Anda di halaman 1dari 7

LOGISTIK DAN PERKAPALAN

Logistik Penggerak Dunia


Dengan permintaan tinggi di pasaran dunia, logistik adalah perkara yang
memungkinkan produk-produk pesanan anda tiba tepat pada masanya dengan
selamat.Pernahkan anda terfikir perjalanan merentas dunia yang diambil oleh produk
kegemaran anda untuk tiba dan sampai di tangan anda?Segalanya direalisasikan oleh
para professional dalam bidang logistik kerana perjalanan yang diambil tidak mengira
tempat samada melalui darat, udara, dan laut. Mereka akan memastikan produk
pesanan anda tiba tepat pada waktunya.
Apa Itu Logistik?
Logistik adalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah, produk, ubat-ubatan,
peralatan, makanan, maklumat, serbuk dan juga tenaga) dari lokasi ianya diwujudkan
hingga ke destinasi penguna atau pembeli.Ini bermakna bahan tersebut mungkin
diwujudkan di Belanda dan disalurkan ke Malaysia melalui sistem logistik ini.Aktiviti
logistik fizikal selalunya disusuli dengan intergrasi maklumat seperti pengendalian
produk, pembungkusan produk, inventori, pengangkutan, pergudangan dan
keselamatan. Kerumitan proses logistik ini boleh dipermudahkan dengan perisian
teknologi yang serba canggih di zaman ini yang membolehkan analisa, pergerakan dan
maklumat-maklumat lain yang berkaitan inventori dikawal dengan rapi serta tepat.
Secara tak langsung, kemudahan perisian ini membolehkan syarikat logistik dan
pembeli atau penguna berkomunikasi dan berkongsi maklumat produk dengan lebih
tangkas dan tepat.Selain itu, pihak pengurusan syarikat juga dapat mengurus operasi
Logistik dengan lebih sistematik dan dan dikawal selia oleh perisian yang serba
automatik ini.
Perkhidamatan Logistik
Logistik merupakan komponen penting yang diperlukan di dalam sesebuah
ekonomi moden kerana ia memudahkan aliran barangan dan pekerja perkhidmatan dari
dalam dan luar negara.Ia berupaya meningkatkan produktiviti dan daya saing merentasi
industri, di mana jangkaan terhadap permintaan perkhidmatan logistik akan meningkat
selari dengan peningkatan di dalam permintaan pasaran dalam sektor perniagaan.
Malaysia merupakan hab logistik serantau yang strategik dan menarik kerana ia
mengamalkan ekonomi terbuka serta kedudukannya di dalam ASEAN yang mempunyai
integrasi serantau yang tinggi.Pembekal perkhidmatan logistik bukan sahaja terlibat di
dalam pengendalian penghantaran produk dari satu destinasi ke destinasi lain malahan
mereka juga dikehendaki memberikan perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan

dengan menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan pemudah cara, pergudangan,


pembungkusan dan lain-lain.
Usaha mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti perkhidmatan logistik dan sistem
pengangkutan dapat meningkatkan akses ke pasaran antarabangsa dan menyumbang
secara langsung kepada peningkatan perdagangan.
Komponen-komponen perkhidmatan logistik adalah seperti berikut:
1.
Darat
Pengangkutan darat merupakan komponen utama di dalam aktiviti-aktiviti logistik
yang meliputi pengangkutan jalan raya dan rel.
1 Udara
Pengangkutan udara biasanya digunakan bagi mengangkut barangan dalam
kuantiti yang sedikit, mudah rosak dan produk yang bernilai tinggi.
1 Maritim
Pengangkutan maritim (perkapalan dan pelabuhan) memainkan peranan penting
di dalam pengangkutan antarabangsa, terutamanya pengangkutan barangan
yang berjumlah besar seperti minyak mentah dan bijian.
Beberapa fungsi utama logistik meliputi:
1.Inventory Management
Merupakan sistem pengaturan inventori dalam suatu perusahaan. Sistem inventori yang
diamalkan oleh suatu perusahaan dapat mencerminkan cara bekerja dari perusahaan
tersebut. Banyak perusahaan menjadi muflis hanya karena perusahaan tersebut tidak
dapat mengatur sistem inventori.
2.Purchasing
Merupakan salah satu bahagian dari dunia logistik .Pembekal barang berkait rapat
dengan prestasi pembekal,yang dilihat melalui sebuah purchasing department.
Pandangan jauh seorang purchaser dalam memilih vendor, akan memberi kesan
kepada sistem logistik suatu syarikat. Jika vendor yang dimiliki punya sistem kerja yang
tidak sistematik, produk yang dihantar banyak yang cacat, lead time delivery juga lama,
bahkan selalu terlambat. Secara automatik, sistem logistik akan menjadi
kacau.Seterusnya, pemintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi, sehingga keuntungan
menurun

3. Pengangkutan dan Pengagihan

Salah satu daripada logistik adalah pengangkutan dan pengagihan . Kelajuan dan
ketepatan menjadi tolak ukur utama di bahagian ini, bagaimana bekalan boleh sampai
ke tempat tujuan sesuai dengan permintaan, sehingga proses seterusnya tidak
terbantut. Banyak hal yang berpengaruh dalam hal ini, mulai dari high armada
pengangkutan, berpandangan jauh dalam menentukan laluan, dan juga kecekapan kos
pengangkutan dan pengagihan. Semuanya itu akan memberikan kesan terhadap
prestasi logistik.
4. Warehousing
Warehousing atau gudang merupakan sebahagian kecil dari logistik.Termasuk di
dalamnya adalah sistem simpanan, material handling, FIFO sistem, cross - docking dan
packaging. Banyak orang menganggap remeh masalah yang satu ini, namun
warehouse merupakan salah satu bahagian dalam syarikat yang menentukan prestasi
dari syarikat tersebut
Mari Mengenal Istilah -> LSP? 3PL? 4PL?
Ada beberapa istilah dalam dunia logistik yang merujuk kepada jenis perkhidmatan
yang diberikan oleh sebuah syarikat logistik. Istilah tersebut antara lain:
LSP = Logistics Service Provider
Syarikat Pembekal jasa perkhidmatan logistik
3PL = Third Party Logistics
Syarikat penyedia jasa perkhidmatan logistik yang melakukan pengurusan logistik
dengan menggunakan sebahagian sumber-sumber daripada syarikat lain, termasuk
inventory management, purchasing, pengangkutan dan pengedaran, serta warehousing
4PL = Fourth Party Logistics
Syarikat penyedia jasa perkhidmatan logistik yang melakukan pengurusan logistik
dengan menggunakan seluruh sumber-sumber daripada syarikat lain, termasuk
inventory management, purchasing, pengangkutan dan pengedaran, serta
warehousing.
Tiga teras syarikat logistik
Secara garis besar, sebuah syarikat logistik dalam menjalankan perusahaanya,
dipastikan merujuk kepada ketiga kegiatan teras yang dijalankan dan ditawarkan
kepada pelanggan yang menggunakan jasa syarikat logistik. Ketiga teras syarikat
logistik tersebut antara lain:
Pengagihan barangan
Kecekapan
Kepuasan pelanggan

Perkapalan

Adalah nadi pertumbuhan ekonomi Aktiviti perkapalan ialah komponen penting


dalam sektor maritim. Kapal-kapal dagangan memungkinkan pelbagai jenis barangan
pembuatan dan bahan mentah diangkut dengan jumlah yang banyak pada jarak yang
jauh dan pada kos yang berpatutan.Perkapalan merupakan satu aktiviti yang penting
kepada kesejahteraan ekonomi dunia.Ia merupakan satu-satunya kaedah
pengangkutan yang menyediakan 1 skala ekonomi yang dijana oleh kapal-kapal
dagangan bersaiz besar. Majoriti jumlah dagangan dunia diangkut melalui kaedah
pengangkutan maritim.Tanpa kapal-kapal dagangan, adalah mustahil untuk kita
menikmati pelbagai barangan dan menggunakan bahan-bahan mentah yang dating dari
segenap pelosok dunia dan membayarnya pada harga yang sangat berpatutan.
Berdasarkan rupa bentuk Malaysia yang dikelilingi selat dan lautan, tidak
hairanlah yang sektor perkapalan merupakan kaedah pengangkutan utama kepada
negara.Ekonomi negara yang bergantung tinggi kepada sektor pembuatan serta
berorientasikan ekspot tentunya sangat bergantung kepada perkapalan untuk menjana
pertumbuhan ekonominya.Kedudukan Malaysia bersempadankan laluan-laluan
perkapalan global yang penting dan sibuk seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan
meletakkannya sebagai pusat persinggahan utama di rantau ini bagi kapal-kapal
dagangan.Malaysia juga bertuah dengan lokasi strategiknya di Asia Tenggara yang
merupakan satu kawasan pertumbuhan penduduk dan ekonomi yang paling pesat di
dunia.
Kerajaan memberikan sokongan dan menawarkan pelbagai insentif kepada
sekgopr perkapalan bagi menggalakkan pertumbuhannya serta menarik pelaburan ke
dalam sektor yang memerlukan modal besar ini.Antara insentif yang ditawarkan ialah
pengecualian cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari kapal-kapal yang
didaftarkan di Malaysia serta ke atas gaji anak-anak kapal yang bekerja di atas kapalkapal tersebut.Kerajaan juga menawarkan keumdahan pembiayaan khusus untuk
syarikat-syarikat tempatan untuk membeli kapal.Sokongan ini telah banyak membantu
sektor ini bertumbuh dengan pesatnya dalam dekad-dekad kebelakangan ini.Malaysia
kini menduduki tempat ke 22 dalam senarai negara-negara maritim utama dunia dari
segi kapasiti kapal dagangan pada tahun 2010.

Pertumbuhan pesat sektor perkapalan negara boleh dilandaskan ke atas beberapa


faktor. Antaranya:
i.

Pertumbuhan beterusan ekonomi negara dan fokus terhadap sektor


pembuatan dan ekspot sebagai penjana utama ekonomi.

ii.

Lokasi strategik Malaysia di laluan strategik perkapalan dan kawasan


pertumbuhan ekonomi.

iii.

Komitmen dan dorongan Kerajaan untuk membangunkan sektor


maritim dan perkapalan melalui sokongan dasar, institusi,
perundangan, pelaburan dan tawaran pelbagai insentif.

iv.

Pertumbuhan dan pembangunan pelabuhan-pelabuhan tempatan


serta kecekapan dan produktiviti mereka mengendalikan kapal-kapal
serta jumlah kargo yang besar.

v.

Penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya serta sokongan agihan


dan pengendalian dagangan seperti gudang, kawasan bebas,
perkhidmatan logistik, lapangan kontena, EDI (platform pertukaran
maklumat dagangan secara elektronik) dan sebagainya.

vi.

Sokongan pelabur dari institusi kewangan dari dalam dan luar negara
terhadap sektor perkapalan.

Pada dasarnya, permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan adalah bercirikan


demand derived.Permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan datang dari permintaan
terhadap barangan yang diangkut oleh kapal dan dikeluarkan menggunakan sokongan
kapal. Selagi ekonomi negara dan rakan-rakan dagangannya kekal bertumbuh dan
sektor minyak dan gas negara terus berkembang, sektor perkapalan Malaysia akan

terus mempunyai potensi untuk maju. Pelabuhan sebagai pemudahcara dagangan


Pertumbuhan sektor perkapalan negara memacu pertumbuhan pelabuhanpelabuhan
yang bukan saja menyediakan tempat berlabuh bagi kapal-kapal tetapi juga menjadi
pusat penting dalam rangkaian bekalan atau supply chain. Malaysia boleh berbangga
dengan infrastruktur pelabuhan bertaraf dunia.

Cabaran Sektor Perkapalan


Aktiviti perkapalan dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti ekonomi,
politik, dagangan dan pembangunan infrastruktur sokongan seperti pelabuhan dan
logistik.Permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan bersifat bermusim sepertimana
juga pasaran saham dengan kitaran turun naiknya sendiri.
Bagi pengurusan syarikat perkapalan, membuat keputusan seperti sektor
dagangan mana yang hendak diceburi, bila dan banyak mana kapal harus dibeli dan
bagaimana untuk membiayainya, dan bila waktu yang tepat untuk menjual kapal-kapal
yang sudah meningkat usianya dan kurang permintaan terhadap perkhidmatannya,
merupakan cabaraan yang menentukan berjaya atau gagalnya syarikat tersebut dalam
industri yang mencabar ini. Proses membuat keputusan sebegini melibatkan penilaian
pelbagai faktor yang rumit yang melibatkan pergerakan ekonomi, strategik, politik,
kewangan, perundangan, dagangan, pengangkutan serta permintaan dan pengeluaran
bahan komoditi dan barangan pembuatan. Malah rentak-tari pasaran perkapalan yang
melibatkan pembinaan kapal baru dan pemberhentian perkhidmatan kapal lama harus
diamati secara teliti kerana ia menentukan harga kapal.

Harga minyak juga mempengaruhi aktiviti perkapalan.Apa tidaknya, kapal-kapal


besar yang merentas lautan menggunakan sejumlah minyak yang besar bagi
menggerakkannya. Di kala harga minyak mencecah paras tertinggi akhir-akhir ini,
tentunya harga minyak yang tinggi menyumbang kepada peningkatan kos operasi
kenderaan besar seperti kapal.

STUDENT NAME:
1
2

HARTINI BT SURI
NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR

STUDENT ID
SX130192CSRS03
SX130202CSRS03

Anda mungkin juga menyukai