Anda di halaman 1dari 2

Nama : __________________________

Kelas : _______________________

Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

8.00 pagi

: para penduduk Taman Puncak Impian berkumpul di Dewan


Impian untuk mendengar taklimat.

8.30 pagi

: Aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan


dewan bermula. Penduduk dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Antara tugas yang dilakukan ialah menghias
pentas, menyapu sampah, memotong rumput, mengecat
dewan dan pagar serta menanam pokok bunga. Mereka
melakukannya dengan tekun.

10.30 pagi : Gotong-royong dihentikan seketika untuk memberikan


peluang kepada penduduk berehat serta minum dan
menjamah kuih-muih yang disediakan oleh Pengerusi
Persatuan Penduduk.

11.00 pagi : Mereka kemudiannya menyambung tugas yang belum


selesai. Walaupun penat tetapi mereka tetap bersemangat.

1.00 tengahari
: Tugas selesai dilakukan. Penduduk menikmati jamuan
makan tengah hari yang dimasak oleh kaum ibu Taman Puncak
Impian.

1. Penduduk yang bergotong-royong berkumpul di

A. Dewan Impian B. Taman Puncak Jalil


D. Taman Puncak Impiana

C. Taman Puncak Impian

2. Dewan Impian ialah seuah


A. Dewan serba guna B. dewan makan

C. kantin

D. surau

3. Bagaimanakah penduduk membahagikan tugas mereka ?


A. Mengikut giliran
B. Membuat cabutan nombor
C. Melakukan secara sukarela
D. Membahagikan kepada beberapa kumpulan

4. Tugas yang berikut dilakukan untuk membersihkan dan menceriakan


Dewan Impian, kecuali
A. Menghias pentas
B. Memasang bendera
C. Mengecat dewan
D. Menyapu sampah

5. Siapakh yang memasak makanan tengahari ?


A. kaum ibu Dewan Impian
B. Pengerusi persatuan penduduk
C. Kaum ibu Taman Puncak Impian
D. Isteri pengerusi persatuan penduduk
6. Mereka berhenti rehat untuk minum dan makan kuih-muih selama
A. Satu jam
B. Setengah jam
C. Lima belas minit
D. Empat puluh lima minit
7. Maksud taklimat dalam petikan ialah
A. Penjelasan terakhir
B. Penerangan ringkas
C. Penerangan penting
D. Penerangan terakhir

Anda mungkin juga menyukai