Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG),

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,


KOMPLEKS PENDIDIKAN,
71760 BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN
(PISMP)
SEMESTER 7 2015

EDU 3107

BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK


NAMA

YUSRI FARULZI BIN YUSUF


(921111-13-5167)
KUMPULAN
RBT 1
SEMESTER
7 PISMP
AMBILAN
JANUARI 2012
KOD MATA PELAJARAN
EDU 3107
NAMA
PENSYARAH PUAN CHE HARITHUN BINTI
PEMBIMBING
ABDULLAH @ HARUN
TARIKH SERAHAN
27 FEBRUARI 2015

Saya YUSRI FARULZI BIN YUSUF mengaku bahawa kerja kursus ini adalah asli
tanpa sebarang unsur peniruan, penipuan, plagiarisme dan cetakan dari sumber
yang lain melainkan hanya sekadar membuat rujukan sebagai sumber maklumat
tambahan jika perlu sahaja.

Tandatangan:
Nama: Yusri Farulzi bin Yusuf
Tarikh: 27 Februari 2015

KANDUNG
AN
PERKARA
Profil
Penghargaan
Pengenalan
Tugasan Projek:
i)
Biodata Murid yang Bermasalah
ii)
Analisis Murid yang Bermasalah
iii)
Video Rakaman Sesi Bimbingan
30 Minit
iv)
Transkripsi
Temubual
Sesi
Bimbingan
v)
Penulisan
Ilmiah:
Justifikasi
Penggunaan Teori Kaunseling,
Kemahiran Asas Kaunseling dan
Intervensi Kaunseling KanakKanak Dalam Sesi Bimbingan
Refleksi
Rujukan
Lampiran

MUKA
SURAT

PROFIL

NAMA

YUSRI FARULZI BIN YUSUF

NO. KAD PENGENALAN

921111-13-5167

ALAMAT RUMAH

F29, PULAPOL KUCHING, JALAN PUNCAK


BORNEO, 93250, KUCHING, SARAWAK

EMAIL

yusryfarulzy@yahoo.com

NO. TELEFON

013-8266841

MOTTO HIDUP

BE THE BEST
AMONG THE BEST!

PENGHARGA
AN
Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera,
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah bimbingan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak, Puan
Che Harithun binti Abdullah kerana beliau telah banyak membantu saya dalam
memberi maklumat serta informasi yang berguna dan berkait rapat dengan tugasan
ini. Beliau juga sering memberi bimbingan dan sokongan yang amat baik untuk saya
dalam meningkatkan lagi mutu tugasan ini.
Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa atas
sokongan yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan terutama sekali
rakan-rakan sekelas dan juga rakan-rakan dari IPG Kampus Pendidikan Islam
kerana sudi berkongsi idea dan maklumat mengenai topik yang berkaitan dengan
tugasan ini. Tanpa bantuan mereka, tidak dapatlah saya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.

PENGENALA
N
Dalam memastikan bimbingan dan kaunseling yang kita lakukan adalah
bimbingan yang betul, kita hendaklah merujuk dahulu demi melihat sejauhmana
bimbingan dan kaunseling tersebut berjaya dan mampu mengubah murid daripada
murid yang bersikap negatif ke sikap positif walaupun sedikit demi sedikit dilakukan
oleh guru sebagai kaunselor. Geldard, D & Geldard, K berkata, kita mengendalikan
sesi kaunseling dengan orang dewasa dengan menjemput mereka duduk dan
berinteraksi dengan kita. Sekiranya kita menggunakan strategi yang sama kepada
kanak-kanak, kemungkinan kebanyakan mereka hanya menjawab soalan yang
diajukan terus tanpa berminat untuk memberitahu isu penting. Mereka juga mungkin
menunjukkan reaksi bosan atau berdiam diri. Jika ada antara mereka yang
bercakap, kemungkinan mereka akan mengelak kepada isu lain.
Oleh itu, dewasa dan kanak-kanak adalah benda yang berbeza dan susah
untuk dirungkai dengan teori dan pendekatan yang sama. Ini kerana pemikiran
kedua-dua adalah berbeza dan tidak sesuai digunakan untuk dua kategori ini. Maka,
teori yang sesuai untuk kanak-kanak haruslah digunakan bagi memastikan
kaunselor dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dan

membolehkan segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan oleh kaunselor


tersebut.
Dalam tugasan ini, bimbingan dan kaunseling dilakukan bagi memastikan
murid yang bermasalah diselesaikan masalahnya dengan teori, kemahiran dan
terapi yang sesuai bagi memastikan kanak-kanak tersebut rasa selesa dan
meluahkan segala masalah yang berlaku.

SO
AL
AN
A

WARDINA EIFFAH SYUFIYA BINTI SHAHRI


13 JULAI 2005
HOSPITAL SERDANG, SELANGOR
GURU

Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

Assalamualaikum.
Waalaikummusalam.
Apa khabar?
Khabar baik.
Baik. Emmm. Baiklah, cikgu nak awak beritahu cikgu sedikt tentang
latar belakang awak. Awak ada berapa orang adik, hobi dan latar

Wardina.
Saya

belakang awak. Hobi awak apa?


Saya main basikal
Bagusnya. Selalu petang-petang main basikal. Bagus. Cikgu nak awak

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.

beritahu cikgu warna kegemaran awak.


Hijau, cikgu.
Hijau? Waw! hijau. Awak minat tumbuhan ke? Cikgu pun suka hijau.
Tak cikgu.
Awak ada berapa orang adik beradik?dan awak anak ke berapa?
Saya ada 5 orang adik beradik termasuk saya. Dua abang dua adik dan

Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

saya anak ketiga.


Baiklah. Abang awak umur berapa?paling senang tingkatan cikgu rasa.
Tingkatan satu dan tingkatan dua.
Ohh..jadi abang awak tu rapat la disebabkan umur yang dekat?
(Mengangguk)
Awak rapat dengan abang dan buat aktiviti dengan abang?
(Mengangguk)
Sekarang ni cikgu nak awak lukis apa yang awak buat selalu pada
waktu malam. awak lukis atas kertas dan guna pensil warna yang awak

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

hendak guna. Awak gunalah apa yang awak nak lukis.


(Mengangguk)
Awak suka tak melukis?
(Mengangguk)
Okey. Cikgu bagi awak ruang dan masa untuk melukis. Awak boleh
mula sekarang.

Wardina.
(Mengangguk)
Murid diberi masa untuk melukis apa yang disuruh oleh guru ( Terapi Seni)
Saya
Baiklah. Cikgu nak tahu lukisan awak. Sekarang dalam situasi apa dan
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

apa awak buat?


Saya tengok televisyen di ruang tamu.
Yang ni siapa ni? Yang ni orang kan? (merujuk ke arah lukisan)
Saya dan abang saya.
Abang awak ni yang mana satu?
Abang pertama saya.
Cikgu nak awak beritahu apa yang ibu bapa awak buat dan adik beradik

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

awak lain buat.


Abah tidur. Ibu kerja dan adik yang lain tidur.
Abang awak sorang lagi?
Abang saya duduk asrama
Asrama..patutlah abang awak ad seorang sahaja.
(Mengangguk)
Awak tidur dengan siapa selalu?
Adik saya.
Cikgu nak tanya. Kenapa awak guna warna hitam sahaj untuk lukisan?
Sebab waktu yang saya lakukan aktiviti tersebut adalah lewat malam
Okey. Baiklah. Saya nak tanya awak selalu tengok cerita apa? Cerita

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

korea ke melayu ke atau kartun?


Cerita korea.
Awak suka runningman ke? Setahu cikgu runningman habis lewat kan?
(Mengangguk)
Tak takut ke kalau lewat malam?
Tak, cikgu.
Yang cerita melayu pula awak suka cerita apa?
Emmm. (Berfikir)
Okey. Cikgu tengok ada jam di dinding menunjukkan pukul satu pagi.

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

Awak tak tidur ke waktu tu?


Emmm. (Berfikir)
Lepas makan malam awak terus tengok televisyen sampai pukul satu?
(mengangguk)
Ish ish ish..sepanjang isnin sampai jumaat, awak ada x buat kerja

Wardina.
Saya

sekolah?
(menggeleng)
Macam ni, cikgu nak beritahu bahawa awak tak hantar langsung kerja
rumah dengan cikgu sampaikan cikgu tunngu bila awak nak hantar buku
sebab cikgu nak buat pentaksiran tetapi awak tak hantar buku latihan

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

awak.
(Berfikir)
Awak tidur lewat dari pukul 1 ke?
Ya cikgu. Pukul 2.30 pagi.
Memang awak selalu tidur lewat ke?

Wardina.
Saya

(mengangguk)
Sebab cikgu pelik mengapa awak tak hantar kerja rumah sedangkan

Wardina.
Saya

awak mempunyai masa yang banyak untuk membuat kerja sekolah


(Berfikir).
Tengok televisyen ni banyak kelemahan. Awak selalu mengantok ke

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

dalam kelas?
(mengangguk)
Mengantuk? Mengantuk sampai tak fokus pelajaran ke?
(Mengangguk). Emm.
Sebagai seorang murid, kita kena tidur awal waktu malam. kita boleh
juga tengok televisyen tetapi berpada-pada. Cikgu dulu pun suka juga
tengok televisyen tetapi mak cikgu x bagi cikgu untuk tengok televisyen.

Wardina.
Saya

Agaknya kenapa mak cikgu buat begitu?


Sebab mengganggu pelajaran.
Cikgu suka tengok televisyen sampaikan cikgu tak kemas beg cikgu.

Wardina.
Saya

Cikgu boleh tahu beg awak mesti tak kemas buku kan?
Ya cikgu.
Pernah tak cikgu hukum awak tak hantar kerja sekolah?cikgu nak
beritahu, bukan saja-saja cikgu nak hukum awak kalau awak tak hantar
kerja sekolah. Tetapi cikgu nak awak jangan tak hantar buku sekolah.
Awak kena kemas beg, buat kerja sekolah dan tidur awal. Cikgu nak

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

awak baca doa ataupun ayat untuk senangkan awak tidur


(Mengangguk).
Awak suka lagu tak? Contoh lagu senyum-senyum selalu.
Emm. (Berfikir). Ada cikgu.
Lagu apa awak rasa best je sekarang ni?
(berfikir)
Lagu akim minat?lagu hafiz?minat tak?
(menggeleng)
Dari lagu hafiz matahari, awak rasa lagu tu best ke tak? Lagu tu tentang
bila muncul matahari ketika susah.betol tak?gelap kan? Kalau xde

Wardina.
Saya

matahari?
Ya cikgu.
Cikgu nak tanya awak. Kalau awak tak belajar matahari (kejayaan) akan

Wardina.
Saya

muncul tak?
Tak cikgu.
Baiklah.cikgu akan pasang lagu. Awak dengar lagu ni. Cikgu nak awak

pejam mata dan fahami lagu ini. Pejam mata awak. Dengar.
Wardina.
(mengangguk)
Lagu dipasang bagi melakukan aktiviti seterusnya (terapi muzik)
Saya
Okey. Lagu tu best tak?
Wardina.
Best cikgu.

Saya
Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

Awak tahu tak main piano?pernah dengar lagu ini?


(Menggeleng)
Lagu ini flow into the river dari Yiruma
(Mengangguk)
Lagu ini dibaut dengan alatan muzik piano untuk menekspresikan jiwa

Wardina.
Saya

beliau.
Emm..tenang cikgu.
Lagu mana lagi tenang?lagu orang menyanyi atau lagu instrumental

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

seperti lagu ini?


Lagu instrumental yang tadi.
Mengapa awak beritahu lagu itu tenang?
Hati kita terasa tenang dan terasa jiwa saya tenang sahaja.
Betul tu. Cikgu pun rasa. Tenangnya rasa hati. Fuhh..tenangnya. cikgu
rasa cikgu ada dekat padang. Cikgu baring di atas padang hijau. Rasa

Wardina.
Saya

macam tu kan?
Emm. (Mengangguk)
Baiklah. Lagu ini boleh menenangkan perasaan kita. cikgu tahu muridmurid terpengaruh dengan cerita adnan sempit, gangster, cerita hantu

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

menyebabkan murid terganggu. Best tak cerita tu?


Best.
Tapi boleh tak menenangkan awak?
(Menggeleng)
Cerita tu tak sesuai. Sepatutnya awak suka cerita seperti motivasi.

Wardina.
Saya

Cerita tanah kubur. Alhamdulillah. Cerita tu best tak?


Best cikgu.
Cerita tu banyak bagi pengajaran mengenai kehidupan kan?ehmm..

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

cikgu nak tanya, awak tenang tak dengan cerita tu?


Emm. (Menggeleng)
Tapi cerita tanah kubur boleh tak tenangkan awak?
(Berfikir) ya cikgu.
Cikgu nak bagi nasihat. Cikgu nak awak hantar kerja rumah yang cikgu

Wardina.
Saya

berikan. Boleh?
(Mengangguk)
Kerja cikgu senang je. Cari gambar tapi awak susah nak buat. Cikgu
nak awak siapkan kerja yang cikgu berikan tetapi cikgu yang lain. Boleh

Wardina.
Saya

tak?
Emm. Boleh cikgu
Cikgu nak minggu depan kita jumpa lagi dan awak tak mengantuk lagi

Wardina.
Saya
Wardina.
Saya

dalam kelas. Janji dengan cikgu. Janji?


(Mengangguk) janji cikgu.
Awak seronok tak dalam sesi cikgu tadi?
(Tersengih) seronok cikgu.
Cikgu nak minggu depan kita jumpa lagi dan awak cergas dan tak

Wardina.
Saya
Wardina.

mengantuk. Boleh?
Ya cikgu.
Baiklah. Terima kasih Wardina
Sama-sama.

O
AL
A
N

TEORI YANG TELAH DIPILIH


Dalam bimbingan dan kaunseling, kita sebagai kaunselor hendaklah
mempunyai petunjuk bagi membolehkan seeorang mempunyai asas-asas atau
dasar dalam memastikan satu perkara tersebut akan diselesaikan dengan mudah.
Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan. Acap
kali teori ini dengan para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang terkenal bagi mengetahui
apakah maksud disebalik teori ini. Dalam erti kata lain, teori ini hanyalah mengikut
kata-kata dari para ilmuwan dan tokoh-tokoh. Pandangan mereka adalah berbeza
sama sekali dan hanya sedikit sahaja persamaan daripada tokoh yang lain.
Teori ini pada benarnya adalah sebenarnya merujuk kepada kepercayaankepercayaan dan andaian-andaian manusia itu sendiri dalam kehidupan seharian
yang mereka jalani. Mengikut teori , ianya banyak mempengaruhi tingkah laku
seseorang terutamanya hubungan antara individu sesama manusia dan kelompok
sosial mereka. Kebanyakan teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor
seperti sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan
kesedaran diri. Jika kita sedar, teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan
teori formal yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal dimana teori tersebut telah
banyak yang dibuktikan melalui kajian-kajian yang dibuat. Oleh itu, maksud teori
hanyalah mengikuti apa yang diperkatakan oleh para ilmuwan yang membuat kajian
mereka serta teori mereka sendiri bagi membuktikan apakah itu teori
Teori adalah andaian bagi sesuatu pemikiran mengenai apa perkara
dan benda yang berlaku. Teori juga merupakan suatu andaian yang
mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada tokoh-tokoh
bertujuan menjelaskan sesuatu kejadian atau fenomena. Kepentingan
teori kepada kaunselor ialah ia dapat memberi maksud, keyakinan dan
halatuju yang jelas kepada seseorang kaunselor. Teori adalah suatu

bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh


seseorang

individu

menerusi

asas

pekerjaannya,

pengalamannya,

pembacaannya yang berbentuk saintifik sifatnya, maka perlu diuji,


diselidik dan diramalkan.

Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi
yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara
sistematis. Jary dan Jary (1995) melihat teori sebagai satu set hipotesis
atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan
matematik

yang menerangkan hakikat empirikal sesuatu fenomena.

Seterusnya

mari

kita

lihat

maksud

pembelajaran.

Pembelajaran

merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi,


pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan
tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan (Ormrod,
1995).
Oleh itu dapat saya katakan bahawa pembelajaran adalah satu
usaha memberi fokus kepada usaha mendapatkan maklumat semasa
proses belajar. Jadi apa sahaja penjelasan tentang bagaimana manusia
dan haiwan belajar akan dikenali sebagai teori pembelajaran. Apabila kita
bercakap tentang pembelajaran maka secara tidak langsung, teori
pembelajaran akan berusaha untuk menjelaskan cara bagaimana manusia
belajar dan memberikan cadangan bagaimana menyelesaikan masalah.
Dalam perkataan lain teroi pembelajaran tidak menjawab ia sebagai
penyelesai masalah tetapi menjawab dan memberi pilihan bagaimana kita
boleh menyelesaikan masalah.
Saya mendapati bahawa ada seorang murid di dalam kelas saya
yang mempunyai masalah dari segi tidak menyiapkan kerja sekolah,
menunjukkan rasa kurang minat dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan, sering tertido di dalam kelas serta tidak menumpukan
perhatian di dalam kelas. Murid tersebut menunjukkan masalah dan
bersikap

negatif

dalam

banyak

perkara

sehingga

menganggu

pembelejaran murid lain. Murid tersebut mempunyai kecerdasan yang


tinggi tetapi tidak minat terhadap apa yang sedang diajarkan oleh guru.
Oleh itu, dalam tugasan ini,

saya telah memilih

teori pemusatan

perorangan sebagai teori utama dalam bimbingan yang saya lakukan.


Tujuan kaunseling pemusatan perorangan ialah membimbing klien yang
mempunyai konsep kendiri negatif supaya memahami bahawa dirinya
tidak perlu menerima definisi, konsep dan penilaian orang lain. (Mok Soon
Sang, 2011). Maka, dalam menyelesaikan masalah murid ini, saya
memilih teori ini sebagai salah satu cara untuk mendekati murid tersebut.

Menurut Khoo Bee Lee (2104), teori pemusatan perorangan ini


sebenarnya

memang

wujudnya

gejala

atau

keadaan

yang

boleh

menimbulkan perubahan. Maka hal ini bermakna perubahan boleh berlaku


pada diri seseorang individu. Rogers (1942) pula telah memperkenalkan
teori umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk
bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat
suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau juga turut percaya
bahawa jika seseorang itu mendapat kekuatan dalam dirinya maka orang
tersebut dapat menemui kepercayaan dan keyakinan di dalam dirinya
sendiri. Secara tidak langsung, ianya merupakan salah satu ciri-ciri positif
yang terdapat dalam diri seseorang.

TEKNIK-TEKNIK
Disebalik teori yang saya gunakan, saya menggunakan teknik-teknik bagi
memastikan murid dapat membina hubungan bersama murid sewaktu
proses bimbingan sebelum ia berlaku. Oleh itu, saya telah berhubung
dengan Wardina bagi memastikan Wardina selesa untuk berkomunikasi
dengan saya

dan dapat wujudkan hubungan yang

memulakan bimbingan yang hendak dilakukan.

baik

sebelum

Situasi

: Semasa waktu rehat, Wardina duduk berseorangan di

bangku pondok

bacaan sekolah memerhatikan rakan-rakannya

makan.
Cikgu

: Wardina, kenapa awak duduk berseorangan?Awak

sudah makan?
Wardina
Cikgu
Wardina
Cikgu

: Belum.
: Awak tidak lapar? Marilah ikut cikgu ke kantin?
: menggelengkan kepalanya
: Awak tak mahu risau, cikgu belanja. Lagipun cikgu

belum makan lagi.


Wardina

: Bangun daripada tempat duduknya

Maka dengan itu, Khairul dengan rela akan meluahkan masalah


yang dihadapi dan yang menganggu fikirannya. Teknik menerapkan unsurunsur penghargaan, empati dan kasih sayang juga perlu diaplikasikan
terhadap murid ini. Saya perlu memberikan respon yang mengalakkan
dan positif agar murid tersebut mempercayai kesediaan saya untuk
memahami dan mendalami masalah yang dihadapi.
Langkah seterusnya, setelah saya dapat mengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh Wardina, saya cuba mendalami dan mendapatkan
gambaran yang lebih jelas dan terperinci. Saya telah mengaplikasikan
soalan terbuka dan tertutup kepada Khairul. Saya juga menggunakan
dorongan yang minima supaya dapat memberi galakan kepada Wardina
agar dapat meluahkan dengan lebih baik masalah dan pandangannya
terhadap sesuatu aspek. Ini merupakan kemahiran-kemahiran yang
terdapat di dalam teori pemusatan perorangan.
Dalam hal ini, pelbagai kemahiran yang telah saya lakukan bagi
memastikan Wardina dan saya membina hubungan bagi memastikan
segala masalah yang dihadapi oleh dia akan diceritakan kepada saya. Ini
kerana bagi mengetahui segala permasalahan yang berlaku di rumah dan
apa yang menyebabkan murid tersebut mempunyai masalah sebegitu,
saya juga turut mengaplikasikan kemahiran prafrasa, refleksi perasaan,

konfrontasi dan memfokus semasa menemubual dan berbincang dengan


Wardina.
Pandangan saya bahawa kemahiran yang ada dalam teori tersebut
dapat menghasilkan keuntungan dari segi murid boleh meluahkan
perasaan kepada guru dan murid juga dapat membolehkan murid
menceritakan
membolehkan

masalah
guru

serta

apa

mengenalpasti

yang

dilakukan

apakah

di

punca

rumah
utama

bagi
yang

menyebabkan murid tersebut boleh menunjukkan sifat negatif di dalam


kelas dan menyebabkan masalah dalam hal tersebut.
Kepercayaan juga akan meningkat disebabkan murid diberikan
dorongan kepada guru dan guru cuba mendekati murid dan menyebabkan
murid tersebut berani untuk bercakap. Oleh itu, saya juga dapat
meneruskan proses penerokaan untuk terus mendalami dan memahami
Wardina secara mendalam. Selain itu, Wardina juga semakin percaya dan
terjalinnya kepercayaan yang baik setelah beliau mendapati saya
memberikan respon dan reaksi yang mendalam terhadap perasaan yang
dihadapinya

dan

murid

tersebut

juga

bebas

untuk

menyatakan

pendapatnya dan tidak merasa tertekan disebabkan kaunseling yang


diadakan.
Dalam bimbingan yang telah dilakukan, saya telah menggunakan
teknik kaunseling bagi memastikan murid tidak didedahkan dengan
perbualan sahaja malah saya menggunakan terapi lain bagi membolehkan
murid dibelai atau membuat aktiviti dan tidak hanya bercakap sahaja.
Terapi pertama yang saya gunakan adalah terapi seni. Terapi seni ini
dilakukan bagi membolehkan murid meluahkan perasaan mereka di dalam
seni lukisan yang diolah oleh murid tersebut. Hasil daripada seni tersebut
adalah ekpresi murid bagi membolehkan guru melihat apa yang dilukis
murid dan apa warna yang digunakan oleh murid. Dengan cara tersebut,
walaupun sedikit sahaja tetapi ia membolehkan guru membaca pemikiran
murid bagi memastikan segala apa yang telah diluahkan akan ditanya
oleh guru. Contohnya, apakah alasan bagi murid menggunakan warna
hitam sebagai warna asas bagi lukisan tersebut?. Dengan soalan begini

kita dapat mengetahui apakah alasan serta tujuan kukuh bagi murid untuk
melukis lukisan tersebut.
Terapi lain yang saya gunakan juga adalah terapi muzik. Muzik
adalah ekspresi jika memerlukan ketenangan serta memberikan belaian
kepada seseorang jika mereka terasa diri mereka dalam keadaan stress
ataupun keadaan tidak terkawal. Dengan adanya belaian muzik ini, ia
membolehkan murid menggunakan muzik sebagai satu terapi jiwa dan
hati klien tersebut. Hal ini kerana dengan menggunakan muzik, jiwa
seseorang serta minda akan berubah jika mendengar lagu yang boleh
mengubah jiwa mereka serta memberikan satu nafas baru dalam
kehidupan mereka. Selain itu, muzik juga dapat mengubah tingkah laku
seseorang. Ia kerana uzik ini sebagai satu gambaran imaginasi pencipta
lagu. Jika lagu itu ganas, maka ganaslah tingkah laku serta jiwa
seseorang. Jika lagu tersebut lembut dan mempunyai tingkah laku yang
elok, ia menunjukkan bahawa lagu tersebut adalah lagu yang boleh
menjadikan seseorang menjadi lemah lembut serta tenang dari segi
jiwanya.
Saya mengambil masa bagi menganalisis mengapakah Wardina
melakukan sebegitu di dalam kelas dan membuktikan bahawa Wardina
dipengaruhi oleh sesuatu perkara dan perlakuan di rumah. Hasilnya,
peringkat mencari alternatif iaitu dalam pemilihan strategi dan mengambil
tindakan telah dilakukan. Akhirnya, saya telah berjaya mengenalpasti
punca masalah Wardina.

Masalah yang dihadapi oleh Wardina adalah

tidak minat untuk belajar dan memberikan respon yang positif di dalam
kelas. Ini disebabkan Wardina selalu mengantuk dalam kelas dan tidak
dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Selain itu, Wardina
berborak dengan rakan dia kerana Wardina merasakan dia mengantuk
dan dengan cara berbual dengan rakan, ia akan mengurangkan rasa
mengantok. Hasilnya, Wardina tidak fokus di dalam kelas disebabkan
Wardina terlalu mengantuk di dalam kelas.
Selain itu, kerja rumah yang tidak siap disebabkan Wardina tidak
membuat langsung sebarang kerja di rumah dan menyebabkan Wardina

mempunyai masalah dalam pembelajaran dia serta sering dihukum guru


kerana tidak menyiapkan kerja yang telah diberikan. Ini memberikan
kesan yang buruk jika tidak dicegah dengan awal. Di sebabkan oleh itu,
saya membantu Wardina dengan mengaplikasikan Teori serta kemahiran
dan terapi. Dalam masa yang sama, saya cuba membantu Wardina
dengan membina konsep kendiri yang positif terhadap diri beliaunya
sendiri dan berusaha untuk mengubah diri sendiri tanpa sebarang
masalah yang dihadapi.
Saya juga memberikan peneguhan, galakan motivasi dan kata-kata
semangat agar murid tersebut terus berjaya dan menambahkan lagi
perubahan tingkah laku yang lebih positif lagi sebagai tindakan susulan
bagi membolehkan Wardina dapat memberikan satu persatu maklumat
yang ada bagi mengetahui apakah masalah yang berlaku di dalam kelas
dan di rumah. Ini membolehkan kaunselor dapat maklumat dari klien
mereka.
Terdapat kelebihan dari segi teori yang saya gunakan bagi
membolehkan

murid

tersebut

tiada

masalah

akan

berlaku.

Teori

behavioris mempunyai banyak kelebihan. Ia dapat menjelaskan kejadian


dan tingkah laku manusia dan juga pemikiran. Dari tingkah laku manusia
kita dapat memastikan bahawa klien tersebut mempunyai masalah dari
segi kejadian yang berlaku contohnya di dalam kelas serta tingkah laku
klien tersebut. Contohnya, Wardina mempunyai masalah di dalam kelas
sehinggakan murid tersebut mempunyai masalah serta membolehkan
guru melihat sejauhmana kejadian tersebut telah berlaku di dalam kelas
dipengaruhi tingkah laku negatif oleh murid tersebut.
Selain

itu,

menghargai

klien

dan

bersikap

menerima

serta

memahami klien yang unik dan mempunyai tingkah laku berbeza dan
Kaunselor mendengar isi hati klien secara tepat. Adalah merupakan
kelebihan bagi teori ini. Ia penting bagi memastikan setiap yang dibuat
oleh kaunselor terutama sewaktu bimbingan dan kaunseling diadakan, ia
akan memberikan satu impak dalam membina hubungan bersama klien.
Klien lebih merasa dihargai serta cerita klien didengar oleh kaunselor.

Dalam bimbingan dan kaunseling yang telah saya lakukan, saya rasakan
bahawa ia banyak membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial,
emosi, dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan
tatatertib. Oleh itu, dalam bimbingan dan kaunseling yang saya lakukan, saya telah
menolong Wardina untuk mengenal diri dia sendiri serta memberitahu Wardina
mengenai kepentingan Wardina dalam mengubah diri serta menyesuaikan diri dalam
kelas serta tidak mementingkan diri dalam memastikan Wardina sekali belajar dan
bersama rakan lain dan tidak timbulkan suasana negatif dalam kelas.
Selain itu, dalam memberikan perasaan dan perlakuan positif dalam
sesorang, bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan bagi membolehkan klien
mengetahui apa kebolehan sebenar klien tersebut. Ia dapat mewujudkan peluang
untuk

setiap

murid

mengembangkan

dayakebolehan

dirinya

mengikut

kesanggupannya. Dalam hal itu, kaunseling juga adalah membantu murid-murid


yang kurang bernasib baik untuk
mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya
memperolehi pencapaian yang lebih baik. Ini kerana kaunseling mampu memberikan
satu keberkesanan jika klien mendengar serta masalah klien tersebut akan
diselesaikan oleh kaunselor tetapi ikut sesorang jika ada masalah berlaku. Seperti
Wardina, dia cuba untuk mengubah disebabkan dia tahu bahawa perangai dia boleh
menyebabkan orang lain terseksa. Akan tetapi dengan adanya nasihat dari saya,
alhamdulillah, Wardina mudah untuk melupakan sekejap kelemahan dia dan cuba
untuk mengekalkan dengan mencuba untuk merasakan bahawa ia akan membantu
dia dalam permasalahan yang berlaku terhadap Wardina. Dengan cara itu, klien
akan mudah untuk mendengar nasihat dari guru dan masalah akan diselesaikan.
Tambahan pula, kaunseling juga, dalam pengamatan saya sewaktu
melakukan

dalam

membentuk

sifat-sifat

sosial

yang

psoitif

seperti

bertanggungjawab, bersemangat, rajin, daya cipta, berdikari dan kepimpinan dalam


diri klien yang saya temubual. Ini kerana, ia mula untuk mengingat mengenai
kepentingan pelajaran terhadap hidup dia. Ini kerana, klien terasa bahawa diri dia
terlalu malas dan perlu berusaha jika hendak berjaya sewaktu akhir temubual
tersebut apabila klien mula sedar akan apa yang dihadapi. Selain itu, ia juga
menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akan
membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur serta

menepati masa. Seperti dalam video saya, kaunselor cuba untuk mengingat klien
untuk menepati masa dan memastikan bahawa klien menepati masa untuk tidur dan
menghantar kerja yang hendak dihantar. Ia mampu untuk mengubah secara
langsung cara pengajaran murid.
Bagi saya, hal ini mampu memberikan satu impak yang mampu memberikan
satu petunjuk yang tinggi dalam memastikan murid yang bermasalah dilayan dengan
baik agar klien tersebut berasa senang dengan apa yang diperkatakan oleh kita.
oleh itu, dengan adanya kaunseling sebegini, ia mampu menghasilakn pulangan
yang hebat bukan sekadar kaunselor tapi pulangan yang menguntungkan kepada
klien. Oleh itu, saya merasakan bahawa dengan cara ini, insyaAllah segala apa yang
dilakukan

permasalahan

yang

berlaku

akan

diselesaikan

walaupun

memakan masa tapi sedikit demi sedikt lebih baik daripada tiada
perubahan langsung.

REFLEKSI
Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, saya telah menyiapkan kerja
kursus ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana tiada
sokongan dan harapan yang telah ditanam dalam hati saya, akhirnya saya telah
menyiapkan kerja yang telah diberikan. Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa serta keluarga saya kerana memastikan saya boleh membuat kerja tersebut
serta memberikan semangat dalam melakukan kerja yang saya hendak lakukan.
Mereka adalah pendorong utama saya dalm melakukan hal tersebut. Tidak lupa juga

oleh pensyarah tersayang saya, Puan Che Harithun binti Abdullah keran
memberikan kami masa serta memberikan kami peluang serta ruang dalam
memastikan segala perancangan yang telah saya lakukan ditukar menjadi baik
jikalau saya ada tersalah silap dalam melakukan kerja tersebut.
Tanpa sokongan dari dia, tidak mungkin saya boleh berdiri diatas kaki sendiri
serta mempu memberikan satu persatu kerja yang perlu disiapkan dahulu. Oleh itu,
saya amat bersyukur kerana saya mempunyai pensyarah sebegitu. Saya
mengharap bahawa beliau boleh maafkan saya jika ada tersalah kata atau
perbuatan jika saya melakukan masalah yang berlaku.
Dalam waktu saya melakukan kaunseling ini, terdapat permasalahan yang
telah saya hadapi antaranya teori dan terapi yang hendak saya gunakan. Saya
berfikir dengan apa yang saya perhatikan saya dalam membolehkan saya
melakukan intervensi. Saya memulakan dengan bertanya dengan guru kaunseling di
sekolah dan alhamdulillah dengan segala bantuan yang diberi saya dapat
menyelesaikan masalah tersebut dan bagi saya tidak mudah dalam melakukan
kaunseling.

Selain itu, saya ada masalah dalam pemilihan murid.murid pertama mempunyai
permasalah sehinggakan saya memakan masa yang lama dalam mengenali budak
tersebut sehingga menyebabkan masalah dalam melakukan tugasan ini. Oleh itu
saya bersedia mencari murid lain dalam mencepatkan tugasan yang telah dilakukan.
Hal tersebut mencepatkan lagi proses membuat tugasan ini.
Saya berterima kasih atas segala tugasan yang telah saya lakukan. Maaf jika
ada tugasan saya tidak sempurna. Saya mengucapakan ribuan maaf atas segala
permasalah dan berterima kasih kepada semua.

Rujukan
BUKU
Choong Lean Keow, PhD. Terbitan pertama 2010. Siri Pendidikan Perguruan
Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak: Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian Instititut Pendidikan Guru Malaysia. Muka surat 121
240. Terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. Cetakan pertama 2013. Bimbingan Dan


Kaunseling Kanak-Kanak. Muka surat 59 174. Terbitan Freemind Horizons Sdn
Bhd.

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti. 2012.
Siri Pendidikan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Muka surat 50
201. Terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd.

JURNAL
Sapora Sipon. Peranan Kaunselor Sekolah Mempertingkatkan Kesedaran Kerjaya
Dalam Bidang Sains Dan Matematik di Kalangan Pelajar Bumiputera. Universiti
Malaysia Sabah.

Sapora Sipon. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.


Universiti Malaysia Sabah.

Sapora Sipon. Gejala Sosial di Kalangan Pelajar Dan Keperluan Perkhidmatan


Bimbingan Dan Kaunseling. Universiti Malaysia Sabah.

INTERNET
2011. Kong Nee Ping. Terapi-Terapi Kaunseling dan Bimbingan.
http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/terapi-terapi-kaunseling-danbimbingan.html. Dimuat turun pada 26 Januari 2014.

2012. Cikgu Muzik Cun. Kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling, Bimbingan
Individu dan Bimbingan Kelompok.
http://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/1.html. Dimuat turun pada 26 Januari
2014.

2012. Shafina Kamarul. Teori Pemusatan Insan Carl Rogers.


http://shafinakamarul4644.blogspot.com/2012/11/teori-pemusatan-insan-carlrogers.html. Dimuat turun pada 26 Januari 2014.

MODUL
SlideShare Kepentingan Kaunselor Mempunyai Kemahiran Asas Komunikasi dan
Kemahiran Memberi Tumpuan

Mansor Abu Talib, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti
Ekologi Manusia. Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk ParaKaunselor)

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai