Anda di halaman 1dari 17

Mengintegrasikan Pendidikan

Alam Sekitar Dalam Pengajaran


Written by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Berita Harian

Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan
pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan, pencemaran, kesan
rumah
hijau,
penipisan
lapisan
ozon,
hakisan
dan
juga
kepupusan
spesies.
Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban hari kita
menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi sedemikian
berlaku?
Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Malah, saban
tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun demikian, ia
dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya, kita masih lagi melihat
perbuatan segelintir daripada kita yang membuang sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Ini jelas memberi cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga
alam
sekitar
masih
lagi
berada
pada
tahap
yang
rendah.
Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat agar lebih peka
terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Salah satu usaha yang boleh diterapkan ialah dengan
mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di sekolah baik di peringkat pra, rendah,
menengah dan juga di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai
kesedaran tinggi terhadap aspek pemeliharaan alam sekitar pada masa hadapan.
Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang tidak seharusnya
hanya dibebankan di bahu pendidik semata-mata. Sebaliknya perlaksanaannya perlu mendapat
sokongan padu daripada semua pihak agar ia dapat dijayakan bagi meningkatkan kesedaran berhubung
kualiti alam sekitar, di samping membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka
dengan lebih baik dalam memastikan usaha memakmurkan alam dapat dilaksanakan dengan
sewajarnya.
Hal ini amat bertepatan dengan peranan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai khalifah yang
telah ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang
telah disebut di dalam surah Hud, ayat 61 yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan kamu daripada
bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya". Justeru, dalam konteks pendidikan
alam sekitar, ia dilihat sebagai sebahagian daripada usaha ke arah melunaskan tanggungjawab dan
amanah berkenaan dalam usaha memastikan keharmonian alam terus dapat dipertahankan.
Oleh yang demikian, penglibatan semua pihak adalah penting dalam memastikan matlamat perlaksanaan
pendidikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya bagi membentuk sebuah kerangka
masyarakat yang bukan sahaja lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar sejagat, tetapi juga
dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan alam sekitar dan

berkemahiran tinggi untuk bertindak secara individu atau bersama dalam menyelesaikan isu-isu semasa
berkaitan alam sekitar. Malahan, dengan pengetahuan dan kemahiran yang ada ia secara tidak langsung
turut juga dapat meningkatkan komitmen masyarakat terhadap permasalahan alam sekitar yang timbul.
Dalam mengintegrasikan pendidikan alam sekitar, ia tidak hanya terhad dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sahaja. Sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi sebagai suatu bidang pendidikan yang
bersifat merentasi kurikulum dan kokurikulum. Ini adalah bagi memastikan pendidikan alam sekitar lebih
berkesan kepada para pelajar dan dapat disepadukan dengan mata pelajaran lain (seperti Sains,
Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral
dan
sebagainya) di dalam kelas dan juga aktiviti-aktiviti luar
kelas yang lain.
Dengan usaha penyepaduan pendidikan alam sekitar dan aktiviti kokurikulum, ia dapat menjadi tanda
aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam bilik darjah difahami dan
diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga dapat dijadikan garis panduan
untuk para pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam sekitar dengan subjek-subjek
lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para pelajar dalam menggunakan
pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas dijalankan.
Proses penyepaduan unsur pendidikan alam sekitar dalam kedua-dua kurikulum dan kokurikulum perlu
dijadikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting. Ini kerana, proses
pembelajaran secara teori yang disusuli dengan pembelajaran secara praktikal (iaitu memberi peluang
dan pendedahan kepada para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan alam
sekitar serta melihat segala permasalahan alam sekitar yang berlaku) adalah lebih berkesan dan
bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir adalah betul-betul terkesan kepada jiwa mereka.
Kesedaran seumpama inilah yang hendak kita jelmakan agar generasi akan datang tidak mudah goyah
dan terpengaruh dengan godaan materialistik sehingga sanggup mengorbankan kepentingan alam
sekitar. Pada masa yang sama, pelajar yang diberi pendedahan secara langsung terhadap senario
semasa alam sekitar akan lebih memahami segala kemelut alam sekitar yang berlaku di sekeliling
mereka. Ini sekali gus dapat menjadi pendorong kepada para pelajar untuk bergiat secara lebih proaktif
dalam
usaha
memelihara
dan
memulihara
alam
sekitar.
Dalam konteks ini, ruang dan peluang yang wujud dalam kokurikulum seharusnya digunakan dengan
sebaik mungkin oleh golongan pendidik bagi mempelbagaikan strategi ke arah pembelajaran dan
pengajaran yang lebih berkesan sebagai salah satu pendekatan yang bijak dalam usaha mempromosikan
pendidikan alam sekitar dalam kancah pendidikan semasa pada hari ini. Aktiviti pembelajaran dan
pengajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan seperti kerja lapangan, perkhemahan, trekking dan
kempen alam sekitar semasa aktiviti kokurikulum adalah disarankan agar proses pembelajaran tidak
membosankan
dan
mudah
diterima
oleh
para
pelajar.
Kejayaan pengintegrasian unsur pendidikan alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah
adalah bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh golongan pendidik sebagai pelaksana dan juga
semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha ini. Malah,
matlamat pendidikan alam sekitar untuk melahirkan individu yang berkeperibadian tinggi serta
bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya dapat dicapai dengan jayanya jika semua pihak

khususnya pihak-pihak berwajib mengambil tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk memberi
pendidikan alam sekitar dengan lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab berkenaan.

Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan


Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini
bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting
dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai
alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai
mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku
sesuatau pencemaran alam.
Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura,
telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi
mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah
merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan
dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang
sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.
Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja
dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru
sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui
pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi
kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat
tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan
pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih.
Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari
rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah.
Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah.
Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga
sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang
boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari
barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan
barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat
mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran
pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa tapak
bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus permodenan ini. Sering meniti dari bibir ke bibir
masyarakat mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air, udara dan darat.
Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan
telah menjadi topik hangat yang dibincang dari kedai kopi hingga ke parlimen. Kalau tidak
kerana angin, masakan pokok bergoyang. Sikap manusia zaman moden yang asyik
mengejar fata morgana sehingga mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan
faktor yang menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan,
manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Memandangkan
keadaan ini, maka pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur.

Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam
sekitar? Jawapannya terletak pada kita semua. Tidak kira siapa, yang pastinya semua
pihak mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini.
Pepatah Melayu ada mengatakan tiada penyakit yang tiada penawarnya. Usaha untuk
mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga.
Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang
terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai
alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa haruslah sentiasa mendedahkan anakanak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka
tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga
harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya
membuang sampah di merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh
mencemarkan udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul
tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam
sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi
teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini,
nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.
Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak
sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara
langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran
untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui
mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral,
pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya,
guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari
artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka
membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan
tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya
kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini.
Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar.
Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar
dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan
bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar.
Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah
yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat
perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali
sebagai Reduce, Reuse, Recycle. Reduce ialah usaha mengurangkan penggunaan

bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat haruslah berjimat cermat
dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan seperti petroleum
dan arang batu. Reuse pula ialah usaha menggunakan semula bahan-bahan buangan
secara terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru.
Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan sampah
sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat
perlu mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya,
masyarakat boleh menjual surat khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini
bukan sahaja dapat mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan
sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu,
masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar untuk
mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.
Dalam pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam sekitar kebanyakannya
berpunca daripada pengeluaran asap ke udara dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai.
Menyedari kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran alam ini, pihak berkuasa
telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah yang dibaratkan
sebagai duri dalam daging negara yang sedang membangun. Dengan ini, kabinet telah
memutuskan bahawa hukuman mandatori lima tahun penjara terhadap Ketua Pegawai
Eksekutif dan presiden sesebuah syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar.
Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat yang berkaitan dengan larangan
melepaskan asap hitam dan sisa toksik. Namun, jika keadaan mencurahkan air ke daun
keladi berlaku, tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti yang
diputuskan oleh kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang haruslah menapis asap hitam dan
menggunakan alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang. Mereka tidak
harus mengorbankan alam sekitar demi kesenangan diri. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
berkuasa untuk mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar dan disyaki menjejaskan
kualiti alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan
penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.
Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani
dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak. Alam
sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia
haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya
dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Seandainya
masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup
dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam
sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan
kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam
sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada
setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan datang dapat menikmati
keindahan dan kelstarian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.

~ Gotong Royong
Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah
boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang
menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas
daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan
penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat
menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk
memelihara persekitaran sekolah.
~ Program Kitar Semula
Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh
dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan
Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya
longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping
itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui
Aktiviti Selepas PMR.

~ Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti


Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan
aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar
menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu
bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan
ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar
semula.

Read more: http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkahlangkah-mengurangkan-pencemaran.html#ixzz3Erq71PyW


Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Melalui kitar semula kita boleh berjimat malah dapat menambah pendapatan sekiranya kita bijak dan kena dengan caranya. Adakah kita
terfikir hasil sisa lebihan makanan yang kita buang saban hari boleh dijadikan baja kompos. Untuk menghasilkan baja kompos ini, kita
hanya perlu menyediakan satu kawasan khas bagi membolehkan sampah itu ditimbun dari hari kehari.
Malah, dengan amalan membuat baja kompos ini secara tidak langsung kita boleh menyelamatkan alam sekitar, ini kerana punca
pencemaran alam sekitar yang paling ketara ialah melalui pembuangan sampah.
Selain itu juga, kita juga boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau yang menjadi agenda utama kerajaan dalam menghijaukan
negara. Mungkin selepas ini semuas sisa makanan yang hendak dibuang seperti buah-buahan, sayuran, kulit telur, rumput, daun-daun
pokok, serbuk teh dan kopi dikumpulkan untuk kita jadikan baja kompos.
Bagi mendapatkan baja kompos yang lebih hebat untuk dijadikan baja asli kita juga boleh menggunakan sisa seperti tahi kuda, tahi
kambing dan tahi ayam.
Bagi menghasilkan baja kompos ini kita hanya perlu timbunkan sisa-sisa makanan pada satu tempat. Setiap hari sisa makanan yang
dikumpul itu boleh dilapiskan dengan daun-daun kering. Dan bagi mengelakan dari hidupan liar atau anjing sampah tersebut boleh
ditutup menggunakan jaring.
Proses ini akan mengambil masa yang panjang bagi membolehkan organisma termasuk cacing membantu penghuraian bahan buangan
dalam menghasilkan nutrien dan baja. Proses ini akan siap sekiranya warna tanah telah bertukar hitam. Tanah tersebut perlu digemburkan
dari semasa kesemasa bagi membolehkan berlakunya peredaran udara dan kelembapan pada timbunan baja kompos tersebut.
Baja kompos ini juga mampu menjadi medium pembesaran yang kaya dengan humus dan nutrien dan merupakan bahan tambahan
kepada tanah. Ia juga merupakan bahan penyerap yang akan mengumpul kelembapan dan mineral terlarut sebagai sokongan dan nutrien
kepada tumbuh-tumbuhan.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi


manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan
dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di
bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui
alam sekitar dan untuk alam sekitar yang mana menekankan konsep
What you give, you get back.
Selaras dengan itu juga penekanan mengenai alam sekitar haruslah
dimulakan daripada peringkat awal lagi dimulai daripada sekolah tadika,
sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan juga
dikalangan komuniti masyarakat untuk memberikan pendedahan yang
lebih terperinci supaya kita dapat sama-sama memahami konsep
program lestari sekaligus bekerjasama memelihara dan memulihara
alam sekitar. Majlis Perbandaran Seberang Perai sentiasa menyokong
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah-sekolah, organisasi bukan
kerajaan dan juga komuniti untuk menerapkan kesedaran tentang alam
sekitar yang semakin terancam pada masa kini.Sempena dengan Program
Khidmat Sosial Lestari Hijau pada hari ini
pelbagai aktiviti jalankan seperti membersihkan kawasan persekitaran,
mengecat bahu jalan, tiang papan dan juga penanaman pokok renek.
Saya juga difahamkan sebanyak 50 pokok ditanam oleh anak-anak
pelajar kita pada pagi ini.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, berdasarkan rekod penanaman
pokok di kawasan pentadbiran MPSP dari bulan Januari sehingga April
2014 , sebanyak 290 pokok telah ditanam oleh Majlis Perbandaran
Seberang Perai dan juga 3540 pokok ditanam oleh pemaju-pemaju
perumahan baru di sekitar Seberang Perai. Ini sejajar dengan moto
kerajaan Pulau Pinang iaitu Cleaner, Greener, Healthier and Safer yang

mengutamakan keindahan,kehijauan dan kebersihan alam sekitar.


Mudball adalah campuran antara tanah liat, bahan organik, molases, minerals dan semestinya
gabungan bakteria berfaedah iaitu Laktik Asid bakteria, Fototropik bakteria, yis dan Antinomycetes.
Mudball diformulakan untuk kesesuaian kes atau persekitaran iaitu mudah dilontar dan tenggelam di
dalam air serta bertindak perlahan-lahan dari dasar air bertujuan memecahkan molekul-molekul
organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur,logam berat dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu
tindakbalas mudball adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan.
Biarpun mudball banyak digunakan dalam rawatan air,namun kini penggunaannya semakin meluas
untuk ternakan air(akuakultur) bertujuan menjaga kualiti air dan menyeimbangkan mikroflora
air.Dengan aplikasinya yang mudah, mudball amat sesuai dan praktikal sebagai stok yang patut
anda ada bagi membantu menguruskan air anda.

JOM KITA BUAT MUDBALL...


APA ITU EM MUDBALL?
EM Mudball adalah campuran antara
tanah,liat,bahan organik,molases,minerals
dan semestinya gabungan berfaedah iaitu
bakteria Asid Laktik,bakteria Fototropik,Yis
dan Antinomyteses..
EM Mudball mudah dilontar dan tenggelam di
dalam air.EM Mudball bertindak perlahanlahan dari dasar air.

KELEBIHAN EM MUDBALL
Merupakan salah satu alternatif yang
digunakan dalam menyelesaikan masalah
pencemaran air selain dapat membaik pulih

kualiti air sedia ada.


Ia juga digunakan di dalam kolam-kolam
takungan ,sungai, yang tercemar serta laut.
Tindak balas mudball adalah sangat cepat
malah ia mampu bertahan selama sebulan.
Satu inovasi dan tranformasi kepada kaedah
kawalan kualiti air yang lebih efektif dan
berteknologi tinggi.

FUNGSI EM MUDBALL SEBAGAI AGEN


PURIFIKASI AIR

memecahkan molekul-molekul organik


seperti sisa-sisa sampah,lumpur,logam berat
dan sebagainya.

menstabilkan pH air

memusnahkan ammonia dan nitrogen


dalam air

mengurangkan bau busuk air


Ok, hari ni kami nak tunjukkan cara-cara
membuat Mudball pulak... Memandangkan

masa tidak cukup 3 bulan, kami telah


menggunakan cecair EM yang telah dibeli
dari syarikat Sarjani.

okay..kita mulakan dengan bahan-bahan


yang diperlukan untuk membuat EM
MUDBALL....

Bahan-bahan untuk membuat EM MUD BALL


ialah
1.
CECAIR EM,
2.
DEDAK BERAS,
3. TANAH MERAH.
1. Sediakan cecair EM

2. Masukkan dedak beras ke dalam cecair EM


dan gaul sehingga sebati.

3. Masukkan campuran dedak beras tadi ke


tanah merah

4. Campur hingga rata dan mula buat bola EM

5. Bola lumpur diletakkan di dalam kotak


penapaian

ika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu
bumi akan di panjangkan usianya.
Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:
a.Pameran
b.Kempen-kempen
c.Pertandingan
d.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM


Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan
isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempattempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu
alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat
untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster
dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid
yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini
boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam
sekitar.
B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat

dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah
kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.
Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga
alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan
pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat
menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula.
Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.
Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,
membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan
mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat
,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk
mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan
sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk
tempatan tentang kepentingan sungai.
C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan
mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses
ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari
penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan
kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan
pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta
sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang
telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan
kesedaran kepada orang ramai.
D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang

isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah


pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan
tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat
pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan
keutamanya.