Anda di halaman 1dari 13

Tajuk: Pembuangan Bayi Dalam kalangan Remaja

1.0 PENGENALAN
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan
sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban
hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lainlain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup
membuang
bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut
diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat
setempat.
Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk
tubuh,
dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka
bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap
golongan
remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi
kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang
masa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu
kesilapan
yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan
sesuka
hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya.
Selepas
itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan
hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan
bayi ini. Ibu
bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga
masalah
penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan
Kebajikan
Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu
dllaksanakan
oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini


jugamenggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat
terdapatgolongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka
dengan baik.Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka
berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anakanak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud
kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu
serta cuba
membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang
Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru
lahir ditebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan
akhbar BorneoPost, bayi perempuan yangbaru lahir ini ditemui mati
olehsalahseorang
penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.
2.0
STATISTIK
Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian
yang
dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari
ini
mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario
pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu
ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun
sehingga
2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan
dijumpai.
Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65
kes pembuangan bayi telahdilaporkan diseluruh Malaysia. Manakalapada
tahun2006, kespembuanganbayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes
pada
tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistikini tidakmencecah keangka
ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan
fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah
taraf bermula

Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah


pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini
adalah
antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak
mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.
Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan,
mengejar
kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina
satu
keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari
orang
lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.
Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan
bayi ini
ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang
terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi.
Kerana
itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke
pengkal
lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam
sendiri.
Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi
tidak
berani untuk mendekati orang dimasjid untuk meminta pertolongan.
4.0 CIRI-CIRI DALAM DIRI REMAJA YANG TERLIBAT DALAM KES
PEMBUANGAN BAYI
Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kami dalam beberapa
rujukanmendapati
terdapat ciri-ciri tertentu bagi remaja yang terlibat dalam masalah pembuangan
bayi. Antaranya terdapat kecelaruan identiti remaja. Terdapat banyak faktor yang
dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan. Salah satunya ialah keluarga
tidak
memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak.
Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan
tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka
yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama. Kedua pula
ialah
golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam

agama, tetapi
kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang
menyeleweng.
Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih
jalan
yang tersasar.
Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap
dalam diri.Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang
menyeronokkan tanpa mengiralarangan agama.
Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung, sifat
benci
pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap
sehingga
tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi
psikologi
mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun
mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan
selamat.
Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang
pertama
pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah,
anakanak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia
mutakhir
sanngup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.
5.0 KESAN-KESAN
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan
impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara
pada masa
akan dating, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada
hari
ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Kesan kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa
bahagianseperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja
perempuan yangterlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan
juga kesan kepadanegara kita sendiri.
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan
suami isteri

tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang


telah
terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah
iaitu
usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa
dan
kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga
mungkin
terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa..
Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang
dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini
dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah
dan
kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah
atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai
makan,
stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui
perasaantakut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawankawan. Ekorandaripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket
yang mengambilkesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan
tujuan bagi mendapatkanpulangan keuntungan yang lumayan.
Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah.
Kesan
dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman,
kecederaan
sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan
yang
sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital
mahupun orang lain.
Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan
mengalami
kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah
emosi.
Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari
segi
undang-undang agama dan negara.
Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan . akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga
itu
iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu
untuk

bergaul dengan ornag ramai lagi. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana
ibu
menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai
memelihara
anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa masa
depan anakanak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.
Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang
sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu
bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesanyang
akan
berlaku ialah kernav]cakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan
keadaan
ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini.
Perbelanjaan
kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di
rumah
kebajikan masyarakat.
6.0 ANALISA/PERSONALITI
Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat
remaja iaitu
awal remaja (12-18 tahun) dan akhir remaja (18-22 tahun). Personaliti yang
dapat
dilihat pada awal remaja ialah mereka akan capai kematangan fizikal seperti
tinggi
maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat
operasi formal dan dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan
kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi
remaja.
Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan
rakan
sebaya dari jantina yang berbeza.
Manakala bagi akhir remaja, mereka ini akancuba mendapat otonomi
(autnonomy) dari ibu bapa mereka. Mereka berusaha membentuk identiti
mengikut
jantina dan melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai
moral
dalam masyarakat. Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan
dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.
Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada
masalah
lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang

mudah
terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang
sering kali
diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang
berlaku
dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosialisasi yang
menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada
pengaruh
keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik,
pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai
dipelajari
dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju
tindakan
terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik dan buruk,
betul
dan salah.
Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu
konflik
berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik
daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan
masyarakat.
7.0
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas
adalah
satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada
haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan
sanggup
mati demi keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang
tidak
diisi dengan ajaran agama.
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk
membendung
gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak
mendapat kasih sayang yang sewajarnya.
Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan
dalam
menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi
keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku
syurgaku.
Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan

secara
bersepadu. Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras
pengedaran
bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan
remaja.
Seterusnya, program-program hiburan melampau yang
merosakkan akhlak
perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak
daripada
terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak
bermoral
perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi
mereka
yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala
perbuatanperbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang
untuk
hidup.Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.
Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak
remajaagar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan
agama diterapkanuntuk dijadikan sebagai perisai diri.
Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu
bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika
mereka
hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah
Semua
pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki
dalam
usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap
wanita.
8.0
KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI
Pembinaan semula personaliti dapat memberi kesan positif terhadap diri
individu.
Personaliti yang baik adalah cermin kepada peribadi seseorang individu.
Kesan terhadap pembinaan semula personaliti adalah seseorang akan merasa
lebih

berkeyakinan dengan personaliti yang baru. Personaliti merupakan suatu yang


amatpenting untuk menggambarkan akhlak atau sahsiah diri seseorang.
Personaliti yangbaik akan membuatkan orang sekeliling lebih selesa apabila
berada di sampingnya.
Justeru, pembinaan semula personaliti dapat memberi kekuatan pada
seseorang.
Rasa rendah diri dapat dikurangkan dan individu akan menjadi lebih selesa
dengan
diri sendiri. Individu yang membuang bayi mempunyai personaliti yang negatif
seperti bersikap liar, mengamalkan pergaulan bebas, hidup tidak tenang.
9.0
SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODEL
Memandangkan penyakit gejala sosial ini dihidapi kebanyakannya oleh bangsa
Melayu
yang beragama Islam , maka cadangan yang disampaikan ini , lebih menjurus
kepada
penyelesaian yang lebih tertumpu kepada komuniti Islam. Sekiranya penyakit
masyarakat ini dapat diubati dikalangan komuniti Islam maka secara tidak
langsung
akan menarik minat komuniti bukan Islam untuk menangani gejala sosial di
komuniti
mereka dengan berpandukan kepada kaedah yang dibentangkan di sini.
Di sini digunakan terminologi penyakit masyarakat kerana gejala sosial ini bukan
hanya memberi kesan negatif terhadap fizikal, jiwa dan minda mereka yang
terjebak
ke dalamnya, malah ianya memberi kesan negatif terhadap pembentukan
masyarakat dan
peradaban manusia. Selain masalah pembuangan bayi, terdapat masalah lain
iaitu
sumbang mahram, budaya gangsterisma dan vandelisma, penagihan dadah,
keganasan
rumah tangga, tekanan jiwa dan banyak lagi penyakit lain yang kita sendiri
merasa
terkedu lidah untuk menyebutnya.
Diatas kesedaran dan keinsafan tentang bahayanya gejala sosial kepada masa
hadapan bangsa dan negara, adalah disarankan Kerajaan Negeri membentuk
satu
Jawatankuasa dan Pelan Tindakan Bersepadu yang menyeluruh yang melibatkan
pelbagai
lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang fahaman politik, jabatan serta
agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani dan seterusnya membendung
gejala
sosial daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat. Pelan Tindakan

Bersepadu
ini perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya gejala sosial dan juga
mengenal
pasti kaedah penyelesaian yang berkesan. Antara perkara-perkara penting yang
perlu
diambil kira bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan Pelan Tindakan
Bersepadu
tersebut adalah seperti berikut :
1. MENGGERAKKAN KOMUNITI
Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak
akan
berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama
menggembeling tenaga untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun
komuniti Islam,
tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjidmasjid
atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari ,
setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang
harinya.
Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai caracara untuk
menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun
oleh
kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan
menjadi lebih mudah. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau
dan
seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti
masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan
mereka
akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan
negeri.
Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dimana
masjid
dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat,
sumber
rujukan, pusat kaunseling dan sebagainya.
2.. KEMPEN SOLAT
Sembahyang adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan solat bermakna kita
merobohkan tiang agama. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah
pegangan
hidup. Dalam Al Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan keji
dan
mungkar". Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah
merupakan perkara keji dan mungkar.

Ini menunjukkan betapa solat bukan hanya membentuk peribadi Islam malah
ianya
membentuk masyarakat serta komuniti Islam. Betapa beratnya suruhan
mengerjakan
solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun,
selagi
hati boleh berdetik, selagi mata boleh berkelip, selagi akal kita masih waras
samada dalam keadaan berdiri, duduk ataupun terbaring.
Rasulullah saw mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat
sejak
dari usia 7 tahun lagi. Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama
dalam
Pelan Tindakan Bersepadu. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa,
kempen
solat di masjid dan surau, kempen solat di gedung-gedung perniagaan, kempen
solat
di tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi
serta di
stadium-stadium. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan
terutama di
musim perayaan baik dalam keretapi ataupun mereka yang membawa
kenderaan sendiri.
3. KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA
Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian
lama
dalam menangani penyakit masyarakat.. Antaranya ialah Agensi Dadah
Kebangsaan,
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja
Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Dalam menangani masalah
ini,
jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak
PDRM.
Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya ,
kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi
maklumat
mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa,
penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya.
Pihak
Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat
setempat
mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan,
kedai
menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedaikedai
menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam.
Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah
atau

kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala


permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki
oleh
Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.
4. KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN
Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini, malah ianya melibatkan mereka
yang
berada di bangku sekolah lagi. Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai
masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah
ianya
disegerakan. Ini adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah
yang
hina.
Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan
anak-anak
muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang
memberahikan
nafsu. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari
semakin
memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila syaitan sudah
menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa, mulanya
hanya
naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah
pula
kes bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan
belas
kasihan. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan.
Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman, bahawa
perkahwinan
adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani penyakit
masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan
berpuasa. Dan
perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri boleh
hidup
bahagia selepas majlis perkahwinan. Sesuai dengan apa yang diperkatakan, iaitu
Islam itu adalah mudah.
Sebagai menarik usaha golongan muda-mudi untuk berkahwin beberapa insentif
boleh dikemukakan antaranya ialah kemudahan untuk mendapat pekerjaan,
kemudahan
untuk mendapat rumah kos rendah, saguhati perkahwinan dan sebagainya.
Pihak
masjid, surau serta badan sukarela juga boleh menimbang sekiranya perlu untuk
menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk membantu mereka yang

tidak
berkemampuan.
10.0 RUMUSAN/KESIMPULAN
Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah
bersatu
padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit
sosial ini tidak
menular dengan lebih serius.Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan
kerajan
juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada
remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar
akan
kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu.Dengan usaha-usaha yang
dilakukan
secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan
masalah
ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada
siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita
adalah
merupakan ahli masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai