Anda di halaman 1dari 1

Tulis syarahan bertajuk Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para
guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk
Cara-cara Menjadi Murid cemerlang.
Hadirin,
Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh
itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan
pendidikan ini.
Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka.
Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang
perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara
sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.
Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual
sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai
aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang
turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan
mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar
yang seimbang.
Hadirin yang budiman,
Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan.
Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk
memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang
sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan
pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan
seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan
tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.
Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja.
Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu.
Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.
Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai