Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

CERAMAH SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 13, SHAH ALAM Jalan Bola Sepak 13/11, 40100 Shah Alam, Selangor.

Pendahuluan

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Pada semester ini, kami telah menghadiri taklimat pelaksanaan BIG Peringkat 4 Fasa 5 pada 25 Januari 2015 di Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Melayu. Melalui taklimat ini, kami perlu melaksanakan satu program iaitu membuat Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah bertaraf Sekolah Cemerlang, Sekolah Harapan Negara atau Sekolah Kluster. Sebelum melaksanakan program ini, kami terlebih dahulu telah berbincang dalam kumpulan, menggagihkan tugas dan membuat draf kertas kerja serta tentatif program, seterusnya menguruskan hal berkaitan pelepasan tugas serta surat rasmi kesekolah yang dipilih.

Kami telah sepakat memilih sebuah sekolah bertaraf Kluster Kecemerlangan di Shah Alam. Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, beralamat di Jalan Bolasepak 13/11, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Sekolah ini mencapai taraf Kluster Kecemerlangan Fasa 7 pada tahun 2013 dan juga merupakan di antara sekolah terbaik Negeri Selangor pada tahun 2011 hingga

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

1
1

2014. Setelah semua perancangan dibuat maka kami menetapkan tarikh pada 26 Februari 2015 untuk mengadakan lawatan penanda aras tersebut.

  • 1.0 Lawatan Penanda Aras Dilaksanakan

Pada 26 Februari 2015, jam 9.00 pagi saya bersama rakan-rakan pelajar PPG IPG Kampus Bahasa Melayu yang lain seramai lebih 20 orang telah membuat lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 yang mana merupakan sebuah sekolah Kluster Kecemerlangan di Negeri Selangor. Sebelumnya, kami telah menghantar surat permohonan kepada Guru Besar sekolah tersebut menyatakan tujuan lawatan serta beberapa butiran penting yang lain. Sebagai memenuhi tuntutan kerja kursus, lawatan tersebut juga adalah bertujuan untuk melihat sendiri ciri-ciri sebuah sekolah yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dari aspek kepimpinan dalam pengurusan dan pentadbiran , program-program dan aktiviti yang diadakan, infrastruktur serta info struktur yang ada, status penglibatan seluruh warga sekolah serta pencapaian sekolah tersebut.

Sejurus kami tiba di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 kami disambut oleh beberapa orang guru dan diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) iaitu Puan Khalijah Binti Mat Ali dan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Nor’ain Binti Abd Rashid. Kami telah diberi taklimat berkaitan hal-hal pengurusan sekolah di bilik mesyuarat. Taklimat berkaitan dengan pengurusan sekolah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid manakala hal yang berkaitan dengan sejarah dan pencapaian sekolah disampaikan oleh Puan Intan Junaidah Binti Mohamed, selaku guru bimbingan dan kaunseling SK Sekyen 13 . Kami dimaklumkan bahawa Guru Besar sekolah iaitu Puan Hajah Salmah Binti Abdul Rahman tidak dapat bersama pada hari ini kerana menghadiri kursus penting di Institut Aminudin Baki.

  • 2.0 Sesi Taklimat Dan Hasil Dapatan Di antara informasi sekolah yang boleh dikongsikan ialah seperti berikut:

Nama Sekolah

: Sek Keb Seksyen 13 (Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7)

Kod Sekolah

: BBA 8256

Tarikh Dibuka

: 1 Januari 2002

Jenis Sekolah

: Sekolah Kebangsaaan Gred B

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

2
2

YDP PIBG Guru Besar GPK Kurikulum GPK Hem GPK Kokurikulum

: En Shanusi Bin Ahmad : Puan Hajah Salmah Binti Abd Rahman : Puan Hajah Fuziah Binti Ibrahim : Puan Halijah Binti Mat Ali : Puan Chan Sook Ling

GPK Pendidikan Khas : Puan Nor’ain Binti Abd Rashid

SK Sekyen 13 terletak di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana. Merupakan sebuah sekolah rendah dalam bandar yang mempunyai enrolmen guru seramai 60 orang, 958 orang pelajar dan 10 orang staf. Sekolah ini diibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2002. Pada tahun 2002, seramai 13 orang guru dan lebih kurang 180 murid yang ditempatkan di sini. Pada awalnya cuma 6 buah kelas dibuka namun kini sudah berkembang menjadi 21 kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Sekolah ini mempunyai 1 bangunan kelas Prasekolah serta 6 buah Kelas Pendidikan Khas Integrasi. Seramai 4 orang Guru Besar pernah mentadbir sekolah ini termasuklah Guru Besar sekarang iaitu Puan Hajah Salmah Bt Abdul Rahman.

