Anda di halaman 1dari 18

Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu.


1.0 Pengenalan
Falsafah pendidikan adalah panduan dan hala tuju system pendidikan bagi sesebuah
Negara. Semua Negara wajib ada falsafah pendidikannya sendiri yang mana ianya
berbeza berbanding sesebuah Negara yang lain. Falsafah berasal daripada perkataan
Yunani iaitu philo dan sophia di mana philo bermaksud mencintai dan Sophia
berrmaksud kebijaksanaan. Menurut Plato, falsafah ialah usaha mengetahui segala yang
ada berhubung dengan manusiadan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran
Falsafah pendidikan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dan
lebih dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan
secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan
Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu
universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia
dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi
cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi,

mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh
mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi
nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa
berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu
yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi
juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu
tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu
berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.

2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Penterjemahannya Dalam Proses


Pengajaran dan Pembelajaran.
2.1 Bentuk Pendidikan yang terdapat di Malaysia.
Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan atau merupakan
satu proses yang bermula sejak dari awal persekolahan sehinggalah ke akhir hayat
individu tersebut. Oleh itu dalam pendidikan di Malaysia menjadikan individu
tersebut melalui proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan yang
melibatkan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Pendidikan berterusan juga
melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat awal, pendidikan sekolah dan peringkat
lepas sekolah. Pada peringkat awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara
tidak formal yang hanya member penekanan kepada aspek-aspek seperti
pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti, penjagaan kesihatan dan
perhubungan fizikal. Pada peringkat sekolah, murid-murid mula mendapat
pendidikan secara formal yang melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pada peringkat ini , penekanan dibuat dalam aspek-aspek seperti perolehan
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni,

Perkembangan bakat dan potensi diri serta pembentukan jati diri. Pada peringkat
selepas sekolah pula, pendidikan masih terus berlaku sama ada individu tersebut
meneruskan pengajian ke pringkat yang lebih tinggi lagi atau bekerja. Pada
peringkat lepas sekolah, penekanan adalah terhadap peningkatan perolehan
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran,penghayatan agama dan nilai murni,
penyesuaian hidup serta perkembangan bakat dan potensi diri
2.2 Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang disarankan dalam FPK
Proses dan strategi pengajaran dan pembelajaran

merangkumi beberapa

pendekatan seperti berpusatkan murid, serta kepelbagaian teknik dan sumber.


Guru-guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Guru-guru perlu merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam melakukan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan
penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran
kontekstual. Selain daripada itu, nilai murni serta semangat patriotik, dan
kewarganegaraan tetap menjadi keutamaan. Semua elemen ini diharapkan dapat
memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan
harian dan dunia pekerjaan.
2.3 Matlamat Pendidikan yang dihasratkan dalam FPK
2.3.1

Matlamat kepada individu


Terdapat beberapa matlamat individu yang diharapkan dalam FPK
antaranya ialah;
i.
Memperkembangkan lagi potensi individu dari segi intelek,
ii.
iii.
iv.

2.3.2

rohani, jasmani dan emosi.


Memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Melahirkan individu yang mempercayai dan patuh kepada

tuhan
Matlamat kepada sumbangan oleh individu kepada keluarga
masyarakat dan Negara.
Antara matlamat tersebut adalah:

i.

Melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan di mana


individu

tersebut

mampu

untuk

menyumbang

semula

kepakaran yang ada bagi meningkatkan dan memajukan


ii.

Negara.
Melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia di mana
mereka tahu membezakan antara nilai buruk dan nilai baik,
menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan mereka,
menghayati

iii.

nilai

kerohanian

kemanusiaan

dan

kewarganegaraan serta yakin kepada nilai murni.


Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab di mana sentiasa
berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama,
bangsa dan Negara. Mereka juga wajib mematuhi undang-

iv.

undang Negara.
Melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan iaitu
individu yang kompeten dan cekap dalam melaksanakan
sesuatu kerja. Justeru itu, pendidikan perlu melahirkan rakyat
yang berilmu serta berkemahiran tinggi.

