Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Praktikum adalah satu latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Latihan praktikum yang dijalankan ini memberikan peluang kepada pelatih
untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam
situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program secara berperingkat ini
memberikan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan
antara angensi-agensi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagi praktikum fasa tiga (3) ini, saya telah ditempatkan di Sk Kg. Biah, Keningau
bersama rakan saya yang berada dalam opsyen yang sama iaitu opsyen Pendidikan Seni
Visual. Sekolah ini terletak lebih kurang 10 km perjalanannya dari pekan Keningau dan 4 km
daripada IPG kampus keningau. Tidak dapat dinafikan bahawa saya berasa bersyukur dapat
ditempatkan di sekolah tersebut kerana pengalaman dan pengajaran yang bakal saya
perolehi dari pihak sekolah itu tiada nilai gantinya.

PERNYATAAN HASRAT
Praktikum fasa tiga (3) ini merupakan praktikum yang terakhir bagi saya yang dijalankan
selama 12 minggu bermula 02 Feb sehingga 01 Mei 2015. Terus terang saya katakan
walaupun ini bukan pertama kali saya menjalani praktikum namun, saya agak risau dan
bimbang mengenai latihan yang akan saya hadapi. Walaupun saya telah biasa berhadapan
dengan murid semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) , Praktikum Fasa 1
& 2 tetapi kali ini suasana agak berlainan kerana saya akan mengajar di tempat yang
baharu dengan suasana yang lain, serta murid yang berlainan.
Walaupun saya telah menjalani latihan mengajar di dalam kuliah iaitu micro
teaching dan macro teaching namun saya tetap merasa risau dengan kemahiran yang
saya miliki dan

latihan yang akan saya hadapi, hal ini keranan latihan kali ini sangat

berlainan dengan apa yang telah saya pelajari semasa kuliah. Saya mula bertanya dengan
senior yang berpraktikum di SK Kg. Biah bagi mengetahui sikap-sikap murid di sekolah
tersebut dan ini sedikit sebanyak membantu saya dalam mengetahui sikap murid yang akan
saya tempuhi.
Adalah menjadi harapan saya sebagai bakal pendidikan masa hadapan, pengalaman
saya semasa pembelajaran dalam kelas akan menjadi panduan saya semasa mengajar
dalam subjek opsyen saya iaitu Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Moral. Selain itu
juga, saya juga berharap praktikum fasa tiga ini akan menjadi pengalaman yang bermakna

kepada saya untuk dijadikan panduan semasa menempuh dunia pendidik yang akan saya
tempuhi kurang daripada 1 tahun lagi. Saya juga berharap sepanjang saya menjalani
praktikum kali ini saya tidak akan menghadapi masalah yang menyebabkan saya gagal
dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru pelatih. Saya juga mengharapkan tunjuk
ajar daripada warga Sk Kg Biah khususnya guru pembimbing saya serta pensyarah yang
sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan. Saya juga berharap fasa latihan ini akan
meningkatkan penguasaan saya dalam penguasaan pedagogi dan pengalaman saya
mengajar. Bak kata pepatah, semoga praktikum fasa dua ini dijadikan batu loncatan kepada
saya untuk meningkatkan lagi ilmu saya dalam dunia pendidik.
Secara keseluruhannya, saya berasa sangat gembira untuk menjalani Praktikum
Fasa Tiga ini untuk mempelajari lebih banyak ilmu selain menimba lebih pengalaman dalam
memantapkan lagi serta menyediakan diri saya untuk menempuh alam pendidikan yang
semakin mencabar hari demi hari.

________________________
(

STANLEY SULIM

Anda mungkin juga menyukai