LENCANA SEKOLAH DAN KETERANGAN

YDP PIBG Guru Besar GPK Kurikulum GPK Hem GPK Kokurikulum : En Shanusi Bin Ahmad :

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

3
3

VISI, MISI, WAWASAN DAN MOTTO

VISI, MISI, WAWASAN DAN MOTTO BENDERA SEKOLAH HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 Pendidikan

BENDERA SEKOLAH

VISI, MISI, WAWASAN DAN MOTTO BENDERA SEKOLAH HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 Pendidikan

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

4
4

ANUGERAH PENCAPAIAN

ANUGERAH PENCAPAIAN Senarai Guru Besar : 1. Puan Hajah Normah Bt Othman (1 Jan 2002-16 Nov

Senarai Guru Besar :

  • 1. Puan Hajah Normah Bt Othman (1 Jan 2002-16 Nov 2004)

  • 2. Puan Hajah Fadzlon Bt Sheikh Amir ( 17 Nov 2004-28 Jun 2008)

  • 3. Puan Hajah Faridah Bt Ramli (1julai 2008-31 Januari 2012)

  • 4. Puan Hajah Salmah Bt Abd Rahman (1 Mac 2012 – Sekarang)

Senarai Yang Dipertua PIBG :

  • 1. Encik Hassan B Juremi (2002-2004

  • 2. Tn Haji Mohd Rozli B Abd Jalil ( 2004-208)

  • 3. Dato Mohd Nazri B Ismail (2008-2009)

  • 4. Encik Hairul Nizam B Mohamed (2009-2011)

  • 5. Tn Haji Mohd Ghous B Mohamad (2011-2013)

  • 6. En Shanusi B Ahmad (2014-Sekarang

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

5
5

Melalui taklimat, jelas menunjukkan bahawa seluruh warga sekolah termasuk guru, kakitangan dan para pelajarnya bergerak sebagai satu kumpulan besar dalam misi kecemerlangan mereka. Kesemua mereka telah dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil dan berfokus tetapi masih tetap mempunyai hala tuju yang sama. Setiap seorang dari mereka memberi komitmen yang padu serta memainkan peranan yang penting mengikut bidang tugas masing-masing.

Para pelajarnya berlatar belakangkan masyarakat bandar dan guru-guru di sekolah tersebut telah berjaya membentuk mereka sehingga meraih banyak kecemerlangan dari aspek akademik dan kokurikulum. Menurut analisa yang dibuat, pencapaian akademik di dalam peperiksaan UPSR telah menunjukkan peratus lulus yang tinggi.

Melalui taklimat, jelas menunjukkan bahawa seluruh warga sekolah termasuk guru, kakitangan dan para pelajarnya bergerak sebagai

Dalam bidang kokurikulum juga para pelajar sekolah ini tidak ketinggalan menempa nama di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Komitmen guru dan pelajar ini menjadikan sekolah ini berada di tahap pencapaian yang membanggakan standing sekolah-sekolah Kluster pilihan yang lain.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

6
6

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

Kekuatan HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 Pendidikan Khas 7
Kekuatan
HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF
| PPG K2 2012 Pendidikan Khas
7

Bidang Kebitaraan Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 ialah Sains dipilih pada tahun 2013 dan Kelab Muzik. Dari segi Jalinan, tidak dinafikan sekolah ini melibatkan diri dengan banyak agensi dalam pelbagai aktiviti seperti di bawah:

Bidang Kebitaraan Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 ialah Sains dipilih pada tahun 2013 dan Kelab Muzik. Dari

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

8
8

Jaringan sekolah ini juga melibatkan peringkat tempatan hingga ke luar negara.

Jaringan sekolah ini juga melibatkan peringkat tempatan hingga ke luar negara. 3.0 Lawatan Ke Bilik-Bilik Khas
  • 3.0 Lawatan Ke Bilik-Bilik Khas Dan Persekitaran Sekolah

Sesi taklimat diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada wakil PPG IPGKBM iaitu saya sendiri dan dikuti dengan penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah. Wakil Guru Besar bagi pihak sekolah juga menyampaikan cenderamata kepada kami. Seterusnya kami dibawa oleh GPK Hem untuk melawat bilik-bilik Khas iaitu Bilik Kaunseling, Bilik J-Qaf, Makmal Komputer, Perpustakaan dan juga Kelas Pendidikan Khas Integrasi.

Melalui pemerhatian semasa sesi lawatan ini, bilik-bilik khas seperti Bilik Kaunseling begitu lengkap dan ceria. Semua kemudahan dan maklumat disediakan seperti carta organisasi, tempat tetamu, perabot dan bilik kerja guru. Begitu juga dengan Kelas Pendidikan Khas yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti BBM, terapi pasir, bilik darjah yang menarik dan selesa.

Persekitaran sekolah juga dijaga dengan baik. Tedapat arca dan mural dinding dengan slogan-slogan yang menarik minat pelajar. Sijil-sijil penghargaan dan

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

9
9

anugerah yang diterima dipamerkan di laluan ilmu, agar semua warga sekolah dan tetamu dapat melihat sendiri. Secara tidak langsung akan merangsang semangat pelajar dan guru-guru untuk terus mencapai kecemerlangan dalam setiap aktiviti yang disertai. Keistimewaan sekolah ini ialah mempuyai Laman muzik dengan pintu gerbang besar yang bertatahkan simbol not muzik. Kami mengambil peluang untuk merakamkan gambar di sekitar laman muzik ini.

4.0 Penutup

Sebelum mengakhiri program lawatan ini, kami dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Saya melihat di kantin sekolah ini juga diletakkan papan maklumat untuk informasi kepada pelajar dan penjaga. Sambil kami menjamu selera, ada di antara kami yang berbincang dengan GPK Hem berkaitan dengan tugas yang sedang kami jalankan. Lawatan penandaan aras merupakan suatu aktiviti yang memberikan banyak faedah terutamanya dalam meningkatkan profesionalisme keguruan.

Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Dalam lawatan tersebut saya dapat melihat dengan sendiri pencapaian sama ada dari infrastuktur,organisasi dan pelbagai lagi yang boleh dijadikan panduan untuk diamalkan oleh guru-guru. Pelbagai budaya kecemerlangan boleh dijadikan teladan untuk diamalkan di tempat bertugas. Secara kesimpulannya, lawatan ini telah berjaya mencapai objektif yang diinginkan. Secara tidak langsung, lawatan ini telah berjaya membuka minda kami sebagai guru untuk menambah ilmu melalui perkongsian budaya kerja sekolah kluster kecemerlangan. Pelbagai cabaran yang mendatang perlu dihadapi oleh guru sebaiknya seterusnya mencapai matlamat yang diinginkan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

10
10
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5

TAKLIMAT BIG OLEH PENYELARAS DI IPGKBM PADA 25 JANUARI 2015

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5 TAKLIMAT BIG OLEH PENYELARAS DI IPGKBM PADA 25 JANUARI
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5 TAKLIMAT BIG OLEH PENYELARAS DI IPGKBM PADA 25 JANUARI
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5 TAKLIMAT BIG OLEH PENYELARAS DI IPGKBM PADA 25 JANUARI
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5 TAKLIMAT BIG OLEH PENYELARAS DI IPGKBM PADA 25 JANUARI

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 SESI TAKLIMAT - SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5 TAKLIMAT BIG OLEH PENYELARAS DI IPGKBM PADA 25 JANUARI
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM BIG PERINGKAT 4 FASA 5 TAKLIMAT BIG OLEH PENYELARAS DI IPGKBM PADA 25 JANUARI

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

11

LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana
LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana

LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015

LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana
LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana
LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana
LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana
LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana
LAWATAN SEKITAR SK SEKSYEN 13 PADA 26 FEBRUARI 2015 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana

REFLEKSI

Alhamdulillah,

bersyukur

saya

kehadrat

Ilahi

kerana

telah

berjaya

melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) peringkat 4 fasa 5 bagi Semester 7 Tahun

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

12

2015. Program BIG pada kali ini memerlukan kami untuk mengadakan lawatan penanda aras atau “Benchmarking” ke sekolah ‘berjenama’. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Harapan Negara, Sekolah Berprestasi Tinggi atau Sekolah Kluster Kecemerlangan. Setelah melaksanakan lawatan penanda aras ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman baru serta menempuh banyak cabaran dalam usaha menyempurnakan semua tugasan yang perlu dilaksanakan. Tanpa saya sedar, semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai makna tersirat yang perlu saya fahami. Terdapat banyak kelebihan yang dapat dikesan melalui aktiviti serta cara perlaksanaan BIG pada kali ini. Namun begitu, beberapa kelemahan juga jelas kelihatan sepanjang program dijalankan. Setiap peluang dan halangan yang terdapat dalam melaksanakan program ini saya rumuskan seperti berikut.

Kekuatan dan kelebihan

Kepimpinan dan komitmen warga sekolah

Apabila saya memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam, saya kagum kerana warga sekolah mampu mewujudkan suasana yang indah dari aspek keceriaan dan kekemasan susun atur setiap sudut dan ruang di seluruh sekolah. Pelajar-pelajarnya yang berdisiplin dan berbudi bahasa menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dimiliki oleh Guru Besar dan 4 orang Guru Penolong Kanan yang semuanya perempuan. Melalui taklimat ringkas oleh Guru Penolong Kanan, menyatakan bahawa seluruh warga sekolah termasuk guru, kakitangan dan para pelajarnya bergerak sebagai satu kumpulan besar dalam misi kecemerlangan mereka. Kesemua mereka telah dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil dan berfokus tetapi masih tetap mempunyai hala tuju yang sama. Setiap seorang dari mereka memberi komitmen yang padu serta memainkan peranan yang penting mengikut bidang tugas masing-masing.

Apa yang dimaksudkan dengan sekolah kluster? Apakah ciri-ciri sekolah kluster? Apakah kelebihan sekolah kluster? Sekolah kluster ialah satu jenama yang

diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

13
13

melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari

2006.

Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan

Institusi Pendidikan. Konsep Sekolah Kluster yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Mantan Menteri Pelajaran ini mempunyai ciri-ciri

seperti

berikut:

"Sekolah

kluster

mempunyai

kuasa

autonomi

dari

segi

pentadbiran,

kewangan, pemilihan guru dan pelajar, kurikulum, kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran, yuran serta penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masih tetap di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran." kata beliau,

Mengurangkan Karenah Birokrasi Dan Cekap Membuat Keputusan

Saya berpendapat, kekuatan dan kelebihan sekolah kluster ialah memberi ruang kepada pentadbir dan guru-guru untuk melepaskan diri daripada kongkongan Kementerian Pendidikan sepenuhnya. Kewujudan sekolah kluster juga boleh mengurangkan karenah birokrasi dan mempercepatkan perlaksanaan keputusan penting dilaksanakan di peringkat sekolah. Lebih demokratik kerana membolehkan guru dan ibu bapa membuat keputusan pada peringkat sekolah, ia lebih relevan kerana keputusan dibuat lebih dekat dengan tempat operasinya dan ini melahirkan dasar dan tindakan lebih sesuai, ia mengurangkan birokrasi kerana keputusan dibuat lebih cepat, ia lebih bertanggungjawab kerana sekolah perlu memikul sendiri keputusannya dan ia mampu meningkatkan sumbangan kewangan daripada ibu bapa dan komuniti.

Daya Kepimpinan Dan Memotivasi

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

14
14

Melalui pemerhatian saya, hasil dapatan daripada lawatan penanda aras ini, sekolah kluster juga perlu mempunyai kepimpinan yang mantap, berkarisma, berwawasan dan disenangi oleh warga sekolah serta ibu bapa. Walaupun barisan pentadbir sekolah ini semuanya terdiri dari kaum wanita, tetapi mereka mampu melonjakkan prestasi sekolah ke tahap cemerlang. Ini merupakan satu motivasi kepada kumpulan kami yang terdiri daripada 18 orang guru wanita manakala hanya dua orang sahaja guru lelaki. Daya kepimpinan mereka meransang semangat kami untuk menjadi guru terbaik dan berdaya saing di sekolah.

Mempunyai Strategi Memperkasa

Sekolah ini juga mempamerkan kecemerlangan dari aspek akademik pelajar dan terbukti dengan melalui taklimat yang disampaikan. Memang wujud peningkatan prestasi pelajar apabila sekolah diberikan autonomi, manakala tidak ada sekolah autonomi mengalami kemerosotan prestasi pelajarnya. Untuk memastikan kejayaan sekolah kluster, ada sekurang-kurangnya enam keperluan yang mesti dipenuhi. Keperluan itu ialah, pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya, sekolah perlu mempunyai maklumat mengenai prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya, sekolah memerlukan struktur terurus dan profesional,

Menjaga Keceriaan Dan Menguruskan Bilik-Bilik Khas

Hasil lawatan penanda aras ini juga banyak memberi input kepada kumpulan kami pelajar PPG yang datang dari latarbelakang sekolah yang berbeza. Kami mungkin tidak mampu mengubah struktur sekolah yang sedia ada, namun cara menguruskan bilik-bilik khas, susun atur perabotnya, landskap yang mudah dan menarik antara yang boleh dikongsi untuk diamalkan. Prasarana yang hampir lengkap dan sempurna yang terdapat di sekolah ini memudahkan proses pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Paling penting prasana yang tersedia itu dimanfaatkan dengan bijaksana secara paling maksima oleh kesemua pelajar di bawah seliaan dan kawalan guru-guru khas yang diamanahkan dengan tugas tersebut

Berdiplin Dan Memahami Visi, Misi Serta Matlamat

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

15
15

Menurut Guru Penolong Kanan Hem, para guru, kakitangan serta pelajarnya sering diingatkan dengan misi dan visi yang menjadi matlamat sekolah setiap kali berhimpun sama ada di perhimpunan rasmi atau tidak rasmi agar mereka tidak leka dan sentiasa berusaha ke arah matlamat tersebut. Disiplin yang tinggi di kalangan para pelajarnya memudahkan proses pendidikan dijalankan dengan berkesan oleh seluruh tenaga pengajar. Walaupun terdapat salah laku pelajar, jumlahnya adalah sangat kecil dan tidak melibatkan tindakan tatatertib yang berat perlu diambil terhadap pelajar-pelajar tersebut.

Mengamalkan Cara Komunikasi Berkesan

Jalinan dan jaringan pihak sekolah dari peringkat daerah sehingga ke peringkat antarabangsa tentunya memerlukan sokongan daripada ibu bapa dan agensi luar. Sekolah ini telah menonjolkan ikatan muhibah di antara sekolah dengan masyarakat setempat untuk meraih sumbangan buah fikiran dan tenaga serta bantuan kewangan apabila menganjurkan sebarang program. Cara komunikasi berkesan oleh pentadbir sekolah menjadi pemangkin utama bagi menggerakkan peranan PIBG dan pihak luar untuk menjana kejayaan sekolah. Ekoran daripada siri kejayaan tahun demi tahun dalam segenap aspek telah berjaya meraih kepercayaan dari pihak-pihak tertentu di peringkat tertinggi. Cara komunikasi berkesan inilah yang boleh kami praktikkan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran, begitu juga semasa menjalin kerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan sekolah.

Kelemahan dan kekurangan

Bilangan Guru Yang Tidak Seimbang Dari Aspek Jantina

Dalam setiap program yang dijalankan, sudah pasti ada juga kelemahan dan kekurangan yang masih boleh diperbaiki.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

16
16

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam, sebagai salah sebuah sekolah yang diiktiraf cemerlang. Namun, bagi tujuan mengimbangi segala kelebihan dan kecemerlangan, terdapat juga kelemahan yang tersendiri. Jika dilihat daripada

jumlah guru sekolah di sekolah ini ialah seramai 61 orang. Daripada jumlah tersebut hanya 9 orang sahaja guru lelaki berbanding 52 orang guru perempuan dan seorang

sahaja guru lelaki Kelas Pendidikan Khas

Jumlah guru ini adalah amat tidak

.. seimbang dan mempengaruhi kelancaran sesebuah program yang memerlukan khidmat tenaga guru lelaki. Walau bagaimanapun, senario ini tidak dapat dielakkan oleh kerana bilangan guru lelaki di mana-mana sekolah atau insitusi sememangnya adalah kurang jika dibandingkan dengan bilangan guru perempuan.

