Anda di halaman 1dari 9

Tatabahasa

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada


nama am manusia,haiwan,tempat dan benda.
Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil
kecuali pada permulaan ayat atau selepas noktah.
Contoh:
-ayah
-abang
-ibu
-adik
-kucing
-tikus
-ikan
-meja makan
-akuarium
-televisyen
-ruang tamu
-dapur

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada


nama khas manusia,haiwan,tempat dan benda.
Kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar.
Contoh:
-Salina
-Encik Azman
-Puan Aminah
-Amri
-Zainal
-Si Putih
-Pak Belang
-Proton Saga
-Adidas
-Menara Berkembar Petronas

Kata Ganti Nama Diri

-Kata ganti nama diri digunakan untuk


menggantikan nama seseorang
- Kata ganti nama diri pada peringkat Tahun 1

hanya tetumpu kepada:


(a)Kata Ganti Nama Diri Pertama:
-saya
-aku
-hamba
-beta
-patik
-kami
-kita
(b)Kata Ganti Nama Diri Kedua:
-awak
-anda
-kamu
-kalian
-engkau
-tuanku

Kata Kerja

Kata kerja merujuk kepada perbuatan atau


perlakuan terhadap sesuatu.
Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu:

(a)Kata Kerja transitif


(b)Kata Kerja tak transitif
Contoh kata kerja:

1.Abang dan kakak mencuci kereta.


2.Ibu minum air teh.
3.Ayah membaca surat khabar.
4.Aiman melontar bola kepada adik.
5.Zaini melambai Aiman.

Kata Adjektif

Kata adjektif merujuk kepasa sifat sesuatu kata


nama atau frasa nama.

Kata adjektif yang ditekankan pada peringkat


Tahun 1 ialah kata adjektif warna.

Contoh kata adjektif warna:


-merah
-kuning
-hijau
-biru
-indigo
-merah jambu

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata


dengan kata,frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
Kata hubung terdiri daripada kata hubung
gabungan,kata hubung pancangan dan kata hubung
berpasangan.
Kata hubung pada peringkat Tahun 1 hanya
tertumpu kepada kata hubung gabungan.
Contoh kata hubung:

1.Anita dan Nani pulang dari sekolah berjalan kaki


2.Ibu,ini basikal Azwan atau kakak?
3.Ayah pulang lewat semalam tetapi hari ini ayah
pulang awal.
4.Abang menunggang basikal sambil memegang sebiji
bola.

5.Amir dan Amri kembar tetapi tidak seiras.

Kata Tanya

Kata Tanya digunakan untuk bertanya atau


menyoal seseorang bagi mendapatkan sesuatu
maklumat.

Kata Tanya yang merujuk manusia dan benda ialah


siapa apa.Ayat tanya biasanya ditandakan dengan
tanda soal (?) pada akhir ayat.

Contoh kata tanya:

(a)merujuk kepada manusia:


1.Aileen melukis gambar siapa?
2.Gambar siapakah yang dilukis oleh Ain?
3.Gambar siapakah yang dilukis oleh Ali?
(b)merujuk kepada benda:
1.Zainal melukis gambar apa?
2.Apakah yang dilukis oleh Hanida?

Imbuhan Awalan

Imbuhan awal merujuk kepada penambahan ilmu


dihadapan suatu kata dasar

Imbuhan awal pada peringkat Tahun 1 hanya


tertumpu kepada kata dasar yang diletakkan imbuhan
tanpa proses penguguran huruf awalan kata dasar.

Imbuhan yang ditekankan ialah


imbuhan ber,mem dan pen.
Contoh imbuhan awal:
1.ber + lari = berlari
Hazman berlari dengan pantas.

2.ber + sorak = bersorak


Murid-murid bersorak untuk pasukan masing-masing
3.mem + beli = membeli
Haziq membeli minuman di gerai
4.mem + bawa = membawa
Qaleesya membawa piala yang dimenanginya.

5.pen + jual = penjual


Pak Ali penjual ais krim

Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran merujuk kepada penambahan
imbuhan di belakang suatu kata dasar.

Imbuhan akhiran pada peringkat Tahun 1 hanya


tertumpu kepada huruf akhiran pada kata dasar iaitu
imbuhan an,kan dan i

Contoh imbuhan akhiran:

1.pakai + an = pakaian
Pakaian itu dijemur di ampaian.
2.minum + an = minuman
Ibu menuang minuman ke dalam gelas.
3.baik + i = baiki
Abang baiki basikalnya yang rosak.
4.diam + i = diami
Datuk diami rumah itu sejak kecil lagi.
5.buang + kan = buang
Tolong buangkan sampah ini.

Anda mungkin juga menyukai