Anda di halaman 1dari 14

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

Penggunaan Kaedah Giant Tree Dapat Meningkatkan Kemahiran Menyambung


Huruf-Huruf Jawi Semasa Menulis Perkataan Imbuhan Apitan
Oleh:
Fateen Nasuha Binti Zakaria
920606-01-5576
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Untuk praktikum kali ini, saya telah


terdapat di sekitar kawasan

memilih

salah sebuah sekolah yang

Seri Medan, Batu Pahat, Johor

untuk menjalani

praktikum bagi fasa yang terakhir ini. Saya telah diamanahkan untuk mengajar
kelas Tahun 3 di sekolah tersebut. Setiap minggu, saya akan mengajar bidang
jawi. Bagi Tahun 3, kandungan sukatan jawi lebih

banyak berfokus kepada

perkataan imbuhan awalan dan imbuhan apitan. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas tersebut, saya telah meminta murid menyalin

nota

imbuhan apitan yang terdapat pada papan hitam. Saya memberi 1 contoh
dengan memisahkan imbuhan awalan meng, kata dasar dan imbuhan akhiran.
Saya meminta murid untuk menyambung imbuhan awalan meng, kata dasar dan
imbuhan akhiran menjadi satu perkataan imbuhan apitan.

Hasil pemerhatian

mendapati terdapat beberapa murid yang tidak mahir menyambung huruf jawi
seperti huruf ya dengan huruf kaf. Ada juga murid yang bertanya kepada
saya bagaimana untuk mengambung huruf

nga dan ga.

Gambar 1

merupakan nota imbuhan apitan yang saya berikan kepada murid-murid saya.
Hasilnya, saya mendapati bahawa masih ramai murid yang bermasalah dalam
menyambung huruf jawi dengan baik.
Semasa menyemak buku murid untuk ditanda, saya mendapati ramai murid
yang melakukan kesalahan yang sama. Masalah ini terjadi atau faktor beraku
masalah ini adalah kerana tiada bahan bantu mengajar yang digunakan untuk
memahamkan murid semasa proses pembelajaran berlaku. Di samping itu juga,
mungkin

saya

patut memberi penerangan

dengan lebih jelas agar murid

faham. Aktiviti yang dijalankan juga membosankan. Pembelajaran yang hanya


menggunakan chalk and talk memang membosankan murid tambahan mereka
masih di tahap 1. Saya merasakan proses p&p yang dijalankan tidak menarik dan
perlu diperbaiki dengan memperbaiki kaedah pengajaran saya agar masalah
seumpama ini tidak berlaku lagi. Saedah Hj. Siraj et al., (1993), menyatakan
bahawa guru, menyatakan bahawa guru bukan sahaja berperanan sebaga bukan
sahaja

berperanan

sebagai

penyalur

ilmu

pengetahuan,

penyalur

ilmu

pengetahuan, bahkan juga berfungsi sebagai pengembang dan bahkan juga


berfungsi sebagai pengembang dan pengukuh pengukuh kemahiran para
pelajarnya.
Sebagai seorang guru yang menginginkan kejayaan anak-anak bangsa yang di
didik, saya berfikir bahawa masalah ini perlu diatasi agar tidak berlarutan kerana

murid perlu belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan yang paling
penting adalah masalah murid dalam

kemahiran menyambung

dan menulis

huruf jawi dengan betul perlu diatasi agar mereka tidak mengulangi kesilapan
yang sama dan mereka mencintai tulisan jawi.

2.0

FOKUS KAJIAN

Azizah Lebai Nordin (1999) menekankan bahawa, seorang (1999) menekankan


bahawa, seorang guru yang berkesan seharusnya mengetahui segala aspek guru
yang berkesan seharusnya mengetahui segala aspek yang terdapat dalam
sukatan pelajaran Pendidikan Islam. yang terdapat dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam. Beliau bukan sahaja harus Beliau bukan sahaja harus meniliti
meniliti pelbagai tajuk yang pelbagai tajuk yang terdapat dalam sukatan
pelajaran, malah perlu mengetahui terdapat dalam sukatan pelajaran, malah
perlu mengetahui falsafah dan falsafah dan objektif Pendidikan Islam. objektif
Pendidikan Islam. Hanya dengan Hanya dengan mengetahui falsafah dan
matlamat
pelajaran

sukatan

pelajaran
tersebut,

mengetahui

falsafah

guru

dan
dapat

matlamat

sukatan

membawa

tersebut, guru dapat membawa anak didiknya ke arah anak didiknya ke arah
matlamat yang hendak dicapai. Di sini dapat kita lihat bahawa tanggungjawab
seorang guru begitu besar. Bidang jawi di dalam subjek Pendidikaan Islam sering
menjadi bidang perhatian guru kerana ia merupakan elemen penting dalam
Pendidikan Islam. Dalam menjalankan kajian tindakan ini, saya memilih bidang
jawi kerana saya dapati satu masalah berlaku dalam kalangan murid Tahun 3
yng saya ajar. Terdapat

segelintir murid yang masih kurang kemahiran

menyambung huruf Jawi. Murid tidak dapat menyambung atau keliru adakah
huruf tersebut boleh di sambung atau tidak. Ini bermakna murid gagal
memahami konsep menyambung huruf jawi yang sebenar. Semasa menanda dan
menyemak kerja murid saya dapati segelintir

murid yang masih tidak dapat

menyambung huruf jawi semasa menulis perkataan imbuhan apitan. Ada di


antara mereka didapati cuai ketika menyambung huruf Jawi.
Bagi mengesan masalah tersebut, saya membuat satu ujian diagnostik(ujian
pra) untuk mengenalpasti masalah murid dalam menyambung huruf jawi dalam
menulis perkataan imbuhan apitan. Masalah yang difokuskan dalam kajian ini
adalah dalam bidang penulisan jawi iaitu kelemahan murid dalam menyambung huruf jawi
semasa menulis perkataan imbuhan apitan. Masalah ini perlu diselesaikan supaya murid

boleh mengatasi masalah dalam penulisan jawi mereka sebelum meningkat ke tahun yang
seterusnya. Murid perlu mengenalpasti huruf-huruf yang boleh disambung sebelum dan
selepas, huruf jawi yang tidak boleh di sambung sebelum dan selepas serta huruf-huruf jawi
yang hanya boleh disambung

sebelum huruf-huruf jawi tersebut agar mereka tahu dan

faham serta dapat menyambung dan menulis huruf dengan tepat dan baik. Ini adalah selari
dengan matlamat pengajaran jawi di sekolah rendah iaitu untuk melahirkan murid yang dapat
mengenal, membaca dan menulis jawi dengan baik. Matlamat ini akan dapat dicapai
sekiranya

pendidik

menggunakan

dan

mempelbagaikan

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran yang menarik dan berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Anda tidak perlu bermula dengan satu masalah, sebaliknya hanya perlu satu idea umum
tentang apa yang boleh dibuat penambahbaikan (Kemmis&Mctagget 1981). Berdasarkan
pernyataan ini saya berpendapat bahawa semestinya dalam diri jiwa seorang pendidik, akan
berusaha untuk menambahbaik kualiti pengajaran atau amalan pedagogi di dalam proses
p&p.

Bagi mengatasi dan membantu murid-murid dalam kemahiran asas menulis jawi

dengan baik, maka kajian ini juga memfokuskan kepada keberkesanan kaedah yang telah
dipilih dalam mempertingkatkan kemahiran penulisan peserta kajian. Penulisan jawi adalah
suatu bahagian penting yang perlu dikuasai oleh peserta kajian tersebut. Kelemahan murid
dalam bidang jawi ini sedikit sebanyak mempengaruhi penulisan mereka atau mungkin jika
tidak dibetulkan, maka ia akan berterusan. Oleh itu, saya amat prihatin mengenai isu ini
supaya murid dapat mengatasi masalah ini dengan baik. Selain itu juga, saya memfokuskan
kajian ini pada sejauh mana minat murid terhadap penulisan jawi meningkat apabila
menggunakan kaedah yang telah dipilih.

3.0

OBJEKTI

F KAJIAN

3.1 Objektif Umum


Meningkatkan kemahiran asas menulis huruf jawi dalam kalangan murid Tahun
3.2 Objektif Khusus
a) Memastikan murid dapat mengenal pasti pasti huruf-huruf jawi yang boleh disambung
atau huruf-huruf jawi yang tidak boleh di sambung selepasnya.
b) Membantu murid meningkatkan kemahiran menyambung huruf-huruf jawi dan menulis
perkataan imbuhan apitan dengan betul mengunakan kaedah Giant Tree
c) Membantu meningkatkan minat murid dalam mempelajari tulisan jawi dengan betul.
4.0 Persoalan Kajian
a) Adakah murid dapat mengenal pasti huruf-huruf jawi yang boleh disambung atau hurufhuruf jawi yang tidak boleh di sambung selepasnya dengan menggunakan kaedah Giant
Tree ?
b) Bagaimana pengunaan kaedah Giant Tree dapat meningkatkan kemahiran murid
menyambung huruf-huruf jawi dan menulisnya dengan betul?
c) Adakah

selepas menggunakan kaedah Giant Tree , minat murid dalam mempelajari

tulisan jawi meningkat?

5.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran terdiri daripada murid-murid Tahun 3, seramai 5 orang murid
dari sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor. Penyelidik mendapati responden antara
murid yang memperoleh markah dan pencapaian yang rendah dalam topik
imbuhan apitan dalam bidang Jawi, Pendidikan Islam Tahun 3. Ini berdasarkan
markah yang diperoleh dalam Ujian Diagnostik (Ujian Pra) yang dijalankan.
Semasa proses P&P responden yang dipilih seramai 5 orang adalah murid
berdasarkan hasil markah yang mereka peroleh dalam Ujian Pra. Mereka juga
murid yang masih lemah dalam penulisan huruf jawi dan beberapa responden
yang dipilih ialah murid yang selalu saya fokus untuk belajar secara langsung
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu saya pantau semasa
membuat latihan di dalam kelas.
Responden berusia 9 tahun. Mereka terdiri daripada 4 murid lelaki dan 1 murid
perempuan. Mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu serta tinggal di
kawasan perkampungan. Mereka juga murid-murid dari kelas kedua dan secara
umumnya mereka adalah murid yang mendapat prestasi akademik yang rendah
di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Pemilihan responden seramai 5 orang membantu penyelidik agar lebih mudah
melaksanakan kajian dan lebih berfokus. Blangan responden yang sedikit dapat
membantu murid belajar dengan lebih mudah dan berfokus. Saiz yang ideal
untuk setiap kumpulan bagi murid berusia 8-12 tahun ialah empat atau pun lima
orang. Pernyataan ini disokong dan diakui sendiri oleh Harlen (2000).

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN


6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
Bagi menjalankan kajian ini, saya memilih kaedah Giant Tree sebagai intervensi
bagi meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam menyambung huruf-huruf
jawi semasa menulis perkataan imbuhan apitan. Sebelum ini saya hanya
menggunakan kaedah chalk and talk, ia menjadikan murid pasif dan hanya
mendengar penerangan guru. Dan berkemungkinan ada segelintir murid yang
tidak faham dan malu untuk bertanya dengan guru. Di bawah ini akan
diterangkan

cara

bagaimana

penggunaan

kaedah

Giant

tree

dalam

meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam menyambung huruf-huruf jawi


semasa menulis perkataan imbuhan apitan.
Langkah 1 : Guru memaparkan Giant tree. Guru menerangkan huruf yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung di hadapan kelas menggunakan

Giant

tree. Selain itu guru juga menerangkan konsep daun dan buah yang mempunyai
huruf jawi. Guru memperkenalkan huruf jawi pada daun ialah huruf yang boleh
disambung manakala huruf jawi pada buah epal ialah huruf yang tidak boleh
disambung selepasnya. Daun dan buah ini diletakkan dengan pin pelekat. Ia
boleh dicabut dan diletakkan di poket yang terdapat pada batang pokok.
-

Bagi daun ia mewakili huruf yang boleh disambung (selain huruf

hamzah dan huruf pada buah epal)


Buah epal pula huruf yang tidak boleh disambung selepasnya
seperti huruf alif , va, zai, zal, ro, wau dan dal.

Guru akan memastikan murid dapat mengenal terlebih dahulu huruf


tersebut sama ada ia huruf yang boleh disambung atau tidak boleh

disambung.
Guru akan bersoal jawab dengan murid

Langkah 2 : Guru akan mencabut dua huruf untuk menunjukkan imbuhan awalan
dan dua huruf untuk imbuhan akhir. Kemudian guru menulis kata dasar pada
flash kad yang berbentuk segi empat tepat yang diletakkan di antara imbuhan
awal dan imbuhan akhir.
-

Guru akan mencabut dua huruf untuk menunjukkan imbuhan awalan


dan dua huruf untuk imbuhan akhir. Contoh nya huruf

mim dan

nga bagi imbuhan awalan dan bagi imbuhan akhir seperti huruf
-

kaf dan nun.


Guru menyoal kepada murid adakah huruf yang boleh disambung

atau tidak boleh disambung.


Kemudian guru menulis kata dasar seperti guna. ga, wau, nun
dan alif.

Langkah 3 : Setiap murid diberi flash kad dan marker bagi murid menyambung
dan menulis perkataan atau huruf yang guru paparkan pada batang pokok
tersebut
-

Guru meminta murid menyambung terlebih dahulu imbuhan awalan.

Contoh nya huruf mim dan nga


Kemudian guru meminta murid untuk menyambung huruf akhir

pada imbuhan awalan dengan huruf pertama pada kata dasar.


Guru mengingatkan murid jika huruf mempunyai ekor seperti huruf
nga, maka perlu dibuang ekornya jika ia ingin disambung dengan

huruf selepasnya.
Kemudian guru menunjukkan pula imbuhan akhir yang terdapat
pada poket batang pokok. Guru bertanya adakah huruf terakhir bagi
kata dasar iaitu huruf

alif boleh di sambung dengan huruf kaf

pada huruf pertama bagi imbuhan akhir.


Guru mengingatkan jika huruf nya di dalam buah epal maka ia tidak

boleh di sambung selepasnya.


Akhir sekali, guru meminta murid menyambung kesemua imbuhan

awal , kata dasar dan imbuhan akhir.


Guru meminta murid mengangkat flash kad untuk melihat jawapan

murid.
Jika jawapan betul, guru akan memberi ganjaran.

Jika salah, guru akan membetulkan secara langsung dan memberi

motivasi dan dorongan kepada murid untuk usaha lebih lagi.


Guru membuat latih tubi dengan perkataan imbuhan apitan lain
yang

berbeza

bagi

mengukuhkan

lagi

kemahiran

murid

menyambung dan menulis huruf jawi dalam menulis perkataan


-

imbuhan apitan.
Murid juga boleh ke hadapan untuk meletakkan huruf lain dan kata
dasar lain bagi menyeronokkan lagi aktiviti ini

6.2 Kaedah pengumpulan data


Pemerhatian
Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu
memerlukan pengkaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman
situasi yang luas untuk membuat pemerhatian situasi yang sebenar. Ia
memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan mengesani peristiwa yang
signifikan
Bagi kaedah pengumpulan data saya akan membuat pemerhatian bagaimana
sikap peserta kajian dari semasa ke semasa dalam proses p&p Pendidikan Islam.
Peserta kajian

akan diperhatikan cara mereka belajar di dalam kelas dan

komitmen mereka dalam menyertai aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.


Pemerhatian yang dilihat akan dicatat pada borang pemehatian dan itu akan
dicatatkan atau dirakamkan tentang pergerakan guru dan pelajar ataupun
merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat instrumen seperti borang
pemerhatian; alatan elektronik seperti perakam video, kamera atau pita rakaman
audio. Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai

sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. aspekaspek yang perlu sebelum melakukan pemerhatian
Untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai (reliable) dan ada
keesahan (valid) prosedur yang patut diikuti dengan berfokus kepada apa
persoalan kajian pemeratian mesti dibuat secara langsung. Data-data penting
perlu dikutip dan dicatat pada borang pemerhatian

Ujian Diagnostik (ujian pra dan pasca)


Ujian yang akan saya jalankan terbahagi kepada dua jenis iaitu ujian pra dan
ujian pasca. Ujian pra ini bertujuan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid
dalam kemahiran menyambung dan menulis jawi manakala ujian pasca bertujuan
untuk menguji keberkesanan kaedah yang saya gunakan ini.
Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi sebelum
kajian dijalankan. Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua
sampel di akhir kajian dijalankan.
Tujuan

ujian

adalah

untuk

menilai

keberkesanan

pengajaran

saya

dan

pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar, khususnya dalam kemahiran
menyambung huruf Jawi semasa menulis perkataan imbuhan apitan.
Temubual
Temu bual adalah pertemuan bersemuka, penemu bual boleh maklumat yang boleh
menambahbaikkan kadar respons (Mok Soon Sang, 2010). Saya telah menjalankan temu
bual tidak formal dan tidak berstruktur bersama beberapa responden kajian saya iaitu guru
Pendidikan Islam Tahun 3, murid Islam Tahun 3 sekelas dengan peserta kajian. Temu bual
dirakam dengan menggunakan aplikasi perakam dalam telefon bimbit. Menurut Lim (2000),
pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan
peserta dan jika perlu transkrip temu bual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan
sokongan kajian temu bual yang lebih teliti. Peseta kajian perlu ditemubual untuk
mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan
tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan
pelajar-pelajar secara mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah
penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan soal jawab; berbualbual ataupun berbincang.