Beban Tugas Guru Bertambah

Isu beban tugas guru bukanlah perkara baharu bahkan sering dimainkan pihak media. Kerja-kerja guru tidak seperti sesetengah pekerjaan yang hanya berfokus dalam jangka masa tertentu dan skop tertentu sahaja. Malah, melibatkan masa yang tidak menentu dan skop yang pelbagai. Di sekolah bertaraf kluster, beban tugas guru bukan sekadar mengajar dan menyampaikan ilmu di dalam kelas malah kerja-kerja guru juga melibatkan tugas-tugas diluar bidang tugas mengajar seperti melatih murid untuk pertandingan persembahan, mengiring pelajar ke pertandingan-pertandingan, menjadi jawatankuasa dalam program-program yang pelbagai. Tidak mustahil guru juga menjadi tukang masak, mengurus teknikal dalam program dan sebagainya. Terdapat juga guru yang bertugas di pagar sekolah memastikan pengawas dan murid bertugas dengan baik dan hadir awal ke sekolah. Situasi-situasi ini menunjukkan betapa skop bidang tugas guru tidak ada sempadan, tidak seperti sesetengah profesion yang lain.

Agihan Tugas Guru Tidak Seimbang

Memaksimumkan penggunaan sumber tenaga di sekolah merupakan salah satu matlamat yang hendak dicapai oleh pihak pengurusan sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan guru yang tidak terlibat secara menyeluruh dalam agihan tugas tersebut dan hal ini menimbulkan persoalan iaitu agihan tugas yang tidak sekata dalam kalangan guru seterusnya mempengaruhi kepuasan kerja seseorang guru. Di sekolah kluster yang mementingkan kecemerlangan ini,

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

17
17

segelintir guru melihat bahawa bebanan tugas berlebihan ini adalah berpunca daripada kecelaruan serta kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan dalam semua peringkat pentadbiran di sekolah.

Secara amnya, terdapat tiga unit utama dalam pengurusan sekolah iaitu Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid. Ketiga-tiga unit ini ditadbir oleh pentadbir yang berbeza. Oleh itu, sekiranya tiada atau kurang keselarasan daripada ketiga-tiga pengurus tersebut semasa mengagihkan tugas di bawah unit masing-masing maka hal ini boleh menjadi salah satu sebab agihan tugas yang tidak seimbang atau pertindihan tugas guru dalam ketiga-tiga unit tersebut sehingga menyebabkan bebanan tugas. Sehubungan itu, keseimbangan dan keadilan dalam pengagihan tugas adalah perlu untuk memastikan semua sumber digunakan secara terancang dan seorang pengurus itu perlulah bijak untuk menentukan kaedah pengagihan sumber yang baik dalam organisasi walaupun sumber yang ada adalah terhad

Kesimpulan dan ucapan pengharagaan

Secara keseluruhannya, walaupun terdapat beberapa kekangan terutama masa dan program-program yang bertindan dengan pelabagai aktiviti dan tugas harian, namun program BIG ini dapt juga dilaksanakan dengan jayanya. Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pensyarah Penyelia proram ini iaitu Encik Thirugnana Sambanthan, di atas bimbingan dan kerjasama beliau kepada saya untuk melaksanakan program-program BIG ini. Ucapan penghargaan juga saya sampaikan kepada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam yang memberi sokongan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang melaksanakan program ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam yang telah memberi kerjasama kepada kami dalam usaha menjayakan program BIG kali ini. Terima kasih juga kepada raka-rakan dalam kumpulan yang turut serta dalam program ini. Dengan adanya sokongan, bantuan, kerjasama, galakkan dan penglibatan semua pihak yang berkenaan, maka saya dapat melaksanakan aktiviti dan program BIG fasa 5 ini.

Disediakan oleh:

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

18
18

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

LAMPIRAN

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF

| PPG K2 2012 Pendidikan Khas

19
19