Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Radiasi?

Pengenalan

Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasi bersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri
daripada gelombang-gelombang elektromagnet dan tenaga magnet yang bergerak seiringan
melalui ruang pada kelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV)
dari matahari, infrared, gelombang mikro, dan gelombang radio.

Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan
radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan,
produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.

Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi,
perubatan nuklear, rawatan radioterapi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor
boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan
rawatan terbaik. Sebagai contoh : Rawatan radioterapi digunakan untuk membunuh sel-sel
kanser.

Jenis Radiasi

Terdapat dua jenis radiasi;

1/5

Apa Itu Radiasi?

1.

Radiasi Pengion (Ionizing Radiation- IR)

Ia mengandungi tenaga yang secukupnya untuk menghasilkan pengionan. Pengionan


adalah proses di mana elektron-elektron dilucutkan daripada atom dan molekulnya.
Interaksinya dengan jirim boleh mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan yang
membawa kerosakan pada tisu biologi termasuk kesan ke atas DNA (asid deoksiribonuklei)
atau bahan genetik.
Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh
radiasi pengion.

2.
Radiasi Bukan Pengion (Non-Ionizing Radiation- NIR)
Ia tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan pengionan dalam jirim
hidup. Ia menyebabkan sedikit kesan pemanasan, tetapi tidak cukup untuk menyebabkan
sebarang kerosaan jangka panjang pada tisu-tisu. Tenaga radio frekuensi, cahaya nampak dan
radiasi mikrogelombang adalah contoh radiasi bukan-mengion. Untuk kekuatan yang sama,
radiasi mengion lebih mampu memberi kesan ke atas kesihatan berbanding radiasi
bukan-mengion disebabkan oleh proses pengionan.

Pengkelasan Radiasi

Pengkelasan radiasi adalah bergantung kepada tenaga, frekuensi dan panjang gelombang
yang dimilikinya. Bahan radiasi yang memiliki tenaga rendah, frekuensi rendah tetapi panjang
gelombang yang tinggi dipanggil gelombang elektromagnet yang tidak mengion (electromagnati
c wave
). TV,
Radio, telefon bimbit dan
microwave
tergolong dalam gelombang elektromagnet. Walaubagaimanapun, ramai saintis berpendapat
gelombang tersebut tidak membahayakan kesihatan manusia. Ini kerana tenaga yang dimiliki
oleh gelombang elektromagnet adalah rendah dan tidak mengion atom dalam badan.

Infrared merupakan sejenis radiasi yang memiliki frekuensi lebih besar berbanding

2/5

Apa Itu Radiasi?

gelombang elektromagnet. Kemudian diikuti oleh cahaya nampak (


visible light) dan ul
traviolet
. Radiasi yang mempunyai tenaga dan frekuensi tinggi adalah sinar-x dan sinar gamma dan
tergolong dalam sinaran mengion. Radiasi seperti ini boleh mengancam kesihatan manusia jika
dos yang diterima melebihi hadnya.

Spektrum Elektromagnet

Punca Radiasi
1.
Secara Semulajadi: seperti dalam Bumi dan dari Kosmik
2.
Buatan Manusia: seperti digunakan dalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan,
Perubatan Nuklear dan Radioterapi)
3.
Lain-Lain Punca: seperti kitaran bahan bakar nuklear

Punca-punca Radiasi

Kesan Radiasi

Badan yang terdedah kepada radiasi sebenarnya akan menerima kesan dalam jangka masa
singkat dan jangka masa panjang. Bagaimanapun ia bergantung sebanyak manakah kita
terdedah kepada radiasi tersebut. Terdapat dua kesan apabila kita terdedah kepada radiasi
iaitu stochastic effect dan deterministic effect.

3/5

Apa Itu Radiasi?

Stochastic effect biasanya berlaku dikalangan mereka yang terdedah kepada amaun radiasi
yang sedikit dan tidak ada had. Tetapi kemungkinan mendapat kesan ini akan meningkat
dengan meningkatnya amaun radiasi yang diterima. Kesan stokastik ini tidak dapat dilihat
dalam masa terdekat, tetapi akan dapat dikesan dalam jangkamasa panjang seperti
pertumbuhan sel kanser dalam badan.

Deterministic effect merupakan kesan yang boleh dilihat serta merta atau dalam masa
singkat selepas terdedah kepada radiasi. Biasanya amaun radiasi yang terdedah adalah tinggi
untuk memberi kesan deterministic ini kepada seseorang. Sebagai contoh kepada mereka yang
menerima kesan ini adalah kulit terbakar. Tetapi
deterministic effect ini
mempunyai tahap dipanggil
threshold level
yang mana kesannya tidak dapat dilihat di bawah dos 0.5 Sv (Sievert).

Secara jelasnya, sukar untuk menyatakan kita tidak akan menerima kesan jika terdedah
kepada radiasi walaupun dengan amaun yang sedikit. Ini kerana kita mungkin akan mendapat s
tochastic effect
yang membawa kepada pembentukan sel kanser dalam badan. Kesan ini tidak dapat dilihat
sekarang tetapi mungkin dalam masa yang akan datang.

Rujukan
1.
Radiation Safety Second Edition 2002, MINT.
2.
IAEA Publications
3.
Sinaran : Asas Kehidupan Manusia oleh Wan Saffey Wan Abdullah, Agensi Nuklear
Malaysia.

Semakan Akhir
Penulis
Akreditor

:
:

9 Januari 2014
Mohd Khairudin b. Mohd Samsi
Nik Mohamed Hazmi b. Nik Hussain

4/5

Apa Itu Radiasi?

5/5