Anda di halaman 1dari 1

Pada hari ini, P&P berjalan agak lancar.

Pada pendapat saya pelajar dapat memahami apa yang


dipelajari pada hari ini. Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya
untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan. Murid-murid berminat untuk mengikuti
sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan
mengikuti arahan yang ditetapkan. Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas.
Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempoh masa yang
dirancang. Pada permulaan P&P, saya memulakan sesi induksi dengan bertanya tentang
kepentingan air kepada keperluan tubuh badan. Seterusnya saya menunjukkan gambar 2 botol
minuman yang berbeza harga dan kuantiti. Di sini saya dapat mencungkil pengetahuan murid
tentang tajuk penolakan perpuluhan melalui soalan-soalan yang diberikan secara umum dan
mengaitkannya dengan tajuk yang telah dipelajari pada hari ini. Dalam bahagian aktiviti,
tayangan video melalui pautan Youtube pada permulaan aktiviti telah memudahkan saya dalam
memberi penerangan tentang konsep penolakan perpuluhan. Walaupun video tersebut dalam
Bahasa Inggeris, saya memilihnya berdasarkan kualiti grafik, audio yang jelas dan tempoh video
yang sesuai dengan sesi pengajaran saya di samping ianya mudah difahami oleh murid.
Seterusnya murid-murid diminta untuk menjawab soalan yang diberikan mengikut aras dalam
tempoh masa yang ditetapkan dan kemudian mereka yang telah dipilih akan menunjukkan
jawapan di papan putih. Walaupun kaedah berpusatkan murid seperti ini agak tradisional, tetapi
ianya masih relevan digunakan dalam proses P&P yang melibatkan pengiraan Matematik. Selain
itu, saya juga dapat menilai tahap pemahaman murid melalui kaedah tersebut walaupun tidak
secara terperinci. Pada sesi penutup saya telah menayangkan video pautan Youtube dalam bentuk
lagu sebagai kesimpulan untuk P&P pada hari ini. Rata-rata murid berminat dengan penerapan
inovasi yang digunakan terutamanya permainan interaktif online melalui kuiz yang dijalankan
pada akhir sesi P&P. Melalui permainan tersebut juga saya dapat menilai tahap pemahaman
murid di samping menguji kecekapan mereka dalam pengiraan penolakan perpuluhan apabila
tempoh masa dipendekkan pada setiap pusingan.
Kelemahan
Setelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya agak
kurang jelas. Saya juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti
pengalaman sendiri murid.Antara lain saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan seperti
penilaian melalui lembaran kerja ataupun latihan tambahan di rumah kepada murid. Selain tidak
dapat menilai pemahaman murid secara individu, melalui latihan tambahan sepatutnya saya
boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka bagi lebih menguasai tajuk ini. Selain itu,
masa yang diperuntukkan untuk permainan interaktif online yang saya jalankan pada sesi
penutup telah melampaui masa yang ditetapkan. Oleh itu saya bercadang untuk menjalankan
aktiviti seperti ini pada sesi perkembangan aktiviti pada sesi PdP yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai