agama
-

beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas

perjuangannya dikenalsebagai Kebangkitan Tani di Terengganu

(ii)Faktor Penentangan

a) Pas Kebenaran Yang Membebankan


-

1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru

petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan
kebenaran dengan bayaran 50 sen
peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan
seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas
-

membebankan hidup petani yang sedia ada miskin

b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas


1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang
penduduk memburu binatang liar
sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang
mereka akan dirampas
c) Peraturan Tanah Baru
1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka
dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang
d) Pengaruh Pemimpin Agama
pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di
Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan tanah adalah hak Allah dan
rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan
Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan
dengan syariah Islam
(iii)Peristiwa Penetangan
Kebangkitan 1922
petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan
tanah tanpa mengambil pas kebenaran

British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah

Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam

British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan
bukan hak negeri
-

mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925
seramai 300 C 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk
bercucuk tanam
mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400
ekar tanah kerajaan
tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut
kepada saudagar Cina
British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul
Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa
pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat
Kebangkitan 1928
British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas
petani-petani yang enggan membayar cukai
ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala
Telemong dan Kuala Berang
-

mereka mengisytiharkan perang terhadap British

mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang


serta mengibarkan bendera merah
-

British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

pertempuran berlaku di Padang Kacong

(iv)Kesan Penentangan
seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk
Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap
-

tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah


atas tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu
C

BAB 8 C KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT


BANGSA
semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar,
majalah dan penulisan kreatif
perjuangan semakin berkesan melalui penubuhan pertubuhan untuk
perjuangkan hak dan kepentingan bangsa
8.1 Maksud Semangat Kebangsaan (Teks m/s: 199)
semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan
taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air
-

semangat berjuang menebus maruah bangsa

semangat inilah mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada


British untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat
8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan
(Teks m/s: 199-202)
awal kurun ke-20 berlaku gerakan kesedaran kebangsaan di Turki,
Mesir,Jepun,China,Filipina,IndiadanIndonesia
perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk
menentang penjajahan British
a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah
-

berlaku akhir kurun ke-19

kebangkitan dosebabkan kuasa-kuasa Barat memecahbelahkan dan


menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah
pengaruh Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan
untuk menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat
gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negaranegaraTimur Tengah,Indiadan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk
menentang kuasa asing
b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir
gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di
Tanah Melayu
tahun 1882 Mesir dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan
Islah
Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru
orang Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran

dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan
Barat di negara Islam
gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh
Muhammad Abduh
pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang
menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air
c) Perang Rusia-Jepun
-

tahun 1905 Jepun berjaya mengalahkan Rusia

pertama kali dalam sejarah moden sebuah negaraAsiaberjaya mengalahkan


kuasa Eropah
kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negaraAsialain untuk
menentang penjajahan Barat
d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China
-

tahun 1911 berlaku RevolusiChinayang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen

berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara


republikChina
keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk
menentang British
e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina
Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan
Sepanyol
Menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut
Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat
f)

Gerakan Kesedaran Kebangsaan India

gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi

tujuan untuk membebaskanIndiadaripada penjajahan British

g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia


Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk
membebaskanIndonesiadaripada penjajahan Belanda
8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan
(Teks m/s: 203-204)

(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu


awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan
pelajar berpendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir
tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti
ini
mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin
al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
sekembali ke Tanah Melayu mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah
Melayu dan dikenali sebagai Kaum Muda
tokoh penting seperti Sheikh Muhammad Thani bin Jalaluddin, Haji
Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh Ahmad al-Hadi
(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam
(pemimpin) yang diterbitkan di Singapura tahun 1906
-

tujuan diterbitkan adalah untuk;

mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan
menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan
kebaikan
majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang
Melayu
-

orang Melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka

antara seruan Al-Imam ialah;

- menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan Hadis


- tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan
- menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh
dipelajari
- menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan sempurna kepada anakanak
- menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan
- mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang
kemajuan
tahun 1908 majalah Al-Imam dihentikan penerbitannya dan diteruskan
oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara

Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea


dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau
Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah
Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak
(iii) Tentangan Gerakan Islah
idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua melalui akhbar
Suara Benar dan Lidah Benar
Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama yang
tidak menerima idea Islah Kaum Muda
-

mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam

pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil yang tidak


melibatkan perkara pokok dalam agama Islam
(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu

a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin


-

lahir di Sumatera tahun 1869

berpendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir

menerbitkan majalah Al-Imam

pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak

b) Haji Abbas Muhammad Taha


-

lahir di Singapura tahun 1885

berpendidikan di Makkah

pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura

menerbitkan akhbar Neracha

c) Syed Sheikh al-Hadi


-

lahir di Melaka tahun 1862

mendapat pendidikan agama di Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau

sering berkunjung ke Makkah dan Mesir

mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh

menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara

8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan


(Teks m/s: 205-206
-

Gerakan Islah menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu

tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan kesedaran


kebangsaan
(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu
golongan ini lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung
Malim, Perak
terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin
masyarakat
-