2.4 Penterjemahan FPK menerusi P&P


Adalah amat penting seseorang guru itu mengikuti kehendak FPK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini kerana FPK itu adalah panduan
bagi sistem pendidikan di Malaysia. Segala kelemahan yang dirasai dalam
menghayati FPK oleh guru haruslah di atasi segera bagi membolehkan ilmu yang
disampaikan itu telus kepada para pelajar tanpa ada rasa halangan bagi seseorang
pelajar itu menerima ilmu itu sekaligus mempraktikanya.
Seseorang guru yang dapat menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya
sebagai pendidik bakal mewujudkan khalifah yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek di mana mereka ini bakal menerajui dunia dimasa akan
datang dengan hikmah dan jayanya. Motif kewujudan falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah untuk menyeragamkan dan menyelaraskan matlamat bidang
pendidikan dalam mencapai misi dan visi yang sama. FPK seharusnya dapat
diterapkan dan diguna pakai bukan hanya tertumpu dalam satu aspek atau bidang
sahaja. Malahan FPK ini boleh digunapakai oleh seluruh warga pendidik dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam semua subjek
termasuklah dalam subjek Bahasa Melayu. Daripada pemerhatian, berdasarkan

FPK ini, secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi individu.


Perkembangan potensi individu ini meliputi perkembangan secara menyeluruh
dan bersepadu. Hal ini berlaku berdasarkan misi FPK itu sendiri yang ingin
melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi rohani intelek dan
social. Keseimbangan ini pula meliputi aspek kognitif, efektif dan psikomotor.
Berdasarkan tiga aspek ini, melalui subjek bahasa melayu dengan merentasi
subjek-subjek lain akan dapat menghasilkan satu hasil pembelajaran yang
berkesan kepada murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan juga mestilah selaras dengan
FPK di mana guru perlu meningkatkan kefahaman serta menambah ilmu yang
sedia ada agar peningkatan terhadap ilmu pengetahuan sering dengan arus
pendidikan global. Guru-guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
yang perlu bagi memastikan pengajaran yang akan dilaksanakan memberi nilai
yang dan kualiti yang diperlukan oleh seorang murid. Aspek pembelajaran murid
juga perlu diambil kira di mana murid tersebut perlu dinilai dan pengajaran guru
perlu sesuai mengikut kefahaman murid agar murid dapat belajar berdasarkan
kefahaman mereka agar mereka tidak ketinggalan serta tidak memahami apa
sebenarnya yang dipelajari.
Selain daripada itu, individu yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran dan nilainilai murni serta sahsiah yang mantap akan melahirkan murid yang cemerlang
serta melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari aspek ilmu
pengetahuan malah juga cemerlang daripada aspek kerohanian, keterampilan serta
mampu menyumbang semula kepada keluarga, masyarakat dan negara.
3.0 Penterjemahan Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-nilai murni dan elemen merentas
Kurikulum (EMK) menerusi tema patriotism di bawah tajuk Setia Kepada Negara.
3.1 Pengetahuan
FPK- melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Dalam FPK, usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah
memastikan rakyat yang mempunyai ciri-ciri seperti mencintai ilmu
pengetahuan, gemar membaca, sentiasa menambah ilmu pengetahuan,
memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain berfikiran luas dan terbuka serta
meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Di bawah pengetahuan juga pelbagai matapelajaran lain boleh digabungkan
sebagai contoh sastera iaitu berkaitan dengan sajak, matapelajaran kajian

tempatan juga boleh digabungkan berkaitan dengan sejarah yang boleh dikaitkan
dengan semangat patriotisme serta subjek sivik dan kewarganegaraan bagi
meningkatkan lagi semangat cintakan tanah air.
3.2 Kemahiran
FPK melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan atau berkemahiran
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran
menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Elemenelemen yang terdapat dalam kemahiran bahasa adalah;i. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar denga teliti,
memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.
ii. Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan
kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan
pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
iii. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang
dibaca.
iv. Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan
pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan imaginatif.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang
meliputi bahan prosa, puisi, dan grafik.
3.3 Nilai-nilai Murni

FPK-Melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak baik


Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan
insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai
murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan
berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat
Malaysia harus dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, selaras dengan
nilai sejagat.
Nilai murni ini ialah baik hati, kejujuran, berdikari, kerajinan, hemah tinggi,
kerjasama, hormat-menghormati, kesederhanaan, kasih saying, kesyukuran, keadilan,
patriotisme, kebebasan, rasional, keberanian, kebersihan fizikal dan mental dan
semangat bermasyarakat.
Dalam tema patriotik yang dipilih sebagai tema pengajaran dan pembelajaran maka
dapat dilihat bahawa nilai murni yang diketengahkan dalam FPK. Tema patriotik ini
mempunyai definisi yang terlalu luas untuk dibincangkan di mana di dalamnya juga
terkandung segala nilai-nilai murini yang lain atau mempunyai hubungkait yang
sangat rapat antara satu nilai murni dengan satu nilai murni yang lain. Antaranya
dalam tema patriotik ini sikap saling hormat menghormati di dalam Negara yang
mempunyai pelbagai kaum agama dan bahasa perlu diterapkan kepada murid agar
mereka menanamkan sikap yang baik terhadap kaum lain demi memastikan Negara
ini sentiasa aman dan harmoni. Nilai seperti semangat bermasyarakat juga boleh
diulas dengan panjang lebar demi menanam nilai tersebut dalam diri setiap orang
murid.
3.4 Elemen Merentas Kurikulum
a. Keusahawanan
Secara umum, Elemen Keusahawanan merupakan proses-proses yang terlibat
dalam membentuk ciri-ciri , sikap, kaedah berfikir dan nilai dalaman seseorang
murid ke arah menjadi seorang usahawan.
Walaupun dalam P&P yang dipilih tidak berkaitan dengan keusahawanan namun
aspek pemikiran seorang usahawan amat penting untuk diterapkan seterusnya
meningkatkan kualiti seorang murid. Sebagai contoh sikap kreatif usahawan boleh
digunakan dalam pengajaran berdasarkan tema patriotik ini seperti memikirkan
secara kreatif dalam menghasilkan sebuah sajak yang mempunyai nilai
kesusasteraan yang tinggi di mana sajak tersebut berjaya memberikan impak yang

baik kepada pembaca dan pendengarnya serta sajak tersebut mempunyai bahasa
yang berkualiti serta menepati ciri-ciri sebuah sajak yang baik. Sikap kreatif ini
sangat dipentingkan dalam penghayatan FPK.
b. Kreatif dan inovatif
Kreativiti merupakan tunjang dan agenda penting dalam mana-mana orientasi
pendidikan di dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk
menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar Pendidik yang tidak memiliki
kemahiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan
pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya.
Literasi kreatif amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia mampu melahirkan
sebuah citra masyarakat kreatif

dan negara kreatif .Tempat terbaik memupuk

semangat kreativiti pada pelbagai tahap pelajar adalah menerusi pembelajaran dan
pengajaran; sama ada dalam pembelajaran formal mahupun bukan formal. Di
Malaysia, potensi untuk melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif ini terpancar
dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasiannya dalam pedagogi dan
kurikulum semua mata pelajaran termasuklah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
seseorang individu yang ingin menjadikan dirinya sebagai pendidik yang kreatif
seharusnya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perguruan, kerana
bidang ini memerlukan seseorang yang mempunyai keazaman yang tinggi bagi
melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang. Bidang perguruan merupakan satu
profesion yang mempunyai tanggungjawab serta cabaran yang besar. Seseorang yang
menceburkan diri dalam profesion perguruan, dengan rasminya mereka hendaklah
bertanggungjawab dan menjaga nama baik profesion dengan mengamalkan
profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya. Bagi memastikan bakal
guru atau guru yang masih dalam perkhidmatan memberi khidmat yang cemerlang
dan berkualiti, mereka haruslah mematuhi dan mengamalkan etika-etika yang telah
digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

c. Teknologi
Dalam elemen merenytas kurikulum di bawah kurikulum teknologi maklumat dan
Komunikasi (TMK) adalah penyataan khusus tentang apa yang murid harus capai
dalam pengetahuan TMK, kemahiran dan nilai dalam tempoh persekolahan.
Standard ini juga berfungsi sebagai panduan kepada guru untuk mewujudkan
suasana pembelajaran berbantukan teknologi. Suasana pembelajaran ini dapat

menyediakan banyak peluang kepada murid untuk memanfaatkan sumber TMK.


Murid akan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang mengandungi kemahiran
teknologi yang relevan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran berkaitan sajak, guru
boleh menggunakan dvd atau komputer untuk mempertontonkan gaya deklamasi
sajak dengan gaya dan intonasi yang betul kepada murid dengan demikian murid
akan mendapat gambaran sebenar berkaitan dengan pembacaan sajak yang betul.
Disamping itu juga dengan menggunakan capaian internet murid boleh mencari
sendiri sajak-sajak yang berkaitan dengan patriotic atau sajak-sajak yang berkaitan
dengan semangat cintakan tanah air. Ini dengan secara tidak langsung akan dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam aplikasi teknologi maklumat.

4.0 Peta minda: Hubungkait Antara Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-nilai


Murni dan EMK dalam Penterjemahan FPK

KEMAHIRAN
-melahirkan rakyat
Malaysia yang
berketerampilan/
berkemahiran

PENGETAHUAN
-melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu
pengetahuan

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

EMK

NILAI-NILAI MURNI
-melahirkan rakyat Malaysia
yang berakhlak dan baik

-Melahirkan modal insan yang


celik IT, mempunyai pengetahuan
asas keusahawanan serta kreatif
dan inovatif

5.0 Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-nilai Murni dan EMK dalam
pengajaran dan Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal
Insan.
Sebagai seorang guru yang mengajar subjek bahasa Melayu, saya yakin dan percaya
bahawa matlamat pendidikan Negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu
membina warganegara yang baik mampu untuk dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa
setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang pelbagai. Potensi tersebut
merupakan modal insane yang boleh dibentuk dan diperkembangkan lagi untuk
meningkatkan keupayaan setiap murid dalam member sumbangan kepada pembangunan
diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Modal insan yang dinyatakan dalam FPK
mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin dengan
pengetahuan, kemahiran, nilai dan elemen merentasi kurikulum mata pelajaran bahasa
Melayu, pembangunan modal insan boleh dicapai.
Berdasarkan FPK juga menunjukkan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu itu sendiri tetapi juga untuk pembangunan
dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga
seterusnya kepada masyarakat dan Negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah
untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu,
ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan Negara yang aman damai
dan semangat bersatu padu dalam mengekalkan sebuah Negara yang harmoni.
Terdapat beberapa implikasi terhadap modal insan berdasarkan falsafah pendidikan
kebangsaan iaitu:i.
Modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan serta akhlak yang mulia.
Berdasarkan FPK, modal insane yang terhasil daripada pelaksanaan FPK ialah
individu yang mempunyai ilmu pengetahuan lebih daripada satu bidang sahaja di
mana mereka mempunyai pengetahuan dalam pelbagai aspek berdasarkan
pembelajaran yang menekankan bukan hanya penggabungjalinan satu subjek
malah pelbagai subjek di dalam proses P&P. Ini akan menjadikan murid atau
pelajar mampu mengaitkan pengetahuan dari proses pembelajaran ke dalam
kehidupan seharian. Malah subjek moral, agama dan sivik yang ditekankan akan
ii.

dapat melahirkan insane yang mempunyai akhlak yang baik.


Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang dan harmonis amat diperlukan bagi memastikan sesebuah
Negara itu kekal membangun. Ini kerana insane yang tidak seimbang dan

harmonis akan menyebabkan wujud pelbagai masalah di dalam masyarakat dan


akhirnya akan menyebabkan sesebuah masyarakat itu menjadi kucar-kacir dan
berpecah belah. Dengan penerapan insan yang seimbang ini akan dapat
memastikan bahawa modal insane yang ada sekarang akan dapat memajukan lagi
iii.

negara dan mengekalkan kesejahteraannya.


Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Setiap individu yang dilahirkan menerusi FPK akan terdidik dengan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan bagi memastikan amalan hidup mereka tidak jauh
terpesong dan mudah untuk dipengaruhi dengan budaya-budaya dan anasir-anasir
yang tidak sihat. Ini kerana mereka yang patuh dan percaya kepada tuhan akan
sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa melakukan kebaikan seperti yang di

iv.

suruh dalam setiap agama dan meninggalkan segala larangan.


Tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat.
Insan yang terhasil daripada FPK ini akan mampu bertanggungjawab dan
berupaya member sumbangan kepada masyarakat kerana ianya telah dipupuk dan
disemai sejak dari bangku persekolahan lagi akan bertanggungjawab dan sentiasa
cintakan tanah air atau dengan kata lain mempunyai semangat patriotism yang
tinggi. Ini menjadikan insan itu sentiasa sedar akan tanggungjawab untuk
memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Kesemua elemen ini merupakan hasil daripada FPK yang diterapkan kepada modal insane
yang mana merupakan asset utama Negara pada masa hadapan. Kejayaan pelaksanaan
FPK ini amat bergantung kepada mereka yang melaksanakannya iaitu guru. Oleh yang
demikian bagi memastikan FPK ini tercapai maka semua guru harus faham akan apa yang
termaktub di dalam FPK dan sentiasa mempelbagaikan kaedah P&P bagi memastikan
modal insane hari ini mencapai matlamat sebenar FPK.

6.0 Proses Menterjemahkan Komponen pengetahuan, kemahiran, nilai dan EMK


dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran
Harian

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 5 UM

Bil.Murid

: 30 orang

Hari

: Isnin

Masa

: 08.45 09.45 pagi ( 60 minit)

Tema

: Patriotisme

Tajuk

: Setia Kepada Negara

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
I.
II.
III.
IV.

Melahirkan pendapat berdasarkan gambar dan cerita yang dilihat dengan idea yang
bernas.
Membaca puisi dengan menekankan pada intonasi dan sebutan yang betul.
Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa yang puitis.
Menulis ayat yang lengkap berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Hasil Pembelajaran Utama (HPU)


3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat
Hasil Pembelajaran Khusus(HPK)
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.
6.2 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Fokus Utama
3.3 Aras 1(i) Mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu topik dengan intonasi dan
sebutan yang betul.
Fokus Sampingan
6.2 Aras 1(i) Mengenalpasti kata, frasa, ayat dan peribahasa dalam sesuatu ayat.
9.2 Aras 2(i) Mengklasifikasi dan merekod maklumat pelbagai sumber
Kemahiran Bahasa : Bertutur, Mendengar, Membaca, dan Menulis
Sistem Bahasa

: Tatabahasa -Sinonim

Sebutan dan intonasi - Sajak


Kosa kata - Kata-kata hikmat
Pengisian Kurikulum

Ilmu

: Kajian Tempatan , Kesusasteraan,


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai Murni
: Kesyukuran , Patriotisme , Kebebasan
Kewarganegaraan : Bersemangat cinta akan negara Malaysia

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

: Menjana idea, menghubung kait,


merumus,
Kemahiran Belajar Cara Belajar
: Mendengar, Membaca, Menulis
Kecerdasan Pelbagai
: interpersonal, Intrapersonal, muzik

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid mengetahui tentang peristiwa hari kebangsaan dan


sejarah kemerdekaan Malaysia

Bahan Bantu Belajar

: Video ( Hari Kebangsaan ),Gambar( peristiwa hari


Kebangsaan, bangunan bersejarah, tokoh negara), Petikan
Sajak.

Penekanan Konsep 5P
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Penggabungjalinan
Penyerapan
Penilaian
Pemulihan
Pengayaan

: Mendengar, bertutur, membaca dan menulis


: Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik.
: Menerangkan maksud puisi yang dibaca
: Menulis perkataan berimbuhan, menulis ayat tunggal
: Membina ayat majmuk yang lengkap dan gramatis

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Setia Kepada

Set Induksi ( 5 minit )

KB

Negara

Guru memperdengarkan lagu melalui

menghubungkait
BCB mendengar

komputer riba.
Guru bersoal jawab dengan murid
tentang lagu yang diperdengarkan.

Teknik bersoal

Soalan;
Dengar lagu berikut
dengan teliti.

dengan teliti

1. Namakan judul lagu

jawab

ini ?

KP - interpersonal

2. Bilakah biasanya

BBB: Gambar

lagu ini kamu


dengar ?

Setia Kepada Negara

Langkah 1( 10 minit )

Ilmu: Pendidikan

Soalan berpandukan

Aktiviti 1

Moral

gambar.

Guru meminta murid bercerita tentang

KB: merumus
BCB: mendengar

gambar yang dipamerkan


Murid bercerita tentang gambar dengan
menggunakan ayat sendiri

Teknik bercerita

1.Apakah sumbangan kita


kepada Negara ?
2. Bagaimanakah kita
menyatakan kesetiaan
kita kepada Negara ?

Aktiviti 2

Guru membuat ulasan tentang cerita

aktif,
KP: intrapersonal
Nilai: kasih sayang

yang didengar dengan membetulkan


penggunaan kosa kata, sebutan dan
intonasi.
Contoh : suasana, aktiviti,

Membina ayat

Langkah 2( 15 minit )

berdasarkan perkataan

Aktiviti 1

Ilmu: Kajian

Contoh : bercuti,

Guru meminta murid membina ayat

Tempatan

secara lisan berpandukan kad perkataan

KB: Menjana idea

berkelah, berehat

yang disediakan.
BBB ;
-Guru mempamer gambar

Murid membina ayat tunggal secara


lisan berpandukan kad perkataan yang

- pantai, tepi sungai,

diberi
Aktiviti 2

Guru meminta murid membina ayat


tunggal dan ayat majmuk berpandukan
gambar

BCB: mencatat,
Teknik bercerita
KP: intrapersonal
Nilai: Hormatmenghormati
BBB:

-Gambar

Guru membuat ulasan tentang ayat

-Kad perkataan

yang disampaikan dan membuat


pembetulan tentang penggunakan
perkataan yang betul dalam ayat
Membina ayat

Langkah 3( 10 minit )

-berdasarkan gambar

Aktiviti 1

-menulis 5 ayat majmuk

Aktiviti kumpulan ;

KB: Menjana idea


KP: Verbal &

Guru meminta murid menyelesaikan soalan Linguistik,


mengikut aras kebolehan murid

Kumpulan 1 Murid menulis beberapa

BCB; kemahiran

perkataan yang sesuai berdasarkan

mencatat

gambar

Teknik bercerita

Kumpulan 2 Murid diminta menulis


lima isi penting dalam gambar yang
disediakan

Kumpulan 3 Murid diminta menulis 5


ayat berpandukan gambar tunggal

Aktiviti 2
Guru meminta semua kumpulan
menyatakan hasil dapatan perbincangan
dalam kumpulan itu tadi.
Jenis-jenis ayat:

Langkah 4( 15 minit )

KB Menjana

-Ayat majmuk

Aktiviti 1 Aktiviti Penulisan

idea

-Ayat terkawal

KBCB:

(- murid membina ayat

Kumpulan 1 Murid menulis ayat secara

KP: intrapersonal

berdasarkan perkataan

terkawal dengan membubuh perkataan

BBB: Lembaran

yang disediakan)

pada tempat kosong .

kerja

Contoh: berkelah, pantai,


bertolak

Kumpulan 2 Murid menulis ayat majmuk

-Ayat berpandukan

dengan menggunakan perkataan yang

gambar

disediakan
Kumpulan 3 Murid membina 5 ayat
majmuk yang lengkap tentang gambar
yang disediakan

Guru membuat ulasan;

Penutup ( 5 minit)

KB: merumus

Ilmu: Kajian

-Apakah kebaikan
berkelah bersama
keluarga
BBB: menyanyi lagu

Guru membuat ulasan


Nyanyian kalau rasa gembira tepuk

Tempatan

tangan
KP: muzik

Rujukan
Abdul Hamid Mahmood. (2006). Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayudalam Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:
Kemahiran bernilai Tambah. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Abd. Rahim Abd. Rashid. 1999. Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Haji Abdullah.(2005). Wacana Falsafah Ilmu: analisis konsep-konsep dan
Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Arof&Zakaria Kasa(1994).Falsafah dan konsep pendidikan.Kuala
Lumpur.Fajar Bakti.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon.(2008).Falsafah Pendidikan


Kontemporari.Skudai.Universiti Teknologi Malaysia
http://kssr.bpk.my/pengenalan/emk
http://www.slideshare.net/RoseRoja2/004-pembentukan-dan-unsur-fpk