6.3 Kaedah menganalisis data


Pemerhatian
Pemerhatian yang dilihat akan dicatat pada borang pemehatian dan itu akan
dicatatkan atau dirakamkan tentang pergerakan guru dan pelajar ataupun
merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat instrumen seperti borang
pemerhatian; alatan elektronik seperti perakam video, kamera atau pita rakaman
audio. Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai
sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. aspekaspek yang perlu sebelum melakukan pemerhatian
Untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai (reliable) dan ada
keesahan (valid) prosedur yang patut diikuti dengan berfokus kepada apa

persoalan kajian pemeratian mesti dibuat secara langsung. Data-data penting


perlu dikutip dan dicatat pada borang pemerhatian.

Temubual
Proses temu bual yang telah dirakamkan akan dianalisis. Kandungan rakaman akan
didengar sebanyak tiga kali. Data yang dikumpul melalui temu bual akan diterjemahkan
dalam bentuk transkrip. Seterusnya isi kandungan dalam temu bual yang penting dan
berkaitan untuk menjawab persoalan kajian dicatat dan dihuraikan lebih terperinci dalam
bentuk penulisan.
Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan ringkas kata-kata atau
jawapan peserta jika pengkaji tidak membawa telefon bimbit, jika perlu transkrip
temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian temubual
yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan
jawapan dalam temubual itu eloklah disimpan dalam nota lapangan.

Ujian Diagnostik (ujian pra dan pasca)


Ujian ini dijalankan kepada lima orang peserta kajian yang dipilih di luar waktu
mata pelajaran Pendidikan Islam. Peserta kajian dikehendaki menjawab 5 soalan
yang berkaitan dengan menyambung huruf-huruf Jawi dalam menuulis perkataan
imbuhan apitan. Ujian pertama dikenali sebagai ujian Pra, di mana menguji
pengetahuan sedia ada sampel kajian di dalam kemahiran menyambung huruf
tunggal Jawi dalam menuulis perkataan imbuhan apitan. Ujian yang kedua
dikenali sebagai ujian Pasca. Di dalam ujian ini, murid sudah didedahkan dengan
kaedah Giant Tree.
Ujian Pra dan Pasca yang akan dijalankan adalah ujian subjektif dan dijawab
secara individu. Melalui ujian ini, saya dapat membuat perbandingan tahap
kefahaman dan prestasi murid sebelum dan selepas kaedah Giant Tree
diperkenalkan.
Setelah menganalisis keputusan ujian pra dan ujian pasca, saya akan membuat
perbandingan pencapaian markah peserta kajian. Perbandingan ini dijalankan
untuk melihat perbezaan markah peserta sebelum dan selepas kajian dijalankan.
Perbandingan markah peserta secara individu dikira dengan menggunakan

perbezaan

julat

markah

ujian

pra

dan

ujian

pasca.

Keputusan

kajian

perbandingan ini akan dapat menunjukkan dengan jelas keberkesanan kaedah


yang telah saya gunakan dalam kajian ini. Keputusan ujian pra dan ujian pasca
akan dianalisis dengan mengira skor markah yang diperolehi oleh murid di dalam
peratus.

7.2 Kos kajian

Jenis Perbelanjaan
Bil

Unit
Harga
(1 Unit)

Jumlah
Harga

Kertas A4 80 gsm

RM 8.90

RM8.90

Papan polistrin (saiz paling


besar)

RM4.50

RM9.00

Kertas warna

RM6.90

RM6.90

Set warna air Buncho

RM 12.90

RM12.90

Pin board

RM 2.80

RM2.80

Flash kad

RM 2.00

RM14.00

Whiteboard Marker pen

RM2.50

RM15.00

Laminator paper

Fail

JUMLAH

RM 32.50
RM6.00

RM 32.50
RM6.00

RM105.0
0

Anda mungkin juga menyukai