MPSI disifatkan sebagai The Cradle of Malay Nationalism

Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk memajukan


orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan
Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada penjajahan British
Antara tokoh nasionalis ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob
dan Abdul Hadi Hassan
a) Harun Aminurrashid
-

tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI

merupakan guru yang bersemangat kebangsaan

penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat


kebangsaan
b) Abdul Hadi Hassan
-

seorang pensyarah MPSI

sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para
pelajarnya
(ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris
berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan
dan pentadbiran
menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk memperjuangkan
kepentingan orang Melayu
antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah,
Dato Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad

a) Raja Chulan
-

mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar

tahun 1924 dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan

menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah


peluang orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
b) Mohammad Eunos Abdullah
-

berpendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura

merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Majlis


Perundangan Negeri-Negeri Selat
pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan
Lembaga Melayu
-

tahun 1926 menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

c) Dato Onn Jaafar


-

berpendidikan Inggeris diEnglanddan Kolej Melayu Kuala Kangsar

pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan


Warta Ahad
tahun 1936 dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat
Negeri Johor
8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena
(Teks m/s: 207-212)
-

akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat

sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran kebangsaan

melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan dapat disalurkan


untuk bacaan semua lapisan masyarakat
(i) Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan
ekonomi dan politik orang Melayu
akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat
Melayu
melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk
merintis pergerakan lebih tersusun

antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;

- mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu


- menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian
- menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi
dan pendidikan
antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta
Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) diKuala Lumpurdan
Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura
-

akhbar-akhbar lain ialah;

- Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura


- Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
- Majalah Guru (1924-1941) diKuala Lumpurdan Pulau Pinang
- Al-Ikhwan (1926-1931) di PulauPinang
- Saudara (1928-1941) di PulauPinang
- Fajar Sarawak (1930) diSarawak
a) Akhbar Warta Malaya
-

diterbitkan di Singapura

pengarang pertamanya ialah Dato Onn Jaafar

menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu

mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam


perkhidmatan kerajaan
b) Akhbar Majlis
-

diterbitkan diKuala Lumpur

pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai

mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang


Melayu
-

dianggap akhbar yang berani

c) Akhbar Utusan Melayu


-

diterbitkan di Singapura

pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai

menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan


persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air
Tokoh Akhbar Melayu
a) Abdul Rahim Kajai
-

seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan

digelar Bapa Kewartawanan Melayu

menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti


Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu
(ii)Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan India
a) Akhbar Orang Cina
-

orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II

antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan
Modern Daily News
-

tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan

melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah


Melayu
-

juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negaraChina

terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh


masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya)
antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar
Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
tahun 1884 akhbar BintangTimorditerbitkan dan merupakan satu-satunya
akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan
Dato Bahaman di Pahang
tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal
ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada
British sebagai pemerintah Tanah Melayu
b) Akhbar Orang India
-

diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa

pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan diKuala Lumpur

melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di


Tanah Melayu

juga peristiwa yang berlaku di negaraIndia

terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat


Jawi Peranakan
antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan
Tanjung Penagri
tahun 1888 akhbar Sekola Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan
rujukan di sekolah Melayu

Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif


- semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi,
novel dan cerpen
- karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu
oleh golongan guru, penulis dan wartawan
(i) Penulisan Puisi
sebelum Perang Dunia II banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan
dan disiar dalam akhbar dan majalah
tujuan untuk menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara,
menyeru rakyat merebut peluang ekonomi dan mempertahan maruah bangsa
-

antaranya:

- puisi oleh Harun Aminurrashid seperti Tenaga Kaumku, Mempertahankan Hak


Kita dan Perwira Melayu
- Abdul Samad Ahmad menulis puisi Serunai Pujangga, Kapal Tiada Nakhoda
dan Hari Kejatuhan Kita
- Muhammad Yusuf Harun menulis puisi Dunia Yang Fana dan Di Lautan
Seberang
- puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh Omar Mustaffa, Seruan Kebangsaan
oleh Melati Pahang, Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi dan Di Tengah Segara oleh
Muhammad Yasin Maamor
(ii)

Penulisan Novel dan Cerpen

melaluinya kesedaran kebangsaan dapat disampaikan kepada masyarakat


lebih berkesan
karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa
dan semangat cintakan tanah air
-

tema ini menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu

antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak
Haji Muhammad (Pak Sako) dan Shamsuddin Salleh
cerpen yang terkenal seperti Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim
Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Muhammad, Di Sini Kita
Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta oleh Shamsuddin
Salleh
manakala novel pula seperti Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh
al-Hadi, Iakah Salmah? Oleh Ahmad Rashid Talu, Melor Kuala Lumpur oleh
Harun Aminnurrashid, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh
Ishak Haji Muhammad, Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek dan Melati
Kota Bahru oleh Abdul Kadir Adabi
8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan
(Teks m/s: 213-219)
-

pertubuhan berperanan penting dalam gerakan kesedaran kebangsaan

pertubuhan di peringkat awal bersifat kenegerian serta memperjuangkan


kepentingan ekonomi dan sosial
-

menjadi pendorong kepada kemunculan penubuhan bersifat pertubuhan

(i) Kemunculan Pertubuhan Melayu


golongan wartawan dan akhbar menimbulkan kesedaran politik orang
Melayu dan mendorong menubuhkan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan
kepentingan mereka
-

antaranya;

a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


-

menjadi peransang kepada pemimpin di negeri-negeri Melayu

diasaskan tahun 1926 oleh Mohammad Eunos Abdullah

dianggotai golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan


peniaga
-

tujuan penubuhan adalah untuk;

- menggalakkan ahli berperanan lebih besar dalam politik dan pentadbiran


- perjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan
- menjadi wakil Melayu berurusan dengan British bagi hal berkaitan dengan
hak dan kepentingan orang Melayu
akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian ditubuhkan
seperti Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang (1938),

Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan


(1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan Melayu
Kelantan (1939)
lain-lain persatuan seperti Persatuan Melayu Melaka (1937), Persatuan
Melayu Serawak (1939) dan Persatuan Melayu Johor (1939)
-

tujuan penubuhan untuk meningkatkan ekonomi dan sosial orang Melayu

dianggotai cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan


berkhidmat dengan British
-

perjuangan bersifat sederhana

menunjukkan taat setia yang kuat kepada Raja-Raja Melayu dan


bekerjasama dengan British
mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu
dalam pentadbiran kerajaan
b) Persatuan Melayu Selangor
-

dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yassin

memperjuangkan;

- mendesak lebih ramai pegawai Melayu dalam kerajaan persekutuan dan


kerajaan negeri
- keanggotaan askar Melayu
- menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu
c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu
-

tahun 1939 kongres yang pertama diadakan diKuala Lumpur

dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan


Melayu Selangor
-

tujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu

berjaya menghimpunkan wakil daripada semua persatuan Melayu untuk


berbincang memajukan bangsa Melayu
-

tahun 1940 kongres kedua diadakan di Singapura

berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk


dari Sarawak danBrunei
menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri
masing-masing

kongres ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang


Tanah Melayu pada tahun 1941
d) Persaudaraan Sahabat Pena
-

nama penuhnya ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

ditubuhkan tahun 1934

dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahliahlinya menulis dan mengemukakan pendapat
-

cogan kata mereka ialah Hidup Bahasa Hidup Bangsa

menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak


danSabahbertukar pendapat
tujuan untuk meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan di
kalangan mereka
pada November 1934 mengadakan persidangan di peringkat kebangsaan
yang pertama di Taiping, Perak
-

berjaya menghimpunkan ahli dari seluruh Tanah Melayu

semangat kenegerian dapat dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu


mula terbentuk
persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura,Ipohdan
Seremban
e) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
-

ditubuhkan tahun 1938 diKuala Lumpur

merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah


Melayu
-

dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob

pemimpin yang lain seperti Mustapha Hussain dan Ahmad Boestamam

tujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan


orang Melayu dan mempertahankan hak
-

berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British

bercita-cita menyatukan Tanah Melayu denganIndonesiauntuk mewujudkan


Melayu Raya
kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI)

perjuangan KMM bercorak radikal kerana mengamalkan dasar tidak


bekerjasama dan menyuarakan pertentangan secara terbuka terhadap British
-

mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British

akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti


British dan memperjuangkan cita-cita KMM
tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob dan 150 anggota KMM ditangkap oleh
British dan dipenjarakan di Singapura
-

mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun

tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun

(ii)Pertubuhan Orang Cina dan India


sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih
menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal
a) Pertubuhan Orang Cina
awal kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah
Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang
-

menumpukan perhatian kepada negaraChina

terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada politik


tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat
atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British
tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan
oleh orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris
antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong
Siang dan Seah Liang Seah
-

presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim

antara pengasas utama persatuan ini ialah Lim Boon Keng

tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan


di Negeri-Negeri Selat
selain itu menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan
tinggi dan teknikal
-

mereka juga menunjukkan taat setia kepada British

antara tokoh golongan ini ialah Tan Cheng Lock

(i) Tan Cheng Lock


- lahir di Melaka

- berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan Raffles Institution


di Singapura
- tahun 1923-1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis
Perundangan Negeri-Negeri Selat
b) Pertubuhan Orang India
terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal sebelum Perang
Dunia II
tubuhkan persatuan dengan tujuan melindungi kepentingan orang India
di Tanah Melayu
awal kurun ke-20 golongan cerdik pandaiIndiayang berpendidikan
Inggeris menubuhkan persatuanIndiadi bandar-bandar utama seperti
Taiping,Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau Pinang
menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang
India di Tanah Melayu
-

tahun 1039 Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan

dipimpin oleh A.M.Soosay

merupakan gabungan 12 buah persatuanIndiadan 4 dewan perniagaanIndia

tujuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah


Melayu
TAMAT Share this: