Anda di halaman 1dari 6

PENGURUSAN KECEDERAAN /BANTU MULA

Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah
diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan
meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.
Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.
KAEDAH BANTU MULA
Terdapat dua kaedah bantu mula yang sering di gunakan semasa
kecemasan,iaitu kaedah T.O.T.A.P.S. dan kaedah D.R.A.B.C. Kedua-dua kaedah ini
adalah langkah -langkah pemeriksaan terhadap mangsa sebelum memberi pertolongan
cemas kepada mangsa.
PENGURUSAN KECEDERAAN
PENILAIAN KECEDERAAN BERMULA DENGAN
S -STOP : Hentikan semua bentuk aktiviti fizikal
T - TALK : bercakap dengan atlit
O - OBSERVE : memerhati jika terdapat sebarang perubahan pada pergerakan, otot
P - PREVENT FURTHER INJURY

T.O.T.A.P.S DIGUNAKAN SEMASA


Sekiranya mangsa dalam keadaan sedar maka bantuan awal yang perlu dilakukan ialah
T.O.T.A.P.S dan jika mangsa tersebut tidak sedar, maka bantuan yang sesuai diberikan
ialah D.R.A,B,C.
Maksud T.O.T.A.P.S
1. T=TALK- Bercakap dengan mangsa (bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya
kepadanya peringkat kesakitan dan tempat kecederaan.)
2. O=OBSERVE Pemerhatian (perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan
keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami ke atas
kepala mangsa)
3. T=TOUCH Sentuh (rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau
deformiti anggota badan tersebut).

4. A=ACTIVE MOVEMENT - Pergerakan Aktif (suruh mangsa gerakkan anggota badan


yang cedera, sekiranya mangsa rasa sakit rujuk kepada
pakar perubatan dengan segera).
5. P=PASSIVE MOVEMENT - Pergerakan Pasif (gerak perlahan bahagian yang
tercedera untuk periksa tahap kecederaan. Regangkan
otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti
dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius).
6. S=STAND - Berdiri (suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk
mempastikan tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain
bila tiada tanda kecederaan yang khusus).

LANGKAH-LANGKAH
Pertama bercakap atau bertanya tentang peringkat kesakitan dan tempat
kecederaan yang dihadapi oleh mangsa. Contoh soalan yang boleh ditanya ialah,
apakah yang telah berlaku?, adakah anda berasa sakit?, dan di bahagian manakah
anda berasa sakit.
Soalan-soalan ini boleh membantu kita mengetahui serba sedikit latar belakang
kemalangan dan juga keadaan mangsa. Bercakap dengan si mangsa juga dapat
menenangkannya dan juga untuk mendapatkan maklumat tentang peristiwa atau
kemalangan yang telah berlaku. Pembantu mula juga boleh mendapatkan maklumat
yang diperlukan daripada rakan si mangsa atau penonton yang ada. Tujuan untuk
bertanya ialah membolehkan pembantu mula terus fokus kepada bahagian yang
cedera.
Langkah yang kedua ialah membuat pemerhatian. Beri perhatian kepada
penafasan dan perubahan denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Periksa
bahagian mulut dan hidung jika terdapat sesuatu yang menyekat laluan udara
semasapernafasan. Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu. Pada
masa yangsama perhatikan wajah si mangsa. Adakah ia sedang menahan kesakitan,
kelihatan pucat atau terkejut. Beri fokus kepada kecederaan yang dihadapi oleh
mangsa contohnya luka ,bengkak, atau sesuatu yang tidak normal dibahagian yang
cedera terutananya di bahagian kepala.
Langkah yang ketiga ialah sentuh. Sentuh tempat kecederaan dan periksa
sebarang bengkak atau deformiti anggota badan. Perhatikan dan periksa
tempatkecederaan dan keadaan mangsa, terutama yang dialami pada bahagian kepala.
Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati -hati. Tujuan utama

sentuhan dengantangan adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Contohnya,


bengkak atau sesuatu yang tidak normal pada bahagian yang cedera.
Langkah yang keempat ialah pergerakan aktif. Pembantu awal kecederaan
perlumeminta mangsa mengerakkan anggota yang cedera. Contoh pergerakan aktif
ialahmengerakkan pergelangan tangan yang cedera. Ini penting untuk menilai sejauh
manatahap kecederaan yang dihadapi oleh mangsa. Sekiranya mangsa merasa sakit,
rujuk danmembawa mangsa kepada doktor.
Langkah yang kelima ialah membuat pergerakan pasif iaitu meminta
mangsamengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan untuk memeriksa tahap
kecederaan.Jika mangsa didapati mengalami kecederaan maka pergerakan pada
anggota yang cederaperlu diminimumkan.
Langkah yang keenam iaitu meminta mangsa berdiri, berjalan, berlari
danmelompat untuk menilai tahap kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa
bera ksisetelah pasti kecederaan tidak serius.

KAEDAH D.R.A.B.C
Maksud D.R.A.B.C
D: Danger, Check for danger to self, others and casualty.
R: Response, Is the casualty conscious?
A: Airway, Check the casualty's airway is clear.
B: Breathing, Is the casualty breathing?
C: Circulation, Do they have a pulse?
D: Danger atau bahaya
Sebagai penyelamat, syarat utama adalah keselamatan. Kita mestilah
memastikan keadaan persekitaran yang selamat untuk kita bertindak sebagai
penyelamat. Tak guna kalau kita juga bakal menjadi mangsa pulak kerana cuba
menyelamat. Contohnya, mangsa yang terkena kejutan elektrik. Mangsa kelihatan tidak
bernafas, sebagai penyelamat kita mesti memastikan mangsa sudah bebas dari aliran
elektrik dan juga persekitaran mangsa juga selamat dari mengelakkan kita pula yang
terkena renjatan elektrik.

R: Response atau tindakbalas


Setelah semuanya selamat, cuba periksa tindakbalas mangsa iaitu bayi dalam
kursus ini. Panggil nama bayi itu, goncang perlahan tubuhnya dan juga boleh juga
digeletek kakinya. Jika mangsa tidak memberi tindakbalas, sebagai penyelamat, kita
harus bertenang dan segera meminta bantuan sesiapa di sekeliling untuk menelefon
ambulance. Jika tiada sesiapa yang dapat membantu kita, terus berikan CPR atau
bantuan pernafasan dahulu lebih kurang satu minit dan kemudian menghubungi talian
kecemasan 999.
A: Airway atau saluran pernafasan iaitu mulut mangsa
Periksa mulut atau hidung bayi agar ia bebas dari sebarang benda yang akan
menahan saluran pernafasan terbabit. Seterusnya dengan menggunakan satu jari
tolakkan dagu bayi supaya kepala bayi tersebut sedikit terdongak agar saluran
pernafasannya terbuka luas. Dagu bayi mesti kelihatan selari dengan dadanya.
Letakkan telinga di mulut dan hidung bayi disamping mata memandang dada bayi itu
untuk memastikan sama ada bayi itu masih bernafas atau tidak. Jika tidak, teruslah
memberikan bantuan pernafasan.
B: Breathing atau pernafasan
Jika bayi kelihatan tidak bernafas, teruslah dengan memberikan 5 kali bantuan
pernafasan dengan menekup mulut dan hidung dengan mulut kita dan terus meniupkan
udara ke saluran pernafasan (mulut dan hidung) bayi terbabit. Seterusnya lakukan
tekanan (compression) dengan menggunakan dua jari (jari telunjuk dan jari hantu) di
tengah bawah dada iaitu di antara rusuk kanan dan kiri di mana terletaknya diaphragm.
Ini membantu pengaliran udara yang ditiup tadi ke seluruh badan bayi. Lakukan
sebanyak 30 kali 'compression'. Seterusnya berikan 2 kali bantuan pernafasan dan 30
kali compression atau tekanan di dada.
C: Circulation/Compression atau peredaran udara
Tekanan seperti yang disebut di atas sangat penting bagi memastikan peredaran
udara ke seluruh badan mangsa. Ulang dan ulang dengan 2 kali hembusan ke saluran
pernafasan mangsa dan 30 tekanan di dada sehingga bantuan kecemasan tiba atau
sehingga mangsa kelihatan bernafas.

RAWATAN KECEDERAAN RICE


Biasanya apabila kecederaan seperti terseliuh dan kontusi berlaku, mereka yang
tiada pengetahuan tentang kecederaan sukan dan rawatan ais akan terus bertindak
dengan mengurut bahagian yang cedera. Mengurut atau menggosok akan menjadi
kecederaan itu bertambah serius. Dalam perubatan sukan ( sport medicine ), rawatan
R.I.C.E adalah digalakkan sebagai bantu mula kepada si mangsa yang mengalami
kecederaan tisu lembut.
Tindakan awal ke atas kecederaam tisu lembut.
Rawatan R.I.C.E.1. R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera.
R Untuk Rest bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian
yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang
selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan
kecederaan yang lebih teruk.
Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.
2. I ( Ice ) : I Untuk Ice bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang
tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh
menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan
rasa sakit
Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara
langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam
pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4
kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan
bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera.
Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau
bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan bahagian terlibat berasa
kebas.
3. C ( Compression ) : C Untuk Compression bermaksud memberikan tekanan.
Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi
mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa
sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara.

Pertama,cara tidak langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan


bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan
tangan.
Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga mengganggu
pengalirandarah.
4. E ( Elevation ) : E Untuk Elevation bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu
bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu
mengurangkan bengkak/oedema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan
sekerap mungkin.
Menaikkan bahagian yangcedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini
boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas bangku
sambil berbaring

Nota :
Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang cedera tidak
dibenarkan. Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan diikuti dengan
berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid
dianggap telah pulih.
Rawatan Kejang Otot:
Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke
belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan. Jika berlaku di
paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan
paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari.
Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais
dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang
panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang
sejuk

Anda mungkin juga menyukai